Monday, February 1, 2010

Karnival Karangkraf & Pesta Buku MPH

Hari sabtu baru ni(30.1.2010) saya sekeluarga ke karnival Karangkraf di Seksyen 15 Shah Alam dan Pesta Buku kumpulan MPH di Stadium Malawati Shah Alam..Tak lepaskan peluang berkunjung, apatah lagi bila dapat tahu novelis Ramlee Awang Murshid akan berada di sana sekali (Karnival Karangkraf).


Di K.Karangkraf banyak majalah dan sudah tentu Alaf21 dan Prima tak ketinggalan. Memang banyak novel yang saya beli dari Alaf21 sejak zaman saya mula2 meminati novel dan ada antara novel2 tu yang dah hilang entah kemana.

Sabtu baru ni, tak dapat juga menahan selera membeli novel nampaknya, maka "terbeli" lah beberapa buah novel. Antaranya novel trilogi RAM Bagaikan Puteri. oleh kerana satu (Hijab Sang Pencinta)saya telah pun miliki dan selesai baca, jadi nak lengkapkan lagi 2, sayangnya hanya 1 saja yang dapat, satu lagi~Cinta Sang Ratu sudah kehabisan stok kena tunggu petang atau esoknya pula..


Satu novel dicadangkan kepada saya iaitu Ya Fattah: Cinta Sakti~oleh NoorFadzillah. Ya Fattah bukan saja tergolong di antara 99 nama ALLAH. Malah rangkaian dari himpunan Asma'ul Husna ini mempunyai zat dan fadhilat yang cukup besar kepada pengamalnya. Namun di dalam novel ini, Fattah adalah seorang lelaki yang sangat bijak, mempunyai rupa paras yang baik, berilmu agama tinggi dan berakhlak mulia. Namun kesempurnaan fizikal lelaki ini menyimpan satu rahsia besar yang tidak diketahui umum. Fattah dilahirkan dengan satu kuasa telekinetik yang cukup ampuh malah kuasa mindanya yang dapat melihat masa depan.

Semangnya saya seorang peminat filem2 bergenre thriller, sains fiksyen :)

Paling teruja semasa di Karangkraf ni dapat bergambar bersama novelis pujaan hatiku..Ramlee Awang Murshid dan terimakasih kerana sudi menurunkan tandatangan di novel bagaikan puteri.. :)

Selesai saja di S.15 kami ke Stadium pula, memang banyak buku terutama buku kanak2, belilah buku yang anak2 berkenan dan satu yang paling membuatkan anak2 teruja ialah ada booth upin dan Ipin, macam2 souvenir dari Upin Ipin ada, belilah T-shirt dan button jangan tidak. cantik juga umi pun suka..


kata Dr. Aidh Al-Qarni : sebaik-baik teman adalah buku..
Al-Jahizh menasihatkan supaya sentiasa membaca dan mengkaji agar dapat mengusir kesedihan daripada anda. Katanya: “Buku adalah teman sejati yang tidak akan memujimu dengan berlebihan, sahabat yang tidak akan menipumu, dan teman yang tidak membuatmu bosan. Dia adalah teman yang sangat toleran yang tidak akan mengusirmu, dia adalah tetangga yang tidak akan menyakitimu, dan dia adalah teman yang tidak akan memaksamu mengeluarkan apa yang anda miliki. Dia tidak akan memperlakukanmu dengan tipu daya, tidak akan menipumu dengan kemunafiqan, dan tidak akan membuat kebohongan.”
************************Selamat membaca****************************************

No comments: