Saturday, March 13, 2010

Cuti Pertengahan Penggal 1 2010.

Semalam 12 Mac 2010 (Jumaat) berakhirnya sesi persekolahan untuk pertengahan penggal pertama untuk semua warga sekolah. Hari yang dinanti-nanti.. Macam biasa, walaupun cuti bukanlah bermakna tidur saja di rumah, tapi banyak juga kerja sekolah yang dibawa balik terutama kertas2 ujian prestasi yang harus di siapkan rite. Nanti kena listkan lagi apa yang nak di buat sepanjang cuti ni, kalau tak di listkan takut diri kita sendiri tak berdisiplin melaksanankan kerja2 yang dah tergambar dalam kepala ni, so memang kena catat bila kita ada sesuatu benda yang nak kita capai untuk satu tempoh tertentu.

Semalam petang juga, aku menerima seplastik pakaian dan 2 pasang sandal, ole-ole dari Pakistan yang diberikan oleh jiranku, saudagar perabut yang baru pulang bercuti ke kampungnya di Pakistan tahun lalu. SubahanAllah, sungguh terharu dengan pemberian itu, 2 pasang baju punjub untuk wanita dewasa dan 2 pasang untuk anak2 perempuanku, untuk anak lelaki dan baba tak ada. Mungkin pakaian itu di jahit oleh isteri beliau ataupun ditempah. Buat apalah bersusah2 sangat, mendapat berita Sayed selamat kembali pun kami dah bersyukur. Apapun Alhamdulillah Jazakallahu Khaira Jaza'.

Cuti ni tak bercadang hendak kemana, pada mulanya ura2 hendak ke Lost World of Tambun tapi tak jadilah sebab banyak kerja yang perlu di settlekan memandangkan cuti ni cuma seminggu sahaja. InsyaAllah cuti pertengahan tahun bulan 5 nanti plan jalan jauh sikit. Lagipun 2 orang anak ku terlibat dengan Kemahiran Amal Islami Peringkat Zon selepas cuti ini jadi perlu melancarkan hafalan dalam seminggu ini. Akmal acara bercerita dan Muadz acara Kalam Jamaie (Choral Speaking)

Umi pula sudah tentu jadi Suri rumah sepenuh masa cuti ni. Kepada semua warga sekolah selamat bercuti. Manfaatkan cuti ini dengan sebaik2nya. Selamat bercuti dan selamat juga kembali ke sekolah semula nanti..

No comments: