Buku ini hadiah daripada seorang kawan sempena ulangtahun kelahiran saya pada 27 oktober yang lalu, Terimakasih daun keladi. Penulisnya Liza Zahira, terbitan karangkraf. Ini kali pertama saya membaca novel karya penulis ni. Tanggapan pertama pada kulit luar buku ini.. "Ini mesti kisah2 cinta remaja, hish, masakan umur seperti aku ini lagi membaca kisah2 cinta?" Tapi tak apa, nanti ada kelapangan aku akan baca sebagai menghargai pemberian rakan. Katanya ini novel terkini di pasaran.
dan semalam 16Nov (pagi selasa) aku mula membaca buku ini disekolah kerana masa agak lapang, jangan tak percaya..aku menyudahkan bacaanku pada hari yang sama jam 4.00 pagi..gila! :) Sekali aku sudah mula membacanya sudah tak mampu lagi untuk aku melepaskannya dan keinginan untk mengetahui kesudahan cerita ini yang memaksa aku berjaga hingga ke pagi.
Waktu pembacaan tu ada juga menyelak ke muka akhir sebab tak sabar nak tahu apa ending cerita ni. Tapi tengok eh, macam tak ada kaitan pulak. Tak apa bersabar sikit. Baca satu2. Novel setebal 510 muka surat ini sangat menarik, sebenarnya ia lebih banyak suspen dan mendebarkan. Jarang jumpa penulis perempuan yang dapat menghasilakn karya2 seperti ini, atau sebenarnya aku yang terlalu taksub dengan RAM?..ah apa2lah.
1.Watak utama dalam novel ini ialah Riana Syuhada Adam manakala watak2 sampingan yang lain ialah Ezani, Syed Aminul, Danish, Maria, Jamsari, Zaharah, Harun, Tini, Hasril, Zana dan beberapa orang lagi. Anda percaya dengan cinta monyet waktu kecil2 dulu? Inilah yang cuba diceritakan dalam novel ini. Pencarian, penantian dan harapan agar dapat bertemu semula teman sewaktu kecil dalam masa yang sama halangan, cubaan dan dugaan yang datang silih berganti.
2. Apa yang menjadikan saya lebih menghayati novel ini kerana latar tempatnya sekitar di Kuala Selangor, Sg. Haji Dorani dan Sg. Besar. Dulu saya sekeluarga pernah menetap di Sekinchan. Jadi, daerah Sabak Bernam dan tempat2 yang disebutkan di dalam buku ini memang saya tahu di mana letaknya, suasananya, pemandanganya terutama sewaktu musim padi menguning, musim menuai yang hingga saat ini pun kami selalu ingin kesana walau hanya untuk berjalan2. Saya ada mencatatkan kenangan itu dalam blog saya ini.
3. Perkaitan wataknya mudah, tak perlu susah2 fikir, sambil membaca sudah boleh mengagak pertalian antara satu watak dengan watak yang lain. Jalan ceritanya jelas. Konflik2 dalam masyarakat diketengahkan antaranya amalan ajaran sesat seperti Ayah Ku Din cuba di bawakan penulis dlam buku ini. Gambaran2 dialam jin dan syaitan yang mempengaruhi minda dan jiwa manusia sehingga sanggup mensyirikkan Allah dan amalan minyak pengasih untuk menundukkan orang lain. Pergolakkan rumahtangga Syed Aminul dan Maria semenjak kehadiran Riana, kecurangan, percaturan politik ditempat kerja dan macam2 lagi..
4. Penulis juga berjaya menggambarkan betapa indahnya Taubat apabila hati yang keras berjaya ditundukkan dengan izin Allah. Kepentingan ilmu pengetahuan terutama ilmu agama sewaktu muda, dengan ilmu hidup seseorang itu lebih bermakna.
5. Berjayakah cinta monyet mereka disatukan? Bahagiakah? untuk mengetahui kesudahan kisah ini apa kata anda beli dan baca sendiri. Teruja untuk mengetahui sedikit latar belakang penulis Liza Zahira maka saya menemukan infonya di sebuah laman web. Baca di sini
5 comments:
woih.... resensi ringkas yang menarik... terfikir 2 X juga untuk membaca novel 500ms.. dengan tajuk cintan cenggitu... antara jaja dan din dan novel ni mana yang best? on my part... natrah yang dibeli bulan 8 haritu muqaddimahnnyapun tak habis habis sampai sekarang, musuh rahsia lagi 4 muka nak habis... la ni kena katam tarbiatul awlad, dr abdullah nasih ulwan untuk kuliah maghrib kat siini..... fuhh.. tolonnn
haha, campur melayan hannan, cuci lampin, mengadap 3 bujang tu, kerja ofis lagi, belek motor lagi, memanglah tuan tak ada banyak masa dah nak mengadap novel macam saya ni, apa lagi nak berkarya. Rozanori&co pun dah sunyi.
Jaja&Din ada keistimewaan sendiri, penekanan agamanya kuat, maklum sajalah novelis NoorSuraya pun pakai tudung labuh kan. Yang ini saya suka tang suspen2 tu, Liza Zahira dikenali sbg penulis romantik dan thriller.
kuliah maghrib na.. baguih tu, elok, baca bagi khatam Tarbiatul aulad tu naa..baru nak baca buku cintan-cintun.. :)
romentik serah kat ...sapa penulis buka lagenda budak setan? ahadiat akashah, thriller: Ramli Awang Murshid. Hantu : Tamar Jalis, yang lain lain adalah generasi baru.. zaman saya dulu teks sastera salah satu nya seorang tua dikaki gunung: still admire azizi abdullah sampai sekarang sebab dia menulis dalam harakah, tulisannya pun kadang-kadang sarcastic tapi artikel saya banyak dipengaruhinya
tido malam ni biar jumpa dr abdullah nasih ulwan biar terang hati baca kitabnya...
dah baca Natrah?
owh, steed jarang disentuh maklumla musim hujan...takut kotor hahahah
tertarik dengan jomen ke 4..Penulis juga berjaya menggambarkan betapa indahnya Taubat apabila hati yang keras berjaya ditundukkan dengan izin Allah. Kepentingan ilmu pengetahuan terutama ilmu agama sewaktu muda, dengan ilmu hidup seseorang itu lebih bermakna
( TABA=kembalu kepada Allah)
senang berkunjung ke blog anda..
semoga sukses selalu..
Butuh tulisan-tulisan seputar peternakan,
silahkan kunjungi
REPOSITORY UNAND
Post a Comment