Saturday, April 24, 2010

Tetamu Membawa Tuah. Pintu Gerbang Sekolah Runtuh!

Ini ialah pintu gerbang sekolah. Pagi tadi (sabtu 24/4/2010) lebih kurang pukul 7.30 dah selamat menyembah bumi. lepas ni boleh ganti yang baru. alhamdulillah tiada sebarang kemalangan jiwa.


macam mana boleh roboh???


Inilah puncanya! eh, bukan pakcik yang tengah menyapu tu , tapi bas yang saya petak kan warna kuning tu.

Orang dah kata tak lepas, degil! lain kali dengarlah cakap tuan rumah, tuan rumah lebih tahu keadaan rumah sendiri dari tetamu. Apa susah, bayar ajelah ganti rugi kan. Free2 je dapat pintu gerbang baru. Amal Islami peringkat negeri di SAMTTAR memang membawa tuah. Benarlah kata2.. " tetamu membawa rezeki" Alhamdulillah.. Setiap yang terjadi ada hikmahnya.

Jumaat dan Sabtu daerah Kuala Langat menjadi tuan rumah Program Amal islami peringkat negeri bagi sekolah2 menengah Agama (SAM & SAMT) negeri Selangor. Acara2 berlangsung di dua lokasi berasingan iaitu di SAMTTAR dan MITIB . Ramai perserta dan guru pengiring dari 4 buah zon telah sampai pada hari Jumaat dan bermalam di asrama sekolah saya kerana acara nasyid di adakan di dewan besar sekolah sebelah malam selepas isyak. Acara penutup pula semua berlangsung di MITIB (Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Istana Bandar) di Jugra pada pagi sabtu.

Pagi Sabtu bas datang hendak mengangkut para perserta ke MITIB. Bas nak masuk sampai perkarangan sekolah, kalau setakat bas sekolah memang boleh lepas, tapi bas persiaran yang ada pintu kecemasan atas bumbung bas tu agak tinggi dari bas2 biasa. Baru masuk sikit je, kemudian undur balik.... gedebummm, runtuh..!!! pagi tadi parking kereta kat masjid lah jawabnya..

Itulah ibaratnya. Tidak ada yang kekal di dunia ini. Yang kekal hanyalah Tuhan semesta Alam. yang patah kan tumbuh yang hilang berganti. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Terimakasih juga kepada driver bas JAIS.. :))

3 comments:

wani napiah said...

salam ustazah..sy perasan gmbr2 pintu gerbang runtuh ni dekat fb c.anam..
ingatkan sje2 je runtuhkan tok ganti yg baru..rupanya kesah bas tu..
haha..macam lawak plak..
alhamdulillah semua selamat..
rinduuunyer kt samttar..
sampaikan salam kt cikgu2 yg len boleh?
assalamualaikum..
syukran ustazah..

Anonymous said...

situasi menggambar jika adat ustiadat dan unadang islam di langgar maka begitulah keadaan..cite di atas menggambar jika gerbang dilanggar bas pasti runtuh begitulah dgn Islam

asilahmuhajer said...

syukurla sebab akan dapat pintu gerbang baru.

amal islami kali ni saya tak dapat join. ada program lain kat sekolah. kalau tak, mesti saya dpat datang sekolah akak.

sekolah saya takde pintu gerbang. cuma ada besi palang je. itu pun dah banyak kalu besi tu patah kena langgar lori sampah alam flora.