Pada hari ahad lepas, 21/6/2009 kami sekeluarga telah ke tanjung karang kerana menghadiri undangan perkahwinan seorang kenalan kepada suamiku Dr. Hamid di Jalan Bomba Tanjung karang. Disitu aku telah berjumpa dengan guru sekolah ku sewaktu di SAM rawang, Cikgu Saadiah. Sempatlah aku bergambar. Cikgu masih cantik seperti dulu, tapi agak berisi sikit.
Selepas ke sana, kami menuju pula ke Parit 11 Pasir Panjang iaitu ke rumah seorang rakan lamaku sewaktu aku mengajar di Sekinchan, Rasidah Hussin. Ziarah mahabbah ini sedikit sebanyak menghilangkan kerinduan ku pada daerah yang pernah ku jejaki selama lebih kurang 5 tahun dulu. Waktu sampai di sana kebetulan tengah musim menuai dan jentera penuai betul2 di halaman rumahnya sedang menuai padi,, waduuhhh...aku yang sememangnya dah lama tak merasai suasana sebegini tidak melepaskan
peluang meramkan gambar2 kenangan bersama anak-anaku di sawah itu. Anginnya yang sepoi2 bertiup, sawah padi menguning, memang sungguh membuat ingatan ku pada daerah ini terimbau kembali..Terimakasih Syidah atas layanan yang sungguh istimewa daripada kalian sekeluarga.
Kemudian dari rumah Rasidah, kami
menuju pula ke Restoran Terapung Sg. Nibong, sempat minum2 disana, makan agar2 jelly kelapa muda, minum air tembikai.
Kemudian dari rumah Rasidah, kami
Kebetulan air tengah pasang, banyak pula ikan tembakul bertenggek2 kat atas batu2 tembok laut tu..lepas minum2 kami mula bertolak untuk pulang, tapi sampai di sekinchan kami singgah lagi di pekannya terutama di Quaters klinik tempat kami sekeluarga pernah menginap. Cantik, dah dicat baru, bersih,pokok2 longan, bunga kipas, kelapa pandan, mangga.
Pokok2 yang kami tanam dulu dan masih kecil waktu kami meninggalkan quaters itu, sekarang sudah besar tinggi, pokok kelapa berbuah lebat, longan pun rendang, pandan gemuk nye..sampai ke depan2 dah.
Staff nurse Azrin sekeluarga (sempat lalu depan rumah saja). Klinik tak banyak perubahan, pekan Sekinchan pun adalah sikit2 tambahan.
Tak lupa ambik gambar di supermarket paling glamer di sana iaitu pasaraya Aik Heng.
2 comments:
Salam Saf,
nape tak ambik gambar cikgu Saadiah?
wsalam, hi linda, welcome.
ada ambik tapi dah terdelete, camera dah full memory, delete punya delete tak sedar2 dah terdelete sekali.. :(
Post a Comment