Showing posts with label Event SAMTTAR. Show all posts
Showing posts with label Event SAMTTAR. Show all posts

Friday, July 15, 2011

Musim Pemantauan.

Assalamualaikum.

Minggu ni agak sibuk di sekolah dengan fail-fail yang banyak perlu dikemaskini oleh setiap unit Pentadbiran, Kurikulum, Ko-Kurikulum dan Hal Ehwal Pelajar. Ini aku share kan gambar2, almaklumlah semenjak pengetua mengarahkan kami mengambil gambar apa saja sekitar sekolah, jadi kalau boleh gambar tengah masuk toilet pun disuruhnya ambik.. patut2 lah kan.. :)



kalau korang nak tau ini lah meja aku..cantik tak?? :))) Musim2 kepala berserabut.
Sempadan kotak merah tu bukan aku punya dah. Tu Cek Na yang punya.

Ini Guru Kanan Bidang Matapelajaran Bahasa.. kesian lah kan, dah tak larat nak gantung kaki. duk kat lantai lagi selesa. Ini lah guru terbaik BM daerah K.Langat. chewah Promote sikit.

Ini pula Ketua Panitia Bahasa Arab. Pn. Suzila Darini isteri kepada Ustaz Jamhari.
Kecil molek je orangnya. Tapi kerja Smart.

Ini Puan Siti Liza, guru apa ek.., guru Koperasi.. banyak pegang duit.

Ini yang cun melecun ni, Pn. NorMaziah. Kalau nak tau, inilah Guru Maklumat Data sekolah kami. tengah ketip apa tu..

Untuk makluman, dalam tempoh terdekat ni kami akan dilawati oleh rombongan dari Sekolah Agama menengah Wilayah K.L. konon2nya sekolah kami ni jadi sekolah contoh buat rujukan lah, itulah yang dikhabarkan pengetua.

Satu kali lagi pemantauan dari Jabatan pelajaran Selangor (JPS) untuk kategori Pengetua Cemerlang. Wallahu a;lam, tang ni aku malas nak cerita panjang2..

Sekian dulu wassalam.


Wednesday, July 13, 2011

Program Sifar Rasib (Ting. 3)

Hari ini Panitia Bahasa Arab dibawah seliaan Ketua Panitia Pn. Suzila Darini telah mengadakan program Sifar Rasib untuk pelajar tingkatan 3 yang gagal B.Arab pada peperiksaan Pertengahan Tahun yang lalu. Seramai 20 orang pelajar terpilih melibatkan 6 buah kelas tingkatan 3 bertempat di Dewan Mufakkirin SAMTTAR. Manakala guru yang ditugaskan membimbing seramai 3 orang iaitu :
1) Pn. NorMaziah Yunos (sessi 1)
2) Pn. ChekYah Leman (sessi 2)
3) Pn. Nor Safiyati Mohd Isman. (sessi 3)




Sessi (1) Pn. norMaziah.

Saturday, June 18, 2011

Erata INTERLOK.

Hari ini sabtu, guru-guru bahasa iaitu BM, BA & BI telah berkumpul di sekolah untuk kerja menampal penggantian perkataan atau beberapa frasa pada Novel Interlok edisi murid untuk KOMSAS tingkatan 5 zon 2 iaitu Selangor, N9 dan WP. Kami tampal untuk sekolah kami sajalah.





Pn. Norraha Banuri - Ketua Panitia Bahasa Melayu SAMTTAR.

Perlukan ketelitian supaya tampalan kemas.


contoh sticker.

Pn. Nor Maziah & anaknya yg rajin.

Antara frasa yang ditukar :
  1. Halaman 211- Frasa " kasta Paria" digantikan dengan frasa "golongan yang sama"
    asal : Satu perkara besar yang membuatkan mereka senang bergaul adalah kerana mereka tergolong satu kasta Paria. Mereka tidak perlu takut akan mengotori sesiapa kalau bersentuhan.
  2. Halaman 216 - Perkataan "kasta" digantikan dengan "golongan"
    asal : Di sini, pekerjaan yang membezakan kasta tidak ada, dan dia perlu mencari nafkah.
  3. Halaman 219 - Frasa " kasta Brahma" degantikan dengan frasa "golongan Brahmin"
    asal : Di negeri ini, orang daripada keturunan kasta tinggi, kasta Brahma, memakai punul yang melintang di tubuh....
  4. Halaman 214 & 230 - Frasa " Ya tuhanku" digantikan dengan " Ya dewa"
    asal : Ya tuhanku! serunya perlahan-lahan. Mengapa dia sampai kemari?
  5. Halaman 251, 253, 255 & 256 - Frasa "berkulit hitam" digantikan dengan frasa "orang India"
    asal : seorang orang berkulit hitam tidak berbaju, menerpa masuk ke dalam perkarangan rumahnya dengan senjata di tangan.

Wednesday, March 30, 2011

Peruntukan RM43.3j kepada sekolah agama

Peruntukan RM43.3j kepada sekolah agama

KUALA LANGAT 29 Mac - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan peruntukan RM43.4 juta kepada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) di seluruh negeri ini.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, pada tahun ini, Kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan mengurus SABK di seluruh negara berjumlah RM120.7 juta dengan RM29.2 juta daripadanya diagihkan kepada Selangor.

"Peruntukan tersebut meliputi bantuan persekolahan, perkhidmatan kawalan keselamatan, kebersihan dan utiliti.

"Sebanyak 23 buah sekolah di negeri ini dengan seramai 15,586 pelajar akan mendapat manfaat daripada peruntukan tersebut," katanya.

Beliau mengumumkan peruntukan tersebut ketika berucap pada perjumpaan dengan guru-guru dan Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) seluruh negeri ini di Sekolah Menengah Agama (Tinggi) Tengku Ampuan Rahimah, Sungai Manggis di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, daripada RM95 juta yang diperuntukkan kepada SAR di seluruh negara dalam Bajet 2011, sebanyak RM9.6 juta akan diagihkan kepada SAR di negeri ini.

''Bantuan tersebut akan ditumpukan kepada bantuan pembinaan dan pembaikan kecil," katanya.

Selain itu, beliau berkata, daripada RM4.9 juta peruntukan bantuan pengurusan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) SAR, sejumlah RM1.4 juta disalurkan kepada 188 sekolah di negeri ini bagi manfaat 90,620 pelajar.

Pada majlis tersebut, Muhyiddin turut menyampaikan cek berjumlah RM3.22 juta kepada 23 SABK di negeri ini dengan masing-masing menerima peruntukan sebanyak RM140,000.

Terdahulu, dalam lawatannya ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jenjarum di sini, Muhyiddin menyampaikan cek berjumlah RM1.2 juta bagi membantu pembinaan bangunan tambahan sekolah tersebut.

Selain itu, SJKC Yoke Kuan, Sekinchan juga menerima cek RM1.5 juta bagi tujuan yang sama.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Gambar sekitar lawatan TPM ke SAMTTAR

Wednesday, June 30, 2010

Monday, May 24, 2010

Musim peperiksaan bermula.

Blog ini seperti tidak terurus, gadget2 yang menyakitkan mataku, nampak diluar cantik tapi di layout sudah lintang pukang, ada yang tidak boleh diremove langsung. Inilah padahnya jika asyik menukar template saja. Ah, lantaklah situ, tak kuasa nak menyusun semula, nanti tunggu ada mood datang.
----****----

Sekarang musim exam pertengahan tahun telah bermula. Rata-rata pelajar sekolah di seluruh negara sedang bertarung memuntahkan peluru di atas kertas. Selamat menjalani imtihan nisfu sanah kepada semua para pelajar. Semoga beroleh keputusan yang cemerlang. Ameen. Dalam pada itu kesihatan jangan diabaikan, perut juga harus di isi, tidur harus dijaga, rehat juga sangat perlu untuk refresh balik otak yang kepenatan. Yang penting setelah berusaha haruslah di sertai dengan doa dan munajat kepada Allah dan akhir sekali Tawakal kepadaNya.

Ambil lah makanan2 yang dapat membina dan menguatkan minda seperti kismis, kurma dan madu. Elakkan makanan yang masam, minuman berkarbonat, berlemak seperti nasi lemak kerana boleh menjadikan kita mengantuk. Pencernaan lemak memerlukan kandungan darah yang beroksigen tinggi. Jadi darah yang diperlukan oleh otak telah digunakan untuk mencernakan lemak kepada sumber tenaga.




Imam Zuhdi berkata : "Sesiapa yang hendak menghafal hadith (menguatkan daya ingatan) hendaklah dia kerap memakan anggur kering"

Akhir sekali saya mendoakan kalian berjaya dalam imtihan kali ini dan seterusnya, walau di mana jua kalian berada. Ingat ! JANGAN HANTAR KERTAS KOSONG, saya sangat marah dan kecewa jika ini yang kalian lakukan. Bagi sesiapa yang menghantar kertas kosong saya tidak teragak2 mengenakan bayaran RM2 untuk subjek saya. :) Berusahalah dengan bersungguh2. Setiap yang berusaha Allah pasti memberikan ganjarannya.

من جد وجد

عند الإمتحان ÙŠُكرم المرء او ÙŠُهان

(ketika ujian dimuliakan seseorang itu atau dihina)

Selamat Maju Jaya.

Tuesday, May 18, 2010

Majlis Sambutan Hari Guru 2010

Tarikh : 17/5/2010
Hari : Isnin
Tempat : Dataran SAMTTAR dan Dewan Al-Ghazali
Masa : 9pg - 2 ptg.

Seperti biasa, sambutan Hari Guru pasti diadakan setiap tahun. Acaranya lebih kurang saja, cuma temanya berubah-ubah. Tahun ini tema sekolah ialah tema padang pasir. Jadi cikgu2 kena pakai ala-ala padang pasir lah.. yang perempuan kebanyakkannya berjubah dan lelaki berserban, bereagle dan berketayap.

Acara bermula dari pagi dengan sukaneka guru-guru. Untuk guru perempuan acaranya ~ shooter maniac, apple peel, telefon rosak dan boneka. kelakar.. Dikendalikan oleh badan pengawas dan OTE (organisasi tingkatan 6)

Atucara program seperti dibawah:

Saturday, April 24, 2010

Tetamu Membawa Tuah. Pintu Gerbang Sekolah Runtuh!

Ini ialah pintu gerbang sekolah. Pagi tadi (sabtu 24/4/2010) lebih kurang pukul 7.30 dah selamat menyembah bumi. lepas ni boleh ganti yang baru. alhamdulillah tiada sebarang kemalangan jiwa.


macam mana boleh roboh???


Inilah puncanya! eh, bukan pakcik yang tengah menyapu tu , tapi bas yang saya petak kan warna kuning tu.

Orang dah kata tak lepas, degil! lain kali dengarlah cakap tuan rumah, tuan rumah lebih tahu keadaan rumah sendiri dari tetamu. Apa susah, bayar ajelah ganti rugi kan. Free2 je dapat pintu gerbang baru. Amal Islami peringkat negeri di SAMTTAR memang membawa tuah. Benarlah kata2.. " tetamu membawa rezeki" Alhamdulillah.. Setiap yang terjadi ada hikmahnya.

Jumaat dan Sabtu daerah Kuala Langat menjadi tuan rumah Program Amal islami peringkat negeri bagi sekolah2 menengah Agama (SAM & SAMT) negeri Selangor. Acara2 berlangsung di dua lokasi berasingan iaitu di SAMTTAR dan MITIB . Ramai perserta dan guru pengiring dari 4 buah zon telah sampai pada hari Jumaat dan bermalam di asrama sekolah saya kerana acara nasyid di adakan di dewan besar sekolah sebelah malam selepas isyak. Acara penutup pula semua berlangsung di MITIB (Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Istana Bandar) di Jugra pada pagi sabtu.

Pagi Sabtu bas datang hendak mengangkut para perserta ke MITIB. Bas nak masuk sampai perkarangan sekolah, kalau setakat bas sekolah memang boleh lepas, tapi bas persiaran yang ada pintu kecemasan atas bumbung bas tu agak tinggi dari bas2 biasa. Baru masuk sikit je, kemudian undur balik.... gedebummm, runtuh..!!! pagi tadi parking kereta kat masjid lah jawabnya..

Itulah ibaratnya. Tidak ada yang kekal di dunia ini. Yang kekal hanyalah Tuhan semesta Alam. yang patah kan tumbuh yang hilang berganti. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Terimakasih juga kepada driver bas JAIS.. :))

Monday, March 1, 2010

Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah 2010

Pada hari khamis 25 Febuari 2010 SAMTTAR telah mengadakan sambuatan maulidur rasul peringkat sekolah bermula dari jam 10.30 pagi hingga 2.00 petang. Tema pada tahun ini ialah : IBADAH MEMPERKASA SYAKHSIAH UMMAH. Program ini adalah anjuran BADAR sempena memperingati Bulan kelahiran Rasul junjungan s.a.w. Pelbagai acara diadakan antaranya :..

Friday, December 25, 2009

Tahniah kepada semua yang berjaya


24/12/2009 hari yang penuh debaran bagi semua calon PMR 2009. Antara perhitungan berjaya atau gagal. Bagi yang berjaya dengan cemerlang 9A TAHNIAH diucapkan, itulah hasil usaha kalian selama 3 tahun di sekolah ini, berkat kepayahan,kesabaran, kesungguhan, usaha doa dan tawakal akhirnya puncak kejayaan di dunia ini telah berjaya kalian kuasai..itulah janji2 Allah "Bersama-sama kesusahan itu ada kesenangan" bak kata pepatah melayu "Berakit2 kehulu, berenang2 ketepian, bersakit2 dahulu bersenang2 kemudian"..



Tidak ada kejayaan yang diperolehi dengan mudah semuanya memerlukan pengorbanan dan kesabaran yang tinggi. Syabas sekali lagi. Yang kurang berjaya janganlah berduka terlalu lama, hidup perlu diteruskan, jalan dihadapan masih luas dan jauh lagi utk ditempuhi, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia Allah saja yang tahu. Teruskan usaha, bulatkan tekad, tanamkan azam, semoga hari esok lebih baik dari semalam..InsyaAllah. Doa kami sentiasa mengiringi kalian wahai anak2 didik yang dikasihi.

Muhammad Naqiuddin Bin Rozaly ~antara calon PMR 9A TAHNIAH!
Alangkah berbahagianya kedua ibu bapamu..teruskan kecemerlangan!

Ain Najiha Mohd Zaid~PMR 8A 1B TAHNIAH!

Siti Aisyah Jainal~PMR 8A
wajah2 duka bercampur gembira..
Pengorbanan itu sepahit hempedu demi mencapai kejayaan semanis madu..

Monday, November 30, 2009

Schedule Markah PAT 2Karomah

sediul terkini 3/12/2009 -khamis ( markah telah lengkap)



Untuk Pelajar 2K sila semak markah anda di sini, klik pada gambar untuk paparan lebih besar kemudian tukar zoom level kepada 150%. Kalau ada pembetulan sila tulis pada comment di bawah pilih -(Name/URL)-letak nama sebenar, URL kosongkan. Pembetulan diterima sehingga 7/12/2009 (isnin).

Saturday, October 3, 2009

Jamuan Hari Raya SAMTTAR 2009

InsyaAllah gambar satu2 akan saya upload di flickers atau kalau ada yang nak satu2 boleh tulis kat shoutbox saya kat sebelah tu dan bagi email sekali. Selamat hari raya maaf zahir batin, maaf atas serba kekurangan.

Gambar2 boleh juga save as dari http://www.flickr.com/photos/samttar/

Monday, September 28, 2009

Majlis Khatam Quran SAMTTAR

Pada bulan ramadhan yang lalu SAMTTAR telah mengadakan program khatam quran sebagai mengakhiri program tadarus beramai2 sempena bulan ramadahn al mubarak. Diharapkan program seperti ini tidak hanya diadakan pada bulan ramadan sahaja sebaliknya dapat diteruskan pada bulan2 yang lain beramai2 atau dalam kumpulan yang kecil ataupun mengamalkan bacaan Al-Quran bersendirian.

Dibawah ialah rakaman gambar2 sekitar majlis tersebnut dan majlis penyampaian khairat anak yatim dan sedekah untuk mereka yang memerlukan.



Wednesday, July 8, 2009

Gotong royong Perdana SAMTTAR

Gotong royong ini telah diadakan pada jam 3 petang. Para pelajar dan guru-guru telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan lokasi tertentu. Objektif utama adalah untuk membersih dan mengindahkan kawasan sekolah serta melahirkan rasa kasih dan cintakan sekolah. Selain itu program seperti ini juga dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama pelajar dan guru-guru. Program ini telah berakhir jam 5 petang.


Kolam ikan : Tengok apa tu?

Posing jangan tak posing...
Kuatnyaa...



Wak Min, orang kuat kantin.
"Tolong cikgu, angkat pasu ni "

Intai apa tu..?
Ini kerja ke, posing?



orang kuat 3K : Pn chek yah Leman