Thursday, April 29, 2010

Aminulrashid ditembak semasa memandu?

Ketika mencari berita tentang pelajar 15 tahun yang mati ditembak polis ketika sedang memandu saya terjumpa sebuah blog yang memaparkan tentang report seorang rakan kepada allahyarham. Apa yang menyebabkan saya tertarik dengan berita ini kerana ia hampir2 menyerupai kes 3 orang pelajar saya yang telah kembali kerahmatullah tahun lepas, juga kes lari dikejar polis ketika sedang memandu pada pukul 1.00 pagi hendak ke uptown KL. Bezanya dengan pelajar2 saya ini pihak polis yang mengejar tidak melepaskan sebarang tembakan, sekadar mengejar dan mengarahkan kereta yang dipandu laju itu supaya berhenti.(menurut cerita yang disampaikan)

Kerana takut, panic mereka memandu dengan laju dan akhirnya kereta terjunam ke dalam sungai. seorang dari 4 orang pelajar saya terselamat, sebaik dapat keluar dari kereta yang tenggelam di dalam sungai dan naik kedarat beliau dipukul polis di dada dan badannya. Manakala orang kampung yang datang untuk memberikan pertolongan kepada mangsa yang masih berada di dalam kereta di dasar sungai telah dihalang oleh pihak polis untuk berbuat demikian, sehinggalah kereta ditarik keluar pada keesokan paginya..

Sungguh menyayat hati dari cerita bapa kepada salah seorang Allahyarham pelajar saya, bahawa laporan doktor mengatakan anaknya mati kerana lemas. Berkemungkinan jika orang kampung dibenarkan membantu, mangsa dapat diselamatkan. Saya ada bercerita secara ringkas tentang ke empat2 pelajar ini di dalam blog saya ini. Klik sini

Kita melihat incident ini dalam pelbagai sudut dan peranan pelbagai pihak. Peranan pihak polis menjaga keamanan negara tidak dapat dinafikan namun begitu bertindaklah dengan waras dan adil yang lebih utama bertindak mengikut peraturan bukan mengikut nafsu. (sememangnya pihak polis mempunyai hujah2 mereka dalam sebarang tindakan mereka, siapa yang boleh menyangkal?? lawan kat court dulu baru tahu siapa betul siapa salah!) Ini bukanlah bermakna pihak lain boleh berlepas tangan dalam usaha membenteras jenayah dan melanggar undang2. Peranan ibu bapa dan keluarga sangatlah penting dengan memastikan serta memperingatkan anak2 apa yang mereka boleh dan tidak boleh lakukan. Masyarakat harus lebih peka dengan apa pun yang berlaku di sekeliling kita. Semoga segala yang baik dapat kita jadikan teladan dan yang buruk kita jadikan sempadan dan iktibar.

Alfatihah kepada mereka semua yang telah pergi mendahului kita...
-----------------------------------------------------------------------
Pada 26/04/2010 jam lebih kurang 12:00 pagi saya keluar menaiki kereta kawan saya bernama AMINUL RASHID BIN HAMZAH pergi ke sek 7 Shah Alam kedai mamak Ali Corner untuk berjumpa dengan kawan saya bernama Mohd Basir yang mengalami masalah motor pancit.

Semasa hendak pergi ke tempat kawan saya, kami telah tergesel dengan sebuah kereta nombor pendaftar dan jenis kereta tersebut tidak ingat menyebabkan AMINUL RASHID menjadi takut dan melarikan diri untuk balik ke rumah di Sek 11 Shah Alam.
Selepas keluar dari kedai mamak, kami dikejar oleh beberapa buah m/sikal no. tidak ingat kemungkinan kawan-kawan kepada kereta yang kami gesel tadi.

Sampai berhampiran Bulatan Kayangan di Sek 12 Shah Alam, salah sebuah m/sikal tadi hendak memotong kereta kami tetapi terlanggar bahagian belakang kereta menyebabkan penunggang m/sikal terjatuh.

Oleh kerana terlaku takut, AMINUL RASHID memandu ereta dengan laju dan memotong sebuah kereta Polis MPV menyebabkan kereta polis tersebut mengejar kami.
AMINUL RASHID menjadi bertambah takut dan membawa kereta dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan kami dan juga orang awam.

Kereta polis terus mengejar kami sehingga ke Stesyen Minyak Caltex Sek 11 dan saya terdengar tembakan bertubi-tubi mengenai tayar belakang kereta menyebabkan kereta yang dipandu AMINRUL RASHID terhoyong-hayang dan tergelincir dan masih dapat dikawal.
Dan semasa saya terdengar tembakan kali terakhir terkena pada kepala AMIRUL RASHID menyebabkan beliau jatuh diatas riba saya dan saya nampak bahagian belakang kepala AMINUL RASHID berlubang dan berdarah.

Kereta kemudiannya tidak dapat dikawal lalu terlanggar tembok rumah orang lalu berhenti.
Saya keluar dari kereta untuk menyerah diri saya dan salah seorang daripada anggota Polis menendang saya dan belakang dan kemudiannya Polis yang lain terus terus memukul dan memijak saya beramai-ramai.

Saya meronta-ronta dan dapat melarikan diri daripada anggota Polis tersebut lalu balik kerumah. Saya mendapat cedera di tangan kanan, kaki dan sakit kepala.
Tujuan saya buat laporan adalah untuk menceritakan semula perkara sebenar yang berlaku ke atas diri saya dan kawan saya yang… ..

sumber: perisik-rakyat / Laporan Polis Sahabat Arwah Aminulrashid
Berita asal
----------------------------------------------------
Ini pula berita yang dimuatkan dalam Berita Harian

Remaja maut ditembak polisOleh Rafidah Mat
Ruzkifidahruzki@bharian.com.my2010/04/27

Mangsa dipercayai undur kenderaan elak disekat peronda

SHAH ALAM: Seorang remaja maut selepas terkena tembakan yang dilepaskan anggota polis peronda apabila remaja itu dipercayai cuba mengundurkan kenderaannya untuk melarikan diri ketika disekat dalam satu kejadian di sini, awal pagi semalam.

Sehubungan itu, empat anggota peronda dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, kini diarah melakukan kerja di pejabat bagi membolehkan siasatan terperinci kes itu dijalankan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, anggota peronda berkenaan terserempak dengan sebuah kereta Proton Iswara di Seksyen 11, di sini.

Katanya, anggota terbabit cuba menjalankan pemeriksaan terhadap kereta itu dan mengarahkan pemandunya berhenti, namun dia memecut, menyebabkan anggota peronda mengejarnya.

"Setiba di tempat kejadian di Jalan 11/2G, Seksyen 11, anggota peronda berjaya menghalang kereta itu. "Penumpang kereta berkenaan, seorang lelaki, keluar dan melarikan diri, manakala pemandu kereta, cuba mengundurkan keretanya, menyebabkan anggota peronda terpaksa melepaskan beberapa tembakan," katanya di sini, semalam.

Khalid berkata, satu daripada tembakan itu mengenai pemandu kereta berkenaan yang kemudian mati akibat tembakan itu, manakala rakannya dapat melarikan diri. Katanya, pemeriksaan terhadap pemandu berkenaan mendapati, dia adalah remaja lelaki berusia 15 tahun.

Polis juga menemui parang dipercayai digunakan untuk kegiatan samun dalam kereta berkenaan.

Khalid berkata, beliau sedih dengan kejadian itu dan sudah mengarahkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Katanya, beliau akan melantik seorang pegawai di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) menjalankan siasatan penuh mengenai kejadian itu.

Beliau berkata, siasatan akan dijalankan terhadap keempat-empat anggota berkenaan, walaupun hanya seorang daripada mereka yang melepaskan tembakan berkenaan bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

No comments: