| Written by zain-ys |
| Monday, 01 February 2010 19:05 |
Oleh zain-ys
Berikut ini saya snapshot makna duli dari kamus Dewan (klik untuk besarkan imej): ------------------ Fatwa Jemaah Ulama' Majlis Agama Islam Kelantan Tajuk : Mengenai kekebalan Raja-Raja, ucapan Duli Yang Maha Mulia kepada Raja-Raja Isu : Pengerusi memaklumkan bahawa mesyuarat khas ini diadakan adalah bagi membincangkan beberapa perkara yang menjadi isu berhubung dengan perkara yang berkaitan dengan raja melayu berikutan dengan isu pindaan perlembagaan yang hangat diperkatakan sekarang ini. Perkara yang akan dibincangkan ialah:- (1) Kekebalan raja-raja (2) Ucapan "Duli Yang Maha Mulia terhadap raja-raja". (3) Cara angkat tangan ketika mengadap raja-raja. Keputusan : Jamaah Ulama' membuat keputusan seperti berikut : 1. Bahawa semua manusia tidak mempunyai sebarang kekebalan dari segi hukum kerana mereka semua adalah tertakluk kepada hukum Allah. 2. Hak-hak keistimewaan untuk orang-orang tertentu dalam perkara-perkara tertentu ada di dalam Islam. 3. Pemilihan warna kuning oleh Raja untuk pakaian dan lain-lain, hukumnya harus. 4. Penggunaan ucapan Duli Yang Maha Mulia terhadap Raja-Raja ketika mengadap dan lain-lain hukumnya adalah harus dengan syarat ucapan Yang Maha Mulia Raja-Raja itu tidak diniatkan sama dengan sifat Allah. Dalil firman Allah Taala: انا خلقنا الانسان من نطفة امشاج نبتليه فجعلنه سميعا بصير Maksudnya: Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari setitik mani yang bercampur yang kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan) kerana itu kami jadikan dia mendengar dan melihat..
(5) Jemaah Ulamak bersetuju bahawa kedudukan hukum mengenai angkat tangan dalam upacara menyembah raja-raja dibincang semula dalam Mesyuarat Jemaah Ulama akan datang kerana hal ini perlu dikaji dan diteliti secara mendalam dalam berbagai aspek. Sumber: http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=2034 ----------------------- Maklumat mengenai duli bermakna habuk boleh dirujuk di sini: http://ustazzack.blogspot.com/2009/12/apa-maksud-duli-yang-maha-mulia.html |
Showing posts with label Fatwa. Show all posts

Saturday, August 21, 2010
Fatwa: Dibolehkan penggunaan ucapan Duli Yang Maha Mulia
Monday, June 28, 2010
Isu-isu perubatan menurut perspektif hukum : (PENGGUGURAN KANDUNGAN)
Pengguguran Kandungan
Hukum pengguguran kandungan tidak disebut secara langsung di dalam Al-Quran dan hadis nabi S.A.W. Apa yang dibicarakan secara langsung ialah pengharaman membunuh jiwa dengan cara yang tidak sebenar, membunuh anak kerana bimbang kesempitan hidup pada masa akan datang dan pampasan yang wajib dibayar akibat perbuatan jenayah membunuh kandungan atau menggugur kandungan secara tidak sebenar.
Bertitik tolak dari sinilah para fuqaha’ telah berbeza pendapat mengenai hukum pengguguran kandungan seperti yang dibincangkan pada masa kini.
Status Janin Atau Kandungan Menurut Kacamata Fiqh
Janin mempunyai dua status yang berbeza menurut fiqh. Perbezaan status itu adalah berdasarkan usia janin. Status tersebut adalah seperti berikut:
1- Janin ketika berusia 120 hari dan ke bawah adalah sama dengan anggota manusia.
2- Janin ketika berusia 120 hari dan ke atas adalah hampir sama dengan manusia biasa.
Perbezaan di antara janin ini dengan manusia ialah manusia hidup di alam nyata manakala janin hidup dalam rahim.
(11)
Definisi Pengguguran Kandungan
Pengguguran kandungan ialah mengeluarkan kandungan dari rahim sebelum tiba tempoh bersalin dengan tujuan untuk mematikan kandungan tersebut.
Hukum Pengguguran Kandungan
Hukum pengguguran adalah bergantung kepada status janin sebagaimana yang telah sebut sebelum ini. Oleh itu, hukum pengguguran terbahagi kepada dua keadaan iaitu :
(a) Pengguguran Kandungan Berusia 120 Hari Dan Ke atas
Para fuqaha’ telah bersepakat mengenai pengharaman mengugurkan kandungan yang telah berusia lebih dari 120 hari melainkan ketika dharurat sahaja. Keadaan dharurat tersebut dapat dipastikan melalui kewujudan syarat-syarat yang berikut:
- Disahkan oleh pakar perubatan bahawa kandungan itu memberi mudharat besar kepadaibu jika terus dibiarkan berada di dalam rahim ibu.
- Bilangan pakar perubatan yang membuat pengesahan tersebut hendaklah bilangan yang boleh menimbulkan keyakinan terhadap apa yang disahkan.
- Pakar perubatan yang membuat pengesahan tersebut terdiri dari mereka yang adil danboleh dipercayai.
- Mendapat keizinan menggugurkan kandungan dari kedua ibubapa terlebih dahulu.
- Tiada cara lain selain menggugurkan kandungan untuk menghindari kemudharatan kepada si ibu.
(b) Hukum Menggugurkan Kandungan Yang Berusia Kurang Dari 120 hari
Tidak harus atau haram menggugurkan kandungan tersebut melainkan apabila wujud keperluan yang diiktiraf oleh syara’. Berkenaan dengan perkara ini, ia hendaklah ditentukan oleh segolongan fuqaha’ yang memang pakar di dalam hal-hal seperti ini.Berkenaan hukum di atas, muktamar Ribat ( 1971 ) telah membuat resolusi berikut:Bagi mengeluarkan hukum berkenaan pengguguran kandungan, muktamar ini telah meneliti pendapat-pendapat yang telah dikemukakan oleh para fuqaha’ yang beragama Islam. Setelah dibuat penelitian yang rapi, maka jelaslah bahawa haram menggugurkan kandungan yang berusia lebih dari empat bulan melainkan ketika wujud dharurat yang mendesak bagi tujuan menjaga keselamatan nyawa si ibu. Adapun menggugurkan kandungan yang belum berusia empat bulan ( bermula kewujudan air mani lelaki dalam rahim dan mula membentuk janin ), sekalipun wujud berbagai-bagai pendapat dari kalangan para fuqaha’, pendapat yang paling tepat ialah diharamkan pengguguran kandungan tersebut melainkan ketika wujud dharurat yang mendesak bertujuan menjaga keselamatan nyawa si ibu.
Komentar Tentang Penghadan Usia Empat Bulan
Daripada perbincangan di atas , kita dapati bahawa para fuqaha’ telah membahagikan janin kepada dua keadaan iaitu yang berusia empat bulan ke atas dan yang belum berusia empat bulan .
Pembahagian tersebut tidak dipersetujui oleh sebahagian pakar perubatan . Di antara yang tidak bersetuju dengan pembahagian di atas ialah Dr Hassan Hathut. Beliau berkata:
”Tidak sepatutnya kita hanya menerima apa yang dinyatakan oleh ulama’ silam secara bulat-bulat. Ini kerana mereka membahaskan sesuatu ( yang berkaitan bidang perubatan ) berdasarkan kemampuan dan kemudahan yang wujud ketika itu. Pada masa sekarang terdapat peralatan canggih yang tidak terdapat di zaman mereka. Oleh kerana saya adalah salah seorang pakar perubatan , maka menjadi tanggungjawab saya untuk menyatakan berkenaan permulaan hidup janin. Sebenarnya janin telahpun hidup sebaik sahaja ia mula membentuk sebagai kandungan bukannya selepas empat bulan. Jantung janin mula berdenyut ketika ia berusia lima minggu…….”
Ringkasnya Dr Hassan tidak menyetujui pembahagian janin kepada dua keadaan. Oleh itu bagi beliau haram menggugurkan janin sekalipun sebelum janin berusia empat bulan melainkan jika wujudnya dharurat.
Komentar tersebut ditolak oleh sebahagian fuqaha’. Mereka berhujjah penentuan empat bulan itu adalah dibuat oleh nabi S.A.W bukan berdasarkan kajian perubatan di zaman dahulu. Para fuqaha’ juga menegaskan bahawa penentuan empat bulan itu adalah termasuk dalam perkara ta’abbudiah iaitu perkara yang tidak difahami oleh akal. Tambahan pula, para fuqaha’ tidak menyebut bahawa janin mula hidup ketika berusia empat bulan, apa yang mereka sebut ialah ruh ditiup ketika janin berusia empat bulan.
Resolusi Fiqh Berkenaan Bilakah Permulaan Hidup Manusia
Muktamar Perubatan Islam yang berlangsung pada 15-17 Januari 1985 di Hotel Hilton Kuwait telah membuat resolusi berikut berkenaan permulaan hidup manusia:
- Permulaan hidup manusia ialah sebaik sahaja berlaku persenyawaan benih lelaki dan benih perempuan .
- Sebaik sahaja terbentuk kandungan dalam rahim perempuan, maka kandungan itu wajib dihormati dan mempunyai hak-hak yang ditetapkan oleh syara’.
- Apabila kandungan sampai ke peringkat peniupan ruh – ketika berusia empat bulan atau empat puluh hari – kehormatan kandungan bertambah tinggi .
Beberapa Contoh Keharusan Menggugurkan Janin
( a ) Menggugurkan Janin Kerana Kecacatan
Menurut ilmu perubatan, kecacatan dapat dikesan ketika janin masih berada di dalam kandungan ibunya. Namun begitu jenis kecacatan tersebut adalah berbeza di antara satu sama lain. Oleh itu para fuqaha’ telah berselisih pendapat adakah kecacatan dianggap dharurat yang mengharuskan pengguguran janin.
Pembahagian Kecacatan
Kecacatan menurut ilmu perubatan terbahagi kepada tiga keadaan iaitu :-
- kecacatan yang tidak mengancam kehidupan janin,
- kecacatan yang menyulitkan kehidupan janin selepas kelahirannya tetapi boleh dirawati
- kecacatan yang mengancam kehidupan janin selepas kelahirannya dan tidak boleh dirawati.
Kecacatan yang pertama dan kedua tidak dikira sebagai pengharus kepada pengguguran, manakala kecacatan ketiga pula tempat perbezaan antara pendapat fuqaha’.
Berkenaan kecacatan yang ketiga ini, Perhimpunan Fiqh telah memutuskan :
Sebelum berlalu tempoh seratus dua puluh hari, apabila telah terbukti melalui pengesahan jawatankuasa perubatan yang dianggotai oleh pakar-pakar yang dipercayai bahawa janin mngalami kecacatan serius yang tidak boleh dirawati, dan kecacatan tersebut akan menyulitkan janin dan keluarganya, maka ketika itu harus digugurkan janin tersebut selepas diminta oleh keduai bubapanya.
Manakala Unit Fatwa Universiti Al Azhar pula memutuskan harus digugurkan janin yang berusia sebulan disebabkan penyakit keturunan yang memudharatkan dengan syarat proses pengguguran itu tidak mendatangkan mudharat kepada si ibu.
( b ) Menggugurkan Kandungan Zina
Para fuqaha’ telah berbeza pendapat berkenaan masalah di atas kepada dua pendapat.
Pendapat yang pertama tidak mengharuskan pengguguran akibat zina bertujuan menutup pintu perzinaan dan juga berdasarkan hadis nabi S.A.W berkenaan Al Ghamidiyyah.
Pendapat kedua berpendapat harus digugurkan kandungan tersebut dengan alasan untuk mengelakkan berlaku kecelaruan dalam keturunan.
Penulis secara peribadi lebih cenderung kepada pendapat yang membezakan di antara janin kandungan zina dengan kandungan rogol. Kandungan zina tidak harus digugurkan kerana si ibu secara jelas tidak menghormati maruah dirinya. Manakala kandungan rogol pula harus digugur jika usia janin belum mencapai usia 120 hari dengan syarat mendapat keizinan dari si ibu terlebih dahulu . Ini kerana si ibu tidak bersalah kerana ia telah menjadi mangsa rogol.
Garis Panduan Pengguguran Kandungan
Para fuqaha’ telah meletakkan beberapa garis panduan bagi mengharuskan pengguguran kandungan akibat dirogol. Garis panduan tersebut ialah:
- 1- Pengguguran itu berlaku sebaik sahaja berlaku kehamilan.
- 2- Janin berusia kurang dari empat bulan.
- 3- Teknik pengguguran tidak memudharatkan si ibu.
- 4- Permohonan oleh si ibu dari jabatan rasmi yang bertanggungjawab berkenaan kes rogol bagi memastikan jenayah rogol tersebut benar-benar berlaku, memastikan keberkesanan teknik pengguguran dan menjejak si penjenayah.
- Hanya hospital-hospital tertentu sahaja yang dibenarkan menjalankan proses pengguguran kandungan.
- Alasan untuk menggugurkan kandungan itu hendaklah diteliti oleh jawantankuasa yang dianggotai oleh pakar-pakar perubatan dan pakar-pakar fiqh.
Sunday, April 26, 2009
Kedudukan Solawat Syifa'
Merujuk pada tajuk di atas ingin aku pastekan di sini menurut fatwa negeri perlis setelah dibahaskan secara terperinci. Inilah yang ku temukan di e-fatwa, semoga ianya dapat menjadi panduan dalam amalan kehidupan seharian InsyaAllah.
Keterangan :Asas Pertimbangan Pengeluaran FatwaJawatankuasa Syariah Negeri Perlis di dalam membuat keputusan berkaitan Hukum Selawat Syifa’ telah menghalusi kertas kerja dari Dr. Azwira bin Abdul Aziz (Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia/ Ahli Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis) mengenai Menilai Salawat Syifa’seperti berikut:
Menilai Salawat Syifa’:Sebagai umat Nabi Muhammad SAW, kita sememangnya sangat dituntut supaya bersalawat ke atas baginda, sebagaimana firman Allah SWT:Maksudnya: "
Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi Segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya" .
Tidak diragukan lagi bahawa lafaz salawat yang terbaik ialah apa yang dikenali sebagai Salawat Ibrahimiyyah yang diajar oleh Nabi s.a.w kepada para Sahabat dan yang diriwayatkan melalui jalan sanad yang sahih oleh perawi-perawi thiqah serta dijadikan sebagai lafaz salawat dalam solat (sebelum salam). Dalam konteks ini, Imam As-Sayuti berkata:
“Aku telah membaca keterangan Imam As-Subki dalam kitab At-Tabaqat yang diterimanya daripada ayahnya, bahawa sebaik-baik salawat yang dibaca ketika bersalawat ialah salawat yang dibaca di dalam solat ketika tasyahhud, iaitu yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Maka sesiapa yang membacanya dia dilihat sebagai telah bersalawat dengan sempurna dan sesiapa yang membaca selainnya, maka mereka tetap berada dalam keraguan, kerana bentuk-bentuk salawat yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim itu adalah yang sering diajar oleh Nabi s.a.w. sendiri dan yang sering disuruh supaya kita membacanya” .
Keraguan Salawat Syifa’
Antara lafaz salawat yang meragukan ialah yang dikenali sebagai Salawat Syifa’. Salawat ini pada mulanya telah terbudaya di kalangan masyarakat Islam di Malaysia sebagai bacaan eksklusif dan peribadi, tetapi kelihatan menjadi semakin popular sehingga ada yang menjadikannya zikir dan doa selepas solat fardu atau sebagai pembuka ucapan secara tekal. Lafaz salawat yang dimaksudkan itu adalah seperti berikut:
اللهمَّ صلِّ على سيدنا محمدٍ طبِّ القلوبِ ودوائِها وعافيةِ الأبدان وشفائها ونورِ الأبصار وضيائها وعلى آله وصحبه وبارك وسلم
Maksudnya: “Ya Allah! salawatkanlah ke atas penghulu kami (Nabi) Muhammad, penawar hati dan pengubatnya (hati), penyihat badan dan penyembuhnya (badan), pemberi cahaya penglihatan dan pemancarnya, juga ke atas ahli keluarga dan Sahabat Baginda serta berkati dan sejahterakanlah” ..
Mengikut kaedah icrab (parsing) bahasa Arab, perkataan tibb yang bermaksud ‘perawat’ itu berada pada kedudukan sifat (adjective noun) atau badal (gantinama/noun in apposition) bagi perkataan Muhammad (ism calam/proper name). Disebabkan kedudukan itu, maka berlaku persamaan antara kedua-dua perkataan tibb dan Muhammad dari segi kasrah (berbaris bawah).
Pada kebiasaannya penyifatan atau pembadalan ism calam dilakukan dengan menggunakan ism facil (kata pembuat/present participle) atau ism maf cul (kata kena buat/past participle), tetapi kaedah bahasa Arab membenarkan juga penggunaan ism masdar (katanama terbitan/root noun) sebagai sifat atau badal bagi menunjukkan makna mubalaghah atau bersangatan .
Justeru, meskipun perkataan tibb itu pada asalnya adalah ism masdar yang bermaksud ‘rawatan’, namun dalam konteks kedudukannya sebagai sifat atau badal, maka ia dilihat sebagai Sighah Mubalaghah (kata melampau) yang membawa konsekuensi maksud ‘penawar yang sangat mujarab’.
Manakala perkataan-perkataan dawa’, cafiah, syifa’, nur, dan diya’, semuanya berada pada kedudukan cataf (penyambung/join) bagi perkataan tibb yang berada pada kedudukan mactuf (yang disambung).
Kaedah bahasa Arab juga telah menetapkan bahawa sesuatu cataf itu mesti mengikut mactufnya dalam setiap keadaan, jika mactufnya berada pada kedudukan sifat, maka cataf itu juga berada pada kedudukan sifat dan jika mactufnya berada pada kedudukan badal, maka cataf itu juga berada pada kedudukan badal. Ini bermakna kesemua perkataan tersebut membawa pengertian sifat atau badal bagi Muhammad sebagaimana perkataan tibb itu juga.
Maka perkataan dawa’ itu membawa maksud ‘pengubat yang sangat berkesan’, perkataan cafiah bermaksud ‘penyihat yang sangat menyihat’, perkataan syifa’ difahami dengan maksud ‘penyembuh yang sangat menyembuh’, perkataan nur difahami dengan maksud ‘pemberi cahaya’ dan perkataan diya’ difahami dengan maksud ‘pemancar cahaya’.
Berdasarkan kedudukan dan kaedah bahasa ini, maka terjemahan bagi keseluruhan lafaz salawat itu adalah seperti berikut:
“Ya Allah! salawatkanlah ke atas penghulu kami (Nabi) Muhammad, penawar hati yang sangat mujarab, pengubatnya yang sangat berkesan, penyihat badan yang sangat menyihat, penyembuhnya yang sangat menyembuh, pemberi cahaya penglihatan dan pemancarnya juga ke atas ahli keluarga dan Sahabat Baginda serta berkati dan sejahterakanlah”.
Terjemahan yang didasarkan kepada kedudukan icrab ini seolah-olah telah menyifatkan Nabi Muhammad s.a.w. dengan sifat Maha Perawat, Maha Pengubat, Maha Penyihat, Maha Penyembuh, Maha Pemberi cahaya dan Maha Pemancarnya. Persoalannya, apakah harus menyifatkan Nabi Muhammad s.a.w. dengan sifat sedemikian, sedangkan ia adalah sifat-sifat khusus bagi Allah S.W.T. yang tidak boleh dikongsi oleh sebarang makhluk? Apakah alasan yang mewajarkan penyifatan Nabi Muhammad s.a.w. dengan sifat-sifat tersebut?
Prinsip ilmu Tauhid telah menetapkan bahawa Allah SWT itu Maha Esa dan wajib diEsakan pada Sifat-SifatNya sebagaimana Dia juga wajib diEsakan pada Rububiyyah dan UluhiyyahNya . Nama-Nama dan Sifat-Sifat yang khusus bagi Allah SWT tidak boleh dikongsi dengan sebarang makhluk kerana perkongsian itu bermakna mensyirikkan (menyengutukan) sifat makhluk dengan sifat Al-Khaliq .
Allah S.W.T. berfirman
ليس كمثله شيء وهو السميع البصير
Maksudnya: “Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (Zat, Sifat-Sifat dan pentadbiran) Nya, dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat”.
Allah S.W.T. juga berfirman:
وإذا مرضت فهو يشفين
Maksudnya: “Dan apabila aku sakit, maka Dialah (Allah S.W.T) yang menyembuhkan penyakitku”
Dalam sebuah hadith Baginda s.a.w. mengajar umatnya agar membaca doa berikut:
اللهم رب الناس مذهب البأس اشف أنت الشافي لا شافي إلا أنت ولا شفاء إلا شفاؤك شفاء لا يغادر سقما
Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan sekelian manusia, Maha Penghilang segala penyakit, sembuhkanlah! Engkaulah Yang Maha Penyembuh, tidak ada penyembuh melainkan Engkau dan tidak ada penyembuhan melainkan penyembuhan Engkau. (Sembuhkanlah)
Dengan suatu sembuhan yang tidak meninggalkan penyakit sedikitpun” .
Ungkapan: “Engkaulah Yang Maha Penyembuh, tidak ada penyembuh melainkan Engkau”, jelas menunjukkan bahawa sifat penyembuh itu adalah sifat khusus bagi Allah S.W.T. yang tidak boleh dikongsi oleh makhluk.
Struktur ayat yang mengandungi nafy (penapian) dengan huruf nafy (La) dan diikuti oleh ithbat (penetapan) dengan huruf Istithna’ (Illa) memberi konsekuensi penafian dan penetapan yang kuat, sama seperti ungkapan kalimah Tauhid La Ilaha Illallah yang menafikan segala tuhan selain Allah dan menetapkan ketuhanan itu padaNya semata-mata.
Dengan perkataan lain, doa yang diajarkan oleh Nabi SAW ini menafikan sifat penyembuh bagi selain dari Allah S.W.T dan menetapkan sifat itu padaNya semata-mata, sedangkan lafaz Salawat Syifa’ itu pula menetapkan sifat penyembuh itu pada Baginda s.a.w.
Justeru, lafaz Salawat Syifa’ itu dilihat mengandungi unsur-unsur syirik yang jelas bercanggah dengan prinsip Tauhid Al-Asma’ Wa As-Sifat.
Kekeliruan Dan Jawapan
1) Ada yang berpendapat masih ada jalan untuk lari daripada maksud penyamaan sifat itu dengan cara mentaqdirkan (mengandaikan) wujudnya perkataan solat antara perkataan Muhammad dan perkataan tibb. Mengikut andaian ini, maka lafaz salawat itu berubah menjadi seperti berikut:
اللهمَّ صلِّ على سيدنا محمدٍ صلاةَ طبِّ القلوبِ ودوائِها...إلى آخره
Dalam lafaz ini, perkataan solat itu berada pada kedudukan mafcul mutlak (kata kena buat mutlak) yang berfungsi sebagai penguat atau penentu bagi jenis kata kerja salli (salawatkanlah), di samping ia juga berada pada kedudukan mudhaf (yang disandarkan) kepada perkataan tibb. Berdasarkan kedudukan ini, maka lafaz salawat yang diandaikan itu difahami dengan maksud:
“Ya Allah! salawatkanlah ke atas penghulu kami (Nabi) Muhammad, dengan suatu salawat yang boleh menjadi rawatan bagi hati dan yang boleh menjadi ubat baginya (hati)…sehingga akhir”.
Berdasarkan maksud ini, maka tidak berlaku lagi apa yang dikatakan sebagai penyifatan Nabi Muhammad s.a.w. dengan sifat Allah S.W.T, kerana yang dilihat memberi khasiat perubatan bukan lagi zat Nabi Muhammad s.a.w, tetapi salawat yang diucapkan itu.
Oleh kerana membaca salawat itu adalah sejenis amal salih, maka ia termasuk dalam jenis tawassul dengan amal salih yang disyariatkan oleh syarac Dengan maksud ini, maka penyamaan sifat yang dipersoalkan itu tidak berlaku kerana memang tidak ada penyifatan Nabi Muhammad s.a.w dengan sifat penyembuh.
Jawapan:
Pertama: Sayugia diingatkan bahawa sesuatu ungkapan yang mengelirukan itu hanya perlu kepada takdir lughawi (andaian bahasa) bagi mengelakkan kekeliruan, sekiranya ia memang merupakan nas syarac yang sahih dari Al-Quran atau pun As-Sunnah. Adapun ungkapan yang bukan dari Al-Quran atau pun As-Sunnah (seperti lafaz Salawat Syifa’), maka ia tak perlu kepada takdir lughawi (andaian bahasa) kerana asal usulnya adalah lemah, dan kerana kelemahan itu maka tidak perlu bersusah payah difikirkan andaian bahasa untuknya.
Kedua: Jika diandaikan masih ada kewajaran untuk membuat takdir lughawi bagi lafaz salawat itu dengan alasan kerana ia dicipta dan diamalkan oleh sebahagian ulama, maka perlu ditegaskan bahawa sebarang andaian bahasa mesti disokong oleh kaedah bahasa yang mantap. Mengikut kaedah bahasa Arab, jika perkataan mafcul mutlak hendak dihazaf (dibuang), maka perkataan yang menggantikan tempatnya mesti dibaca dengan fathah (baris atas) .
Dalam hal ini, jika diandaikan berlaku penghazafan (pembuangan) perkataan solat, maka perkataan tibb yang berada pada kedudukan ‘pengganti’ bagi perkataan solat itu mesti dibaca dengan fathah (baris atas). Oleh kerana perkataan tibb yang terdapat dalam lafaz asal Salawat Syifa’ (sebelum dibuat andaian) dibaca dengan kasrah (baris bawah), maka itu menunjukkan bahawa tidak berlaku sebarang penggantian antara perkataan tersebut dengan perkataan lain. Justeru, andaian kononnya ada perkataan solat sebelum perkataan tibb tidak boleh diterima kerana ia jelas menyalahi kaedah bahasa.
2) Mungkin ada yang berkata bahawa perkongsian sesuatu sifat antara Allah dan makhluk tidak semestinya membawa kepada penyamaan sifat tersebut, kerana persamaan nama sifat tidak semestinya menggambarkan persamaan hakikat sifat berkenaan. Dengan perkataan lain, jika berlaku perkongsian beberapa sifat seperti sifat hidup, mendengar, melihat dan sebagainya antara Allah dan makhluk maka ia mesti difahami dalam konteks yang berbeza, bersesuaian dengan zat masing-masing.
Jika sifat Maha Hidup, Maha Mendengar dan Maha Melihat Allah S.W.T boleh difahami dalam konteks yang berbeza dengan sifat hidup, mendengar dan melihat makhluk, maka sifat Maha PenyembuhNya juga boleh difahami dalam konteks yang berbeza antara kedua-duanya.
Jawapan
Pertama: Memang diakui bahawa perkongsian sesuatu sifat antara Allah dan makhluk tidak semestinya membawa kepada penyamaan sifat tersebut, seperti yang berlaku pada sifat hidup, mendengar, melihat, bercakap dan sebagainya. Tetapi persoalannya di sini, sifat ‘penyembuh’ yang diberikan kepada Nabi s.a.w. itu diungkap melalui gaya bahasa yang mengandungi unsur mubalaghah (bersangatan). Maka itu, bagaimanakah sifat ‘Maha Penyembuh’ yang diberikan kepada Nabi s.a.w. itu boleh difahami dengan maksud yang tidak menimbulkan kesyirikan dengan sifat Maha Penyembuh Allah S.W.T?
Kedua: Bagaimana hendak digambarkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. yang telah wafat boleh berfungsi sebagai Maha Perawat, Maha Pengubat, Maha Penyihat dan Maha Penyembuh kepada orang yang masih hidup?
3) Mungkin ada yang mengatakan bahawa orang yang mengamalkan salawat ini tidak bermaksud menyengutukan sifat Nabi Muhammad s.a.w. dengan sifat Allah S.W.T, kerana kebanyakan yang mengamalnya tidak memahami maknanya, atau memahaminya dalam konteks yang tidak ada unsur tasybih.
Jawapan
Pertama: Alangkah mujurnya jika keadaan si pengamal salawat itu benar-benar seperti yang diandaikan, tetapi adakah realiti mereka sedemikian? Ramai yang cuba berbaik sangka dengan semua amalan umat Islam, lalu mereka rasa tidak perlu untuk menjelaskan kekeliruan mereka. Di sini, perlu ada kesedaran bahawa perkara aqidah tidak boleh diambil mudah atau didiamkan begitu sahaja dan sikap berbaik sangka perlu ada had sempadannya. Jika dipakai alasan berbaik sangka dalam hal sebegini maka bermakna kita terpaksa biarkan semua ajaran sesat, khurafat dan bidcah dengan alasan yang sama. Jika alasan berbaik sangka itu boleh diterima dalam persoalan aqidah, maka kenapa perlu digezetkan ajaran Wahdatul Wujud, Martabat Tujuh, Hakikat Nur Muhammad dan lain-lain sebagai sesat?
Kedua: Dalam kes akidah seumpama ini, bukankah wajar digunakan kaedah sad az-zarai’(menutup pintu-pintu kemudaratan) sebagai langkah berwaspada terhadap keselamatan akidah masyarakat Islam? Nabi s.a.w bersabda (maksudnya):
لا تُطروني كما أطْرَتْ النصارى عيسى بن مريم، إنما أنا عبدالله، فقولوا: عبدالله ورسوله
Maksudnya: “Jangan kamu melampau memuji aku sebagaimana golongan Nasrani melampau memuji Isa Ibn Maryam A.S. Aku hanyalah seorang hamba Allah, maka katakanlah: seorang hamba dan pesuruh Allah .
Dalam hadith ini, Baginda s.a.w. melarang para Sahabat r.a. memujanya sebagaimana golongan Nasrani memuja Nabi Isa a.s., sebaliknya Baginda menyuruh mereka berpada setakat menyatakan statusnya sebagai seorang hamba dan rasul sahaja.
Larangan Nabi s.a.w. itu termasuk dalam kaedah Sad Az-Zaraic kerana kita sedia maklum bahawa cara para Sahabat r.a. memuji baginda tidaklah sampai ke tahap menyamakan sifat baginda dengan sifat Allah S.W.T, sebagaimana cara pemujaan kaum Nasrani terhadap Nabi Isa a.s. Tetapi Baginda s.a.w. tetap melarangnya kerana bimbang sekiranya perbuatan itu akan membawa kepada kesyirikan dan kekufuran tanpa disedari, sepertimana yang berlaku kepada golongan Nasrani. Pendekatan Nabi s.a.w. melarang para Sahabat r.a. daripada memujinya secara berlebihan adalah antara contoh paling tepat yang menunjukkan keperluan mengaplikasikan kaedah Sad Az-Zaraic dalam menangani persoalan akidah.
Dalam konteks Salawat Syifa’ itu, kaedah bahasa telah menunjukkan bahawa zahir maknanya telah menyifatkan Nabi s.a.w. melebihi sifat kehambaan dan kerasulan. Justeru, jika diandaikan ada ‘takwilan kecemasan’ bagi mengelakkan tasybih (penyamaan sifat Allah dengan makhluk), namun kebimbangan terhadap keselamatan aqidah para pengamalnya masih tetap wujud, Jika Baginda s.a.w. masih menaruh kebimbangan terhadap keselamatan aqidah para Sahabat r.a. yang telah sedia mantap itu, maka sangat wajar untuk kita merasa bimbang terhadap keselamatan aqidah masyarakat Islam hari ini yang memang sedia lemah. Bukankah kes seumpama ini menuntut kita memakai kaedah Sad-Az-Zaricah sebagaimana Nabi SAW memakainya?
Wallahuaclam
http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_warta_hujah_view.asp?KeyIDv=1366

Subscribe to:
Posts (Atom)