Sunday, June 26, 2011

Garis Panduan Kenduri Kahwin.



Kad jemputan 'Raja Sehari' dengan sampul & tulisan berwarna emas kami terima. Dengan rasa teruja kami membuka kad tersebut. Gambar pengantin disertakan, 2 pasang sekali rupanya. Menarik, aturcara majlisnya panjang.. Antara yang mencuri perhatian kami ialah ada Live band dari Angkasapuri dan Joget Lambak pada malamnya.
=====================================================


  1. Bertujuan untuk melaksanakan ibadat kepada Allah swt.
    Iaitu dengan niat mencari keredhaan Allah dan mengikut sunnah Rasulullah saw. Bukan untuk berbangga-bangga dan menunjuk-menunjukkan kemewahan dan kekayaan.

  2. Menghindari perbuatan syirik dan khurafat.
    Di dalam masyarakat kita terdapat beberapa adat dan kebiasaan yang melibatkan penyekutuan terhadap Allah, na’uzubillah. Semua yang bertentangan dengan Syariah Islam hendaklah ditinggalkan. Hindarkan daripada bertemu dukun untuk menentu masa dan hari majlis perkahwinan, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: ((Sesiapa yang mendatangi dukun atau tukang sihir, lalu ia membenarkan ucapannya, maka dia telah kufur terhadap apa yang telah diturunkan kepada Muhammad SAW)) [HR: Abu Daud].

  3. Mengelak dari melakukan maksiat (penderhakaan terhadap perintah Allah dan Rasul).
    Mewujudkan suasana yang yang boleh membawa ke arah berlakunya maksiat, adalah satu perbuatan yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah. Hawa nafsu hendaklah dididik supaya tidak cenderung ke arah penderhakaan.

  4. Mengundang golongan yang kurang berada.
    Bukanlah satu sikap yang mulia apabila tetamu yang bakal hadir dipilh dari kalangan yang kaya dan ternama sahaja. Melupakan keluarga dan sahabat handai yang

    miskin dan kurang berada melambangkan kerendahan akhlak dan peribadi. Rasulullah
    _ telah bersabda: Maksudnya: ((Seburuk-buruk makanan adalah makanan di satu walimah, (yang) diundang kepadanya orangorang kaya dan terhalang darinya orang-orang miskin.)) [Muslim dan Baihaqi]

  5. Mengelakkan ikhtilat (percampuran di antara lelaki dan perempuan).
    Asingkan tempat untuk tetamu lelaki dan wanita. Ini adalah untuk menghindari maksiat seperti zina mata yang seterusnya membawa kepada zina hati.

    Sabda Rasulullah
    saw: Maksudnya: ((Dua mata itu boleh berzina, dan zinanya adalah pandangan (pada bukan mahram)) [HR Bukhari].

    Firman Allah
    swt : maksudnya: {Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk} [Al-Isra’: 32]

    Cara terbaik untuk menjauhi zina ialah dengan menyekat jalan-jalan yang boleh membawa ke arahnya. Al-Qur’an telah banyak menjelaskan hal ini.

  6. Menghindarkan hiburan yang boleh merosakkan nilai ibadat.
    Kegembiraan yang hakiki bukan terletak pada alunan muzik dan lagu-lagu perkahwinan. Ianya adalah ketenangan hati yang dikecapi apabila majlis itu benar-benar melambangakan kesyukuran pada Allah dan mengingatkan kita kepada kehidupan akhirat.

    Kegembiraan palsu hanya dirasakan sementara waktu dan akan mendatangkan kesusahan apabila majlis walimah hilang keberkatannya.

  7. Menghindarkan pembaziran, iaitu dengan mengadakan majlis yang melampaui kemampuan, sehingga sanggup berhutang semata-mata kerana terlalu berlebih-lebihan dan diluar kemampuan.

    Mari kita renung majlis perkahwinan insan yang paling mulia di muka bumi ini, Rasulullah
    saw . Baginda telah menunjukkan sebaik-baik contoh dan ajaran. Adakalanya Baginda menyediakan tamar, adakalanya gandum dan adakalanya kambing. Ini semua berdasarkan kemampuan Bagindasaw ketika itu.

    Firman Allah swt
    :
    Maksudnya : {….dan jangan kamu membazir, sesungguhnya membazir itu adalah saudara syaitan, dan syaitan itu sangat ingkar kepada Tuhannya} [Al-Isra’: 17]

  8. Mengelakkan perhiasan yang melampau.
    Sebahagian masyarakat amat gemar mengandam pengantin dan menghias rumah sehingga melampaui batas yang dibenarkan. Seringkali pengantin perempuan dijadikan barang tontonan dan dipamerkan di khalayak umum yang terdiri daripada kaum lelaki yang bukan mahramnya. Hal ini menggalakkan pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita. Apatah lagi jika jurusolek dan jurugambar yang digunakan adalah kaum lelaki (wanita jadian).

    Kesederhanaan adalah tuntutan dalam semua keadaan. Mengabaikannya seringkali mengundang krisis di dalam kehidupan seperti permusuhan akibat dengki,memandang rendah dari satu pihak, keegoan dan sebagainya. Jadi janganlah kerana warna-warni, solekan atau kecantikan yang dibuat-buat, wujud pula kehambaran dalam rumah tangga pada masa mendatang.

  9. Memberikan ucapan selamat serta mendoakan kedua mempelai serta keluarga mereka.
    Para hadirin jarang sekali mendoakan keberkatan apabila melihat pengantin, bahkan tidak mengetahui pun doa tersebut. Ini suatu amalan penting, kerana doa yang ikhlas akan dimakbulkan, insya’Allah.

    Cuba bayangkan seandainya semua hadirin mendoakan pengantin sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah saw , alangkah indah dan bahagianya, sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan memperkenankan doa hamba-Nya. Marilah kita sama-sama mengamalkan ajaran Rasulullah
    saw ini.

    Antara doa yang sering diucapkannya kepada para pengantin:

(( بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ ))

Maksudnya: ((Semoga Allah memberkatimu dan mencurahkan barakah ke atasmu dan mengumpulkan kedua-dua kamu dalam kebaikan.)) [HR Ahmad & Ashabus Sunan kecuali An-Nasaiy].

Tidak lupa juga doa kepada keluarga pengantin seperti ucapan Rasulullah saw:

(( اللَّهُمَّ بَارِكْ لَهُمْ فِيمَا رَزَقْتَهُمْ وَاغْفِرْ لَهُمْ وَارْحَمْهُم ))

Maksudnya: ((Ya Allah, ampunilah mereka, dan rahmatilah mereka dan berkatilah mereka pada apa yang telah Engkau kurniakan kepada mereka)) [HR Muslim]

Mudah-mudahan kita dapat memahaminya dengan fahaman yang benar tanpa disulami dengan keraguan terhadap Kitabullah dan sunnah Rasulullah saw. Bertepatan dengan hadis ini:

((تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا إِنْ تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا؛ كِتَابَ اللهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ))

Maksudnya: ((Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara; sekiranya kamu berpegang dengan kedua-duanya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya; Kitabullah dan sunnahku)) [ Muwatta’ Malik ]


Sumber :http://www.abuanasmadani.com/?p=97

Thursday, June 23, 2011

Bicara Ad-Din bersama Al-fadhil ustaz Mohammad Hasnil Abu Bakar


Ceramah yang banyak memberi panduan kepada bakal-bakal haji dan umrah. semoga Allah memberkati sekelian ustaz, ustazah, guru-guru kita yang menyampaikan ilmu. Tidak kira, secara langsung ataupun tidak. Ilmu secara talaqi ataupun you tube, blogging atau dengan apa saja caranya.
Ilmu duniawi apa lagi ukrowi.

Sunday, June 19, 2011

Majlis Perasmian Penutup Kursus Asas Haji 1432H Daerah K.Langat Selangor.


Bertempat di Kolej Matrikulasi Selangor Jugra Banting, satu praktikal haji telah diadakan untuk semua peserta kursus haji melibatkan 3 buah masjid iaitu dari Banting, Sijangkang dan Batu Laut.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh :

YAD RAJA DATO' HAJI UZAIR BIN TENGKU ZAINON RASHID SHAH.
Engku Penggawa Muda Paduka Maha Bijaya,
Orang Besar Daerah Kuala Langat.

Kehadiran seramai 1500 orang termasuk para pelajar Kolej yang menyertai praktikal haji tersebut.

Pada Ucapan Tn. Haji Shamsuddin Ahmad Pengurus Tabung Haji Banting, beliau memaklumkan, pendaftaran haji boleh dibuat secara online di Laman web TH dengan syarat wang simpanan di dalam akaun Tabung Haji ada sebanyak minimum RM1300. Pautan ke laman web berikut : http://www.tabunghaji.gov.my/th/TH/THIndex.htm






Penceramah Ustaz Ridhuan.




Ya Allah sampaikan hajat kami untuk mengerjakan haji dan umrah, jemputlah kami menjadi tetamu MU, Berilah kami kesempatan bertemu rasulullah SAW kekasihMU. Permudahkan urusan kami. Ameen.


Saturday, June 18, 2011

Erata INTERLOK.

Hari ini sabtu, guru-guru bahasa iaitu BM, BA & BI telah berkumpul di sekolah untuk kerja menampal penggantian perkataan atau beberapa frasa pada Novel Interlok edisi murid untuk KOMSAS tingkatan 5 zon 2 iaitu Selangor, N9 dan WP. Kami tampal untuk sekolah kami sajalah.





Pn. Norraha Banuri - Ketua Panitia Bahasa Melayu SAMTTAR.

Perlukan ketelitian supaya tampalan kemas.


contoh sticker.

Pn. Nor Maziah & anaknya yg rajin.

Antara frasa yang ditukar :
  1. Halaman 211- Frasa " kasta Paria" digantikan dengan frasa "golongan yang sama"
    asal : Satu perkara besar yang membuatkan mereka senang bergaul adalah kerana mereka tergolong satu kasta Paria. Mereka tidak perlu takut akan mengotori sesiapa kalau bersentuhan.
  2. Halaman 216 - Perkataan "kasta" digantikan dengan "golongan"
    asal : Di sini, pekerjaan yang membezakan kasta tidak ada, dan dia perlu mencari nafkah.
  3. Halaman 219 - Frasa " kasta Brahma" degantikan dengan frasa "golongan Brahmin"
    asal : Di negeri ini, orang daripada keturunan kasta tinggi, kasta Brahma, memakai punul yang melintang di tubuh....
  4. Halaman 214 & 230 - Frasa " Ya tuhanku" digantikan dengan " Ya dewa"
    asal : Ya tuhanku! serunya perlahan-lahan. Mengapa dia sampai kemari?
  5. Halaman 251, 253, 255 & 256 - Frasa "berkulit hitam" digantikan dengan frasa "orang India"
    asal : seorang orang berkulit hitam tidak berbaju, menerpa masuk ke dalam perkarangan rumahnya dengan senjata di tangan.

Saturday, June 11, 2011

The legend International Water Homes PD

Penutup cuti pertengahan tahun 2011. 9-11Jun (3 hari 2 malam). Alhamdulillah, dah lama teringin nak pergi tempat ni, sebab ada private swimming pool kat dalam bilik. privacy boleh mandi puas2. tak yah nak pakai2 tudung. 


Tempat ni kat Port Dickson. Sebelah Glory beach resort. Kalau dari sepang, antara hotel terawal jumpa Glory Beach Resort, masuk dalam lagi sikit, jumpa lah tempat ni. Ada 3 pilihan sama ada Sky Living, Garden Living atau Above the sea.




Check in 3.00 petang, masuk bilik je terus anak2 tukar baju, macam biasa tak bolehh tahan tengok kolam. Lantak koranglah. Umi tahan dulu nafsu nak terjun ni. Kemas2 dulu bag. Ambik2 gambar, belek itu belek ini, pheww.. excitednya. exclusif bilik ni. Executive Pool Villa-Above the sea. Boleh check kat sini




ada 2 king size beds, satu katil boleh muat 3 orang kalau badan kurus-kurus. So, muatlah untuk kami satu family 6 orang ni. Untuk kali ni kami tak perlukan apartment 3 bilik. lagipun dapat jimat kos. Rm800/nite (cuti sekolah). Sekali ni jelah nak merasa pun..


Kat lantai tu ada glass panel untuk tengok laut kat bawah rumah.

nampak banyak anak ikan, ketam sekor dua dan ikan pari..


ada magnetic cycle.

dan kemudahan lain dalam bilik...



coffee n tea



separate bath n toilet

tv n dvd player
room service


tepat pukul 9 diaorang dah ketuk pintu...

Malamnya kami makan di Medan ikan Bakar Port Dickson. tempat ni baru, jalan masuknya ke simpang Pantai Tanjung Gemuk PD. 5 minit je dari TLIWH. Bangunan milik Majlis Perbandaran PD. Sedap, best, puas hati. ok tengok gambar kat bawah.



Petang2 boleh jalan-jalan sekitar resort. Boleh cycling, kena sewa. Ada memanah, aku dan suami diajar oleh jurulatih kecil kami iaitu Mohd Muadz anak aku yang sulung. Di sekolah dia masuk kelab memanah, katanya umi jangan guna yang hitam, berat. Guna yang macam kayu tu ringan.


jenis ni berat sikit, menggigil jugak lah tangan aku mengangkat jenis ni..

Baba boleh masuk pasukan pemanah perang.. hehe. kemahiran ini sangat digalakkan oleh rasulullah s.a.w kerana ia melatih otak memfokus sesuatu dengan tepat.

Sekian saja catatan sepanjang kakiku melangkah.
wassalam.