Buku ini hadiah daripada seorang kawan sempena ulangtahun kelahiran saya pada 27 oktober yang lalu, Terimakasih daun keladi. Penulisnya Liza Zahira, terbitan karangkraf. Ini kali pertama saya membaca novel karya penulis ni. Tanggapan pertama pada kulit luar buku ini.. "Ini mesti kisah2 cinta remaja, hish, masakan umur seperti aku ini lagi membaca kisah2 cinta?" Tapi tak apa, nanti ada kelapangan aku akan baca sebagai menghargai pemberian rakan. Katanya ini novel terkini di pasaran.
dan semalam 16Nov (pagi selasa) aku mula membaca buku ini disekolah kerana masa agak lapang, jangan tak percaya..aku menyudahkan bacaanku pada hari yang sama jam 4.00 pagi..gila! :) Sekali aku sudah mula membacanya sudah tak mampu lagi untuk aku melepaskannya dan keinginan untk mengetahui kesudahan cerita ini yang memaksa aku berjaga hingga ke pagi.
Waktu pembacaan tu ada juga menyelak ke muka akhir sebab tak sabar nak tahu apa ending cerita ni. Tapi tengok eh, macam tak ada kaitan pulak. Tak apa bersabar sikit. Baca satu2. Novel setebal 510 muka surat ini sangat menarik, sebenarnya ia lebih banyak suspen dan mendebarkan. Jarang jumpa penulis perempuan yang dapat menghasilakn karya2 seperti ini, atau sebenarnya aku yang terlalu taksub dengan RAM?..ah apa2lah.
1.Watak utama dalam novel ini ialah Riana Syuhada Adam manakala watak2 sampingan yang lain ialah Ezani, Syed Aminul, Danish, Maria, Jamsari, Zaharah, Harun, Tini, Hasril, Zana dan beberapa orang lagi. Anda percaya dengan cinta monyet waktu kecil2 dulu? Inilah yang cuba diceritakan dalam novel ini. Pencarian, penantian dan harapan agar dapat bertemu semula teman sewaktu kecil dalam masa yang sama halangan, cubaan dan dugaan yang datang silih berganti.
2. Apa yang menjadikan saya lebih menghayati novel ini kerana latar tempatnya sekitar di Kuala Selangor, Sg. Haji Dorani dan Sg. Besar. Dulu saya sekeluarga pernah menetap di Sekinchan. Jadi, daerah Sabak Bernam dan tempat2 yang disebutkan di dalam buku ini memang saya tahu di mana letaknya, suasananya, pemandanganya terutama sewaktu musim padi menguning, musim menuai yang hingga saat ini pun kami selalu ingin kesana walau hanya untuk berjalan2. Saya ada mencatatkan
kenangan itu dalam blog saya ini.
3. Perkaitan wataknya mudah, tak perlu susah2 fikir, sambil membaca sudah boleh mengagak pertalian antara satu watak dengan watak yang lain. Jalan ceritanya jelas. Konflik2 dalam masyarakat diketengahkan antaranya amalan ajaran sesat seperti Ayah Ku Din cuba di bawakan penulis dlam buku ini. Gambaran2 dialam jin dan syaitan yang mempengaruhi minda dan jiwa manusia sehingga sanggup mensyirikkan Allah dan amalan minyak pengasih untuk menundukkan orang lain. Pergolakkan rumahtangga Syed Aminul dan Maria semenjak kehadiran Riana, kecurangan, percaturan politik ditempat kerja dan macam2 lagi..
4. Penulis juga berjaya menggambarkan betapa indahnya Taubat apabila hati yang keras berjaya ditundukkan dengan izin Allah. Kepentingan ilmu pengetahuan terutama ilmu agama sewaktu muda, dengan ilmu hidup seseorang itu lebih bermakna.
5. Berjayakah cinta monyet mereka disatukan? Bahagiakah? untuk mengetahui kesudahan kisah ini apa kata anda beli dan baca sendiri. Teruja untuk mengetahui sedikit latar belakang penulis Liza Zahira maka saya menemukan infonya di sebuah laman web.
Baca di sini