Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Monday, July 19, 2021

PANDEMIK COVID 19 TAHUN KEDUA-2021

Assalamualaikum wbth.

Pandemic Covid 19 sudah masuk tahun kedua. Sekolah untuk tahun 2021 ini dari 18 Januari hingga 5 Mei sahaja. Tak pernah terbayang akan mengalami sesi persekolahan begini. Maka sesi persekolahan kembali kepada PdPR (Pengajaran & Pembelajaran di rumah). Ia bukan seuatu yang mudah sebenanrnya. Pelajar selalu hilang, tak respond bila ditanya, tidak mahu buka camera, tidak hantar tugasan yang diberi, masuk kelas lewat. Ada yang ibu bapa dua-dua bekerja, anak tiada pemantauan di rumah, bangun lewat ponteng kelas, ada juga yang masalah talian, line tak dapat, data habis, tumpang line jiran, ibu ayah tak mampu kerana sudah tidak bekerja sejak pandemik.. 

Pernah satu ketika ada seorg pelajar saya kadang sebulan sekali je dia masuk kelas online. Jadi saya pm dia tanya. Rupanya di rumah dia line tak stabil, dia guna hotspot kakak dia, kakak dia baru habis matrik nak tunggu sambung Univ. Dalam pada itu ada 3 lagi adik beradik dia yg ikut kelas online guna hotspot kakak dia. Bila saya tanya ayah tak langgan unifi ke? Dia kata "ayah saya dah tak kerja sejak pandemik, sekarang hanya guna simpanan ayah utk belanja harian. Ibu pun tak bekerja". Saya benar² tersentap masa tu.. Rasa bersalahnya..(kes telah dirujuk kpd kaunselor utk tindakan lanjut) Terimakasih kepada pihak sekolah atas keprihatinan.

Itu antara satu dari beberapa kisah yg menyedarkan saya bukan semua pelajar mampu ikut sepenuhnya PDPR ni. Namun pelajar yg benar² ponteng itu memang ada.
 
Sama²lah kita berdoa agar situasi pandemik ini cepat berakhir dan kita semua dpt menjalani kehidupan seperti dulu. Bosan juga duduk terperap di rumah saja. Apapun jaga kesihatan diri, amalkan SOP dan norma hidup baharu. Sekian utk kali ini. 

wassalam.


Simpan sini untuk rekod RPH



















Sunday, September 12, 2010

Takziah kepada ahli keluarga Allahyarhamha Datuk Sosilawati Lawiya..

Mayat dibakar di ladang ayam



KUALA LUMPUR – Empat mayat dipercayai termasuk jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya (gambar) dan tiga rakannya yang dilaporkan hilang sejak 13 hari lalu ditemui dekat pantai Morib, Selangor semalam.

Kesemua mereka dibunuh dengan kejam sebelum dibuang dan dibakar di ladang ternakan ayam dekat Tanjung Layang, Morib.

Setakat ini polis sudah menahan enam individu berhubung penemuan mayat-mayat tersebut.

Motif pembunuhan belum dapat dipastikan.

Kehilangan Sosilawati, 47, bersama tiga lelaki lain dipercayai didalangi seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ yang dikatakan individu terakhir yang ditemui jutawan kosmetik itu ketika urus niaga tanah dijalankan di Banting, Selangor pada 30 Ogos lalu.

‘Datuk’ berkenaan yang mempunyai ramai kenalan di kalangan orang kenamaan dipercayai berperanan sebagai broker dalam penjualan tanah bernilai RM4 juta di Pulau Pinang.

Satu sumber memberitahu, ahli perniagaan itu dipercayai mempunyai banyak petunjuk bagi membantu siasatan kes, termasuk mengesan lokasi keempat-empat mangsa disembunyikan.

“Dia dikatakan pernah terbabit dalam kegiatan penipuan jual beli tanah, dipercayai didalangi sindiket terancang. Malah, beberapa laporan polis pernah dibuat terhadapnya sebelum ini berkaitan urus niaga tanah.

“Difahamkan, ahli perniagaan terbabit mahir ‘menghilangkan’ pelanggannya,” kata satu sumber ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Jelasnya, sebelum ini dua pelanggan dilaporkan hilang selepas mengadakan urus niaga tanah dengannya dan sehingga kini masih belum ditemui, namun lelaki tersebut menafikan semua dakwaan itu.

Ujar beliau, maklumat turut menyatakan ahli perniagaan itu sering terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan, selain mahir dalam bidang perundangan.

Sosilawati yang merupakan pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu.

Turut hilang ialah peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan seorang lelaki, Kamaruddin Shansuddin, 44, yang dikatakan pemandu peribadi jutawan itu.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! Ahad ke rumah Sosilawati di Taman Harmonis Gombak semalam mendapati pintu pagar rumah tersebut bertutup dan tidak nampak seperti suasana berhari raya.

Seorang lelaki yang merupakan pekebun di rumah berkenaan yang enggan dikenali memberitahu, keluarga Sosilawati masih belum mendapat apa-apa perkembangan berkenaan kehilangan jutawan itu daripada pihak polis.

Katanya, pihak keluarga juga itu enggan diganggu. Beliau memberitahu, hari raya tetap disambut meskipun tanpa adanya tuan rumah.


Tuesday, September 7, 2010

Jutawan Kosmetik Datuk' Sosilawati hilang.

Jutawan kosmetik gagal dihubungi selepas ke Banting untuk urusan beli tanah



KUALA LUMPUR: Pengasas Nouvelle Visages, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dikatakan sempat menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ke telefon bimbit suaminya beberapa jam sebelum dilaporkan hilang ketika ke Banting, Selangor untuk menguruskan pembelian tanahnya pada 30 Ogos lalu.

Tanpa mendedahkan butiran SMS itu, sumber memberitahu Berita Harian, ia adalah komunikasi terakhir antara jutawan kosmetik berkenaan dengan suaminya yang juga seorang ahli perniagaan berasal dari Indonesia.

Sosilawati dan suaminya jarang bertemu, sebaliknya lebih banyak berhubung melalui telefon dan SMS kerana masing-masing sibuk menguruskan perniagaan. Tidak pasti apa kandungan SMS itu, namun Sosilawati dipercayai memaklumkan suaminya bahawa beliau mahu ke Banting selama tiga hari meninjau projek terbarunya.

Itulah komunikasi terakhir Sosilawati dengan suaminya sebelum dilaporkan hilang. Difahamkan, suaminya cuba menghubungi telefon bimbitnya tetapi dimatikan. Kehilangan Sosilawati juga hanya diketahui suaminya selepas dihubungi oleh anak-anak mangsa, katanya.

Semalam, Berita Harian melaporkan kehilangan Sosilawati yang juga bekas isteri penyanyi Nash sejak seminggu lalu bersama tiga lagi individu ketika terbabit dalam pembelian tanah di sebuah lokasi di Banting, dipercayai mahu dibangunkan sebagai ladang herbanya.

Turut hilang peguamnya, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dari Tetuan Kamaruddin & Partners; pegawai kredit CIMB Bank, Noorhisham Mohammad, 38, dan pemandu peribadinya, Kamaru-
din Shansuddin, 44, yang baru bekerja dengan jutawan itu.
Difahamkan, mereka ke Banting menaiki dua kereta mewah berlainan, masing-masing jenis BMW X5 warna hitam bernombor pendaftaran WTL 11 milik Sosilawati dan BMW 525i bernombor pendaftaran AAJ 5 dipercayai Ahmad Kamil.

Selain Sosilawati, ahli keluarga Ahmad Kamil, Noor-hisham dan Kamaruddin turut membuat laporan polis semalam berhubung kehilangan mereka.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pada sidang media di Bukit Aman, berkata pihaknya akan meneliti semua panggilan terakhir dan SMS yang dibuat oleh keempat-empat mangsa bagi mendapatkan petunjuk misteri kehilangan mereka.

Tumpuan siasatan kini lebih kepada semakan rekod panggilan dan SMS terakhir dibuat Sosilawati dan tiga individu yang menemaninya itu. Polis juga akan mengambil keterangan ahli keluarga mereka bagi memperoleh maklumat terperinci berhubung individu terakhir yang bercakap, bertemu atau berbual dengan mereka, katanya.

Ditanya sama ada keempat-empat individu itu diculik penjenayah, beliau menegaskan masih terlalu awal untuk membuat sebarang andaian kerana siasatan sedang dijalankan dan belum ada sebarang bukti sahih yang boleh dikaitkan dengan motif itu.

Thursday, July 29, 2010

Media antarabangsa teruja Imam Muda

Posted on the July 18th, 2010
under Berita, Tempatan
by johnjimat

Program realiti Astro Oasis dapat liputan CNN, Al Jazeera

TAIP saja Imam Muda (IM) atau dalam bahasa Inggeris, Young Imam pasti carian di laman maya akan memberi pilihan dan hit yang berderet. Itu satu fakta yang pasti dan bukan omong kosong. Ternyata program yang sedang rancak disiarkan di Astro Oasis itu sedang meraih perhatian ramai di serata dunia melangkaui pelbagai sempadan negara. Malahan perlahan demi perlahan, program realiti dakwah popular itu semakin pantas menawan beberapa benua hingga mencetuskan fenomena seperti di Asia, Asia Tenggara dan Eropah.


Menariknya juga ia mula mencuri pandangan umat Islam dan bukan Islam di luar negara.
Lebih membanggakan, kewujudan program yang mendapat kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) itu juga sudah sampai ke pengetahuan media antarabangsa tidak kira media cetak, TV dan laman web. Artikel sulung keluaran The Straits Times, Singapura 7 Jun lalu membuka mata ramai pihak.

Hebatnya penangan program terbabit hingga ramai pengamal dan badan media antarabangsa seperti The Wall Street Journal, Associated Press (AP), Perbadanan Penyiaran British (BBC), Agence France-Presse (AFP), Reuters, ARD Germany TC dan banyak lagi berminat memberi hebahan dan membuat liputan.

Rakaman konsert minggu kelapan program itu Isnin lalu yang diadakan di Masjid Wilayah, Jalan Duta juga tidak kurang hebatnya apabila dikunjungi dua badan media terkenal, Cable News Network (CNN) dan Al Jazeera. Pada minggu itu, dua pesertanya, Nuri dan Azhar turut diumumkan sebagai yang tersingkir.

Koresponden CNN di Bangkok, Dan Rivers yang ditemui menyifatkan program berkenaan sangat menarik dan diibaratkan sebagai refleksi terhadap masyarakat Malaysia yang dihuni pelbagai bangsa serta agama. Rivers memberitahu naluri ingin tahu mengenai program ini dicapainya melalui tontonan sedutan IM di laman Youtube.

Jika di Amerika Syarikat dan Britain masing-masing terkenal dengan American Idol dan X-Factor, Malaysia juga tak kurang hebatnya menerusi penerbitan program berbentuk keagamaan seperti IM. Konsepnya yang menarik dan tidak seperti program hiburan realiti nyanyian lain membuatkan ia menjadi istimewa.


Saya mendapat sedikit gambaran mengenai program ini selepas menonton Youtube. Terdahulu saya mengetahuinya daripada Wall Streets Journal. Jelas juga ia menunjukkan aspirasi dan keterbukaan agama Islam untuk mencari pemimpin yang boleh bergelar imam, katanya yang hanya ditemani jurugambar dan sampai ke Kuala Lumpur dari Bangkok beberapa jam sebelum rakaman bermula.

Menurut Rivers, pihaknya dijangka memaparkan klip dan sedutan menarik program itu dalam durasi masa dua hingga tiga minit. Ia juga termasuk temubual dengan peserta IM. Katanya lagi, IM memaparkan paksi Islam lebih daripada itu dan ia dapat dilihat daripada cabaran yang dilalui peserta IM.


Ternyata IM memberi dimensi baru dan impak tersendiri kepada kepada manusia. Lihat saja, populariti yang diraih IM di laman maya termasuk di laman sosial, Facebook sangat mengujakan. Saya difahamkan status yang dikemaskini pantas meraih perhatian peminatnya, katanya.

Sementara itu, Penerbit Kanan Al Jazeera yang berpangkalan di Kuala Lumpur, Stephanie Scawen berkata, IM memecah tembok dominasi program TV yang ada di serata negara. Katanya sambil memberi contoh, dulu pertandingan The Biggest Loser Asia turut melalui tempias yang sama.

Setiap program ada identiti tersendiri dan IM ternyata menunjukkan sisi berbeza mengenai keindahan agama Islam itu sendiri. Saya sendiri sejujurnya tidak menjangka akan lahir program sebegini. Menariknya, hebahan yang diterima turut diketahui di negara bukan Islam.

Ia secara tak langsung memberi perlambangan dan imej positif dari Malaysia terutamanya kepada negara Barat. Menghairankan dengan kadar segera ia mampu mencipta fenomena terutamanya di Facebook. Jangan ingat Lady Gaga saja mendapat perhatian, IM juga tak kurang hebatnya di Facebook, katanya seraya memuji program terbabit.
Seperti CNN, Scawen juga memberitahu, pihaknya turut akan menyediakan anggaran masa sekitar tiga minit mengenai liputan program ini.

Melihat kepada maklum balas yang diterima, saya yakin program sebegini amat dialu-alukan untuk ditonton pelbagai lapisan masyarakat di serata negara. IM mempunyai keunikan tersendiri yang berkiblatkan kepada agama Islam yang satu.

Saya sendiri juga teruja dan mula membayangkan bagaimana jika program ini disiarkan di negara kelahiran saya, United Kingdom. Ia barangkali boleh menjadi satu anjakan paradigma kepada penonton yang selama ini kerap disajikan dengan program berteraskan pencarian bakat dalam nyanyian contohnya, katanya.


Biarpun IM belum habis bersiaran apatah lagi munculnya kesinambungan IM musim kedua, difahamkan sudah ada laporan di laman maya yang melaporkan cadangan mahu menerbitkan program seumpamanya tapi dalam konteks agama yang berbeza contohnya mencari bakat baru sebagai paderi.

Bagi Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar, dia melihat jika benar perkara itu direalisasikan, ia jelas menunjukkan perkembangan positif apabila dapat mengeksport kandungan program tempatan ke peringkat antarabangsa. Katanya lagi, ia satu permulaan yang baik.

Selalunya kita mengimport program luar untuk dipakai di dalam negara. Jadi menarik juga jika ada yang berminat untuk menjadikan program tempatan sebagai acuan. Tapi setakat ini, hal itu hanya cadangan saja dan belum lagi menjadi sesuatu yang sah, kata Izelan.
Sumber : Bharian.com.my

Wednesday, July 21, 2010

Ustaz kena cekup khalwat

Oleh Zuliaty Zulkiffli
bhnews@bharian.com.my
2010/07/21
Lelaki ditemui berdua-duaan dengan isteri orang dalam bilik hotel murah

ALOR SETAR: Seorang ustaz berusia 39 tahun dicekup berkhalwat dengan seorang wanita yang juga isteri orang di sebuah hotel murah di Taman Teja, Changlun, dekat sini, tengah hari kelmarin.

Lelaki itu ditahan sepasukan anggota Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu ketika ditemui bersekedudukan dalam sebuah bilik hotel itu kira-kira jam 1 tengah hari bersama wanita terbabit yang berusia 36 tahun.

Serbuan itu turut dibantu sepasukan anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) di kawasan perumahan itu selepas mendapat maklumat mengenai kegiatan maksiat pasangan terbabit di hotel murah terbabit.

Difahamkan, lelaki itu sudah mempunyai isteri dan mempunyai lima anak yang masih kecil, manakala pasangannya mempunyai suami serta seorang anak.

Sumber berkata, ketika serbuan itu, pintu bilik hotel berkenaan dibuka seorang lelaki yang lengkap berpakaian dan dia terkejut apabila melihat kehadiran anggota penguatkuasa pejabat agama dan RELA serta membenarkan pemeriksaan dilakukan.

Katanya, hasil pemeriksaan itu, pihak berkuasa menemui seorang wanita yang berpakaian lengkap bersembunyi di bilik air dalam keadaan ketakutan.
“Ketika disoal siasat pasangan itu mengaku mereka hanya kawan biasa dan tidak mempunyai sebarang hubungan mahram atau suami isteri.

“Berikutan itu, pasangan terbabit dibawa ke Balai Polis Changlun untuk dibuat laporan tangkapan,” kata sumber itu.

Sumber itu menambah, ketika disoal siasat lelaki itu enggan mengakui dia seorang ustaz, sebaliknya mendakwa bekerja sebagai petani dan jabatan agama sedang menyiasat lokasi ustaz terbabit mengajar.

Anggota penguatkuasa turut menemui ketayap yang dipercayai milik ustaz berkenaan yang disorokkan di bawah bantal dalam bilik hotel itu.

Siasatan juga mendapati mereka tinggal di kampung yang sama di Kuala Kedah.

Pasangan itu kemudian dibawa ke pejabat agama daerah untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 9 (1) dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana disyaki berkhalwat.

Sunday, July 4, 2010

Kalo tuhan tu baik,kenapa buat neraka?

Ini kisah benar...kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam
Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk m ema stikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan m ema tuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dlm setiap operasi sebegini,seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berh ema h, kerana hukuman dan denda s ema ta-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005,seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la....
Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, Ustaz ni pun bagi la nasihat,
"lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan. Peraturan ni bukan s ema ta-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nik mat di syurga. kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak
"Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?"
Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu...dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka takada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga.. Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, Ustaz tu pun jelaskan .
"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semuaorang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis. Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang men zali mi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. "

End of my story.

Thursday, June 3, 2010

Sempat rawat 2 komando Israel

Oleh Azrul Affandi Sobry
azr@bharian.com.my
2010/06/03

Sukarelawan Turki minta doktor kita beri bantuan perubatan kepada askar Zionis cedera

KUALA LUMPUR: Seorang sukarelawan Malaysia, Dr Syed Mohd Haleem Syed Hassan yang berada atas kapal Mavi Marmara ketika diserang, sempat merawat dua anggota komando Israel yang cedera terkena tembakan rakan mereka sendiri.

Beliau berkata ketika serangan dilancarkan, keadaan menjadi tidak terkawal sehingga dua tentera Israel tertembak sesama mereka, seorang pada tangan dan seorang lagi agak parah dengan dua kesan tembakan pada dada

Monday, May 31, 2010

Israeli troops storm Gaza flotilla

Kematian mencecah 16 orang, 12 wakil Malaysia Berada Di Atas Kapal Mavi Marmara


May 31, 2010

31 Mei, (01.30tgh waktu Malaysia) – Israel dilaporkan telah merampas 6 buah kapal konvoi Freedom Flotilla. Dilaporkan jumlah kematian meningkat kepada 16 orang dan lebih dari 30 orang cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla pada Isnin (31/5) pagi, menurut laporan dari Radio Tentera Darat Israel. Konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65km dari pantai Gaza. Mereka juga berkata kapal-kapal itu sekarang sedang ditarik ke bandar Haifa Israel, bukan ke Asdod untuk mengelakkan wartawan menunggu di sana.
Terdapat juga laporan dari media-media Arab bahawa 9 orang yang meninggal dunia adalah kalangan warga Turki.

Wartawan Al Jazeera, Elshayyal Jamal yang berada dalam kapal Mavi Marmara, mengatakan bahawa tentera Israel telah menggunakan peluru hidup saat mereka memasuki dan merampas kapal.

GESAAN KEPADA KERAJAAN DAN RAKYAT MALAYSIA MENGUTUK SERANGAN ISRAEL KE ATAS FLOTILA MISI BANTUAN KEMANUSIAAN LL4G KE GAZA

Perkembangan terkini flotilla Lifeline4Gaza;

1. Sebagaimana yang dimaklumi 7 buah kapal yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza sedang belayar menuju ke perairan Gaza melalui Laut Mediterranean. Konvoi ini diketuai oleh sebuah NGO daripada Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH). Maklumat terkini ialah kapal induk Mavi Marmara telah diserang oleh angkatan laut Israel. Akibat dari tindakan biadap ini 3 orang sukarelawan telah terkorban dan 30 lagi mengalami cedera parah.

Thursday, May 20, 2010

"Abuya tidak mati"???

Eksklusif: Abuya kembali Oleh Anwar Hussinanwarhussin@bharian.com.my
2010/05/20
PERSEMBAHAN pantomin Abuya terlantar sakit dengan rohnya berdiri di sampingnya
ketika konsert di Bandar Country Homes, Rawang, Isnin lalu.
Pengikut percaya Asaari tak mati

KUALA LUMPUR: Tidak sampai seminggu Asaari Muhammad atau lebih dikenali sebagai Abuya meninggal dunia, pengikutnya kembali mencetuskan kontroversi apabila mengadakan konsert khas bagi menggambarkan kononnya bekas pemimpin kumpulan Al-Arqam yang diharamkan itu cuma ghaib dan akan pulang semula dalam masa terdekat.
Konsert ‘Kalahkan Nafsu Abuya Pulang’ yang diadakan selama dua hari bermula Isnin lalu di Bandar Country Homes, Rawang, diselitkan dengan nyanyian nasyid dan bacaan puisi yang antara lain memuji Asaari sebagai pemimpin hebat, manakala persembahan pantomin menunjukkan Abuya terlantar sakit dengan rohnya berdiri di sampingnya.

Anak sulungnya, Fakhrur Razi memangku jawatan Pengerusi Eksekutif Global Ikhwan Sdn Bhd – syarikat yang sebelum ini diterajui Asaari dalam ucapan pembukaan konsert itu, berkata Abuya sebenarnya hanya pergi sementara dan akan kembali dengan jasad yang hidup bagi memimpin umat Islam..

Peguam syarie mesti Islam

Oleh Haspaizi Mohd Zainhaspaizi@bharian.com.my
2010/05/20

Peraturan termaktub dalam enakmen syariah wajar dipatuhi

KUALA LUMPUR: Hanya orang Islam layak menjadi peguam syarie manakala pihak lain perlu mematuhi peraturan seperti ditetapkan mengikut enakmen syariah di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata perkara itu sudah termaktub dalam enakmen syariah berkenaan serta diguna pakai mahkamah syariah di seluruh negara dan sesiapa yang ingin menjadi peguam syarie perlu memeluk agama Islam terlebih dulu.
“Peraturan untuk menjadi Peguam Syarie tidak boleh suka-suka ia perlu dipatuhi dan peraturan utama yang perlu dipatuhi adalah beragama Islam.

Sunday, May 9, 2010

Mengapa Yahudi Bijak?


(Artikel ini saya ambil dari facebook seorang kenalan. Sudah lama saya tertanya2 kenapa Yahudi mampu menguasai dunia???!! Tidak pasti sama ada artikel ini benar atau rekaan semata2 namun dari segi kelojikkannya tetap ada. Mari sama2 kita baca dan renungkan semoga sama2 mendapat manfaat daripadanya.

--------------------------------------------------------------------------
-Dr. Stephen Carr LeonShare.

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi,?dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor.

Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Friday, April 30, 2010

Thursday, April 29, 2010

Aminulrashid ditembak semasa memandu?

Ketika mencari berita tentang pelajar 15 tahun yang mati ditembak polis ketika sedang memandu saya terjumpa sebuah blog yang memaparkan tentang report seorang rakan kepada allahyarham. Apa yang menyebabkan saya tertarik dengan berita ini kerana ia hampir2 menyerupai kes 3 orang pelajar saya yang telah kembali kerahmatullah tahun lepas, juga kes lari dikejar polis ketika sedang memandu pada pukul 1.00 pagi hendak ke uptown KL. Bezanya dengan pelajar2 saya ini pihak polis yang mengejar tidak melepaskan sebarang tembakan, sekadar mengejar dan mengarahkan kereta yang dipandu laju itu supaya berhenti.(menurut cerita yang disampaikan)

Kerana takut, panic mereka memandu dengan laju dan akhirnya kereta terjunam ke dalam sungai. seorang dari 4 orang pelajar saya terselamat, sebaik dapat keluar dari kereta yang tenggelam di dalam sungai dan naik kedarat beliau dipukul polis di dada dan badannya. Manakala orang kampung yang datang untuk memberikan pertolongan kepada mangsa yang masih berada di dalam kereta di dasar sungai telah dihalang oleh pihak polis untuk berbuat demikian, sehinggalah kereta ditarik keluar pada keesokan paginya..

Sungguh menyayat hati dari cerita bapa kepada salah seorang Allahyarham pelajar saya, bahawa laporan doktor mengatakan anaknya mati kerana lemas. Berkemungkinan jika orang kampung dibenarkan membantu, mangsa dapat diselamatkan. Saya ada bercerita secara ringkas tentang ke empat2 pelajar ini di dalam blog saya ini. Klik sini

Kita melihat incident ini dalam pelbagai sudut dan peranan pelbagai pihak. Peranan pihak polis menjaga keamanan negara tidak dapat dinafikan namun begitu bertindaklah dengan waras dan adil yang lebih utama bertindak mengikut peraturan bukan mengikut nafsu. (sememangnya pihak polis mempunyai hujah2 mereka dalam sebarang tindakan mereka, siapa yang boleh menyangkal?? lawan kat court dulu baru tahu siapa betul siapa salah!) Ini bukanlah bermakna pihak lain boleh berlepas tangan dalam usaha membenteras jenayah dan melanggar undang2. Peranan ibu bapa dan keluarga sangatlah penting dengan memastikan serta memperingatkan anak2 apa yang mereka boleh dan tidak boleh lakukan. Masyarakat harus lebih peka dengan apa pun yang berlaku di sekeliling kita. Semoga segala yang baik dapat kita jadikan teladan dan yang buruk kita jadikan sempadan dan iktibar.

Alfatihah kepada mereka semua yang telah pergi mendahului kita...
-----------------------------------------------------------------------
Pada 26/04/2010 jam lebih kurang 12:00 pagi saya keluar menaiki kereta kawan saya bernama AMINUL RASHID BIN HAMZAH pergi ke sek 7 Shah Alam kedai mamak Ali Corner untuk berjumpa dengan kawan saya bernama Mohd Basir yang mengalami masalah motor pancit.

Semasa hendak pergi ke tempat kawan saya, kami telah tergesel dengan sebuah kereta nombor pendaftar dan jenis kereta tersebut tidak ingat menyebabkan AMINUL RASHID menjadi takut dan melarikan diri untuk balik ke rumah di Sek 11 Shah Alam.
Selepas keluar dari kedai mamak, kami dikejar oleh beberapa buah m/sikal no. tidak ingat kemungkinan kawan-kawan kepada kereta yang kami gesel tadi.

Sampai berhampiran Bulatan Kayangan di Sek 12 Shah Alam, salah sebuah m/sikal tadi hendak memotong kereta kami tetapi terlanggar bahagian belakang kereta menyebabkan penunggang m/sikal terjatuh.

Oleh kerana terlaku takut, AMINUL RASHID memandu ereta dengan laju dan memotong sebuah kereta Polis MPV menyebabkan kereta polis tersebut mengejar kami.
AMINUL RASHID menjadi bertambah takut dan membawa kereta dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan kami dan juga orang awam.

Kereta polis terus mengejar kami sehingga ke Stesyen Minyak Caltex Sek 11 dan saya terdengar tembakan bertubi-tubi mengenai tayar belakang kereta menyebabkan kereta yang dipandu AMINRUL RASHID terhoyong-hayang dan tergelincir dan masih dapat dikawal.
Dan semasa saya terdengar tembakan kali terakhir terkena pada kepala AMIRUL RASHID menyebabkan beliau jatuh diatas riba saya dan saya nampak bahagian belakang kepala AMINUL RASHID berlubang dan berdarah.

Kereta kemudiannya tidak dapat dikawal lalu terlanggar tembok rumah orang lalu berhenti.
Saya keluar dari kereta untuk menyerah diri saya dan salah seorang daripada anggota Polis menendang saya dan belakang dan kemudiannya Polis yang lain terus terus memukul dan memijak saya beramai-ramai.

Saya meronta-ronta dan dapat melarikan diri daripada anggota Polis tersebut lalu balik kerumah. Saya mendapat cedera di tangan kanan, kaki dan sakit kepala.
Tujuan saya buat laporan adalah untuk menceritakan semula perkara sebenar yang berlaku ke atas diri saya dan kawan saya yang… ..

sumber: perisik-rakyat / Laporan Polis Sahabat Arwah Aminulrashid
Berita asal
----------------------------------------------------
Ini pula berita yang dimuatkan dalam Berita Harian

Remaja maut ditembak polisOleh Rafidah Mat
Ruzkifidahruzki@bharian.com.my2010/04/27

Mangsa dipercayai undur kenderaan elak disekat peronda

SHAH ALAM: Seorang remaja maut selepas terkena tembakan yang dilepaskan anggota polis peronda apabila remaja itu dipercayai cuba mengundurkan kenderaannya untuk melarikan diri ketika disekat dalam satu kejadian di sini, awal pagi semalam.

Sehubungan itu, empat anggota peronda dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, kini diarah melakukan kerja di pejabat bagi membolehkan siasatan terperinci kes itu dijalankan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, anggota peronda berkenaan terserempak dengan sebuah kereta Proton Iswara di Seksyen 11, di sini.

Katanya, anggota terbabit cuba menjalankan pemeriksaan terhadap kereta itu dan mengarahkan pemandunya berhenti, namun dia memecut, menyebabkan anggota peronda mengejarnya.

"Setiba di tempat kejadian di Jalan 11/2G, Seksyen 11, anggota peronda berjaya menghalang kereta itu. "Penumpang kereta berkenaan, seorang lelaki, keluar dan melarikan diri, manakala pemandu kereta, cuba mengundurkan keretanya, menyebabkan anggota peronda terpaksa melepaskan beberapa tembakan," katanya di sini, semalam.

Khalid berkata, satu daripada tembakan itu mengenai pemandu kereta berkenaan yang kemudian mati akibat tembakan itu, manakala rakannya dapat melarikan diri. Katanya, pemeriksaan terhadap pemandu berkenaan mendapati, dia adalah remaja lelaki berusia 15 tahun.

Polis juga menemui parang dipercayai digunakan untuk kegiatan samun dalam kereta berkenaan.

Khalid berkata, beliau sedih dengan kejadian itu dan sudah mengarahkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Katanya, beliau akan melantik seorang pegawai di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) menjalankan siasatan penuh mengenai kejadian itu.

Beliau berkata, siasatan akan dijalankan terhadap keempat-empat anggota berkenaan, walaupun hanya seorang daripada mereka yang melepaskan tembakan berkenaan bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

Monday, April 12, 2010

Lagi Buang Bayi (kali ni di Sg. Choh)


HULU SELANGOR 11 April - Seorang bayi lelaki dilahirkan ke dunia ini dalam keadaan sempurna, selain memiliki raut wajah yang comel. Malang sekali, mungkin bimbang kelahirannya itu bakal membawa malu, bayi comel itu dibuang begitu sahaja dalam keadaan yang sangat memilukan.

Dia dibungkus dengan kertas surat khabar, kemudian dimasukkan ke dalam beg plastik sebelum dibuang dalam timbunan sampah.

Sekali lagi, penemuan mayat bayi dalam keadaan tragis ini - tiga hari selepas kempen Kami Prihatin dilancarkan - memperlihatkan masih ada orang yang sanggup bertindak kejam terhadap bayi tidak berdosa.

Mayat bayi lelaki malang yang masih bertali pusat itu ditemui oleh pekerja Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) di tempat pembuangan sampah di Sungai Choh di sini kira-kira pukul 8 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, mayat bayi itu ditemui dalam timbunan sampah di sebelah kedai nasi ayam berhampiran lampu isyarat di pekan Sungai Choh.Beliau berkata, seorang pekerja MDHS yang sedang mengutip sampah di kawasan itu menemui mayat itu dalam bungkusan plastik.

"Pekerja terbabit tergerak untuk memeriksa bungkusan plastik yang ditemuinya dalam timbunan sampah itu kerana berasa curiga dengan isi kandungannya.

"Dia terkejut apabila mendapati bungkusan itu mengandungi mayat seorang bayi dan segera memaklumkan perkara itu kepada orang ramai yang berada di kedai berhampiran sebelum menghubungi polis," katanya di sini hari ini.

Norel Azmi memberitahu, siasatan mendapati bayi lelaki itu baru dilahirkan dan dibuang dalam timbunan sampah sarap di situ.Bagaimanapun, beliau berkata, bayi itu sudah mati ketika ditemui pekerja terbabit.

Berdasarkan maklumat awal pakar perubatan, katanya, bayi itu mungkin dilahirkan tidak cukup bulan tetapi sempurna sifat dan dipercayai akibat keguguran. Tambahnya, mayat bayi malang itu dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baharu untuk bedah siasat.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kematian.

"Polis sedang berusaha mengesan ibu mangsa dan mengharapkan bantuan orang ramai untuk menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan," katanya.

Khamis lalu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melancarkan kempen Kami Prihatin yang bertujuan menangani gejala penderaan kanak-kanak dan buang bayi.

Kempen anjuran Utusan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Astro dan Karyawan itu turut disokong oleh artis popular tanah air yang menyanyikan lagu Harapan Tanpa Suara.

Wednesday, March 31, 2010

Kaki katak dalam mi goreng

KUALA LUMPUR 19 Mac Sanggupkah anda menikmati hidangan mi goreng berlaukkan kaki katak seperti insiden yang menimpa seorang pelajar lelaki ketika dia sedang menjamu selera bersama ahli keluarganya di sebuah kopitiam di Bukit Tinggi, Klang baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam pada 11 Mac lalu, Aliff Shanaz, 23, terkejut apabila mendapati terdapat kaki katak dalam menu mi goreng yang dinikmatinya selepas tiga kali dia menyuap hidangan itu.




Sejurus selepas kejadian itu, dia terus mengadu kepada juruwang di kopitiam berkenaan yang kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada pengurus kedai makan tersebut.
Katanya, beberapa pekerja kopitiam berkenaan telah mengambil gambar kaki katak dalam hidangan mi goreng itu selepas dia bertegas tidak akan memulangkan hidangan tersebut.
Pengurus itu cuba pujuk saya dengan berjanji untuk menggantikan menu lain dan tidak mengenakan bayaran ke atas hidangan tersebut.
Saya rasa tidak berpuas hati kerana pengurus tersebut gagal memberi penjelasan bagaimana kaki katak berkenaan boleh dimasukkan dalam menu makanan yang saya pesan.
Malah, saya turut meminta pengurus itu menandatangani laporan yang telah saya buat untuk tindakan selanjutnya, bagaimanapun dia menolak dengan alasan arahan daripada pihak atasan, katanya di sini hari ini

---------------------------
yang pi kopitiam tu buat apa? banyak lagi kedai orang islam yang confirm halal.. Heran orang islam malaysia sekarang berpusu2 masuk ke OTWC or also known as kopitiam. Mungkin sebab ada kemudahan wireless itu yang suka sangat duk situ.

Tuesday, March 30, 2010

Pameran 'Seni'??

Pameran 'Seni' di Sepanyol



Gambar ini di kirim oleh seorang rakan melalui email. Saya tidak tahu apa cerita sebenar disebalik gambar-gambar ini. Biar saya buat tanggapan saya sendiri...

Lihat seorang 'muslim' sedang sujud di atas sejadah dan disisinya ada sebuah kitab, diatasnya pula sedang berteleku seorang nasrani (kristian) sambil memeluk kitab sucinya dan di atas sekali satu bangsa yang angkuh dan sombong di atas muka bumi ini tak lain ialah Yahudi. Mereka kata ini seni.

Inikah yang dikatakan 'Seni'?? Sungguh biadap golongan Yahudi dan Nasrani ini!. Pada mereka Islam harus diinjak-injak dan ditindas untuk mereka naik ke atas. Angkuh dan bongkaknya mereka ini!. Sudah habis agaknya seni lain yang boleh dipamerkan. Tak sudah2 menyentuh sensitiviti umat Islam.
Lihat terjemahan ayat Al-Quran dibawah dan ambillah iktibar darinya.


Firman Allah SWT di dalam Al Quran : (5) Al Maa’idah : Ayat 51

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. (QS. 5:51)

Al Quran : (2) Al Baqarah : Ayat 120

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamumengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. (QS. 2:120)





sama-sama kita renungkan. Wallahu A'lam.

Friday, March 26, 2010

Game bunuh 'malaikat maut' -Awasi Dakyah Kristian!

Bunuh ‘malaikat maut’
Posted on the March 24th, 2010 under
Berita, Tempatan, Warning by johnjimat

KUALA LUMPUR: Elemen kepercayaan terhadap alam ghaib termasuk membabitkan malaikat yang menjadi perisian terkini permainan konsol PS3 dan Xbox 360 dikesan semakin diminati generasi muda kerana memberikan keseronokan ekstrem kepada pemainnya.

PERSENDA AGAMA…dua permainan konsol yang memerlukan pemain berinteraksi dengan perkara ghaib.


Melalui permainan itu, sesiapa saja boleh menikmati pengalaman baru dengan menatap wajah malaikat maut sambil meneroka syurga, malah mengalami situasi mencemaskan apabila menjelajah sembilan lapisan neraka.Namun, ia mempunyai unsur mempersendakan agama apabila permainan dibangunkan syarikat antarabangsa seperti Darksiders itu menggambarkan malaikat seperti manusia yang bersenjata, bersayap dan berbaju perisai, malah boleh dibunuh sesuka hati, sekali gus bertentangan prinsip kepercayaan Islam.

Dantes Inferno pula berkaitan misinya yang dilakukan dalam neraka membolehkan pemain membuat pilihan sama ada mahu memusnah atau menyucikan roh manusia dikutuk menggunakan cahaya salib untuk dihantar ke syurga.

Permainan konsol yang menceritakan era Perang Salib itu juga dikesan berunsur lucah kerana turut memaparkan karakter musuh wanita separuh bogel melakukan gerakan tarian lucah sebelum menyerang watak pemain.

Tinjauan Harian Metro mendapati cakera video digital (DVD) permainan konsol terbabit dijual secara bebas di kedai permainan video, malah tanpa sekatan untuk dibeli remaja dan kanak-kanak.

----------------------------------

**Awasi anak-anak kita dari terjebak dengan perkara karut-marut ini, lebih-lebih lagi perkara yang boleh memesongkan aqidah mereka sekalipun dengan permainan yang dianggap hanya untuk suka-suka. Allah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud :
"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani (kristian)sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Al Baqarah: 120)

Thursday, December 3, 2009

Transsexual worries for safety after negative reactions to ‘marriage’

DIMANAKAH SILAPNYA??!! Yang Pasti Bukan Salah ibu mengandung..

Apabila kehendak nafsu menjadi panduan hidup lebih dari kehendak akal dan batasan agama, maka rosaklah fitrah manusia dan cacamerba jalan hidupnya..Nauzubillahi minzalik, semoga Allah SWT memberikan taufik dan hidayahnya kepada kita semua..Ameen.


--------------------oooOOOooo--------------------
The Star
By CHOI TUCK WO

LONDON: Malaysian transsexual Mohammed Fazdil Min Bahari is afraid to return home due to the negative reactions over her marriage to a Briton.

She has received a lot of negative e-mails and comments from people, some even accusing her of insulting the Malaysian government.

Mohammed Fazdil or Fatine, said she felt frustrated that people did not understand she had come to the United Kingdom because she wanted to be with the man she loved.
She added that she could not do that in Malaysia and people in the country seemed to be taking a religious point of view over the matter.

Controversial ‘marriage’: Mohammed Fazdil or Fatine and Young
posing for a photo after they were married
in a civil partnership in the UK last May.



“I am so frightened to go back. I am worried for my safety,” she said in response to what she claimed was the inaccurate portrayal of their love story by a Malay tabloid which caused the negative reactions.

Speaking up for the first time after The Sun newspaper in London broke the story, Fatine said she did not know what to do as her family had already disowned her.

“I’ve spent hours on the phone asking for forgiveness. I love them but I can’t change what has happened,” said the 36-year-old makeup artist.

Fatine said it was a shame that the article had twisted their story as it was never their intention to insult the Malay community.

“They also put my father’s name in it, which was unnecessary and my mother is now afraid to leave the house,” she added.

Fatine also said that she understood that the Malays were very traditional and that “people like me aren’t acceptable”, but she hoped things would cool down eventually.

Fatine, who married Ian Young in a civil partnership in May, faces deportation back to Malaysia after her Leave to Remain visa was rejected by the Home Office over an “incorrect” photograph.

A second application with a passport photograph with a white background as required, instead of blue, was submitted for reconsideration but it was also thrown out in October.

The pair has just submitted their third application for a Right to Family Life under the Human Rights Act in Britain.

On Monday, Immigration director-general Datuk Abdul Rahman Othman said the department might take action against Fatine when she returned home as it viewed problems like overstaying seriously.

Young, 30, however, maintained that Fatine’s application was still being processed by the UK Border Agency and she should not be classified as an overstayer.

“All we want is to be married, happy and living together.
“The only way we can do this is over here in the UK,” said Young, who runs a property maintenance company.

He said the article also made it sound like they were trying to make a mockery of Muslim laws, which was never their intention.

“As a result of the way we have been portrayed, I now feel that we would be in more danger than ever if we were to try and live in Malay-sia,” he added.