Sunday, November 21, 2010

Kenduri Akikah anak saudara, agenda pertama sempena cuti sekolah

Jumaat malam sabtu baru ni - 19/11 kami balik ke Kg. Sg Choh Rawang kerana emak mengadakan kenduri akikah untuk cucu2 nya. 3 orang cucu perempuan sekali serentak. Wafa 1 tahun, Nur Amani 1 tahun, Asrina Zaira sebulan lebih. Pagi Sabtu ada acara berzanji dari kumpulan berzanji Kg. Sg. Choh. Kalau di kampung saya ini kebiasaan berzanji dibawa oleh orang perempuan, mencukur rambut bayi pun dilakukan oleh perempuan juga. Berbeza jika di kampung sebelah suami saya akan di bawa oleh orang lelaki, dari berzanji, cukur rambut, mengendong anak semuanya orang lelaki. Sememangnya orang jawa meletakkan peranan seorang bapa itu sangat penting. Sesuai dengan tuntutan syariat. Bapa adalah ketua keluarga. Oleh itu wahai para bapa, laksanakanlah tanggungjawab dengan sebaik2nya, jangan diabai anak isteri anugerah Allah itu.




Cucu yang masih baby dimasukkan dalam buai yang dihias comel loteh. Berbuai biar jgn menangis. Saya pun turut serta dalam acara berzanji walaupun saya ni sebenarnya tak pandai langsung berzanji. ikut2 aje kumat kamit. Alhamdulillah ada buku beerzanji di rumah emak saya tu, dapat jugalah memahami masud yang dilagukan tu. Kisah kelahiran nabi junjungan SAW. Teringin sangat nak menghantar anak2 saya ni belajar berzanji sempena cuti hujung2 tahun. tapi mencari ustaznya tak ketemu lagi hingga kini.




Wafa Bt Ahmad Jabar.. demam pulak kesian..



Asrina Zaira Bt Ahmad Fahmi

Nur Amani Bt Ahmad Farith

Daging kambing dimasak kari. Sungguh saya memang kurang lalu hendak makan daging dalam seminggu ni. Tengahari selepas zohor pula jemaah surau diundang ke rumah. Sehingga hampir maghrib pun masih ada saudara mara yang datang berziarah. Comel2 semua anak saudara, semoga menjadi muslimah yang berguna uuntuk agama, bangsa dan negara.


Kesian tengok emak yang penat memasak sampai sakit2 kaki dan badan, pukul 4 pagi sudah bangun. Hari sebelumnya sudah mula merendang. Mujurlah ada adik beradik lain yang menolong. Harapkan saya ni pun Jumaat malam baru balik, sebab khamis jumaat lagi sekolah, anak2 cuti cuma sehari saja sempena hari raya aidiladha. Itupun pagi sabtu suami bergegas pulang ke Banting kerana ada appointment dengan patient. Maaflah tak dapat menolong sangat. Untung juga punya cucu yang ramai, walaupun masih bersekolah rendah tapi sudah boleh diharap membasuh pinggan, mengutip pinggan2 kotor dan mengemas sikit2. Cucu nenek semuanya rajin2..

setakat ini dulu, jumpa lagi.
Wassalam.

Thursday, November 18, 2010

Korban Aidil adha

Ada 6 ekor lembu dan seekor kambing tahun ni. ramai orang korban. Alhamdulillah. Start lepas solat raya selesai korban lebih kurang pukul 12.30. Aku datang tengok bawak anak2 sekali.




Wednesday, November 17, 2010

Andai Kau Jodohku


Buku ini hadiah daripada seorang kawan sempena ulangtahun kelahiran saya pada 27 oktober yang lalu, Terimakasih daun keladi. Penulisnya Liza Zahira, terbitan karangkraf. Ini kali pertama saya membaca novel karya penulis ni. Tanggapan pertama pada kulit luar buku ini.. "Ini mesti kisah2 cinta remaja, hish, masakan umur seperti aku ini lagi membaca kisah2 cinta?" Tapi tak apa, nanti ada kelapangan aku akan baca sebagai menghargai pemberian rakan. Katanya ini novel terkini di pasaran.

dan semalam 16Nov (pagi selasa) aku mula membaca buku ini disekolah kerana masa agak lapang, jangan tak percaya..aku menyudahkan bacaanku pada hari yang sama jam 4.00 pagi..gila! :) Sekali aku sudah mula membacanya sudah tak mampu lagi untuk aku melepaskannya dan keinginan untk mengetahui kesudahan cerita ini yang memaksa aku berjaga hingga ke pagi.

Waktu pembacaan tu ada juga menyelak ke muka akhir sebab tak sabar nak tahu apa ending cerita ni. Tapi tengok eh, macam tak ada kaitan pulak. Tak apa bersabar sikit. Baca satu2. Novel setebal 510 muka surat ini sangat menarik, sebenarnya ia lebih banyak suspen dan mendebarkan. Jarang jumpa penulis perempuan yang dapat menghasilakn karya2 seperti ini, atau sebenarnya aku yang terlalu taksub dengan RAM?..ah apa2lah.

1.Watak utama dalam novel ini ialah Riana Syuhada Adam manakala watak2 sampingan yang lain ialah Ezani, Syed Aminul, Danish, Maria, Jamsari, Zaharah, Harun, Tini, Hasril, Zana dan beberapa orang lagi. Anda percaya dengan cinta monyet waktu kecil2 dulu? Inilah yang cuba diceritakan dalam novel ini. Pencarian, penantian dan harapan agar dapat bertemu semula teman sewaktu kecil dalam masa yang sama halangan, cubaan dan dugaan yang datang silih berganti.

2. Apa yang menjadikan saya lebih menghayati novel ini kerana latar tempatnya sekitar di Kuala Selangor, Sg. Haji Dorani dan Sg. Besar. Dulu saya sekeluarga pernah menetap di Sekinchan. Jadi, daerah Sabak Bernam dan tempat2 yang disebutkan di dalam buku ini memang saya tahu di mana letaknya, suasananya, pemandanganya terutama sewaktu musim padi menguning, musim menuai yang hingga saat ini pun kami selalu ingin kesana walau hanya untuk berjalan2. Saya ada mencatatkan kenangan itu dalam blog saya ini.

3. Perkaitan wataknya mudah, tak perlu susah2 fikir, sambil membaca sudah boleh mengagak pertalian antara satu watak dengan watak yang lain. Jalan ceritanya jelas. Konflik2 dalam masyarakat diketengahkan antaranya amalan ajaran sesat seperti Ayah Ku Din cuba di bawakan penulis dlam buku ini. Gambaran2 dialam jin dan syaitan yang mempengaruhi minda dan jiwa manusia sehingga sanggup mensyirikkan Allah dan amalan minyak pengasih untuk menundukkan orang lain. Pergolakkan rumahtangga Syed Aminul dan Maria semenjak kehadiran Riana, kecurangan, percaturan politik ditempat kerja dan macam2 lagi..

4. Penulis juga berjaya menggambarkan betapa indahnya Taubat apabila hati yang keras berjaya ditundukkan dengan izin Allah. Kepentingan ilmu pengetahuan terutama ilmu agama sewaktu muda, dengan ilmu hidup seseorang itu lebih bermakna.

5. Berjayakah cinta monyet mereka disatukan? Bahagiakah? untuk mengetahui kesudahan kisah ini apa kata anda beli dan baca sendiri. Teruja untuk mengetahui sedikit latar belakang penulis Liza Zahira maka saya menemukan infonya di sebuah laman web. Baca di sini