26/11/2013 (Selasa)
Assalamualaikum.
Kali ni nak bercerita tentang rehlah ke Langkawi bersama keluarga. Pemilihan tempat kali ini adalah kerana empat tahun lepas kami telah sampai ke Pulau ini, entrinya di sini tetapi tidak dapat berjalan sangat kerana bergegas pulang. Satu lagi, tahun lepas tidak sempat bercuti2 kerana urusan pindah rumah. Perjalanan kali ini bermula dengan penerbangan ke Langkwi seramai 6 org menaiki pesawat tambang murah Air Asia pada 26/11/2013, jam750 malam. Kapal terbang yg sepatutnya berlepas 725, ditangguhkan kerana lewat tiba. Beberapa minggu dalam bulan Nov dan Disember, tiket Air Asia agak murah juga. RM50 seorang untuk one way ticket.
Flight penuh dengan mat saleh, arab dan rakyat malaysia. Jam 9 malam selamat mendarat di Pulau Langkawi.
Di airport kami diambil oleh pemilik Homestay D'padi ke tempat penginapan lebih kurang 7-8 minit perjalanan dari airport. Alhamdulillah rumahnya elok, selesa. waktu kami sampai dah malam, jadi tak nampak pemandangan sekitarnya. nampak rumah sebelah kanan kiri depan saja.
Bila bangun pagi buka pintu dapuq, subhanallah masyaallah, cantiknya,sawah padi menghijau, sayup-sayup kebiruan bukit dan gunung ganang, sekawan lembu sdg meragut rumput, bangau berterbangan beriringan, sang suria pula mula memancarkan sinarnya dibalik kepulan awan, udara yang sungguh nyaman sekali.
patutlah nama d'padi, memang duk tengah bendang rupanya.
27/11/2013 (Rabu)
(KOTA MAHSURI, CABLE CAR, 6D, PANTAI CHENANG)
8,45-10,30 Destinasi pertama pagi ini ialah ke Makam Mahsuri the lagend dan kawasan sekitarnya.
Dikisahkan serba sedikit tentang Panglima Hitam yang digeruni akan namanya dan siapakah MEREKA...
Replika rumah Panglima Hitam
Seringkali diceritakan kepada semua tentang Panglima Hitam yang mana pergerakan silatnya amat pantas dan licik serta mampu menghapuskan musuh dengan sekelip mata sahaja. Ada yang terkeliru mengatakan bahawa Panglima Hitam itu adalah namanya dan hanya ada satu sahaja di Tanah Melayu. Akan tetapi jika tuan hamba beranggapan begitu, ternyata tanggapan tuan hamba tidak tepat kerana Panglima Hitam ini hanyalah GELARAN bagi Pahlawan Di-Raja yang diberikan oleh Sultan kepada hulubalangnya yang terpilih kerana sifat kependekarannya yang hebat dan sifat amanahnya.
Tiada siapa yang mengetahui siapakah gerangan Panglima Hitam yang bertindak sebagai pengawal keselamatan istana atau dengan erti kata lain, "Pembunuh Suruhan Raja." seraya bolehlah digelarkan "Ninja Melayu." Hanya Raja dan Panglima Hitam sahaja yang mengetahui rahsia ini. Setiap Istana ada Panglima Hitam yang tersendiri dan empunya bandannya adalah berbeza-beza. Raja-raja akan menyediakan sepersalinan lengkap buat Panglima Hitam tersebut ketika dalam pelantikannya untuk dipakai ketika pertempuran sulit. Sepersalinan lengkap buat Panglima Hitam adalah serba hitam dari kepala hingga ke kaki, baik bajunya, tanjaknya, seluarnya, selempangya, bengkungnya, dan sampinnya.
Penulis : Saudagar Tekua
~ al-Kisah yang hilang ratusan tahun dahulu ~
Untuk keterangan dan pelbagai jenis Busana Melayu Purba sila lawati blog :-
http://saudagar-tekua.blogspot.com
11,30- 2,00 ptg. menaiki cable car dan pengembaraan 6D. tengok gambar je lah, malaih nak cerita.. :-)
Sebaik turun dari cable car, sakit kepala berdenyut-denyut, terasa mual pun ada. selepas mengembara di alam 6D terus cari kedai makan. Kemudian balik, solat dan rehat. tidur sampai 5,30 Kepala pun ada kurang sikit alhamdulillah.
Pukul 6,00 ptg keluar lagi ke pantai chenang & jalan2, beli tshirt.
Pantai Cenang terletak 18.4 kilometer dari pekan Kuah dan ia merupakan lokasi paling ramai dikunjungi kerana segala kemudahan seperti restoran, hotel serta chalet bajet, pusat hiburan dan kedai cenderamata mudah ditemui di sepanjang lokasi ini.
Pantainya pula berpasir halus umpama kristal berkerlipan ketika disinari cahaya matahari dan dikelilingi oleh pokok kelapa. Pantai Cenang juga terkenal dengan keindahan matahari terbenam.
Singgah masjid solat maghrib jamak qasar isyak. Alhamdulillah, nyaman masjid, sejuk beraircond rasa nak duduk lama lagi, ada pengajian hadith, tapi apakan daya. perjalanan harus diteruskan lagi. Kul 9 malam baru sampai rumah.
28/11/2013 (Khamis)
(ISLAND HOPPING, TANJUNG RHU, MANGROVE TOUR, KOLAM AIR HANGAT, HIG)
jam 8pagi, dah keluar ke pantai cenang utk menaiki bot ke beberapa pulau. singgah makan di Warung Kita. roti canai,nasi lemak ler. Sedap dan cepat.
menunggu boat utk Island hopping Langkawi |
9,30 mula menaiki bot di jeti untuk ke Pulau Dayang Bunting. Kami diberikan masa untuk berjalan dan aktiviti air selama sejam. Pulau ini kira-kira 20 km dari pekan Kuah, memiliki populasi sederhana di sebahagian pulau dan tidak berpenghuni di bahagian sebelah lagi di mana tasik ini berada. Sesetengah orang percaya bahawa wanita yang mandul, mandi di tasik ini akan dikurniakan anak. AWAS! Baca dan dengar boleh, percaya jangan!
gambar diambil dari Majlis Perbandaran Langkawi |
cuba perhatikan bentuk bukit di sanan tu.. katanya seperti bentuk perempuan hamil. |
tasik dayang bunting
Bagi yang ada sakit jantung, lelah, darah tinggi, sakit kaki, lutut, lemah semangat, dinasihatkan duduk kat jeti je, sebab nak sampai ke tasik tu kena mendaki tangga yang tinggi dan curam, mengah gak lah aku.. tapi alang2 dah sampai jauh2 tak kan nak duduk je kan..
Eagle feeding, ralit tengok helang terbang dan menyambar ikan di air. Diberitakan kepada kami terdapat dua jenis helang : Helang laut dan Helang Bukit. Helang yang ada putih di bahagian lehernya ialah lang kawi.
Dari pulau lagenda dayang bunting kami dibawa pula ketempat bagi makan helang, banyak lah helang. Oklah, tengok helang menyambar2, then ke Pulau Beras Basah untuk mandi dan berehat selama sejam.
jam 12,30 mula bertolak balik ke jeti. Masing2 dah kelaparan, singgah makan kemudian meneruskan perjalanan pula ke Tanjung Rhu. di Tanjung Rhu terpesona dengan tawaran dari travel agency yang menawarkan pakej Mangrove Tour. satu boat utk satu family, ke beberapa lokasi seperti :
kolam ternakan ikan, Gua kelawar, Gua Cerita dan Gua Buaya, menyusuri hutan paya bakau dan menikmati alam semulajadi yang indah Subhanallah, selain itu kami juga ada beri helang makan sama macam Island hopping sebelumnya. Banyak helang sini. Serius, dekat gua kelawar aku tak nampak satu haram, gelap aje, pengunjung tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam gua kerana boleh mengganggu kelawar yang sedang tidur. Satu kumpulan pengunjung dibekalkan dengan satu lampu suluh, teraba-raba berjalan. gambar dibawah ni diambil dari website MPL. Ini gua batu kapur beratus tahun usianya. Mesti ada Jin duk sini kan.. so pesan ngan budak-budak mulut jangan cabul sangat, tempat ni kita tak biasa, jangan jerit2, baca ayat kursi banyak2.. :-)
agent dari Mangrove tour sedang bersungguh2 meyakinkan kami supaya mengambil pakej yang disediakan.
Gua Kelawar
Gua Buaya.. tapi sekarang dah tak ada buaya dalam air tu, sebab buaya sekarang banyak duduk luar air kat darat.
boat2 dari luarnegara berlabuh di sini atas pelbagai urusan.
menyusuri hutan paya bakau
Eagle feeding lagi.. ok tak pe..
restoran atas laut |
kolam ternakan pelbagai jenis ikan
ikan buntal mula mengembungkan dirinya bila rasa terancam, awas! jangan pegang bahagian mulut, beracun.
belangkas yang pandai mengurut kepala katanya.. :-)
ikan pari dan udang ketak/ lipan.
Banyak lagi sebenanrya, ada ikan yu, baracuda, jerung bintang, kura2 dll.
Baliknya pula kami singgah di telaga ayer hangat yang terletak di Kampung Ayer hangat.

bersiap2 untuk pulang,, jam 10 keluar ke dataran Lang, jalan2 sampi pukul 12.30, makan tengahari
Rumahku syurgaku..
dan terus menuju ke airport,sementara suami dan anak2 solat jumaat,aku pergi timbang dan check in barang.
Jam 330 kapal terbang berlepas. pukul 5,30 alhamdulillah selamat sampai.
Alhamdulillah untuk perjalanan kali ini tidak banyak halangan dan kesukaran yang dihadapi, alhamdulillah syukur. Selalu beringat2 kemana jua kita berada terutama ditempat2 baru yang belum pernah sampai, perbetulkan niat, sekalipun kita hanya datang untuk melawat2, niatkan untuk melihat kebesaran Allah SWT dan mengambil iktibar dari nya. Amalkan bacaan ma'thurat bersama keluarga pagi dan petang/ maghrib di tempat mana kita menginap, amalkan juga ayatul kursi, Alfatihah dan 3 Qul sebagai pendinding, solat dhuha minta dimurah rezeki, dimudahkan urusan. Singgah lah dibeberapa masjid untuk bersolat dan berdoa di dalamnya. InsyaAllah perjalanan kita akan jadi lebih bermakna.
Sekian dulu catatan untuk kali ini.
Wassalam.