Isnin- 28/3/2016 jam 3 petang terasa sakit, makin lama merebak sampai ke pinggang. sampai tak boleh nak bangun. sakit teramat sangat.
Selasa 29/3/2016- ambil cuti sakit. makan ubat tahan sakit dan buat urine test, sebab ingat kemungkinan kencing kotor.
Jumaat 1/4/2016- pergi urut, ingatkan apa2 yang tak kena. cuti sakit lagi.
Isnin 4/4/2016- sakit masih ada sikit2 tapi boleh berjalan. petang balik sekolah pergi klinik Siti buat scan, Doktor kata ada macam cyst 6-7cm. Mula susah hati tak keruan.
Khamis 7/4/2016 - jumpa pakar O&G (sakit puan) Dr. Siti Esah Bahari di KPJ Hospital Shah Alam. pergi dengan suami. Ini kali kedua jumpa Dr. siti esah sejak 5 tahun yang lalu. Buat scan sekali lagi, Dr. kata kemungkinan cyst atau fibroid 8cm, tumbuh di atas bahagian rahim. Artikel tentang fibroid boleh dibaca internet atau di blog Dr. Hamid Arshat . untuk pastikan cyst/fibroid kena buat operation. Hari ni ambil cuti sakit lagi. Tarikh diberi 11/4 utk admission ke ward.
Isnin 11/4/2016 tangguh sebab sakit tekak dan nak demam. berisiko untuk operate. tarikh baru 19/4.
Selasa 19/4/2016 tangguh lagi sebab belum berapa baik dari batuk. tarikh baru 26/4.
Selasa 26/4/2016 berangkatlah ke KPJ Shah Alam dengan macam2 perasaan. bertawakal pada Allah mudah2an selamat segalanya. Jam 3 petang ditolak ke dewan bedah. Diberi bius separuh badan, pakar Anaesthesiologist Dr. Marlizan Muhammad Yusuff sambil mengingat2kan aku supaya baca ayat kursi, baca 3 qul, zikir2. Lepas tu tak sedar dah apa berlaku. Dr. Siti Esah sendiri yang melakukan pembedahan.
sejam lepas tu selesai pembedahan. dan ditolak ke ward 209. suami, anak ku syatrah, emak dan abang ku farith menunggu. Alhamdulillah syukur. masih bernafas lagi aku ya Allah. semoga kesakitan ini kaffarah keatas dosa2ku. Pertama kali dalam hidupku menjalani pembedahan. Ketulan fibroid yang dikeluarkan berukuran 10x5cm dengan beberapa bonjolan.
Kesan bius membuatkan aku tidur seharian, terjaga sekejap, masih terasa kebas dari pinggang sampai ke kaki. Amat pedih sekali bila cuba bangun. Begitu payah Y aAllah.
Hari kedua aku sudah dibenarkan makan. sudah boleh bangun dengan dipapah untuk ketandas. bersolat dalam keadaan berbaring. syukur alhamdulillah.
Khamis 28/4- dibenarkan pulang kerana keadaan semakin baik. Alhamdulillah. diberi cuti selama sebulan bermula 26/4 hingga 25/5.
Semoga Allah memberikan ganjaran sebaik2nya kepada mereeka semua yang membantu dalam urusan ku ini. Terimakasih tidak terhingga atas rawatan, bantuan dan sokongan serta doa dari kalian semua.
![]() |
![]() |
No comments:
Post a Comment