Friday, September 23, 2011

العلم الماليزي "جالور كميلغ" Bendera Malaysia Jalur Gemilang

Bersempena dengan hari kebangsaan baru ni, kebetulan ada tajuk yang berkaitan dalam Mata pelajran B.Arab form 2, so saya pun minta pelajar lukis gambar jalur gemilang dalam buku latihan mereka. Sesiapa yang lukis dengan kreatif akan mendapat hadiah special dari saya. 

Boleh tahan juga kreatif pelajar2 ni. Ini sebahagiannya dari tingkatan 2 Siddiq. Simpan kat blog untuk kita kongsi2 idea.. TAHNIAH kepada yang mendapat hadiah.. :)
Yang tak dapat jangan sedih2 ok. cuba lagi.




















ini lah hadiah yang dijanjikan.. :)
button yang saya tempah khas untuk pelajar2 kreatif. 

TAHNIAH sekali lagi.


Sunday, September 18, 2011

Kursus Perdana Haji 1432H (Masjid Negeri S. Alam)

Alhamdulillah Bertempat di Masjid negeri Shah Alam, pada 17 & 18 untuk semua bakal haji negeri Selangor. Banyak manfaatnya. 





 nasihat2 yang sangat bergunaa, insyaAllah akan dibawa bersama. Hari semakin hampir, debaran semakin terasa.. Ya Robb..




Sunday, September 11, 2011

Majlis Pertunangan Sepupu dan Rumah Terbuka.

Assalamualaikum wbth.

Alhamdulillah hari ini dapat lagi saya merapatkan tali silaturrahaim keluarga. Memenuhi undangan Pakusu Israri saya sempena pertunangan anak perempuannya yang ke-5 Nurul namanya. Bertempat di Taman Sri Andalas Serdang Jaya. Mudah2an sampai ke hari yang dijanjikan itu. Jangkaannya mungkin setahun.  InsyaAllah.

Bezanya orang dulu dan sekarang bertunang, kalau dulu yang lelaki nya dilarang ikut sekali. Tapi semakin hari adat dulu tu sudah tidak diguna pakai lagi. senang kata, dah lapuk ditelan zaman.


ketibaan rombongan merisik dan hantar tanda sekali, dari Ampang. Maknya orang N9, ayahnya orang Melaka.

Selesai sesi bual bicara dan bacaan doa selamat bertunang.

ini Pak usu Israri (adik bongsu arwah ayah saya) kami panggil pak usu Es atau cik Es,sebelah tu adik saya Ahmad Jabar. Wajah Cik es ni mirip rupa arwah ayah saya. Kalau nak tengok ayah saya macam tulah rupanya sikit2. cuma Allahyarham ayah saya tinggi macam adik saya tu.
اللهم اغفرلي ولوالديّ وارحمهما كما ربياني صغيرا

semoga Allah memberkati cik Es sekeluarga.

sempat juga bergambar.
dari kanan gambar : Mak usu Hatimah (Isteri cik Es), ehem-ehem, Siti Zarina anak makusu timah (sepupu), emak saya, suami siti Zarina (duduk)
For those puak kerabat saya yang nak add Rina kat fb boleh klik DI SINI



Balik dari Serdang, tiba-tiba suami saya ajak beraya ke rumah adiknya di Bangi pula. Asmawi. Main terjah aje, tak call tak apa. buat orang tu kelam kabut nanti. dalam kalut2 menyambut kami sempat juga Farah (isteri asmawi juga biras saya) buat sphaggeti. rajin sungguh. sekejap je siap. sedap pulak tu. walaupun dah kenyang.. orang dah masak, makan jugaklah, rezeki jangan ditolak. ecewah.


perut kenyang suka hati. Alhamdulillah.

sekian.

Monday, September 5, 2011

Hari bermakna pada saya..melengkapkan rukun Islam yang 5 Insyaallah.

semoga doa kami dimakbulkan dan urusan kami dipermudahkan. InsyaAllah. Untuk simpanan blog, rekod dan mungkin juga sebagai galakkan kepada sahabat2 ataupun saudara mara yang lain. Terima Kasih ya Allah atas saat yang sentiasa kami nantikan ini.











Thursday, September 1, 2011

Curi kepala paip.

Assalamualaikum, 

3 Syawal 1432H. Malam tadi tiada air di rumah lebih kurang pukul 11 lebih, sampai lah ke pagi. Pagi tadi nak check paip kot2 ada tangan2 nakal yang menutup paip utama di luar. Sungguh mengejutkan satu kepala paip tembaga telah dicuri, patutlah tak de air, rupanya ditutup oleh si pencuri supaya air tidak melimpah. Terima kasih kerana menutup paip jadi tak delah berlaku pembaziran. sebagai hadiahnya, kami halal kan kepala paip yang telah anda curi itu. 0-0. Selamat hari Raya AidilFitri.



Tapi Awas! semua kegiatan anda telah dirakam oleh kamera yang terletak betul2 di atas tiang tempat paip itu dipasang. 

Kalau lah semua orang menyedari bahawa semua tindak tanduk mereka diperhatikan oleh 'Kamera Allah' 24 jam tanpa henti, pasti mereka takut untuk melakukan perkara yang bukan-bukan.

HASBUNALLAH NI'MAL WAKIL