Assalamualaikum.
Bertemu lagi. Sessi persekolahan yang baru telah pun bermula, sudah seminggu berlalu.. Sebagai seorang ibu, tentunya umi juga ingin anak2 ke sekolah dengan persediaan yang lengkap. Tidak semestinya semua mesti baru. Tahun ini hanya Nur Syatrah sahaja yang bertukar baju sekolah dari putih kepada biru. Alhamdulillah jadi pengawas lagi sorang anak aku ni. Peluang diberi untuk mengasah bakat kepimpinan, semoga dapat membentuk disiplin diri yang lebih baik lagi. InsyaAllah.
Muhammad Muadz : Darjah 6 (upsr tahun ni InsyaAllah)
Muhammad Akmal : Darjah 5
Nur Syatrah : Darjah 3
Nur Sabrina Husna : 6 Tahun (Tadika Islam Bistari.)
Beg sekolah pun tak ada yang berganti baru kerana yang tahun lepas masih elok, umi rendam sabun dan basuh, cantik berseri seperti baru lagi. Alhamduillah. Cuma kasut saja semua bertukar, dari putih kepada hitam dan saiz kecil kepada yang lebih besar. Kalau perlu tukar pun, insyaAllah pertengahan tahun nanti. Setakat ni pakai dulu mana yang masih elok..
Persiapan awal itu sangat penting supaya tidak kelam kabut keesokkan harinya. Tahun ini umi berazam mengajar anak2 umi menggosok pakaian sendiri. Supaya mereka ada rasa tanggungjawab menyiapkan keperluan sendiri. Lagipun rasanya umi penat lah menggosok kain banyak2.. kalau seorang 3,4 pasang pagi petang, 4 orang nak berapa pasang? InsyaAllah belajar gosok baju sendiri, nanti lama2 pandai.
Terimakasih tak terhingga kepada baba yang banyak tolong umi. Waktu pagi yang sememangnya masa yang kelamkabut dan boleh menaikkan tahap tekanan darahku.. Apa lagi hari pertama sekolah. Umi pun mesti pergi cepat sebab ada assembly di dewan. Alhamdulillah sekarang di Banting sudah kurang sikit jem, rupanya jambatan baru dari sungai buaya ke bulatan simpang Pulau Carey Teluk Panglima Garang sudah mula beroperasi, so mereka yang menghala ke Klang sudah kurang melalui jalan Pekan Banting & Teluk Dato'. Alhamdulillah cepat sikit dapat sampai ke sekolah.
Selamat kembali ke sekolah juga semua warga SAMTTAR. Semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya. InsyaAllah. Juga buat semua rakan2 yang bergelar guru. Semoga 2012/1433H ini, tahun yang lebih bermakna kepada kita semua.
Sekian.