Friday, March 19, 2010

Garis-garis Deja Vu

'Segala-galanya ganjil. Tidak ada lagi logik dan kronologi Normal'(potongan ayat dari dalam buku GGDV). Nah, itulah kata-kata pertama tentang novel ini.. :)

Novel setebal 636 muka surat yang membuatkan aku bingung di awal dan pertengahan jalan ceritanya. Sebab apa tau, sebabnya dah baca sampai muka 500 pun belum dapat mengaitkan kesemua watak dalam novel tu. Selalu kalau baca novel, separuh buku atau tiga suku dah dapat agak sikit2 dan nampaklah gambaran pertalian antara watak. tapi yang ni memang lain.. memang bijak penulis novel ni membiarkan aku dalam teka-teki (tak puas hati betul!)

Sebuah perjalanan yang panjang.Ya betul seperti yang dicatatkan di belakang buku ini.. 'Inilah sebuah cerita cinta yang ditulis dalam nada yang berbeza. Dua benua. Tiga negara. Empat nyawa dan satu takdir yang tersimpul mati!'


Ia sebuah pengembaraan mencari cinta terhadap Tuhan dan cinta terhadap manusia, ulas penulisnya. Jika anda inginkan kelainan dalam pembacaan anda, novel ini adalah pilihan yang dicadangkan.

Memamng sebelum ini tak pernah dengarpun nama John Norafizan ni, tapi sekarang dah kenal pun orangnya. Dah tahu gaya penulisannya dan dah boleh baca sikit2 rentak jalan ceritanya. Anda yang lain pun harus cuba juga.. Dan Novel ini menutup tirai cuti pertengahan penggal pertama ku..

Jumpa di pesta buku 27-28 mac nanti. minggu ni tak dapat pergi.
Selamat membaca.

7 comments:

Khawarizmi said...

Rajin betul Acik Nina ni baca buku. Beli ke? Nanti balik umah nenek boleh laa 'Khawarizmi' pinjam ye..

sf said...

yup beli,acik tak sediakan perkhidmatan meminjam setakat ni, sayang,takut tak dipulangkan balik.. :)Cuti ni tak balik rumah nenek, acik adib kerja, ramai budak khatan, kimi bila nak 'potong' hehe..jumaat sabtu acik adib pergi perak pulak, so a.nina tak de 'driver' nak bawak.. minggu depan InsyaAllah balik.

abu razeen said...

kalau diteliti, JJ&D ada dua cerita berlainan pada mulanya, itu dah cukup membuatkan kita terhibur, tetapi dalam cerita GGDV banyak watak dan background story yang terlalu asing untuk kita gabungkan, tetapi akhirnya JN gabungkan dengan jalan yang tidak disangka, titik pertembungan pada 70% cerita menjadikan ianya menarik bagi saya, sungguhpun letih untuk menerima hubungkait antara watak dan bagi saya itulah cabaran untuk pembaca, tapi kelebihan JN menjiwai tempat/lokasi mengagumkan saya, sewaktu di Scotland, sewaktu doi air terjun Kota tinggi, semuanya begitu realistik dan saya dapat membayangkannya sehingga kini. Luar dari kerangka novel melayu biasa. Odisi saya belum baca dan saya menjadikan GGDV sebagai benchmark sejak selesai membacanya

sf said...

ya betul2, tepat sekali ulasan tuan tu, pandai tuan menyusun ayat, cantik dan teratur. Menunggu novel terbaru tuan aburazeen pula..bila agaknya?

Khawarizmi said...

Alaa.. Takleh pinjam kita sewa laa.. Ok gak tu.. Kita jumpa ujung minggu ni ye..

Anonymous said...

ustazah try la novel hlovate lak...
kebanykan novel dye best2...
bayk pengajarn jugak....

sf said...

baru tertengok hari tu novel tu, nantilah saya cuba insyaAllah, terimakasih ye.