Showing posts with label Kisah-Kisah Ceria... Show all posts
Showing posts with label Kisah-Kisah Ceria... Show all posts

Friday, May 29, 2009

Kisah Pelajar..

Episod Si Keras Kepala

Dalam satu ekspedisi lasak, dua pelajar sedang berjalan di tanah lapang yang luas. Nun...di hadapan ternampak oleh mereka satu objek berwarna putih.

Pelajar A : " Nampaknya seperti seekor burung bangau di hadapan."
Pelajar B : " Bukan, itu seekor kambing tu"
Pelajar A ; (Bila semakin dekat) " Nampaknya betullah itu seekor burung bangau."
Pelajar B : "Bukan, itu seekor kambing."

Apabila mereka semakin menghampiri objek berwarna putih itu, ternyeta ia memang seekor burung bangau. Burung itu terus terbang apabila melihat manusia semakin mendekatinya.

Si B berkata : "Hah, betul, itu seekor kambing terbang."


iktibar : Jika jelas pendirian kita silap, semailah sifat keterbukaan untuk mengubah pendirian atau sikap. Kesediaan mengubah pendirian biasanya tidak memerlukan kos namun keangkuhan untuk mengubah pendirian yang salah bakal mengundang masalah dan musibah. Dalam dunia pendidikan, para pelajar perlu peka kepada didikan para guru dan pensyarah. Sikap suka memberontak dan keras kepala pelajar dalam menerima didikan serta teguran guru dan pensyarah perlu dikikis habis-habisan..

---------ooooOOOOoooo-----------

Episod Temuduga
Al-kisah tiga orang pelajar dari Bnagladesh telah terpilih untuk mengikuti temuduga kemasukan ke Fakulti Perubatan sebuah IPTA tempatan. Temuduga ini dikendali oleh dua orang Profesor. Soalan yang ditanya adalah mengenai anatomy of human body.

Temuduga pelajar satu.
Penemuduga : " Sila berikan istilah bahasa inggeris untuk bahagian-bahagian badan manusia yang kami tunjukkan kepada kamu."

Penemuduga menunjukkan ke arah hidung .
Pelajar 1 : "ear"
Penemuduga menggelengkan kepala dan kemudia menunjukkan ke arah dagu.
Pelajar 1 : "cheek"
Penemuduga : "Are you sure?"
Pelajar 1 : "I am dead sure".
Penemuduga : " Ok, you're dead...Next."

Soalan yang sama diajukan kepada pelajar yang kedua dan jawapan yang diberikan juga salah belaka. Penemuduga bertanya sama ada pelajar kedua ini benar-benar pasti dengan jawapannya.
Pelajar kedua menjawab, "definite".
Penemuduga : "Then you're most definitely out...Next."

Apabila tiba giliran pelajar ketiga, soalan-soalan yang sama juga ditanya. dengan penuh keyakinan pelajar ketiga berjaya memberi semua jawapan dengan betul termasuk memberi jawapan secara sukarela pada bahagian-bahagian badan manusia yang lain dengan tepat sekali.
Penemuduga juga begitu terpegun dengan pelajar ketiga ini dan terus memaklumkan bahawa beliau berjaya.

Sebelum melangkah keluar, penemuduga sempat bertanya kepada pelajar ketiga rahsia kepintaran beliau. Pelajar ketiga dengan senyuman yang cukup lebar, bangun dan menunjukkan ke arah kepalanya lantas berkata, " I always use my liver".

iktibar
: kalau kail panjang sejengkal, jangan diduga lautan dalam. Belajar dan kuasailah ilmu dengan bersungguh-sungguh agar kita boleh berperanan untuk membawa ummah ke mercu kecemerlangan dan kegemilangan.
Bintang tujuh sinar berseri
Bulan purnama datang menerpa
Ajaran guru hendak dicari
Mana yang dapat jangan dilupa.

--------ooooOOOOoooo-------------

Kisah Di Pejabat

Episod The Boss is Always Right!

seorang bos yang tidak pernah bermesyuarat dengan orang bawahannya telah menggantungkan peraturan untuk dijadikan panduan pekerjanya. Peraturan itu berbunyi;

Rule No.1 : The Boss is Always Right.
Rule No.2 : If the Boss is Wrong, please REFER to rule No.1

iktibar : Janganlah ambil kira pendapat kita sahaja. Orang lain pun ada pendapat juga dan mungkin dengan pandangan yang lebih geliga. Semua pandangan boleh disatukan melalui amalan musyawarah..Akhlaq Rasulullah s.a.w. berhubung amalan murni ini perlu diteladani.

-------oooooOOOOOOooooo--------

Episod Si Pengurus Besar

ketika membuat rondaan di kilang si pengurus terlihat seorang pemuda, berseluar jeans dan bertopi sedang bersandar di dinding dengan baju yang terkeluar. Dengan marah, dia segera menghampiri pemuda itu.

Pengurus : " Berapa gaji awak sebulan?"
Pemuda : "Lebih kurang RM800"
Pengurus : " Nah (dengan kasarnya menghulur) RM 3000 gaji untuk 3 bulan dan selebihnya kira bonuslah. saya hendak awak keluar dan jangan datang lagi."

Pemuda itu pun mengambil wang dan terus beredar dengan cepat. Tindakan pengurus besar itu membuat orang lain berbisik-bisik sambil memerhatikannya. Oleh kerana tidak suka diperlakukan sedemikian, pengurus besar itu dengan tegas berkata : " Ini peringatan untuk semua! Sesiapa yang hendak bersuka-suka boleh berhenti. Saya bayar gaji untuk orang bekerja dan bukannya untuk orang berehat!" Pekerja lain semuanya senyap sepi dan terus bekerja.

Pengurus : " Jamal, beritahu saya, department mana pemuda tadi bekerja?"
Jamal : " Pizza Hut, Dia hantar pizza yang orang order, encik!"

Iktibar: Demikianlah....memang baik untuk menjadi orang penting. Tetapi adalah lebih penting untuk menjadi orang baik!


------oooOOOooo---------

Episod Si Keras Kepala 1

Dua pegawai berinteraksi mesra ;
Pegawai A : " Berapa umur tuan"?
Pegawai B : " 40 tahun".
Pegawai A ; " Tapi dua tahun lepas, saya tanya tuan soalan yang sama, tuan katakan 40 tahun juga, betul ke?
Pegawai B : " Ya , memang betul"
Pegawai A : " Kenapa demikian?"
Pegawai B :"saya sentiasa berpegang dengan apa yang saya katakan!"

Iktibar : pandangan dan pegangan yang salah tu jaganlah dipertahankan!

-----ooooOOOOoooo------

Episod Si Jahil

Seorang hakim telah dilantik untuk mengadili satu kes. Dalam kes berkenaan, selepas pihak pendakwa yang begitu petah bercakap selesai membentangkan hujahnya, tuan hakim itu terus berkata : "I think you're right!" Mendengar kata-kata hakim itu, pihak urusetia mahkamah berkata, "wahai yang arif, tolong jangan buat sebarang komen lagi kerana pihak pembela belum membentangkan hujahnya".

Pihak pembela juga merupakan seorang tokoh yang hebat dalam membentangkan hujahnya hingga tuan hakim menangis teresak-esak mendengar hujah pembela tersebut dan tatkala pihak pembela habis bercakap, dia terus berkata ; " I think you're right". Mendengar kata-kata hakim ini, pihak urusetia mahkamah berkata : "Wahai yang arif, they cant both be right." hakim terus menyampuk : " I think you're right."

Iktibar
: Setiap perlantikan tugas biarlah sesuai orangnya dengan kelayakan yang sepatutnya. Rasulullah saw bersabda maksudnya; Apabila al-amanah telah diabaikan, maka nantilah as-saah (hari kiamat). Seorang telah bertanya : bagaimanakah mengabaikan amanah itu, wahai rasulullah"? Beliau menjawab : "Apabila satu urusan diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka nantilah hari kiamat (sahih al-bukhari jilid VIII)

-----ooooOOOOoooo------