Sunday, November 11, 2012
Blogku yang dirindu.. semalam berlalu, esok menanti, hari ini dihadapi.
Tuesday, August 23, 2011
Peristiwa-peristiwa Besar Bulan Ramadhan
- BULAN DITURUNKAN AL-KITAB
beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan. Para pakar tafsir dan hadis merekodkan, Allah juga menurunkan kitab-kitab dan suhuf iaitu kitab kecil selain Zabur, Taurat, Injil dan al-Quran kepada para rasul terdahulu pada bulan Ramadhan. - PERISTIWA BADAR
Pada hari Jumaat 17 ramadhan tahun ke 2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam islam yang dikenali Perang Badar. Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ.Tentera islam seramai 313 berhadapan dengan 1000 tentera musyrikin Makkah yang lengkap bersenjata. Tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri.
- ISLAM MEMBUKA KOTA MAKKAH.
Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke 6 Hijrah. Peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Makkah melanggar perjanjian Hudaibiyah yang dimetrai dengan orang Islam, - PERISTIWA PERJALANAN NABI MUHAMMAD SAW KE TABUK
Pengaruh nabi Muhammad s.a.w memberikan tamparan hebat kepada Rom yang menjadi kuasa besar pada ketika itu. Lantas Herkules, Maharaja Rom Timur (Bizantin) memutuskan bagi menyekat pengaruh umat islam dengan utara Tanah Arab.
Rasulullah s.a.w. telah mengarahkan umat Islam berkumpul bagi menghadapi Rom dan mengutip zakat.... (bersambung) - ISLAM SAMPAI DI YAMAN
- KHALID BIN AL-WALID MERUNTUHKAN BERHALA AL'UZZA
- PENYERAHAN BANDAR TAIF
- PEMBUKAAN ANDALUS (SEPANYOL)
Sunday, June 26, 2011
Garis Panduan Kenduri Kahwin.

- Bertujuan untuk melaksanakan ibadat kepada Allah swt.
Iaitu dengan niat mencari keredhaan Allah dan mengikut sunnah Rasulullah saw. Bukan untuk berbangga-bangga dan menunjuk-menunjukkan kemewahan dan kekayaan. - Menghindari perbuatan syirik dan khurafat.
Di dalam masyarakat kita terdapat beberapa adat dan kebiasaan yang melibatkan penyekutuan terhadap Allah, na’uzubillah. Semua yang bertentangan dengan Syariah Islam hendaklah ditinggalkan. Hindarkan daripada bertemu dukun untuk menentu masa dan hari majlis perkahwinan, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: ((Sesiapa yang mendatangi dukun atau tukang sihir, lalu ia membenarkan ucapannya, maka dia telah kufur terhadap apa yang telah diturunkan kepada Muhammad SAW)) [HR: Abu Daud]. - Mengelak dari melakukan maksiat (penderhakaan terhadap perintah Allah dan Rasul).
Mewujudkan suasana yang yang boleh membawa ke arah berlakunya maksiat, adalah satu perbuatan yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah. Hawa nafsu hendaklah dididik supaya tidak cenderung ke arah penderhakaan. - Mengundang golongan yang kurang berada.
Bukanlah satu sikap yang mulia apabila tetamu yang bakal hadir dipilh dari kalangan yang kaya dan ternama sahaja. Melupakan keluarga dan sahabat handai yang
miskin dan kurang berada melambangkan kerendahan akhlak dan peribadi. Rasulullah _ telah bersabda: Maksudnya: ((Seburuk-buruk makanan adalah makanan di satu walimah, (yang) diundang kepadanya orangorang kaya dan terhalang darinya orang-orang miskin.)) [Muslim dan Baihaqi] - Mengelakkan ikhtilat (percampuran di antara lelaki dan perempuan).
Asingkan tempat untuk tetamu lelaki dan wanita. Ini adalah untuk menghindari maksiat seperti zina mata yang seterusnya membawa kepada zina hati.
Sabda Rasulullah saw: Maksudnya: ((Dua mata itu boleh berzina, dan zinanya adalah pandangan (pada bukan mahram)) [HR Bukhari].
Firman Allah swt : maksudnya: {Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk} [Al-Isra’: 32]
Cara terbaik untuk menjauhi zina ialah dengan menyekat jalan-jalan yang boleh membawa ke arahnya. Al-Qur’an telah banyak menjelaskan hal ini. - Menghindarkan hiburan yang boleh merosakkan nilai ibadat.
Kegembiraan yang hakiki bukan terletak pada alunan muzik dan lagu-lagu perkahwinan. Ianya adalah ketenangan hati yang dikecapi apabila majlis itu benar-benar melambangakan kesyukuran pada Allah dan mengingatkan kita kepada kehidupan akhirat.
Kegembiraan palsu hanya dirasakan sementara waktu dan akan mendatangkan kesusahan apabila majlis walimah hilang keberkatannya. - Menghindarkan pembaziran, iaitu dengan mengadakan majlis yang melampaui kemampuan, sehingga sanggup berhutang semata-mata kerana terlalu berlebih-lebihan dan diluar kemampuan.
Mari kita renung majlis perkahwinan insan yang paling mulia di muka bumi ini, Rasulullah saw . Baginda telah menunjukkan sebaik-baik contoh dan ajaran. Adakalanya Baginda menyediakan tamar, adakalanya gandum dan adakalanya kambing. Ini semua berdasarkan kemampuan Bagindasaw ketika itu.
Firman Allah swt :
Maksudnya : {….dan jangan kamu membazir, sesungguhnya membazir itu adalah saudara syaitan, dan syaitan itu sangat ingkar kepada Tuhannya} [Al-Isra’: 17] - Mengelakkan perhiasan yang melampau.
Sebahagian masyarakat amat gemar mengandam pengantin dan menghias rumah sehingga melampaui batas yang dibenarkan. Seringkali pengantin perempuan dijadikan barang tontonan dan dipamerkan di khalayak umum yang terdiri daripada kaum lelaki yang bukan mahramnya. Hal ini menggalakkan pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita. Apatah lagi jika jurusolek dan jurugambar yang digunakan adalah kaum lelaki (wanita jadian).
Kesederhanaan adalah tuntutan dalam semua keadaan. Mengabaikannya seringkali mengundang krisis di dalam kehidupan seperti permusuhan akibat dengki,memandang rendah dari satu pihak, keegoan dan sebagainya. Jadi janganlah kerana warna-warni, solekan atau kecantikan yang dibuat-buat, wujud pula kehambaran dalam rumah tangga pada masa mendatang. - Memberikan ucapan selamat serta mendoakan kedua mempelai serta keluarga mereka.
Para hadirin jarang sekali mendoakan keberkatan apabila melihat pengantin, bahkan tidak mengetahui pun doa tersebut. Ini suatu amalan penting, kerana doa yang ikhlas akan dimakbulkan, insya’Allah.
Cuba bayangkan seandainya semua hadirin mendoakan pengantin sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah saw , alangkah indah dan bahagianya, sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan memperkenankan doa hamba-Nya. Marilah kita sama-sama mengamalkan ajaran Rasulullah saw ini.
Antara doa yang sering diucapkannya kepada para pengantin:
(( بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ ))
Maksudnya: ((Semoga Allah memberkatimu dan mencurahkan barakah ke atasmu dan mengumpulkan kedua-dua kamu dalam kebaikan.)) [HR Ahmad & Ashabus Sunan kecuali An-Nasaiy].
Tidak lupa juga doa kepada keluarga pengantin seperti ucapan Rasulullah saw:
(( اللَّهُمَّ بَارِكْ لَهُمْ فِيمَا رَزَقْتَهُمْ وَاغْفِرْ لَهُمْ وَارْحَمْهُم ))
Maksudnya: ((Ya Allah, ampunilah mereka, dan rahmatilah mereka dan berkatilah mereka pada apa yang telah Engkau kurniakan kepada mereka)) [HR Muslim]
Mudah-mudahan kita dapat memahaminya dengan fahaman yang benar tanpa disulami dengan keraguan terhadap Kitabullah dan sunnah Rasulullah saw. Bertepatan dengan hadis ini:
((تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا إِنْ تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا؛ كِتَابَ اللهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ))
Maksudnya: ((Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara; sekiranya kamu berpegang dengan kedua-duanya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya; Kitabullah dan sunnahku)) [ Muwatta’ Malik ]
Sumber :http://www.abuanasmadani.com/?p=97
Thursday, June 23, 2011
Bicara Ad-Din bersama Al-fadhil ustaz Mohammad Hasnil Abu Bakar
Tuesday, August 3, 2010
Surat Layang
Friday, July 9, 2010
Kisah dari email.
Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.
Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.
Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.
Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.
Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.
Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).
Dia pun tanya perogol itu..
“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)
Perogol tu jawab:
“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)
Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.
Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.
"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]
Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….
semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam…….
Friday, May 7, 2010
Kisah Perlawanan Suami vs Iblis

Friday, April 30, 2010
Hadis Rasulullah mengenai wanita
- Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak sia-sia"
- Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah swt mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.
- Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.
- Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
- Apabila telah lahir anak lalui disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
- Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
- Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
Tuesday, April 20, 2010
Solat Subuh di Masjid

Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid .
ditengah jalan menuju masjid, pemuda tersebut jatuh dan pakaiannya kotor.
Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah. Di rumah, dia berganti baju , berwudhu, dan, LAGI, berjalan menuju masjid .
Dlm perjalanan kembali ke masjid , dia jatuh lagi di tempat yg sama ! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah, dia, sekali lagi , berganti baju , berwudhu dan berjalan menuju masjid .
Di tengah jalan menuju masjid , dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu . Dia menanyakan identiti lelaki tsb, dan menjawab "Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid , jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda..' Pemuda pertama mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid .
Saat sampai di masjid , pemuda pertama bertanya kepada lelaki yang membawa lampu untuk masuk dan sholat subuh bersamanya. lelaki itu menolak.
Aku adalah IBLIS (setan)
Pemuda itu terkejut dgn jawapan lelaki itu.
Jadi, jangan biarkan Setan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya. Jangan melepaskan sebuah niat baik yg hendak kamu lakukan karena kamu tidak pernah tahu ganjaran yg akan kamu dapat dari segala kesulitan yg kamu temui dalam usahamu utk melaksanakan niat baik tersebut .
Saturday, April 3, 2010
Penyakit dan Penyembuhan
Tulisan DR Musthafa Umar
“dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku,”[Q.S. Asy-Syu’araa : 80]
Ayat ini menerangkan keimanan nabi Ibrahim ‘Alaihissalaam bahawasanya yang menyembuhkan penyakit adalah Allah Subhanahu wata’ala. Keimanan yang seperti itu patutlah kita miliki pula sehingga hidup menjadi lurus dan benar. Bekalan ini adalah penting kerana tidak ada diantara kita yang memiliki jaminan dapat terlepas daripada penyakit.
Makna dan Jenis Penyakit.
Penyakit maknanya apa sahaja perkara yang boleh mendatangkan rasa sakit kepada kita. Ada diantara penyakit itu yang mendatangkan rasa sakit kepada badan kita ; seperti penyakit jantung, paru-paru, kulit dan lain sebagainya. Ada pula penyakit yang mendatangkan rasa sakit kepada akal kita ; seperti lupa dan kurang ingatan. Dan ada pula yang mendatangkan rasa sakit kepada hati atau jiwa kita ; seperti penyakit dengki, sombong, tamak dan lain sebagainya.
Penyakit Adalah Taqdir Allah.
Apapun jenis penyakit yang diderita manusia tidak lepas daripada taqdir Allah Subhanahu wata’ala. Ertinya, Allah-lah yang menetapkan seseorang itu terkena penyakit.
Ada diantara penyakit itu yang bersebab dan ada pula yang tidak bersebab. Daripada sini nampaklah kuasa Allah yang mutlak dalam mentaqdirkan penyakit.
Meskipun penyakit itu datangnya daripada Allah namun kita tidak boleh mengatakan bahawa Allah telah membuat kita sakit, tetapi hendaklah kita mengatakan dengan menyandarkan kepada diri kita sendiri ; seperti ungkapan kita ‘saya sakit’, bukan ‘saya disakitkan oleh Allah’. Ungkapan ini adalah pernyataan sopan santun yang menunjukkan kerendahan hati seperti yang dicontohkan oleh nabi Ibrahim di dalam ayat diatas :”Dan apabila aku sakit, Dia lah (Allah) Yang Menyembuhkan ku”.
Kemudian penyakit yang dijalani oleh manusia dapat pula dibahagikan kepada dua macam : ada penyakit yang ditetapkan sebagai ujian dan adapula sebagai siksaan.
Macam yang pertama bertujuan untuk mengangkat kedudukan orang yang diuji tersebut ; semakin sabar ia dalam ujian menjalani sakit itu maka semakin mulia-lah kedudukannya disisi Allah Subhanahu wata’ala. Umpamanya seperti nabi Ayyuub ‘Alaihissalaam ; bagaimanapun dahsyatnya penyakit yang ditanggung namun tidak sedikitpun melemahkan keimanannya kepada Allah.
Adapun penyakit sebagai siksaan bertujuan untuk menyengsarakan orang yang tengah menjalaninya. Hal itu disebabkan kerana perbuatan dosa yang telah dilakukan. Allah berfirman : ”Dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah menambahkan penyakit mereka, dan bagi mereka siksaan yang pedih disebabkan mereka berdusta”. [Q.S. Al-Baqoroh : 10]
Perbezaan penyakit sebagai ujian dengan penyakit sebagai siksaan terletak pada diri orang yang menjalaninya ; ia bukan terletak pada penyakitnya. Boleh sahaja penyakit jantung itu sebagai ujian bagi si A dan sebagai siksaan bagi si B. Penyakitnya sama, namun berbeza dalam menjalaninya. Si A tidak akan sengsara dengan penyakit itu, ia tenang dan penuh keredhoan. Namun si B akan menderita menanggung susah, ia gelisah, takut dan meronta-ronta.
Sama halnya dengan pelajar dan peperiksaan ; pelajar yang rajin tidak akan sengsara dengan peperiksaan yang dihadapi, namun bagi pelajar yang malas tentu peperiksaan itu membuatnya tertekan dan menderita.
Penyembuhan Penyakit Daripada Allah
Apapun jenis penyakit yang diderita manusia ; samada penyakit badan, akal ataupun jiwa, dan apapun macam penyakit tersebut ; samada sebagai ujian ataupun sebagai siksaan, yang akan menyembuhkannya hanyalah Allah, tidak ada yang lainnya.
Ayat diatas menyebutkan dengan jelas : “Dan apabila aku sakit, Dia-lah (Allah) Yang Menyembuhkan-ku”.Maka daripada sini sesiapa yang diuji dengan penyakit maka hendaklah ia berdo’a supaya Allah cepat mengangkat penyakit daripadanya. Seperti berdo’a dengan membaca Ayat Al-Quran :"(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang". [Q.S Al-Anbiyaa : 83]
Dan sesiapa yang merasa disiksa dengan penyakit maka hendaklah ia bertaubat sehingga Allah mengampuni dosanya dan terselamatlah ia daripada ‘penyakit siksaan’ itu. Seperti bertaubat dengan mengucapkan :"Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim." [Q.S. Al-Anbiyaa : 87]
Bagi kita, langkah kedua hendaklah sentiasa dilakukan meskipun kita tidak merasa melakukan dosa, kerana boleh jadi kita telah melakukannya sementara kita tidak menyedarinya.Sikap keimanan ini mestilah ditunjukkan dikala mengharapkan penyembuhan daripada penyakit.
Disinilah nilai hidup yang menentukan siapa kita ; hamba-hamba Allah-kah kita atau hamba-hamba yang angkuh dan sombong. Dan sikap keimanan ini sahaja tidak cukup, ia mestilah diiringi pula dengan usaha mencari sebab penyembuhan ; pergi berjumpa dokter, makan obat dan lain sebagainya yang sesuai dengan nilai Tauhid. Apabila penyakit itu berhubungan dengan akal fikiran maka bacalah buku-buku yang betul dan bermanfa’at, bukan buku-buku novel yang penuh dengan hayalan dan cerita kosong. Apabila penyakit itu berhubungan dengan jiwa maka bacalah Al-Quran dan perbanyaklah zikir kepada Allah.
Sesungguhnya penyakit adalah salah satu perkara hidup yang mesti dijalani oleh manusia, maka pastikan penyakit itu yang akan memuliakan kita, bukan yang akan menghinakan kita. Wallahu A’lam.
Disediakan oleh: Al-Faqiir Ilaa Rabbih : Musthafa Umar
http://www.tafaqquh.com/new/
Sunday, February 7, 2010
Tauladan untuk Suami Isteri yang Sering Bergaduh

Mereka menemui seorang peguam, untuk melangsungkan perundingan pembahagian harta sepencarian di antara mereka, perundingan berlangsung lancar dan akhirnya sebagian besar masalah dapat diselesaikan, baik tanah, rumah, dan semua aset harta mereka dapat dibahagi dan mencapai kepuasan kedua belah pihak. Hanya satu hal tidak ditemukan jalan keluarnya, yaitu mengenai pembahagian anak [jangan lupa anak mereka tiga orang]. Baik si suami maupun si isteri, sama sama ingin mengasuh 2 anak, tidak ada yang mau mengalah, dan anak tidak mungkin dibelah dua seperti pada Zaman Nabi Sulaiman a.s. dulu.
Akhirnya mereka menemui seorang tokoh agama, meminta nasihat bagaimana jalan keluar yang harus ditempuh. Sang Imam akhirnya memberikan jalan keluar yang bijak, yaitu mereka diminta menunda perceraiannya selama satu tahun, mereka harus menambah satu orang anak selama satu tahun, bila Tuhan mengizinkan perceraian mereka, Tuhan akan memberikan tambahan satu anak, total menjadi 4 anak, sehingga mudah untuk dibahagi di antara mereka berdua.
si suami dan si isteri sangat serius untuk bercerai, mereka mengambil keputusan berusaha keras untuk menambah anak, dan akhirnya mereka berhasil. Setahun kemudian, ketika Sang Imam berjalan jalan, beliau bertemu dengan pasangan suami isteri ini, sedang bergandingan tangan dengan mesra, sehingga Sang Imam bertanya, :
“Apakah Kalian tidak berhasil menambah anak sehingga kalian batal bercerai?”. Sang Suami lalu menjawab : “Tuhan maha pengasih, Dia memberikan kami tambahan anak, tapi sekaligus juga memberikan isyarat agar kami saling memaafkan dan saling mengasihi, kami memutuskan untuk tidak bercerai”. “Bagaimana Tuhan memberikan isyaratNya?” , tanya Sang Imam. “Tuhan memberikan kami tambahan anak, bukan satu anak, tapi dua anak,anak kembar !!”.Beberapa hikmah:
1. Menunda tindakan negatif sering bermanfaat, apalagi ketika seseorang sedang dikuasai emosi. Ada baiknya jika kita sedang marah kita menunda sesuatu yang ingin kita lakukan. Betapa banyak penghuni penjara yang menyesal: mengapa ketika marah memukuli isteri/anak/ dsb sampai tewas….
2. Mampu mengendalikan marah [emosi] adalah kunci kebaikan, sehingga nabi saw menekankan laa taghdhab [jangan marah] kepada sahabatnya.
3. Kisah diatas menunjukkan kasih sayang Allah, tetapi ada yang lebih baik daripada kisah di atas yaitu pasangan suami isteri yang selalu berhasil meredam pertengkaran mereka. Mungkin keluar rumah meninggalkan isteri/suami yang marah untuk sebentar kemudian kembali membawa buah tangan/peralatan baru kesukaannya akan membuatnya tersenyum, meminta maaf dan berfikir betapa baiknya suaminya/isterinya.
4. Pertengkaran itu lumrah rumah tangga. Dengan pertengkaranlah membuat keharmonian semakin terasa nikmat. Orang bijaksana akan menikmati pertengkaran dan masa-masa setelahnya dengan tetap mengendalikan suasana agar tidak sampai keluar dari sunnah Nabi saw.. Karena pertengkaran itu seperti api: sedikitnya bermanfaat tetapi besar dan luasnya membinasakan..
…sampaikanlah ilmu walaupun hanya satu ayat……
….muhasabahlah diri sendiri sebelum muhasabah diri orang lain..
....lailaha illa anta, subhanaka inni kuntu minazzolimin...
Monday, January 25, 2010
Dua jam mati hidup semula
Part 2/8
Part 4/8
Part5/8
Part 6/8
Part7/8
Tuesday, January 5, 2010
Meremeh Temehkan Dosa.

Imam Ahmad dan Ibn Abi Syaibah meriwayatkan dari Sayyidina Salman Al-Farisi ia berkata, “Seorang lelaki masuk syurga karena seekor lalat, dan seorang lelaki masuk neraka juga karena seekor lalat.” Murid-muridnya bertanya, “Bagaimana itu terjadi?” Ia lalu bercerita, “Dua orang lelaki berjalan melalui sebuah kaum yang penyembah berhala. Mereka tidak membiarkan sesiapa berlalu dari tempat itu sebelum mempersembahkan korban untuk berhala mereka.
Kaum itu berkata kepada salah seorang dari keduanya, “Persembahkanlah sesuatu untuk berhala.” Ia menjawab, “Aku tidak memiliki apa-apa.” Mereka berkata, “Persembahkanlah walau seekor lalat.” Ia lalu mengorbankan seekor lalat kepada berhala dan mereka pun melepaskannya. Salman berkata, “Orang ini masuk Neraka.” Mereka berkata kepada lelaki yang lain, “Persembahkanlah walau seekor lalat.” Ia menjawab, “Aku tidak akan mempersembahkan apa-apa selain kepada Allah SWT.” Mereka lalu memenggal kepalanya. Salman berkata, “Orang ini masuk syurga.”
Selain itu Imam Al-Sya’rani bercerita: Seseorang bermimpi bertemu Imam Ghazali setelah beliau wafat. Orang itu bertanya, “Bagaimana Allah memperlakukan terhadap dirimu?” Dia menjawab, “Allah mengampunkan aku karena suatu hari aku membiarkan seekor lalat minum dari tinta yang sedang aku gunakan untuk menulis.”
Kisah yang dipaparkan ini mengajar kita sesuatu yang sangat penting, iaitu walaupun perbuatan kecil yang dilakukan seseorang namun kadang-kadang memberikan impak yang sangat besar. Seekor lalat dapat menentukan nasib seseorang di akhirat: Apakah ia akan masuk syurga atau neraka.
Perintah Kecil
Segala sesuatu yang Rasulullah SAW perintahkan, sekecil apa pun perbuatan itu, mengandungi hikmah tertentu bagi diri dan masyarakat kita. Oleh sebab itu, seorang pencinta kebaikan tidak pernah melihat kecil perbuatan baik yang dilakukannya. Sebaliknya, perbuatan itu dilihat sebagai peluang besar untuk meninggikan darajat di dalam syurga dan mendekatkan dirinya kepada Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah kau meremehkan perbuatan baik (ma’ruf) sekecil mana pun, walau hanya tersenyum ketika berjumpa dengan saudaramu.” (HR Al-Bukhari).
Setiap tokoh besar dalam Islam tidak pernah melihat kecilnya sebuah perbuatan baik, akan tetapi menyaksikan kebesaran Allah yang mencintai kebaikan tersebut. Sehingga semangatnya dalam kebaikan tidak lebih kecil daripada ketamakan seorang pencinta harta yang tak pernah ragu mengambil wang sekecil walaupun yang ditemuinya di tengah jalan. Ia tidak melihat kecilnya nilai wang itu, akan tetapi ia selalu membayangkan peningkatan kekayaannya karena wang tersebut.
Seorang sahabat Nabi yang bernama Samurah bin Jundab pernah berkata, “Barang siapa yang ingin mengetahui kedudukannya di sisi Allah, maka periksalah kedudukan Allah di sisinya.” (HR Ibn Al-Mubarak pada kitab Al-Zuhd). Ertinya, barang siapa yang sangat menghormati Allah SWT, lalu bersegera melaksanakan semua perintahnya meskipun kecil, maka itu pertanda bahawa dirinya sangat terhormat di sisi Allah. Sebaliknya, barang siapa yang meremehkan hak-hak Allah dan tidak menghormatinya sama sekali, itu pertanda bahawa ia sangat hina di sisi Allah SWT.
Dua rakaat solat sunnah yang sangat ringan dan tidak mengambil banyak masa, namun impak positifnya sangat besar di akhirat kelak. Imam Ibnu Al-Mubarak dalam kitab Al-Zuhd meriwayatkan dari Abu Hurairah: Suatu hari Rasulullah SAW sedang melalui di sebuah kubur yang baru dikebumikan jenazah. Baginda bersabda, “Dua rakaat singkat yang kalian anggap remeh namun boleh menambahkan pahala orang ini kerana lebih dia sukai daripada seisi dunia.”
Menyedari hal ini, ‘Abdullah bin ‘Amr bin Al-‘Ash sewaktu melewati sebuah perkuburan, beliau segera melakukan solat dua rakaat. Seseorang bertanya kepadanya, “Ini sesuatu yang belum pernah anda lakukan sebelumnya.” Dia berkata, “Aku membayangkan ahli kubur dan amal perbuatan yang tidak akan dapat mereka lakukan lagi. Maka aku ingin lebih mendekatkan diriku kepada Allah dengan dua rakaat tadi.”
Mengeluarkan sampah yang terletak di lantai masjid sangat ringan, namun bernilai tinggi di sisi Allah. Imam Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Buraidah Al-Aslami bahawa Rasulullah SAW melihat sebuah kubur yang baru ditimbus. Lalu baginda bertanya, “Kubur siapa ini?” Abu Bakar menjawab, “Ini kubur Ummi Mihjan, seorang wanita yang sangat suka memungut serpihan sampah di masjid.” Nabi bersabda, “Mengapa kalian tidak memberitahuku (tentang kematiannya)?” Abu Bakar menjawab, “Waktu itu anda sedang tidur. Kami tidak ingin mengganggu anda.” Nabi bersabda, “Jangan lakukan seperti itu lagi. Sesungguhnya solatku bagi jenazah akan menjadi cahaya di dalam kuburnya.” Baginda terus mengatur barisan sahabatnya dan melakukan solat ghaib untuk wanita itu.
Membuang sampah di masjid ini sangat diambil berat oleh ahli hadis terutama Imam Muhammad bin Ismail Al-Bukhari (w.256 H). Pada sebuah majlis di sebuah masjid, Imam Al-Bukhari melihat seseorang mengasah penselnya. Potongan kecil pensel yang terjatuh di atas lantai itu dibiarkan begitu saja. Imam Ahli hadis ini hanya diam dan tidak melakukan apa-apa. Sebenarnya, beliau boleh menegur orang tersebut atau memerintahkan pegawai masjid untuk membersihkan lantai itu. Namun ahli hadis ini memilih untuk diam sebab beliau ingin mendapat ganjaran sunah untuk mengeluarkan kotoran dari masjid. Setelah semua orang pergi meninggalkan masjid, Imam Al-Bukhari segera mengambil potongan pensel itu dengan tangannya lalu membuangnya keluar.
Begitu juga mendoakan orang yang bersin sangat ringan, namun besar nilainya di sisi Allah terutama ketika sunnah ini telah ditinggalkan oleh kebanyakan orang. Imam Abu Daud Sulaiman bin Asy’ats Al-Sujistani (w.275 H), penulis kitab “Sunan”, suatu hari berada di pinggir sebuah sungai. Tiba-tiba beliau mendengar seseorang dari seberang sungai itu bersin. Dia segera mendapatkan sebuah sampan untuk menyeberangi sungai itu bagi menemui orang tersebut. Dia berkata, “Apa yang kamu ucapkan ketika bersin?” Orang itu menjawab, “Aku ucapkan: Alhamdulillah.” Imam Abu Daud segera berkata, “Yarhamkallah (semoga Allah merahmatimu).” Setelah itu dia kembali ke tempatnya semula.
Membantu orang lain yang memerlukan walau dengan kata-kata dan nasihat yang baik akan ditulis sebagai sedekah yang sangat berharga. Imam Jalaluddin Al-Mahalli, seorang ahli fiqah Mazhab Al-Syafii yang terkenal di Mesir, pernah berkata, “Tidak ada seorang ulama pun yang setelah meninggal dunia lalu dilihat dalam mimpi memberitahu bahawa Allah mengampuninya karena ilmu yang ia miliki. (Kalaupun ada), mungkin sangat sedikit saja. Tetapi kebanyakan mereka berkata, ‘Allah mengampuni dosaku karena membantu hajat seseorang.’ Oleh sebab itu, aku berharap Allah mengampuniku dengan sebab hal ini.”
Bahkan memberi makan binatang yang sedang kelaparan dan kehausan sekalipun sangat bernilai di sisi Allah. Al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadis yang menceritakan bahawa Allah pernah mengampuni dosa seorang pelacur karena ia memberi minum seekor anjing yang kehausan.
Sebenarnya, sunnah besar yang kita mimpikan dapat terwujud di negeri kita hanya apabila kita dapat membiasakan diri melakukan sunnah kecil terlebih dahulu. Apabila sunnah kecil itu telah menjadi sebahagian daripada hidup kita, sunnah besar akan menyusul dengan segera menjadi sebahagian daripada masyarakat kita.
Larangan Kecil
Walau bagaimanapun sebalik daripada sikap di atas, kita sebenarnya tidak boleh meremehkan larangan Allah meski sekecil apa pun. Sebab dosa ibarat racun berbahaya yang dapat membinasakan kehidupan manusia di dunia dan akhirat. Seseorang yang berakal dan mencintai hidupnya tidak akan mencuba-cuba untuk meminum racun meski hanya setitik sebab kesannya boleh jadi sangat besar.
Imam Al-Nasai dan Ibn Hibban meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, “Seseorang itu kadang-kadang tidak mendapatkan rezeki akibat dosa yang dilakukan.” Imam Al-Thabarani meriwayatkan daripada Ibn Mas’ud dia berkata, “Saya yakin bahawa seseorang dapat melupakan ilmu yang telah dipelajarinya akibat dosa yang dilakukannya.”
Rasulullah SAW memberitahukan bahawa dosa kecil yang dilakukan terus menerus dapat membawa ke neraka. Ibn Al-Mubarak meriwayatkan dari Ibn Mas’ud ia berkata, “Jauhilah dosa-dosa yang dianggap ringan, sebab dosa-dosa itu akan menebal dan seterusnya membinasakan pelakunya.
Oleh sebab itu jangan remehkan satu kalimat yang kita ucapkan sebab kalimat tersebut kadang membawa kita kepada kebinasaan. Imam Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sering kali sebuah kata yang diucapkan seseorang dapat membuatnya melayang-layang di Neraka tujuh puluh tahun.” Berdasarkan pengalaman hidup kita, terdapat kes menunjukkan betapa banyak kerenggangan hubungan seseorang dengan temannya, anaknya, isterinya bahkan orang tuanya akibat satu kalimat yang terlepas diucapkan.
Seorang bapak atau ibu kadang mencintai salah satu anaknya melebihi yang lain. Mereka menganggap ringan perlakuan tersebut padahal agama kita menilainya sebagai sebuah kezaliman. Anas bin Malik bercerita: Suatu hari ketika seorang lelaki duduk bersama Rasulullah SAW, tiba-tiba anak lelakinya datang. Orang itu segera mengambil anak itu, lalu menciumnya dan mendudukannya di pangkuan. Tidak lama kemudian, datang anak perempuannya. Orang itu segera mengambilnya lalu mendudukkannya di samping tempat duduknya. Melihat hal itu, Rasulullah SAW bersabda, “Kamu tidak adil kepada anakmu ini.” (HR Al-Baihaqi)
Sebahagian besar masyarakat kita, termasuk orang yang bekerja sebagai guru agama, sering kali meringankan bentuk pergaulannya dengan kaum bukan sejenis. Sehingga sering terjadi khalwat yang diharamkan dengan alasan memberi kaunseling agama, meminta fatwa, atau belajar mengaji. Rasulullah SAW selalu memperingatkan bahawa berdua-duaan dengan kaum bukan sejenis merupakan mainan syaitan untuk merosakkan keimanan seseorang. Larangan ini berlaku umum untuk semua orang; tidak peduli usia atau ilmu seseorang. Barang siapa merasa bahawa mereka tidak diliputi oleh larangan ini dengan alasan apa pun, hal itu hanya menunjukkan kejahilannya terhadap syariat agama Islam.
Sayidina Ubadah bin Shamit, seorang sahabat Nabi SAW yang tinggi ilmunya berkata tentang dirinya, “Tidakkah kamu melihat bahawa aku selalu berjalan sambil dipapah, dan hanya memakan makanan yang telah dilembutkan oleh kawanku – maksudnya: kemaluannya telah mati sejak lama. Namun aku tetap tidak suka berkhalwat dengan seorang perempuan yang tidak halal bagiku, meski dibayar dengan seisi dunia. Sebab aku khawatir suatu saat syaitan datang lalu menggerakkannya kembali.” Inilah sikap seorang mukmin sejati yang memahami agamanya dengan mendalam.
Akhir kata, dosa sekecil sebanyak mana pun adalah pintu masuk syaitan ke dalam hati manusia. Terserahlah kepada kita apakah akan membiarkan pintu itu terbuka selalu atau segera menutupnya rapat-rapat. Ingatlah, seekor lalat dapat memasukkan seseorang ke dalam neraka. Wallahu a’lam.
sumber :http://zahazan.net
Tuesday, August 25, 2009
Sesuatu yang Pelik. (شيء غريب)

شــــي غريب
كيف أننا نرى الـدينار كبيرعندما نأخذه إلى المسجد
وصغير جداً عندما نأخذه إلى السوق
Sesuatu yang pelik, Bagaimana kita melihat wang sesuatu yang besar nilainya apabila kita bawanya ke masjid (untuk didermakan).Dan amatlah kecil nilainya pula apabila kita bawanya ke pasar (untuk dibelanjakan).
شــــي غريــــب
كيف أننا نرى ساعة في طاعة الله طويلة
ولكن ما أسرع التسعون دقيقة
في لعب كرة القدم أو ثلاث ساعات على النت
Sesuatu yang pelik,Bagaimana kita melihat satu jam dalam mentaati Allah adalah panjang masanya.Tetapi alangkah cepatnya pula 90 minit dalam perlawanan bola sepak atau 3 jam berlayar di internet.
شــــي غريــــب
كيف أنه من المجهد قراءة جزء من القرآن الكريم
وكيف أنه من السهل
قراءة رواية مختارة من 200 إلى 300 صفحة ؟
Sesuatu yang pelik, Bagaimana dia antara mereka yang merasa susah (dengan kemalasan) ketika membaca sejuzu' (sebahagian) dari Al-Qur'an.Tetapi merasa senang pula ketika membaca novel yang merangkumi 200 hingga 300 muka?
شــــي غريــــب
كيف أننا نتقبل ونصدق ماتقوله الجرائد
ولكن نتساءل
عن ما يقوله القرآن الكريم ؟
Sesuatu yang pelik, Bagaimana kita boleh menerima dan mempercaya apa yang diperkatakan surat khabar.Tetapi kita sering mempertikai dan mempersoal apa yang dikatakan oleh Al-Qur'an?
شــــي غريــــب
أننا لا نستطيع التفكير في قول أي شئ عند الدعاء
ولكننا لا نواجه صعوبة
في التفكير في قول أي شئ عند التحدث إلى صديق ؟
Sesuatu yang pelik, Kita tidak mampu untuk berfikir apa yang hendak dikata (diminta & dibaca) dalam doa kita.Tetapi tidak pula kita menghadapi kesukaran berfikir mengenai apa yang perlu kita bualkan dengan kawan kita?
شــــي غريــــب
كيف تبدو طويلة قضاء ساعتين في المسجد
ولكن كم هي قصيرة
عند مشاهدة فيلم سينمائي ؟
Sesuatu yang pelik, Bagaimana dua jam dianggap tempoh masa yang lama untuk berada di dalam masjid,akan tetapi ia menjadi singkat ketika kita menonton filem di pawagam?
شــــي غريــــب
رغبة الناس في الحصول على المقعد الأمامي
في أية لعبة أوحفلة ولكنهم يتزاحمون للجلوس
في مؤخرة المسجد ؟
Sesuatu yg pelik Keinginan manusia untuk duduk di kerusi hadapan di sesuatu festival sukan atau majlis perayaan,tetapi mereka ini juga bersesak-sesak untuk duduk di tempat belakang masjid (ketika solat atau majlis ilmu) ?
شــــي غريــــب
كيف أننا نحتاج إلى مدة طويلة ونواجه صعوبة في حفظ
آية أو آيتين من القرآن الكريم
ولكن في مدة قصيرة وبسهولة نحفظ الأغاني ؟
Sesuatu yang pelik, Bagaimana kita memerlukan masa yang lama dan berhadapan dengan kesusahan ketika hendak menghafaz satu atau dua ayat dari Al-Qur'an,sedangkan dengan waktu yang singkat dan mudah kita dapat menghafaz senikata lagu?
اليوم عمل بلا حساب
وغدا حساب بلا عمل
فأغتنم يوم عملك ليوم حسابك
Hari ini adalah hari beramal, tiadanya perhitungan,
esok adalah hari perhitungan, tiadanya amalan,
maka rebutlah hari beramal kamu untuk hari perhitungan kamu.
Moga bermanfaat.