Assalamualaikum wbth.
Pandemic Covid 19 sudah masuk tahun kedua. Sekolah untuk tahun 2021 ini dari 18 Januari hingga 5 Mei sahaja. Tak pernah terbayang akan mengalami sesi persekolahan begini. Maka sesi persekolahan kembali kepada PdPR (Pengajaran & Pembelajaran di rumah). Ia bukan seuatu yang mudah sebenanrnya. Pelajar selalu hilang, tak respond bila ditanya, tidak mahu buka camera, tidak hantar tugasan yang diberi, masuk kelas lewat. Ada yang ibu bapa dua-dua bekerja, anak tiada pemantauan di rumah, bangun lewat ponteng kelas, ada juga yang masalah talian, line tak dapat, data habis, tumpang line jiran, ibu ayah tak mampu kerana sudah tidak bekerja sejak pandemik..
Pernah satu ketika ada seorg pelajar saya kadang sebulan sekali je dia masuk kelas online. Jadi saya pm dia tanya. Rupanya di rumah dia line tak stabil, dia guna hotspot kakak dia, kakak dia baru habis matrik nak tunggu sambung Univ. Dalam pada itu ada 3 lagi adik beradik dia yg ikut kelas online guna hotspot kakak dia. Bila saya tanya ayah tak langgan unifi ke? Dia kata "ayah saya dah tak kerja sejak pandemik, sekarang hanya guna simpanan ayah utk belanja harian. Ibu pun tak bekerja". Saya benar² tersentap masa tu.. Rasa bersalahnya..(kes telah dirujuk kpd kaunselor utk tindakan lanjut) Terimakasih kepada pihak sekolah atas keprihatinan.
Itu antara satu dari beberapa kisah yg menyedarkan saya bukan semua pelajar mampu ikut sepenuhnya PDPR ni. Namun pelajar yg benar² ponteng itu memang ada.
Sama²lah kita berdoa agar situasi pandemik ini cepat berakhir dan kita semua dpt menjalani kehidupan seperti dulu. Bosan juga duduk terperap di rumah saja. Apapun jaga kesihatan diri, amalkan SOP dan norma hidup baharu. Sekian utk kali ini.
wassalam.
Simpan sini untuk rekod RPH
No comments:
Post a Comment