Ini ialah novel tetralogi (siri 4) Bagaikan Puteri oleh penulis triller terkenal tanah air Ramlee Awang Murshid. Saya baru saja selesai membacanya hari ini jam 1100 pagi tadi. Musim-musim peperiksaan begini sememangnya saya punya banyak masa membaca.Seperti biasa, menyebut saja nama Ramlee Awang Murshid sudah menjadikan saya 'jatuh cinta' pada penulis ini. Apatah lagi membaca karya-karya beliau seperti merasakan diri berada pada satu dimensi masa kisah2 itu berlaku. Kurun ke 15. Bagi mereka yang pernah membaca trilogi Bagaikan puteri sebelum ini pasti ternanti2 kemunculan siri yang seterusnya. Mengembara bersama laksmana Sunan atau Saifuddin.
Ia kisah sejarah yang difiksyen kan. Zaman sewaktu Portugis menjajah Melaka. Watak-wataknya~ Laksmana Sunan, Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekiu, Panglima Awang Bagan, Puteri Gunung ledang, Alfonso De Albuqueque, captain Leandro, Catalina dan Taghut. Bagi anda yang tidak meminati sejarah, novel tetralogi ini mampu menjadikan anda mahir dengan sejarah Melaka. Penuh debaran, penuh cinta kepada Tuhan yang Maha Esa dan cinta sesama insan, cintakan tanah air, perjuangan menegakkan agama, bangsa dan negara. Tidak lain, kata2 Laksmana Sunanlah yang paling menyentuh rasa. Ulasan seterusnya diambil dari kelab peminat RAM....
Catalina merupakan seorang balu bangsawan Portugis yang kematian suami, belayar ke Tanah Melayu atas saranan Maryam – satu jelmaan berjubah dan berhijab putih yang ditemui apabila Catalina pengsan sahaja. Maryam berjanji akan membongkar satu rahsia besar tetapi pertemuannya mestilah di Hulu Melaka dan Catalina kena mencari seorang lelaki bertanduk dua untuk mengiringi perjalanannya ke Hulu Melaka.
Ketika sampai ke Melaka, Portugis sedang menggempur Melaka dan Melaka dapat ditawan. Masa inilah Catalina menemui Saifudin yang pengsan di pantai Punggor. Lalu Laksamana Sunan itu dijadikan hamba sahaya kepada Catalina.
Perjalanan ke Hulu menghadapi bermacam rintangan termasuk huru-hara yang dicetuskan Pangeran Garitno (jelmaan Taghut) dan Puteri Kober Gandring yang hampir putus nyawa dikerjakan Saifudin dalam Hijab Sang Pencinta. Anak keponakan Taming Sari hulubalang terbilang Majapahit itu dibangkitkan semula dalam jelmaan pontianak.
Saifudin pula kehilangan kudrat kerana mengalami proses transformasi dari abad ke 21 yang telah memecahkan sel-sel dalaman. Luna pula muncul menagih kasih kepada Saifudin iaitu bangsa manusia pertama yang berjaya menambat hatinya. Begitu juga dengan Catalina yang lama-kelamaan menyenangi Saifudin kerana akhlak lelaki itu. Kesimpulannya – banyak nyawa terkorban dalam mengharungi perjalanan ke Hulu Melaka.
Persoalannya – siapa Maryam bersama rahsia besarnya?
Mengapa Saifudin digelar ‘lelaki bertanduk dua’?
Apakah Taghut mampu dibunuh?
Bagaimana dengan campur tangan Luna dalam peperangan antara sesama bangsa manusia? Apakah Saifudin berupaya bangkit menjadi Laksamana Sunan semula?
Mengapa Taghut terlalu mendendami Saifudin?
Siapakah yang mampu menjinakkan Puteri Gunung Ledang yang terkenal sakti itu? Dan...banyak lagilah.
------------------
cumanya saya agak sedikit kecewa bila diakhir novel ini seperti tergantung lagi. Tiada ketetapan dengan apa yang berlaku pada Laksmana Sunan setelah Hang Tuah membawanya pergi. Seperti ada sambungan lagi untuk siri yang ke-5 dan seterusnya. Apapun, kepada anda selamat membaca
----------------------------oooOOOooo------------------------------
1 comment:
penggembaraan merntasi pelgai ragam dunia meletakakn kita alpa dengan dunia reality sebentar..
Post a Comment