Sekarang musim exam pertengahan tahun telah bermula. Rata-rata pelajar sekolah di seluruh negara sedang bertarung memuntahkan peluru di atas kertas. Selamat menjalani imtihan nisfu sanah kepada semua para pelajar. Semoga beroleh keputusan yang cemerlang. Ameen. Dalam pada itu kesihatan jangan diabaikan, perut juga harus di isi, tidur harus dijaga, rehat juga sangat perlu untuk refresh balik otak yang kepenatan. Yang penting setelah berusaha haruslah di sertai dengan doa dan munajat kepada Allah dan akhir sekali Tawakal kepadaNya.
Ambil lah makanan2 yang dapat membina dan menguatkan minda seperti kismis, kurma dan madu. Elakkan makanan yang masam, minuman berkarbonat, berlemak seperti nasi lemak kerana boleh menjadikan kita mengantuk. Pencernaan lemak memerlukan kandungan darah yang beroksigen tinggi. Jadi darah yang diperlukan oleh otak telah digunakan untuk mencernakan lemak kepada sumber tenaga.

Selamat Maju Jaya.
6 comments:
goodluck semua...
buat yg terbaik..
hambui..kna cas rm2 ye? awat ckt sgt..
hehe
Regards,
Ahmad Dinie Mohd Mohsin
hehe, tak berani nak charge mahal2,nanti report kat parents naya je kita. Itu sebagai ugutan. :)
hehe...bagus gak tu.ujung thn bleh makan satay satu kelas.
p.c.
ehee..kalau saya tak berjaya kutip walau 2 ringgit, bererti misi saya telah berjaya :)
cantik la layout n colour blog ustazah ni...tenang jer!
klo anto kertas kosong kena cas rm2..
tp klo diorg tulis satu perkataan je,mcm tulis nama je,kna cas jgk?hehe
Post a Comment