
Ini sebuah novel terbitan Jemari Seni hasil karya Noor Suraya. Inilah kali pertama saya membaca sebuah novel terbitan JS. Jangan nak tergelak pula..Selalunya novel-novel yang saya baca dari Alaf21 dan Buku Prima, PTS Publictn ataupun Telaga biru. Selain tu novel2 Indonesia karya Habiburrahmah El Shirazy. Sehinggalah seorang kenalan blogger memperkenalkan buku ini di blog beliau dan saya terus saja tertarik dan ingin membacanya. start baca 8/3 jam 10 pagi selesai baca 9/3 jam 1150mlm. Buku ini saya beli secara online dari Kedai Buku.com Bukit Changgang. (http://www.kedai-buku.com/ )
1. Melihat kulit depannya tidaklah memberi apa2 tanggapan pada saya kerana saya telah pun membaca beberapa komen dari beberapa blog tentang kulit depan Jaja & Din.
2. Mula membaca buku ini penuh dengan kelucuan Jaja(Faiza) anak Doktor Haslinda dan Dr. Badrul dengan monolognya.. memang melucukan dan sudah tentu novel ini tidak sama dengan novel2 yang thriller dan menjadi kesukaan saya itu. Bahasanya bersahaja, dan santai2 saja, mudah difahami. Ada masa saya tergelak besar sampai part Din datang ke rumah keluarga Faiza di Alor Star dan Faiza yang sebenarnya tidak pandai memasak berpura2 berlakon membakar ikan sedangkan makanan dan lauk pauk itu semuanya mereka beli di kedai makan Pumpong berdekatan. Sehinggalah Wassim dengan selamba membocorkannya.
3. Ramai orang yang hobinya bukan membaca novel, apabila dikatakan kepada mereka 'saya suka baca novel" semacam pelik pula, kerana mungkin pada tanggapan mereka novel itu hanya untuk anak2 remaja sahaja. Bila saya katakan dalam novel juga kita boleh dapat panduan2 agama dan nasihat2 yang bagus mungkin juga ilmu2 yang tidak pernah kita ketahui sebelum ini barulah mereka faham. Tidak hairan banyak novel sekarang menjadikan Al-Quran dan Hadith sebagai sumber rujukan pertama dalam novel mereka kemudian barulah rujukan yang lain.
3.Termasuklah novel Jaja & Din diselitkan dengan tafsiran ayat-ayat suci Al-Quran dan hadith2 nabi. Sambil tu dalam novel ni juga ada menyentuh tentang Jihad, hingga mungkin sedikit sebanyak menyuburkan perasaan syahid dalam diri pembacanya, kisah2 para Anbiya' dan Sahabat, kisah wanita2 solehah penghuni syurga, Isteri2 nabi,pengorbanan mereka, kasihh sayang dan kecintaan mereka, kehidupan zuhud mereka, sifat sabar, Taat kepada Allah dan Rasul dan juga kepada suami yang harus dicontohi dan diteladani. Banyak sifat mahmudah,hormati ibu bapa, layanan kepada suami, panduan2 itu dan ini secara langsung ataupun tidak. tak rugi kalau beli dan baca kan..
4. Kemuncak novel ini berjaya mengalirkan airmata saya hingga bengkak2 saya menangis(teruk betul). Biasanya kalau saya sampai menangis baca novel tu maknanya novel tu memang betul bestlah :), tak banyak novel yang saya feeling macam ni..ada 2 buah sebelum ni 1)Ayat2 Cinta by Habiburrahman el-Shirazy dan 2)Kuala Lumpur Mana Suamiku by Sri Diah. Bergantung pada pembaca sendirilah. Kalau nak tahu apa kesudahannya Jaja & Din ni kena bacalah sendiri..
5. Akhirnya terimakasih kepada blogger AR yang memperkenalkan buku ini secara tidak langsung kepada saya. Terimakasih dan Tahniah juga kepada novelist Noor Suraya kerana telah menghadiahkan kepada pembaca seperti saya ini sebuah novel yang sangat menarik dan menyentuh jiwa. Bagi anda yang masih belum membacanya cepat dapatkan novel ini atau anda akan menyesal kerana tidak memilikinya...ceh promotelah pulak. :)
Wallahu a'lam. Sekian.
3 comments:
good comment, but you should reconsider to spoilt the ending story in public, worry that potiential reader end-up their reading becouse they know how the story end before it begin. ;)
oh ye ke? ok, will be edited..thanks.
that's much better.. hope to see your at-ta'leeq wa al-naqd of Garis-Garis Deja Vu very soon ;)
Post a Comment