Simpan sini untuk rekod RPH
Monday, July 19, 2021
PANDEMIK COVID 19 TAHUN KEDUA-2021
Simpan sini untuk rekod RPH
Friday, April 29, 2016
Menjalani Pembedahan.
Selasa 29/3/2016- ambil cuti sakit. makan ubat tahan sakit dan buat urine test, sebab ingat kemungkinan kencing kotor.
Jumaat 1/4/2016- pergi urut, ingatkan apa2 yang tak kena. cuti sakit lagi.
Isnin 4/4/2016- sakit masih ada sikit2 tapi boleh berjalan. petang balik sekolah pergi klinik Siti buat scan, Doktor kata ada macam cyst 6-7cm. Mula susah hati tak keruan.
Khamis 7/4/2016 - jumpa pakar O&G (sakit puan) Dr. Siti Esah Bahari di KPJ Hospital Shah Alam. pergi dengan suami. Ini kali kedua jumpa Dr. siti esah sejak 5 tahun yang lalu. Buat scan sekali lagi, Dr. kata kemungkinan cyst atau fibroid 8cm, tumbuh di atas bahagian rahim. Artikel tentang fibroid boleh dibaca internet atau di blog Dr. Hamid Arshat . untuk pastikan cyst/fibroid kena buat operation. Hari ni ambil cuti sakit lagi. Tarikh diberi 11/4 utk admission ke ward.
Isnin 11/4/2016 tangguh sebab sakit tekak dan nak demam. berisiko untuk operate. tarikh baru 19/4.
Selasa 19/4/2016 tangguh lagi sebab belum berapa baik dari batuk. tarikh baru 26/4.
Selasa 26/4/2016 berangkatlah ke KPJ Shah Alam dengan macam2 perasaan. bertawakal pada Allah mudah2an selamat segalanya. Jam 3 petang ditolak ke dewan bedah. Diberi bius separuh badan, pakar Anaesthesiologist Dr. Marlizan Muhammad Yusuff sambil mengingat2kan aku supaya baca ayat kursi, baca 3 qul, zikir2. Lepas tu tak sedar dah apa berlaku. Dr. Siti Esah sendiri yang melakukan pembedahan.
Khamis 28/4- dibenarkan pulang kerana keadaan semakin baik. Alhamdulillah. diberi cuti selama sebulan bermula 26/4 hingga 25/5.
![]() |
![]() |
Thursday, October 21, 2010
Cuti seminggu, anak pulak demam.
Sunday, October 17, 2010
Kanser Serviks
Membaca sambil menambah pengetahuan. Artikel asal klik di sini
Apa itu kanser serviks?
Barah serviks adalah diantara barah kerap terjadi terhadap wanita yang menyerang organ reproduksi. Ia terjadi apabila sel yang normal pada serviks (pangkal rahim) bertukar menjadi sel barah.Sebab ia terjadi?
Ia disebabkan oleh virus human papilloma yang berjangkit melalui hubungan seks. Apabila wanita terdedah kepada HPV, sistem imun badan selalu dapat menangkis serangan virus ini dari menjangkiti wanita tetapi, bagi sebahagian kecil wanita, virus berpeluang hidup bertahun-tahun sehingga ia menukar sel yang terdapat pada permukaan serviks kepada sel kanser. Separuh dari kanser ini terjadi pada mereka yang berusia 35-55 tahun.
Dengan ujian saringan pap smear, kadar kematian kanser serviks berkurangan dengan banyaknya. Walaubagaimanapun ia masih merupakan pembunuh ke 2 terbanyak selepas kanser payudara.
Tanda dan gejala
Anda mungkin tidak mengalami sebarang tanda terutama pada peringkat awal. Apabila menjadi semakin serius, anda mungkin akan mengalami:
- Pendarahan semasa bersama
- Pendarahan ditengah bulan
- Pendarahan selepas menopos
- Keluar lendir berdarah dan berbau busuk dari faraj
- Sakit semasa seks
Siapa Wanita yang berisiko untuk mendapat kanser cerviks?
Fakta berikut boleh meninggikan risiko anda untuk kanser serviks
- Mempunyai pasangan berbilang
- Aktiviti Seks bermula sebelum usia 18
- Mengalami jangkitan kuman seperti syphilis, gonorhoea, chalmydia atau HIV
- Kurang daya tahan imun
- Merokok
Apa yang doktor akan lakukan sekiranya saya mempunyai gejala di atas?
- Ujian Pap
Doktor akan mengambil sedikit tisu pada permukaan serviks dan menghantar kemakmal . Ujian ini akan mengesan sebarang ketidaknormalan pada cerviks seperti sel pra-barah. Digalakan untuk mengambil ujian ini setiap tahun untuk mengesn kanser peringkat awal. Pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa. - Ujian HPV
Ujian ini boleh mengesan kuman HPV yang specifik terhadap kanser serviks seperti strain 16 dan 18, iaitu penyebabkan utama kanser pangkal rahim. - Colposcopy
Doktor akan mengunakan mikroskop yang khas untuk memeriksa pangal rahim anda untuk sebarang ketidaknormalan. Sekiranya ada, sedikit biopsi akan diambil dan dihantar kemakmal. Kadang-kadang biopsi kon akan dibuat sekiranya didapati sel barah sudah merebak lebih dalam. - Rawatan
Rawatan bergantung kepada keterukkan kanser tersebut dan sejauh mana ia sudah merebak. Sekiranya diperingkat awal pembedahan buang rahim akan disarankan dan pembedahan yang lebih radikal akan dilakukan sekiranya kanser sudah merebak keorgan organ berdekatan. Rawatan sampingan lain termasuk radiasi dan kemoterapi.
Bagaimana untuk mencegahnya?
Anda boleh mengurangkan risiko untuk mendapat kanser pangkal rahim dengan mencegah jangkitan kuman HPV. HPV merebak melalui hubungan seks, jadi pengunaan kondom boleh mengurangkan risiko HPV.
Selain dari itu, anda juga boleh mengurangkan jangkitan HPV dengan:
- Berhubungan seks dengan 1 pasangan sahaja
- Elakkan hubungan seks pada usia muda
- Tidak merokok
- Mendapat imunisasi terhadap jangkitan HPV
- Suntikan Vaksin
Vaksin terhadap HPV
Sekarang sudah terdapat vaksin yang boleh mencegah kebanyakkan dari strain HPV yang menjadi punca kepada kanser serviks. Gadis seawal usia 13 tahun adalah digalakan untuk mengambil vaksin ini. Ia boleh mencegah sehingga 70% dari jangkitan HPV dan walaupun ia lebih efektif sekiranya diberikan sebelum gadis menjadi aktif secara seksual, ia juga disarankan kepada semua wanita sehingga usia 46 tahun.
Dimanakah saya boleh mendapatkan suntikan vaksin ini?
Vaksin boleh didapati dimana mana klinik GP atau klinik pakar berdekatan
Ujian Pap Smear

Apa itu serviks?
Serviks adalah pangkal rahim. Sebelum menjadi kanser, serviks menunjukkan perubahan di dalam sel-selnya yang merupakan peringkat pra-kanser. Peringkat awal ini mengambil masa beberapa tahun sebelum ia bertukar kepada kanser serviks dan pap smear boleh mengesannya peringkat ini dengan mudah.Siapakah yang perlukan ujian Pap ?
Setiap wanita yang pernah mangadakan hubungan seks perlu menjalani ujian Pap terutamanya:- Mereka memulakan hubungan seks pada usia <>
- Mereka yang mempunyai pasangan seks berbilang.
- Pasangan seks wanita tersebut atau suami yang mempunyai ramai pasangan seks.
- Mereka yang mempunyai Jangkitan kuman HPV (agen penyebab kanser)
- Perokok
- Tidak pernah/lebih 3 tahun tidak melakukan ujian Pap Smear. (ramai wanita Malaysia tidak pernah melakukan pap smear)
Bagaimanakah ujian Pap Smear dilakukan?
Pemeriksaan faraj akan dilakukan dengan mengunakan speculum. Kawasan dalaman faraj dan serviks akan dilihat dengan mata kasar. Setiap ketidaknormalan akan diperiksa dengan teliti.Dengan mengunakan kayu kayu kecil (spatula) sel-sel pada bahagian serviks akan diambil dan akan dismear pada permukaan slaid. Slaid ini kemudiannya dihantar ke makmal untuk diproses sebelum dibuat pemeriksaan mikroskopik.
Bilakah waktu yang sesuai untuk ujian Pap Smear dilakukan?
Ujian mudah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa anda tidak didatangi haid kerana sel darah merah boleh mengganggu pemeriksaan mikroskopik. Sebolehknya elakkan hubungan seks pada malam sebelumnya.Saturday, April 3, 2010
Penyakit dan Penyembuhan
Tulisan DR Musthafa Umar
“dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku,”[Q.S. Asy-Syu’araa : 80]
Ayat ini menerangkan keimanan nabi Ibrahim ‘Alaihissalaam bahawasanya yang menyembuhkan penyakit adalah Allah Subhanahu wata’ala. Keimanan yang seperti itu patutlah kita miliki pula sehingga hidup menjadi lurus dan benar. Bekalan ini adalah penting kerana tidak ada diantara kita yang memiliki jaminan dapat terlepas daripada penyakit.
Makna dan Jenis Penyakit.
Penyakit maknanya apa sahaja perkara yang boleh mendatangkan rasa sakit kepada kita. Ada diantara penyakit itu yang mendatangkan rasa sakit kepada badan kita ; seperti penyakit jantung, paru-paru, kulit dan lain sebagainya. Ada pula penyakit yang mendatangkan rasa sakit kepada akal kita ; seperti lupa dan kurang ingatan. Dan ada pula yang mendatangkan rasa sakit kepada hati atau jiwa kita ; seperti penyakit dengki, sombong, tamak dan lain sebagainya.
Penyakit Adalah Taqdir Allah.
Apapun jenis penyakit yang diderita manusia tidak lepas daripada taqdir Allah Subhanahu wata’ala. Ertinya, Allah-lah yang menetapkan seseorang itu terkena penyakit.
Ada diantara penyakit itu yang bersebab dan ada pula yang tidak bersebab. Daripada sini nampaklah kuasa Allah yang mutlak dalam mentaqdirkan penyakit.
Meskipun penyakit itu datangnya daripada Allah namun kita tidak boleh mengatakan bahawa Allah telah membuat kita sakit, tetapi hendaklah kita mengatakan dengan menyandarkan kepada diri kita sendiri ; seperti ungkapan kita ‘saya sakit’, bukan ‘saya disakitkan oleh Allah’. Ungkapan ini adalah pernyataan sopan santun yang menunjukkan kerendahan hati seperti yang dicontohkan oleh nabi Ibrahim di dalam ayat diatas :”Dan apabila aku sakit, Dia lah (Allah) Yang Menyembuhkan ku”.
Kemudian penyakit yang dijalani oleh manusia dapat pula dibahagikan kepada dua macam : ada penyakit yang ditetapkan sebagai ujian dan adapula sebagai siksaan.
Macam yang pertama bertujuan untuk mengangkat kedudukan orang yang diuji tersebut ; semakin sabar ia dalam ujian menjalani sakit itu maka semakin mulia-lah kedudukannya disisi Allah Subhanahu wata’ala. Umpamanya seperti nabi Ayyuub ‘Alaihissalaam ; bagaimanapun dahsyatnya penyakit yang ditanggung namun tidak sedikitpun melemahkan keimanannya kepada Allah.
Adapun penyakit sebagai siksaan bertujuan untuk menyengsarakan orang yang tengah menjalaninya. Hal itu disebabkan kerana perbuatan dosa yang telah dilakukan. Allah berfirman : ”Dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah menambahkan penyakit mereka, dan bagi mereka siksaan yang pedih disebabkan mereka berdusta”. [Q.S. Al-Baqoroh : 10]
Perbezaan penyakit sebagai ujian dengan penyakit sebagai siksaan terletak pada diri orang yang menjalaninya ; ia bukan terletak pada penyakitnya. Boleh sahaja penyakit jantung itu sebagai ujian bagi si A dan sebagai siksaan bagi si B. Penyakitnya sama, namun berbeza dalam menjalaninya. Si A tidak akan sengsara dengan penyakit itu, ia tenang dan penuh keredhoan. Namun si B akan menderita menanggung susah, ia gelisah, takut dan meronta-ronta.
Sama halnya dengan pelajar dan peperiksaan ; pelajar yang rajin tidak akan sengsara dengan peperiksaan yang dihadapi, namun bagi pelajar yang malas tentu peperiksaan itu membuatnya tertekan dan menderita.
Penyembuhan Penyakit Daripada Allah
Apapun jenis penyakit yang diderita manusia ; samada penyakit badan, akal ataupun jiwa, dan apapun macam penyakit tersebut ; samada sebagai ujian ataupun sebagai siksaan, yang akan menyembuhkannya hanyalah Allah, tidak ada yang lainnya.
Ayat diatas menyebutkan dengan jelas : “Dan apabila aku sakit, Dia-lah (Allah) Yang Menyembuhkan-ku”.Maka daripada sini sesiapa yang diuji dengan penyakit maka hendaklah ia berdo’a supaya Allah cepat mengangkat penyakit daripadanya. Seperti berdo’a dengan membaca Ayat Al-Quran :"(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang". [Q.S Al-Anbiyaa : 83]
Dan sesiapa yang merasa disiksa dengan penyakit maka hendaklah ia bertaubat sehingga Allah mengampuni dosanya dan terselamatlah ia daripada ‘penyakit siksaan’ itu. Seperti bertaubat dengan mengucapkan :"Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim." [Q.S. Al-Anbiyaa : 87]
Bagi kita, langkah kedua hendaklah sentiasa dilakukan meskipun kita tidak merasa melakukan dosa, kerana boleh jadi kita telah melakukannya sementara kita tidak menyedarinya.Sikap keimanan ini mestilah ditunjukkan dikala mengharapkan penyembuhan daripada penyakit.
Disinilah nilai hidup yang menentukan siapa kita ; hamba-hamba Allah-kah kita atau hamba-hamba yang angkuh dan sombong. Dan sikap keimanan ini sahaja tidak cukup, ia mestilah diiringi pula dengan usaha mencari sebab penyembuhan ; pergi berjumpa dokter, makan obat dan lain sebagainya yang sesuai dengan nilai Tauhid. Apabila penyakit itu berhubungan dengan akal fikiran maka bacalah buku-buku yang betul dan bermanfa’at, bukan buku-buku novel yang penuh dengan hayalan dan cerita kosong. Apabila penyakit itu berhubungan dengan jiwa maka bacalah Al-Quran dan perbanyaklah zikir kepada Allah.
Sesungguhnya penyakit adalah salah satu perkara hidup yang mesti dijalani oleh manusia, maka pastikan penyakit itu yang akan memuliakan kita, bukan yang akan menghinakan kita. Wallahu A’lam.
Disediakan oleh: Al-Faqiir Ilaa Rabbih : Musthafa Umar
http://www.tafaqquh.com/new/
Friday, April 2, 2010
Keputusan Ujian Makmal
Semalam (Jumaat 2/4/2010) appointment @KPJ Selangor Specialist Shah Alam, with Dr. Siti Esah, untuk keputusan D&C. Keputusannya ialah -Endometrial Hyperplasia
ia bermaksud suatu peningkatan dalam jumlah sel-sel lapisan bahagian dalam uterus tetapi ia bukan kanser (Alhamdulillah leganya). Ini menjadikan uterus tebal. Heavy menstrual bleeding adalah antara gejala umum dari hyperplasia. Sesiapa pun boleh kena, ia nasib-nasib, sudah ketentuan Allah.
Treatment : Doktor Beri ubat - PROVERA 10MG TAB (MEDROXYPROGES) 60 biji untuk menstabilkan semula hormon , makan tanpa henti sehingga appointment akan daatang 4/6/2010 (Friday). Appointment akan datang untuk pastikan perkembangan hyperplasia dan uterus kembali normal.
Mahasuci Allah yang memberikan kita sihat dan sakit.
*وَإِذَا مَرِضتُ فَهُوَ يَشفِينِ *
“Dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku,”[Q.S. Asy-Syu’araa : 80]
WA
Sunday, March 28, 2010
Apa itu D&C
Di sini saya ingin berkongsi sedikit pengetahuan kesihatan terutama kepada para wanita berkenaan dengan pembedahan D&C (baca dengan DnC). Sila klik pada link dibawah, selamat membaca dan menambah pengetahuan. klik Apa itu D&C
Friday, March 26, 2010
Semoga cepat sembuh dan sihat semula..
Rasanya macam baru beberapa minit selepas aku dibius penuh oleh pakar Anaesthetic tiba2 aku sudah dikejut bangun, "Puan bangun ye, dah selesai" eh, tak rasa apa2 pun, entah macam mana rupalah aku dikerjakan masa tu. Sedar2 aku sudah dibilik lain sudah jam 2.45 petang, pembedahan selama sejam agaknya. Apapun syukur Alhamdulilllah semuanya selamat.
Kesan bius tu memang kuat, sampai hari ke dua ni pun masih ada lagi pening2, alhamdulillah tak ada muntah2. Sebelum dibius tu aku diserahkan satu surat untuk dibaca kemudian ditandangan sebagai persetujuan bahawa aku telah diberikan keterangan dan bahawa aku faham akan kesan2 sampingan setelah dibius. Pening, loya, muntah2, pandangan kabur, itu antaranya. Lagi pesan Doktor, tidak dibenarkan memandu dalam tempoh 24jam! Aku diberikan cuti rehat selama seminggu dari 26Mac-1 April 2010. Selepas seminggu pergi lagi utk folo up dan discuss tentang result operation semalam.
Dan hari ini aku sendiri saja di rumah, bersantai2..lebih baik di rumah daripada di wad.. Alhamdulillah :) Selamat berehat untuk diriku, semoga cepat sembuh.
Wallahu a'lam.