Thursday, March 15, 2012
Tutorial buat Banner/Header Blog.
Tuesday, August 23, 2011
Peristiwa-peristiwa Besar Bulan Ramadhan
- BULAN DITURUNKAN AL-KITAB
beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan. Para pakar tafsir dan hadis merekodkan, Allah juga menurunkan kitab-kitab dan suhuf iaitu kitab kecil selain Zabur, Taurat, Injil dan al-Quran kepada para rasul terdahulu pada bulan Ramadhan. - PERISTIWA BADAR
Pada hari Jumaat 17 ramadhan tahun ke 2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam islam yang dikenali Perang Badar. Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ.Tentera islam seramai 313 berhadapan dengan 1000 tentera musyrikin Makkah yang lengkap bersenjata. Tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri.
- ISLAM MEMBUKA KOTA MAKKAH.
Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke 6 Hijrah. Peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Makkah melanggar perjanjian Hudaibiyah yang dimetrai dengan orang Islam, - PERISTIWA PERJALANAN NABI MUHAMMAD SAW KE TABUK
Pengaruh nabi Muhammad s.a.w memberikan tamparan hebat kepada Rom yang menjadi kuasa besar pada ketika itu. Lantas Herkules, Maharaja Rom Timur (Bizantin) memutuskan bagi menyekat pengaruh umat islam dengan utara Tanah Arab.
Rasulullah s.a.w. telah mengarahkan umat Islam berkumpul bagi menghadapi Rom dan mengutip zakat.... (bersambung) - ISLAM SAMPAI DI YAMAN
- KHALID BIN AL-WALID MERUNTUHKAN BERHALA AL'UZZA
- PENYERAHAN BANDAR TAIF
- PEMBUKAAN ANDALUS (SEPANYOL)
Saturday, August 6, 2011
cari muka surat al-Quran..Jom cuba

Sunday, June 26, 2011
Garis Panduan Kenduri Kahwin.

- Bertujuan untuk melaksanakan ibadat kepada Allah swt.
Iaitu dengan niat mencari keredhaan Allah dan mengikut sunnah Rasulullah saw. Bukan untuk berbangga-bangga dan menunjuk-menunjukkan kemewahan dan kekayaan. - Menghindari perbuatan syirik dan khurafat.
Di dalam masyarakat kita terdapat beberapa adat dan kebiasaan yang melibatkan penyekutuan terhadap Allah, na’uzubillah. Semua yang bertentangan dengan Syariah Islam hendaklah ditinggalkan. Hindarkan daripada bertemu dukun untuk menentu masa dan hari majlis perkahwinan, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: ((Sesiapa yang mendatangi dukun atau tukang sihir, lalu ia membenarkan ucapannya, maka dia telah kufur terhadap apa yang telah diturunkan kepada Muhammad SAW)) [HR: Abu Daud]. - Mengelak dari melakukan maksiat (penderhakaan terhadap perintah Allah dan Rasul).
Mewujudkan suasana yang yang boleh membawa ke arah berlakunya maksiat, adalah satu perbuatan yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah. Hawa nafsu hendaklah dididik supaya tidak cenderung ke arah penderhakaan. - Mengundang golongan yang kurang berada.
Bukanlah satu sikap yang mulia apabila tetamu yang bakal hadir dipilh dari kalangan yang kaya dan ternama sahaja. Melupakan keluarga dan sahabat handai yang
miskin dan kurang berada melambangkan kerendahan akhlak dan peribadi. Rasulullah _ telah bersabda: Maksudnya: ((Seburuk-buruk makanan adalah makanan di satu walimah, (yang) diundang kepadanya orangorang kaya dan terhalang darinya orang-orang miskin.)) [Muslim dan Baihaqi] - Mengelakkan ikhtilat (percampuran di antara lelaki dan perempuan).
Asingkan tempat untuk tetamu lelaki dan wanita. Ini adalah untuk menghindari maksiat seperti zina mata yang seterusnya membawa kepada zina hati.
Sabda Rasulullah saw: Maksudnya: ((Dua mata itu boleh berzina, dan zinanya adalah pandangan (pada bukan mahram)) [HR Bukhari].
Firman Allah swt : maksudnya: {Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk} [Al-Isra’: 32]
Cara terbaik untuk menjauhi zina ialah dengan menyekat jalan-jalan yang boleh membawa ke arahnya. Al-Qur’an telah banyak menjelaskan hal ini. - Menghindarkan hiburan yang boleh merosakkan nilai ibadat.
Kegembiraan yang hakiki bukan terletak pada alunan muzik dan lagu-lagu perkahwinan. Ianya adalah ketenangan hati yang dikecapi apabila majlis itu benar-benar melambangakan kesyukuran pada Allah dan mengingatkan kita kepada kehidupan akhirat.
Kegembiraan palsu hanya dirasakan sementara waktu dan akan mendatangkan kesusahan apabila majlis walimah hilang keberkatannya. - Menghindarkan pembaziran, iaitu dengan mengadakan majlis yang melampaui kemampuan, sehingga sanggup berhutang semata-mata kerana terlalu berlebih-lebihan dan diluar kemampuan.
Mari kita renung majlis perkahwinan insan yang paling mulia di muka bumi ini, Rasulullah saw . Baginda telah menunjukkan sebaik-baik contoh dan ajaran. Adakalanya Baginda menyediakan tamar, adakalanya gandum dan adakalanya kambing. Ini semua berdasarkan kemampuan Bagindasaw ketika itu.
Firman Allah swt :
Maksudnya : {….dan jangan kamu membazir, sesungguhnya membazir itu adalah saudara syaitan, dan syaitan itu sangat ingkar kepada Tuhannya} [Al-Isra’: 17] - Mengelakkan perhiasan yang melampau.
Sebahagian masyarakat amat gemar mengandam pengantin dan menghias rumah sehingga melampaui batas yang dibenarkan. Seringkali pengantin perempuan dijadikan barang tontonan dan dipamerkan di khalayak umum yang terdiri daripada kaum lelaki yang bukan mahramnya. Hal ini menggalakkan pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita. Apatah lagi jika jurusolek dan jurugambar yang digunakan adalah kaum lelaki (wanita jadian).
Kesederhanaan adalah tuntutan dalam semua keadaan. Mengabaikannya seringkali mengundang krisis di dalam kehidupan seperti permusuhan akibat dengki,memandang rendah dari satu pihak, keegoan dan sebagainya. Jadi janganlah kerana warna-warni, solekan atau kecantikan yang dibuat-buat, wujud pula kehambaran dalam rumah tangga pada masa mendatang. - Memberikan ucapan selamat serta mendoakan kedua mempelai serta keluarga mereka.
Para hadirin jarang sekali mendoakan keberkatan apabila melihat pengantin, bahkan tidak mengetahui pun doa tersebut. Ini suatu amalan penting, kerana doa yang ikhlas akan dimakbulkan, insya’Allah.
Cuba bayangkan seandainya semua hadirin mendoakan pengantin sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah saw , alangkah indah dan bahagianya, sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan memperkenankan doa hamba-Nya. Marilah kita sama-sama mengamalkan ajaran Rasulullah saw ini.
Antara doa yang sering diucapkannya kepada para pengantin:
(( بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ ))
Maksudnya: ((Semoga Allah memberkatimu dan mencurahkan barakah ke atasmu dan mengumpulkan kedua-dua kamu dalam kebaikan.)) [HR Ahmad & Ashabus Sunan kecuali An-Nasaiy].
Tidak lupa juga doa kepada keluarga pengantin seperti ucapan Rasulullah saw:
(( اللَّهُمَّ بَارِكْ لَهُمْ فِيمَا رَزَقْتَهُمْ وَاغْفِرْ لَهُمْ وَارْحَمْهُم ))
Maksudnya: ((Ya Allah, ampunilah mereka, dan rahmatilah mereka dan berkatilah mereka pada apa yang telah Engkau kurniakan kepada mereka)) [HR Muslim]
Mudah-mudahan kita dapat memahaminya dengan fahaman yang benar tanpa disulami dengan keraguan terhadap Kitabullah dan sunnah Rasulullah saw. Bertepatan dengan hadis ini:
((تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا إِنْ تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا؛ كِتَابَ اللهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ))
Maksudnya: ((Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara; sekiranya kamu berpegang dengan kedua-duanya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya; Kitabullah dan sunnahku)) [ Muwatta’ Malik ]
Sumber :http://www.abuanasmadani.com/?p=97
Tuesday, March 29, 2011
Panduan Memilih Kamera Digital

- Jika anda bukan profesional, belilah kamera autofokus dan bukan SLR kamera.
- Jika anda nak belajar teknik-teknik fotografi, belilah SLR kamera. SLR tu jenis yang ada lens boleh tambah-tambah dan boleh dipulas-pulas tu.
- Jika ada duit lebih, jenama Lumix Panasonic berharga dalam 1000 boleh dibeli, jika bajet kurang, carilah Nikon atau Canon atau Sony Cybershot berharga dalam RM700. Jika bajet sikit sangat, saranan saya camera paling murah tetapi boleh hasilkan gambar yang baik ialah Canon. dengan harga RM499 anda boleh dapatkan.
- Pilih jenis bateri yang digunakan. Sebaiknya, cari yang bateri bersaiz AA atau AAA supaya jika kehabisan bateri, anda boleh beli bateri di kedai. Jika anda beli yang jenis bateri yang khas digunakan utk kamera tersebut, masalah utama jika bateri habis di saat2 penting.
- Pilih jenis Memori Kad yang digunakan. Memori Kad jenis SD ialah yang paling murah, dan senang didapati. Sekarang ini boleh beli yang 2 - 4 GB dah di pasaran. Canon, dan Lumix biasanya guna SD. Ada juga yang guna M2, memori kad ini agak mahal biasanya digunakan oleh Sony Cybershot. Sony juga guna MemoryStick Pro Duo yang harga nya mahal. Satu lagi jenis memori kad xD. Yang ini lagi lah mahal dan agak susah didapati. Kamera Olympus biasnya guna jenis ini. Kalau rasa nak tambah memori kad lain kali, elakkan beli yang jenis ini. Kena ingat, kamera digital tak semestinya guna jenis yang sama memori kadnnya. Pilihlah memory kad yang murah.
- Jika gunakan batery AA. Sila beli charger dan batery rechargeble sekali. Beli yang MH nya lebih daripada 2000 supaya tempoh caj lebih cepat. Jika beli yang 1200 anda akan berjanggut menunggu bila bateri siap dicaj penuh.
Sunday, October 24, 2010
(FARAID) Senarai Ahli Waris yang layak menerima harta pusaka
Terdapat ahli waris dari pihak lelaki dan ahli waris dari dari pihak perempuan yang utama dan layak menerima harta pusaka. Waris dari pihak lelaki seperti berikut: Jika kesemua waris lelaki di atas wujud, maka hanya tiga orang sahaja yang layak iaitu: Ahli-ahli waris perempuan yang layak menerima harta pusaka iaitu: Jika kesemua ahli waris diatas wujud, hanya 5 orang yang layak: Jika kesemua 25 waris lelaki dan perempuan masih hidup, maka keutamaan akan diberikan kepada hanya lima ahli waris berikut: |
(FARAID) kadar dan syarat bagi setiap ahli waris
Bahagian Diperolehi | Suami kepada simati |
1/2 | Tidak mempunyai anak ATAU |
1/4 | Mempunyai anak ATAU |
Bahagian diperolehi | Isteri kepada simati |
1/4 | Tiada anak ATAU |
1/8 | Mempunyai anak ATAU |
Bahagian Diperolehi | Anak Perempuan Simati |
1/2 | Hanya seorang sahaja DAN tidak ada anak lelaki |
2/3 | 2 orang anak perempuan atau lebih DAN tiada anak lelaki |
ASABAH BI-GHAIRIH | Mempunyai anak lelaki - mendapat separuh dari bahagian anak lelaki |
Bahagian Diperolehi | Cucu Perempuan Anak Lelaki Simati |
1/2 | Mempunyai seorang sahaja DAN tiada anak |
2/3 | Mempunyai 2 orang atau lebih DAN tiada anak |
1/6 | Mempunyai seorang atau lebih jika bersama-sama dengan |
ASABAH BI-GHAIRIH | Mempunyai cucu lelaki - mendapat separuh dari bahagian cucu lelaki daripada anak lelaki. |
Bahagian Diperolehi | Bapa Simati |
1/6 | Mempunyai anak lelaki ATAU cucu lelaki dari anak lelaki |
1/6 dan Asabah | Mempunyai anak perempuan ATAU cucu perempuan |
ASABAH | Tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki |
Bahagian Diperolehi | Ibu Kepada Simati |
1/6 | Mempunyai anak ATAU cucu dari anak lelaki ATAU mempunyai dua saudara kandung ATAU saudara sebapa |
1/3 | Tidak mempunyai anak ATAU cucu dari anak lelaki ATAU |
1/3 dari baki | Mempunyai bapa serta suami ATAU isteri |
Bahagian Diperolehi | Datuk kepada simati |
Sama seperti bapa | Hanya mendapat bahagian sekiranya tiada bapa |
Bahagian Diperolehi | Saudara Perempuan Seibu Sebapa kepada simati |
1/2 | Tiada anak, cucu, bapa DAN tiada waris yang |
2/3 | Dua orang atau lebih, tiada anak, cucu, bapa DAN ahli yang menjadikannya Asabah |
ASABAH | Mempunyai saudara lelaki kandung ATAU datuk. |
Terhalang oleh | disebabkan adanya bapa, ATAU anak lelaki ATAU cucu lelaki dari anak lelaki |
Bahagian Diperolehi | Saudara Perempuan Sebapa |
1/2 | Hanya seorang, tiada anak, cucu,saudara kandung, bapa |
2/3 | Dua orang atau lebih dengan syarat tiada cucu lelaki, |
1/6 | Seorang atau lebih mempunyai saudara perempuan seibu |
Asabah | disebabkan oleh saudara lelaki sebapa ATAU datuk |
Terhalang Oleh | 1. Bapa |
Bahagian Diperolehi | Saudara Seibu (Lelaki/Perempuan) |
1/6 | Hanya seorang, tiada bapa, datuk DAN tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki |
1/3 | Dua atau lebih, tiada bapa, datuk DAN tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki |
Terhalang oleh | Disebabkan adanya bapa, datuk, anak dan cucu dari anak lelaki |
** nota asal diaambil dari beberapa laman web
http://jksp.pahang.gov.my/images/pdf/faraid/kadar.pdf
http://maths.usm.my/faraid/msl/default.html
http://www.jksn.kelantan.gov.my/v3/borang/kadar.pdf