Tarikh : 17/5/2010
Hari : Isnin
Tempat : Dataran SAMTTAR dan Dewan Al-Ghazali
Masa : 9pg - 2 ptg.
Seperti biasa, sambutan Hari Guru pasti diadakan setiap tahun. Acaranya lebih kurang saja, cuma temanya berubah-ubah. Tahun ini tema sekolah ialah tema padang pasir. Jadi cikgu2 kena pakai ala-ala padang pasir lah.. yang perempuan kebanyakkannya berjubah dan lelaki berserban, bereagle dan berketayap.
Acara bermula dari pagi dengan sukaneka guru-guru. Untuk guru perempuan acaranya ~ shooter maniac, apple peel, telefon rosak dan boneka. kelakar.. Dikendalikan oleh badan pengawas dan OTE (organisasi tingkatan 6)
pertandingan sukaneka
perarakan guru-guru ke dewan besar
persembahan silat di luar dewan
persembahan koir dan mengarak guru
tayangan ringkas
ucapan dan perasmian oleh pengetua
nyanyian lagu guru malaysia oleh semua guru
persembahan pelajar putera-puteri
persembahan guru-guru
cabutan barokah
tayangan slide oleh pelajar.
Terimakasih kepada semua pelajar yang telah menjayakan sambutan ini. Syabas! satu sambutan yang meriah dan hebat.
bunga rampai ditabur2, hati longlai jadi terhibur..
Para pentadbir di arak dengan kereta berhias. Kereta siapalah jadi mangsa tu :)
Kelat bukan sebarang kelat,
Kelat mengkudu ada khasiatnya;
Silat bukan sebarang silat,
Silat Melayu kaya falsafahnya.
shooter maniac.. kena tutup mata lah pulak.
No comments:
Post a Comment