Showing posts with label Catatan harian. Show all posts
Showing posts with label Catatan harian. Show all posts

Thursday, August 5, 2021

POSITIF COVID DAN PENGALAMAN KUARANTIN SATU KELUARGA

Assalamualaikum wbth.

Alhamdulillah kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah SWT. Solawat dan salam buat junjungan yang mulia nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluaraga dan para sohabat sekeliannya.

Daku ingin berkongsi kisah ini sebagai satu catatan sejarah dan pengalaman bagi kami sekeluarga bahawa jika Allah kehendaki sesiapa pun tidak terlepas dari didatangi virus covid-19 ini walau  segala SOP telah kita patuhi. Semoga dengan kesakitan, kesulitan dan kesukaran yang dilalui mudah-mudahan Allah mengangkat dosa-dosa mereka yang sakit dan dikurniakan hikmah yang besar. 

Ia bermula pada 26 July 2021 (Isnin),
Anak lelaki ku Akmal yang bertugas sebagai sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) lebih kurang jam 9 malam menelefon ayahnya memberitahu ada close contact dengan individu postitf covid di PPV tersebut. Daku tidak mahu bercerita panjang tentang individu positif itu, tetapi lebih kepada pengalaman kami melalui situasi ini.

Akmal & Syatrah bertugas sebagai sukarelawan PPV


Sebaik saja menerima berita itu kami segera mengasingkan anak-anak yang lain yang sebilik dengan Akmal & Syatrah, keluarkan apa yang perlu, pakaian, buku2 dan tilam pun keluarkan bawa ke bilik lain kerana kami hampir pasti melalui cerita Akmal jangkitan mungkin telah berlaku.

Sebaik saja Akmal & Syatrah sampai ke rumah lebih kurang jam 10 malam, ayahnya terus mengarahkan mereka berdua masuk ke bilik dan bermula saat itu tidak dibenarkan keluar kecuali ke bilik air berdekatan. Semua makanan dan minuman serta apa keperluan mereka daku dan suami ku yang akan hantar malah dua orang lagi anak ku yang lain tidak dibenarkan langsung menghampiri pintu bilik Akmal dan Syatrah kerana mimikirkan dua lagi anak ku itu belum mendapat vaksin. 

27 July 2021 Selasa
Suamiku memanggil doktor yang menyediakan perkhidmatan swab test ke rumah, jam 8 pagi sudah datang dan kami semua 6 beranak buat swab test. 4 RTK, manakala Akmal dan Syatrah PCR. 
RTK terus keluar result, alhamdulillah 4 negatif. Dua lagi yang buat PCR esok baru dapat result. 



28 July 2021 Rabu
Result PCR Akmal Positif, result Syatrah negatif.
Akmal mula demam dan sakit tekak, demamnya on off.
Oleh kerana Akmal dan Syatrah berkongsi bilik air yang sama, jadi selepas tahu result Syatrah negatif suamiku suruh Syatrah guna bilik air yang lain. Tapi daku agak keberatan sebab  ada rasa bimbang, namun Syatrah tetap jaga SOP pakai mask setiap kali keluar bilik, tiada sentuhan atau cakap berdepan2, makan waktu orang lain semua dah selesai (kesian kan). Hari ini juga Baba, Muadz, Syatrah dan Husna pakai gelang putih untuk kuarantin. Daku tak pakai, pagi tu daku ada kelas jadi tak dpt pergi. tapi daku tak keluar2 rumah pun. 

  

29 July 2021 Khamis
Syatrah mula batuk2, malamnya dia mula demam.

30 July 2021 Jumaat
Petang Jumaat ni sekali lagi Syatrah buat swab test RTK. Confirm Positif.  
Jadi dua orang anak kami positif. 
Perasaan daku macam-macam bercampur aduk. Sedih, cemas, takut, tak tau nak katalah, cuba bayangkan virus tu ada dalam rumah korang, kadang2 kita macam rasa sakit dada, pening2 gatal2 tekak. Apakah cuma perasaan je, atau sebab takut sangat ke, atau sebab memang nak kena jangkit tapi sebab dah vaksin jadi mungkin badan sedang melawan..entahlah tak pasti. 
Jaga orang sakit sudah tentulah satu cabaran yang lain pula. Daku selalu pakai mask kat rumah terutama bila menghampiri bilik Akmal dan Syatrah. 

keadaan bilik tempat kuarantin Akmal & Syatrah


Kami juga beli Spray gun untuk sanitize rumah, barang-barang dan perabot. Senang kata semua bendalah kami sembur dengan sanitizer tu.



 

Bagi meningkatkan kualiti udara dalam rumah agar lebih bersih, kami guna penapis udara coway lombok 3. Sebelum ni beberapa kali juga HQ coway call promote tambah penapis udara, tapi daku enggan, akhirnya bila dah ada kes begini kami bersetuju ambil. Rezeki kaulah coway. Ansuran bulanan rm90 ringgit.



Kami mula maklumkan juga kepada kaum keluarga terdekat dan sahabat2, mohon doakan kesembuhan. Mudah-mudahan ada doa2 yang Allah angkat dan perkenankan. Mulanya risau juga bila nak bagitau orang. Bila kita dapat bercerita pada ahli keluarga dan rakan-rakan dan mereka pula beri semangat kepada kita terasa lega sedikit. Ada yang berkongsi petua2 dan pengalaman juga, antaranya banyak kan berkumur dengan air garam, cuba minum air rebusan cengkih, ambil vitamin c dan multivitamin untuk kuatkan badan. Ada juga yang mencadangkan cuba Ivermectin.  'Jika kita kuat dia lemah, jika kita lemah dia kuat.'

Apabila berita anak kami positif  sudah ketahuan dan kami pula kuarantin satu keluarga di rumah, subhanallah ramai orang menghulurkan bantuan terutama bantuan makanan, terharu sungguh. Semoga Allah kurniakan ganjaran yang sebaiknya kepada mereka semua.  Tak dinafikan sedikit sebanyak kesedihan hati terubat dengan sumbangan yang dihulurkan. Terimakasih semua, Allah saja yang dapat membalasnya. Kami dimaklumkan Jawatankuasa surau dan masjid memang menyediakan bantuan makanan kering untuk dihulurkan kepada ahli keluarga pesakit covid yang sedang kuarantin di rumah. Alhamdulillah.





Di saat daku menulis ini, kami masih lagi kuarantin, sudah masuk hari ke 8. Anak-anak ku tidak diarah ke MAEPS. kuarantin di rumah. Demam sudah tiada, tapi batuk masih ada, Syatrah pula hilang deria bau. Selera makan juga  agak berkurang. Masa mereka demam suamiku beri makan paracetamol , vit.c dan multivitamin disamping ubat kumur dan garam. Kami juga beri minum air kelapa sebagai ikhtiar penawar. Air rebusan cengkih pula daku yang minum. 
Asbab dapat jadi sukarelawan kedua-dua anak ku itu sudah divaksin dua dose. Hari dapat dose kedua itulah mereka dijangkiti. 

Setiap hari ada saja berita menyedihkan kita dengar tentang covid, tidak dinafikan ada antara sanak-saudara kita juga yang telah syahid kerana wabak ini, ada juga yang ditidurkan semoga mereka akan bangun semula dan kembali sihat. Sama-sama kita doakan semoga Allah mengurniakan kesembuhan kepada sesiapa juga yang sakit dan yang sihat terpelihara dan terhindar dari jangkitan penyakit khususnya Covid 19 ini.

Sekian, Wassalam.



Friday, April 29, 2016

Menjalani Pembedahan.

Untuk rekod. rentetan peristiwa :




Isnin- 28/3/2016 jam 3 petang terasa sakit, makin lama merebak sampai ke pinggang. sampai tak boleh nak bangun. sakit teramat sangat.

Selasa 29/3/2016- ambil cuti sakit. makan ubat tahan sakit dan buat urine test, sebab ingat kemungkinan kencing kotor.

Jumaat 1/4/2016- pergi urut, ingatkan apa2 yang tak kena. cuti sakit lagi.

Isnin 4/4/2016- sakit masih ada sikit2 tapi boleh berjalan. petang balik sekolah pergi klinik Siti buat scan, Doktor kata ada macam cyst 6-7cm. Mula susah hati tak keruan.

Khamis 7/4/2016 - jumpa pakar O&G (sakit puan) Dr. Siti Esah Bahari di KPJ Hospital Shah Alam. pergi dengan suami. Ini kali kedua jumpa Dr. siti esah sejak 5 tahun yang lalu. Buat scan sekali lagi, Dr. kata kemungkinan cyst atau fibroid 8cm, tumbuh di atas bahagian rahim. Artikel tentang fibroid boleh dibaca internet atau di blog Dr. Hamid Arshat . untuk pastikan cyst/fibroid kena buat operation. Hari ni ambil cuti sakit lagi. Tarikh diberi 11/4 utk admission ke ward.

Isnin 11/4/2016 tangguh sebab sakit tekak dan nak demam. berisiko untuk operate. tarikh baru 19/4.

Selasa 19/4/2016 tangguh lagi sebab belum berapa baik dari batuk. tarikh baru 26/4.

Selasa 26/4/2016 berangkatlah ke KPJ Shah Alam dengan macam2 perasaan. bertawakal pada Allah mudah2an selamat segalanya. Jam 3 petang ditolak ke dewan bedah. Diberi bius separuh badan, pakar Anaesthesiologist Dr. Marlizan Muhammad Yusuff sambil mengingat2kan aku supaya baca ayat kursi, baca 3 qul, zikir2. Lepas tu tak sedar dah apa berlaku. Dr. Siti Esah sendiri yang melakukan pembedahan.

sejam lepas tu selesai pembedahan. dan ditolak ke ward 209. suami, anak ku syatrah, emak dan abang ku farith menunggu. Alhamdulillah syukur. masih  bernafas lagi aku ya Allah. semoga kesakitan ini kaffarah keatas dosa2ku. Pertama kali dalam hidupku menjalani pembedahan. Ketulan fibroid yang dikeluarkan berukuran 10x5cm dengan beberapa bonjolan.
Kesan bius membuatkan aku tidur seharian, terjaga sekejap, masih terasa kebas dari pinggang sampai ke kaki. Amat pedih sekali bila cuba bangun. Begitu payah Y aAllah.

Hari kedua aku sudah dibenarkan makan. sudah boleh bangun dengan dipapah untuk ketandas. bersolat dalam keadaan berbaring. syukur alhamdulillah. 

Khamis 28/4- dibenarkan pulang kerana keadaan semakin baik. Alhamdulillah. diberi cuti selama sebulan bermula 26/4 hingga 25/5. 

Semoga Allah memberikan ganjaran sebaik2nya kepada mereeka semua yang membantu dalam urusan ku ini. Terimakasih tidak terhingga atas rawatan, bantuan dan sokongan serta doa dari kalian semua.

Sekian.




Wednesday, November 18, 2015

Minggu2 akhir persekolahan.. 2015

Assalamualaikum pembaca budiman..( jika masih ada yg sudi baca atau terbaca)
Lama sungguh tak menulis2 di blog ni, satu ketika dulu boleh lah dikatakan saya ni agak mahir juga berblogspot (masuk bakul angkat sendiri)  namun sekarang blog ni tak kurang seperti arkib catatan perjalanan suka duka kehidupan saya.
Malah ketika beberapa org rakan bertanya dan meminta saya mengajarkan mereka berblog,  saya tak berapa yakin kerana sudah lama skil ber bloging ini ditinggalkan.
Entah kenapa tiba2 hari ini saya terasa nak berblog pula. Jadi saya install app. blog dari android.  Harap ini bukanlah catatan terakhir dlm hidup saya..
Minggu ini adalah minggu2 akhir persekolahan 2015. Banyak agenda yg hendak dikejar. Antaranya, menghadiri penyampaian hadiah hari kecemerlangan sekolah anak2.
Tahun ini alhamdulillah Allah memberikan kami rezeki yg menggembirakan. Dari situ saya terfikir, kadang kala untuk mendapat banyak perlu memberi banyak. The more we give the more we get back. Kesenangan, kejayaan, kegembiraan itu bukan dtg bergolek, ia perlu diusahakan dengan sedaya mungkin. Apapun syukur alhamdulillah diatas segala nikmat tuhan yg tidak terhitung banyaknya buat kita semua hambaNya. Dari celik mata hingga tutup mata semula. Terrrrlalu banyak. Subhanallah. 
Rasanya cukiplah smapai di siNi dulu. Sehingga berjumpa lagi insyaallah.Wassalam.
Tahniah kepada anak2 yg berjaya dalam peperiksaan 2015.

Monday, May 26, 2014

Pergi tak kembali

Assalamualaikum,
Hari ini tanggal 26/5/2014, isnin, bersamaan rejab 1435hijrah perginya bapa mertua hamba Haji Khailani Bin Mangon  67 tahun kerahmatullah, pergi yg tak kembali lagi.
Untuk kali keduanya hamba merasakan kehilangan insan yg dipanggil ayah/bapa. Kali pertama sewaktu usia hamba 10 tahun, iaitu 30 tahun lalu.
Sudah pasti yg pergi ditangisi. Semoga ayahanda berdua dicucuri rahmat dan diampunkan segala dosa.
Alfatihah.

Saturday, December 21, 2013

Persiapan Sekolah 2014

Malam ini lepas solat maghrib kami sekeluarga telah keluar ke pekan untuk shopping keperluan sekolah anak2 seperti baju, kasut, tudung, cadar untuk yang akan tinggal di asrama dan macam2 lagi. Pada awalnya kami bercadang hendak terus ke pasaraya The Store kerana dengarnya ada YES (year end sale) berdasarkan dari katalog/flyer yang di edar ke rumah-rumah, tetapi nampaknya tak jadi ke The Store sebab dah tersangkut di kedai pakcik Chin Cheong. Suami kata "kita singgah dulu kedai ni, harga dia murah berganda2 dari tempat lain" oklah kita stop kat kedai ni dulu, so, aku terpaksa melupakan bayangan 'kemeriahan' the store, selain keperluan sekolah, ada macam2 lagi untuk menjamu mata. :)

Sebaik saja melangkah masuk ke kedai Chin Cheong : bayangkan deretan kedai yang kecil keadaan dalamnya yang padat dengan pakaian sekolah dan kasut yang pelbagai serta beg2 yang bergantungan. di dinding kedai pula penuh dengan barang jualan seperti kain ela, kapur kasut, stokin dan lain2, ruangan untuk berjalan pun agak sempit, namun pelanggannya sangat ramai. Tidak kira melayu, india ataupun cina, 1Malaysia lah katakan.. Kedai ini mula diperkenalkan kepada aku oleh seorang rakan guru iaitu Pn. Norlida Hayon beberapa tahun yang lalu, katanya murah di situ dan macam2 jenama baju ada, Canggih tak canggih pun ada. Sejak itu suami bila cari baju sekolah suka kesana sebab tokeh tu dah kenal, cuma susah sikit nak park kereta. 


Dalam kesibukan melayan pelanggan sempat juga tokeh kedai tu menyapa kami bertanya nak cari apa. Bila kami bagitahu cari itu cari ini, diapun dengan cepat, cergas dan pantas mencari barang, dan menghulurkan kepada kami untuk di cuba, sementara kami mencuba dia melayan pula pelanggan yang lain, mulutnya tak berhenti bertanya itu ini, mencadangkan begitu begini kepada pelanggan sekejap2 dalam bahasa cina, sekejap2 dalam bahasa melayu, sekejap2 campur inggeris..Bila dia dah ambikkan tudung sekolah yang aku nak, dia tanya pula serkop dah ada??? hadoooiii, kalau macam ni memang tak boleh larilah dari kedai ni. bila aku tanya nak kasut, dia tanya stokin sekali ye kak... tengok, pandainya diaorang berniaga, manis mulut betul..  





sepanjang aku terpacak kat kedai tu, aku tak nampak pun baik tokeh, pekerja, anak2 dia, malah mungkin perempuan tua tu ialah emak dia, berdiri saja2 tanpa berbuat apa2. Serius! mereka bekerja dengan bersungguh2, dengan sepenuh hati, melayan pelanggan yang pelbagai kerenah dengan cekap dan pantas.

Kami belikan baju sekolah anak yang agak besar sikit saiznya untuk di pakai, anggaran boleh sampai dua tahun, kecuali jika ada pakaian yang rosak, koyak dan tidak boleh dipakai lagi dipertengahan tahun atau hujung tahun baru lah diganti baru. Selain itu baju abang kakak akan turun kepada adik selagi muat.. dan untuk tahun ini semua keperluan anak bertambah, sebab saiz pun dah bertambah, yang duduk di asrama pun masuk dua orang.. Jadi, malam ini melabur di kedai Pakcik Chin Cheong sebanyak RM775.. termasuk kasut2, baju2, cadar2, t-shirt2, singlet2, tudung2, dan entah segala mak nenek lagi. Setiap item, kami mendapat diskaun dalam RM3-5 ringgit. Boleh kata semua keperluan sekolah ada di kedai ini. Dahlah harga dia murah, dapat lagi diskaun. manalah tak ramai orang..


Sesungguhnya dalam hati aku merasa sangat tidak senang dan cemburu kerana terpaksa menghabiskan duit di kedai itu, semoga mereka semua diberikan hidayah oleh Allah dengan iman dan Islam.. Ameeen. 

Habis cerita di kedai Chin Cheong. Kami pun keluar membawa barang2 yang dah dibeli untuk balik ke kereta, sambil berjalan kami melalui sebuah kedai Aneka. Tiba2 ternampak hanger dan penyedok sampah, terus aku berhenti dan masuk ke kedai tu.

Kedai lengang, tak ada orang. kaunter kosong, tak ada orang jaga. Aku cakap Hello.., hello.., hello, senyap tak ada orang jawap. ok, tak pelah, aku pun pilih2 lagi barang, belek2 itu ini dan letak atas kaunter, masih tiada orang. Aku cakap lagi "hello..., hello..., hello..., nak bayar ni" tiba2 bangunlah seorang pekerjanya dengan perlahan dari belakang rak2 barang menuju ke kaunter dan mengira, tanpa sepatah kata. Sementara tu anak2 aku kebelakang rak tu untuk ambik sepit kain untuk kegunaan di asrama. rupanya ada seorang lagi pekerja sedang duduk di lantai belakang rak tu sambil menghadap hp, tanpa sebarang reaksi, kot2 ada rasa malu ke, customer nampak dia curi tulang ke. oklah tak pe, aku sangka baik, dia penat seharian mungkin, pagi tadi pelanggan ramai. lepas bayar kami pun balik. 

Begitulah kisah persiapan persekolahan utk tahun 2014 dan kisah sampingan yang selalu menjadi perbandingan, persoalan di kalangan pelanggan selain isu harga barang yang semakin naik. Eloklah buat persiapan awal, kerana pengalaman sudah,banyak saiz tak ada bila beli hujung2..Setakat ini saja untuk kali ini

Sekian, terimakasih sudi membaca.




Pertandingan menulis Esei Jawi

Assalamualaikum wbth.

Pada hari sabtu 14 Disember 2013 yang lalu, kami sekeluarga telah ke Panggung Bandaraya Kuala Lumpur kerana salah seorang anak saya iaitu  Nur Syatrah telah diundang untuk menerima hadiah tempat pertama dalam Pertandingan Menulis Esei Jawi 2013 (Kategori C : Sekolah Rendah) anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama beberapa agensi lain seperti Kementerian Pelancongan, Kementerian Pendidikan, DBP, Perpustakaan negara, JAKIM, IKIM, DBKL,  Utusan Melayu Mingguan dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah, dan terimakasih kepada pihak penganjur, Ustazah SKSL yang menggalakkan anak saya masuk dan sekaligus membimbing anak saya, Jazakillahu Khoir, rakan-rakan Nur Syatrah serta semua yang terlibat. Pertandingan ini telah diadakan sejak tahun 2012 dan tahun ini adalah tahun kedua dengan penyertaan seramai seribu peserta yang bertanding serta 5 peserta bukan melayu. Dibahagikan kepada 3 kategori (rujuk poster). Setiap kategori ada 10 pemenang. johan, naib johan, tempat ketiga dan tujuh saguhati. Johan untuk kategori C : Sekolah rendah, menerima wang tunai RM1,000 ringgit, Laptop 1 Malaysia sumbangan SKMM, Sijil dan hadiah iringan berupa Tafsir Ar-Rahman, kamus Jawi & buku2 cerita dalam 10 buah terbitan Perpustakaan negara, JKKN.

Objektif Pertandingan ini ialah :
  1. menggemilangkan dan memperkasakan kembali penggunaan tulisan jawi sebagai seni warisan budaya bangsa.
  2. memupuk minat dan kecintaan ke arah penyemarakan tulisan jawi
  3. menggalakkan generasi muda untuk menguasai tulisan jawi agar ianya terus menjadi lambang ketamadunan dan keperibadian bangsa melayu.

Kalau tak salah saya semua sekolah di seluruh negara terutama di bawah KPM mendapat makluman & edaran penyertaan ini. Bergantung kepada sekolah hendak menyertai dan menghantar wakil atau tidak. Pada masa yang sama sekolah-sekolah menengah ketika itu sedang sibuk menghadapi musim peperiksaan. 

Semoga ia menjadi penggalak untuk anak2 mengasah bakat dalam bidang penulisan lebih2 lagi dengan penulisan jawi yang nampaknya kebelakagnan ini minat dan penguasaan masyarakat terhadap tulisan jawi semakin berkurang. Akhir kata, Alhamdulillah kesyukuran tidak terhingga.

Selanjutnya boleh tengok gambar...





TAHNIAH.


Thursday, November 29, 2012

Mesej, sms

Ada org hantar sms tujuan nak bagi tahu
benda yg org tak tahu. Ada org hantar mesej tujuan nak menyebarkan fitnah. Ada lagi org hantar mesej tujuan nak menyakitkan hati penerimanya. Ada juga org yg bila dia reply mesej seseorg, dia akan forward juga mesej tu pada org yg disebut dalam mesej dia tu.

Contoh: A sms ajak B makan sekali. B reply "aku malas makan kalau C dan D ada kat meja tu" dia send mesej tu kpd A sekali kepada C dan D yg tak tau apa2..

Lepas tu D pun balas. " kau makan ke, kau tak makan ke, aku kenyang jugak. Aku pedulik apa"

Lepas tu B reply lagi : " bla, bla,bla..(sms berapi2, berkobar2, macam Israel berkobar2 serang Hamas) semestinya sms yg menyakitkan hati penerimanya. D pun balas balik dengan kata2 kesat, setan bejoget2  sambil meniupkan api kemarahan. Elok2 hari dia aman palestin, dah jadi huru hara.  B pun suka sbb dpt berlawan sms, hari tu dia boring sgt agaknya tak tau buat apa. So dia decide nak kacau dan kenakan org lah.

Ada juga org yg mengaku 'gila' suka sms sana sini. Lepas tu dia guna title gila dia tu sbg alasan supaya org faham dia gila, sbb itu dia sms selalu sakitkan hati org, dia serang org sana sini,sesuka jari dia je menaip. Boleh ke macam tu? ?

Pengajarannya : Berkatalah yg baik ataupun diam.
Kalau kita tak nak org sms kita yg jahat2, kita pun jgn sms org yg jahat2. What u give u get back.

** tapj org gila dia tak paham benda tu.

Sekian.

Sunday, November 11, 2012

Blogku yang dirindu.. semalam berlalu, esok menanti, hari ini dihadapi.

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum pembuka bicara.

Lama betul rasanya tidak menulis. Kesukaan menulis blog semakin hari semakin berkurangan, semakin malas, semakin tiada idea. Hampir lapan bulan sudah saya tak menulis di blog saya ini. Kalau ibu mengandung dah nak bersalin dah. :) sepanjang tempoh itu sebenanrnya banyak peristiwa suka duka berlaku dalam hidup saya. Sejarah yang mungkin pertama kali berlaku sepanjang umur bergelar guru, yang berkaitan anak-anak, ahli keluarga, rakan2, para pelajar saya, masyarakat sekeliling yang masih hidup mahupun yang telah kembali kerahmatullah. samaada yang suka mahupun duka. Menyenangkan hati tak kurang juga menyakitkan hati.

Allahu Rabbi.., dunia ini dan segala isinya adalah milikMU jua ya Allah. Satu apapun tidak ada milik ku, hambaMu yang hina ini. Tidak ada milik kita di dunia ini wahai kawan2, pembaca sekelian. Semuanya milik Allah. Diri kita, suami isteri kita, anak2 kita, harta, pangkat, jawatan.., semua Allah punya. Kita hanya mengusahakannya saja.  Bila2 masa Allah boleh ambil semula. Sama2 kita ingat ye, jangan angkuh. Istighfar sama2. استغفر الله العظيم Dosa kita kan banyak menggunung.. Cuba dengar lagu ni sambil2 tu..


Kadang kala kesilapan itu menjadikan kita lebih baik kerana kita dapat merenung kembali dan mengkoreksi diri. bermuhasabah. Bersangka baik kepada Allah. Allah sayang, kerana itu didatangkan ujian supaya kita tidak terus alpa.  Alhamdulillah, syukru lillah. Subhanallah wabihamdihi, subhanallahil adzim. Terimakasih ya Allah.

Al-Ankabut 2&3 :
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguuhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta..

Kini cuti sekolah datang lagi.. masa bersilih ganti datang dan pergi. Merenung diri, hidup perlu diteruskan, hadapi hari mendatang, yang lalu jadikan pengajaran dan sempadan. 

...Nobody is perfect. Live it, learn from it, move on...

semoga hari esok lebih baik dari semalam.

-sekian, wassalam-






Thursday, April 19, 2012

Lawatan Puteri Sulong.

Assalamualaikum,
Sudah sebulan saya tidak mengupdate blog saya ini. Kesibukan, mungkin itu lah perkataan yang paling tepat untuk dijadikan alasan. 

Kali ini sedikit catatan unutk merekodkan aktiviti yang berlalu. Lawatan Puteri Sulong. Bukan tuan puteri yang melawat saya. Puteri Sulong ialah tahap penilaian tertinggi dalam PPIM (Pergerakan Puteri Islam). Biasanya pelajar yang ditahap ini dari tingkatan 4 atau 5. Unutk membolehkan mereka mendapat tahap penilaian tertinggi ini mereka wajib melakukan beberapa tugasan mengikut silibus yang telah ditetapkan oleh PPIM Kebangsaan. Antaranya lawatan ke rumah sakit, hospital atau klinik kerajaan ataupun swasta.

Maka pada 6 April yang lalu (Jumaat) seramai 7 orang calon Puteri Sulong bersama guru penasihat mereka.. ehem, ehem.. sayalah :-) telah membuat lawatan muhibbah sambil belajar ke sebuah klinik swasta terpilih di Banting. nak tahu kat mana.. jom tengok gambar..

7 orang pelajar yang turut serta

 tekun mencatat maklumat.
 Ini lah doktor nya... sempoi je :-)



 sesi lawatan dan penerangan tentang peralatan dan pengendalian perkakasan klinikal

perkakasan yang  wajib ada di sesebuah klinik


 ye murid2.. dengar sini doktor nak tunjukkan ubat2.. :-)

tengok sistem rekod pesakit yang digunakan. Sekarang klinik dah tak pakai kertas, semua rekod pesakit disimpan di dalam komputer. 

sesi minum petang.. isteri doktor masak. cayalah. :))



 Penerangan ringkas pengendalian vaksin.



 Inilah klinik nyaa..  :-)

Terimakasih Doktor sudi melayan kami.
Sekian.