Sunday, November 11, 2012

Blogku yang dirindu.. semalam berlalu, esok menanti, hari ini dihadapi.

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum pembuka bicara.

Lama betul rasanya tidak menulis. Kesukaan menulis blog semakin hari semakin berkurangan, semakin malas, semakin tiada idea. Hampir lapan bulan sudah saya tak menulis di blog saya ini. Kalau ibu mengandung dah nak bersalin dah. :) sepanjang tempoh itu sebenanrnya banyak peristiwa suka duka berlaku dalam hidup saya. Sejarah yang mungkin pertama kali berlaku sepanjang umur bergelar guru, yang berkaitan anak-anak, ahli keluarga, rakan2, para pelajar saya, masyarakat sekeliling yang masih hidup mahupun yang telah kembali kerahmatullah. samaada yang suka mahupun duka. Menyenangkan hati tak kurang juga menyakitkan hati.

Allahu Rabbi.., dunia ini dan segala isinya adalah milikMU jua ya Allah. Satu apapun tidak ada milik ku, hambaMu yang hina ini. Tidak ada milik kita di dunia ini wahai kawan2, pembaca sekelian. Semuanya milik Allah. Diri kita, suami isteri kita, anak2 kita, harta, pangkat, jawatan.., semua Allah punya. Kita hanya mengusahakannya saja.  Bila2 masa Allah boleh ambil semula. Sama2 kita ingat ye, jangan angkuh. Istighfar sama2. استغفر الله العظيم Dosa kita kan banyak menggunung.. Cuba dengar lagu ni sambil2 tu..


Kadang kala kesilapan itu menjadikan kita lebih baik kerana kita dapat merenung kembali dan mengkoreksi diri. bermuhasabah. Bersangka baik kepada Allah. Allah sayang, kerana itu didatangkan ujian supaya kita tidak terus alpa.  Alhamdulillah, syukru lillah. Subhanallah wabihamdihi, subhanallahil adzim. Terimakasih ya Allah.

Al-Ankabut 2&3 :
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguuhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta..

Kini cuti sekolah datang lagi.. masa bersilih ganti datang dan pergi. Merenung diri, hidup perlu diteruskan, hadapi hari mendatang, yang lalu jadikan pengajaran dan sempadan. 

...Nobody is perfect. Live it, learn from it, move on...

semoga hari esok lebih baik dari semalam.

-sekian, wassalam-






2 comments:

abu razeen said...

minat kepada blog berkurangan kerana saingan aplikasi android dan facebook... blogspot kena fikir untuk design dashboard untuk versi android kerana setakat ini, siapa pakai android tak dapat update blog, hanya boleh membaca sahaja.

sf said...

Yup betul tu. Setju sgt. Skrg dah boleh update blog dgn android. Tulah blog penuh kembali. Ada satu post saya tajuk 'update blog guna tab'. dicadangkan tuan install.