Friday, March 26, 2010

Semoga cepat sembuh dan sihat semula..

Alhamdulillah, semalam petang 25/3/2010 selamat menjalani pembedahan D&C kerana uterus bulky. Bermula pukul 1 tengahari ditolak ke dewan bedah. Oh, first time dalam sejarah hidupku menjalani pembedahan dan dibius. Begitu ke rasanya.. dengan 6 lampu di atas siling yang boleh digerakkan ke kiri ke kanan, ke atas ke bawah, gunting, pisau dan pengepit serta peralatan lain yang disusun rapi di atas troli, oksigen di hujung kepalaku dan entah apa2 mesin lagi..Pakar bius-Dr. Hussin Bin Hj. Ahmad dan Pakar Sakit Puan-Dr. Siti Esah Bahari, serta kakitangan bilik bedah yang sangat prihatin dan baik hati.. Alhamdulillah terimakasih semua.

Rasanya macam baru beberapa minit selepas aku dibius penuh oleh pakar Anaesthetic tiba2 aku sudah dikejut bangun, "Puan bangun ye, dah selesai" eh, tak rasa apa2 pun, entah macam mana rupalah aku dikerjakan masa tu. Sedar2 aku sudah dibilik lain sudah jam 2.45 petang, pembedahan selama sejam agaknya. Apapun syukur Alhamdulilllah semuanya selamat.

Kesan bius tu memang kuat, sampai hari ke dua ni pun masih ada lagi pening2, alhamdulillah tak ada muntah2. Sebelum dibius tu aku diserahkan satu surat untuk dibaca kemudian ditandangan sebagai persetujuan bahawa aku telah diberikan keterangan dan bahawa aku faham akan kesan2 sampingan setelah dibius. Pening, loya, muntah2, pandangan kabur, itu antaranya. Lagi pesan Doktor, tidak dibenarkan memandu dalam tempoh 24jam! Aku diberikan cuti rehat selama seminggu dari 26Mac-1 April 2010. Selepas seminggu pergi lagi utk folo up dan discuss tentang result operation semalam.

Dan hari ini aku sendiri saja di rumah, bersantai2..lebih baik di rumah daripada di wad.. Alhamdulillah :) Selamat berehat untuk diriku, semoga cepat sembuh.

Wallahu a'lam.

7 comments:

wani napiah said...

salam ustazah..
moga cepat sembuh..
syafakillah...

Ukhtie Rashidah said...

salam ukhtie saf.....saya pula sedang menunggu giliran...pun tak pernah dibius n menjalani pembedahan....sgt berdebar2....doakan saya...
semoga ukhtie cepat sembuh .....

sf said...

Wani: W'salam,Ameen.Syukran, Robbuna yashfi.

Ukhti shidah: Bersabarlah ye, banyakkan berzikir dan berdoa. siapa sangka dalam saya membaca coretan enti tempohari, tahu2 hari ini saya sudah pun berada di wad bedah.Sungguh, apabila Tuhan berkehendakkan sesuatu, firmanya bermaksud: "Jadi Maka Jadilah" . WA

rasidah hussin said...

kenapa kena D&C. Patut la dua ke tiga hari ni asyik ingat akak. tp malas nk capai tpon tanya kabar. untung d panjangkan umur ble bertanya kabar...klu tak mesti menyesal knp la ikut kan rasa malas.
nasib baik akak bius penuh...klu bius separuh lagi hebat la perasaan takut tu...rasa mcm nk berdepan malaikat maut

sf said...

engkau ni syidah, menakutkan akak jelah sebut malaikat maut tu.
Kena D&C sebab uterus bulky (tebal/ada mcm bengkak), so Dr. suggest buat D&C, kasi buang itu tebal.Hopefully lepas ni ada rezeki akak dapat baby lagi. Rindulah nak dodoi baby :)akak sihat2 je..alhamdulillah.

PerjalananHidup Hariz said...

salam..ustazah..
wah,duk rumah je blog pon makin cantik..
hehe
hmm,papepon moga cepat sembuh ye ustazah...

rasidah hussin said...

yg tu pengalaman sndri la kak. sy kan dulu 2 kali wat D&C. tuhan je yg tau takutnya...ngan wayar penuh satu badan...mata n telinga suma dgr apa doktor buat, bunyi peralatan n mcm. klu bius penuh kita sedar je suma dh siap. kay la selamat berehat...moga lepas ni ble timang bb