Saturday, May 29, 2010

Templer Kai, Serendah.

28/5/2010 – Jumaat
Hari ini cuti Hari wesak. Lokasi kami ialah balik kampung Rawang rumah ibu saya. Sebulan sekali kami akan balik InsyaAllah jika tiada apa2 halangan. On the way ke kampong tu, masyaAllah jammed dari sg. Buloh sampai ke Rawang, rasa menyesal pula tidak ikut Guthrie, dari sebelah hiway PLUS Nampak hiway Guthrie yang lengang L accident pun boleh tahan juga, ada 2 accident sepanjang perjalanan.

Pulang kali ini selain ziarah emak di kampong kami juga bercadang hendak camping di Pusat rekreasi Serendah atau lebih popular dengan nama ‘Templer Kai’. Lepas baba balik solat Jumaat,umi masak mihun 2 bungkus, beli putu bamboo, buat Nescafe panas buat bekal, nanti dah mandi2 lapar pulak.
Lebih kurang jam 3.30 ptg kami bertolak. Dari rumah emak ke Serendah 4km, dari pekan Serendah ke Templer Kai 4km lagi menelusuri jalan berliku2, melalui pusat serenti serendah dan perkampungan orang asli. Awan di sebalik perbukitan semakin gelap, macam nak hujan. Memang betul tatkala meredah perkampungan orang asli hujan mula turun renyai2.

Dari jauh lagi sudah nampak air terjun yang deras mencurah2 dan ramai orang di kawasan air terjun tu. Inilah first time kami sampai di kawasan ni. Ok juga lah, kemudahan asas seperti tandas, surau, tapak perkhemahan, gerai-gerai, padang permainan anak-anak semua sudah tersedia.

Budak-budak dah tak dapat menahan sabar bila Nampak air, apa lagi.. dah tak payah mintak izin umi baba, terus je terjun main air. Hujan-hujan pun jalaan… Makin lama hujan makin lebat. Jadi terpaksalah beralih ke bawah jambatan, mandi di bawah jambatan. Dah puas mandi makan pulak meehun panas2 sedapnya..

Tak lama lebih kurang sejam di situ hujan makin lebat berserta guruh dan kilat, alamak air makin deras dan keruh, bahaya ni. Lepas makan siap2 tukar baju masuk kereta, umi yang tak mandi pun basah lencun dek hujan. Siap2 semua masuk kereta, kawasan bawah jambatan tempat kami lepak tadi habis ditenggelami air, derasnya air…. Lebih kurang 5.40 kami pun bertolak pulang kerumah mak di sg. Choh. Memang hujan merata, adik kata dah 3,4 hari juga tak hujan.

Jadilah untuk cuti kali ini wahai anak2ku. Nanti cuti sekolah kita ke Tiara beach resort pulak 17&18 Jun InsyaAllah.
Sekian catatan sepanjang kaki melangkah untuk kali ini. Wassalam.

1 comment:

ana said...

wah bestnyaaa...walaupun cuti pendek ada gak aktiviti...:)