Tadi ada tazkirah Jumaat yang disampaikan oleh Pn. Salmiah bertajuk seperti di atas, bagus kandungan tazkirahnya. Ada edaran untuk tatapan para guru dan di sini saya taipkan semula untuk dikongsikan bersama dan juga untuk simpanan blog saya.
-----------------------------------------------------------------------------------
- Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak sia-sia"
- Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah swt mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.
- Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.
- Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
- Apabila telah lahir anak lalui disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
- Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
- Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
No comments:
Post a Comment