Tuesday, August 3, 2010

Surat Layang

Ibarat lontar batu sembunyi tangan, begitulah sikap orang yang menulis surat layang. Angkara surat layang ini boleh menimbulkan bermacam2 keburukan daripada kebaikan. Mengotorkan hati orang lain dengan syak wasangka bahawa siapakah yang menulis surat layang itu.

Setiap orang boleh menyangka.."mungkin dia ini yang menghantar surat layang itu" fitnah dan benci membenci berleluasa kepada pihak yang disangka seklipun ianya tidak benar dan yang lebih parah lagi boleh menyebabkan perpecahan dalam sesebuah organisasi, perpecahan yang merugikan ummah. Begitulah bahayanya surat layang yang menyebabkan setiap hati dalam organisasi itu melayang-layang.


gambar sekadar hiasan

Sungguhpun saya tidak pernah menerima surat layang atau disiasat kerana surat layang, tetapi sedikit sebanyak saya dapat merasakan kegawatan yang dihadapi oleh orang yang ditujukan surat layang itu. Jika dalam sebuah organisasi, apatah lagi yang melibatkan pihak pentadbiran sudah tentulah ia bukan rahsia lagi dan akan menjadi satu isu besar apabila siasatan mula dijalankan. Sekaligus akan mengaibkan sesebuah organisasi dan merendahkan kredebiliti pihak pentadbiran bukan saja di mata ahlinya malah pada pandangan luar, Jabatan dan Kementerian. Pada penulis surat layang itu, ini satu kejayaan besar!

Kerana itu walau apapun niat disebalik surat layang, ia adalah satu perbuatan yang menjijikkan dan tidak boleh dihalalkan. Sudah habiskah cara untuk berbincang, berunding, bermesyuarat sehingga surat layang menjadi pilihan? Bukankah ini menggambarkan sikap pengecut dan tidak bertanggungjawab pengirimnya. Gambaran minda yang tidak sihat. Dendam yang membara. Tidak senang melihat orang lain senang, lalu timbul lah dihatinya perasaan iri hati,cemburu dan hasad dengki. Astaghfirullah, ketahuilah bahawa anda telah menyemarakkan di hati2 ahli organisasi dengan dosa2 angkara perbuatan anda! .

Oleh itu jauhi perbuatan suka menulis surat layang. Kerana ia tiada faedahnya malah menimbulkan huru-hara saja. Masa yang sepatutnya di manfaatkan untuk perkara yang lebih berfaedah terpaksa digunakan untuk membincangkan perihal surat layang yang berjela2 panjangnya.

Ingat! apa yang kita beri, itulah yang akan kita dapat balik, "what u give u get back" jika kasih sayang yang ikhlas kita berikan pada orang sekeliling kita, maka kasih sayang jugalah yang akan kita terima balik sebagai balasan, tetapi jika aniaya kita berikan maka balasan ALLAH pasti menyusul kemudian.

Sempena kedatangan bulan Ramadhan yang mulia marilah sama-sama kita sucikan hati. Sama-sama mohon keampunan dari ALLAH SWT dan sesama insan. Semoga amal-ibadah kita diterima Allah, InsyaAllah.

Sekian.

1 comment:

ana said...

betul tu, pening kepala fikir surat layang...tambah2 klu dasar organisasi surat layang pun kena gak disiasat :(