Monday, June 8, 2009

Jalan-jalan ke Bagan Lalang Sepang...

Pada hari jumaat yang lepas 5 Jun 2009 aku telah membawa anak2 ku jalan-jalan ke pantai Bagan Lalang Sepang. Lebih kurang pukul 5 petang sampai di Bagan Lalang. Sebenarnya aku tak berapa nak suka pergi ke sini sebab pantainya tak berapa cantik pada mataku, airnya pun keruh, bau pantainya agak kurang menyenangkan. Pantai2 disebelah sini memang terkenal dengan pantai berlumpur dan keruh sebab itu banyak kepah, lala, pahat-pahat dan yang sewaktu dengan nnya. Di kawasan yang seperti ini juga terkenal dengan ikan-ikan segar yang dijual di bagan. Tempat2 lain contohnya di Pasir Penambang Kuala selangor, Sekinchan, Pasir panjang, Bagan Nakhoda Omar, memang senang nak dapat ikan2 fresh. Itu pula satu kelebihan..


Oleh kerana desakan dari anak-aanak ku begitu kuat sekali nak mandi laut, jadi aku bawaklah. Kat sana kami transit di 'chalet' milik bapa mertuaku di belakang hotel sri malaysia hehehe...Sebenarnya bukan chalet tapi pondok buruk yang dibina di dalam kebun mertuaku, tempat untuk meletakkan barang2 kebun, jimatlah tak payah sewa2. Sambil2 tu dapatlah mengutip durian belanda dan minum air kelapa pandan yang banyak ditanam dalam kebun tu berselang seli dengan kelapa sawit.











Lepas rehat2 kejap , turunlah ke pantai. Hmmm...pertama sekali yang menarik pandangan ku ialah keadaan pantainya ketika air surut. Bukan banyak kepah, lala atau pahat2 tapi banyak obor2 mati :)) , sana-sini bersepah2 sampaikan anak2 buat main baling2.











Lagi apa yang menarik pandangan mataku? Lihat sajalah pemandangan di bawah ni. Sepanjang pantai sampah dan botol2 mineral water bertaburan. Nun jauh disana ada projek membina chalet atas laut oleh GoldCoast sepang, sudah hampir siap pembinaannya.










Lain kali kalau aku datang lagi ke Bagan lalang ni aku pasti akan membawa plastik sampah besar dan akan ku ajak anak-anak ku kutip botol2 dan sampah2 disepanjang pantai ni. InsyaAllah.



Tak kiralah sampah ke, obor-oboir ke apa ke kalau dah namanya laut tak mandi memang tak sah... :))








<----orang hanyut :))

2 comments:

IKRAB family said...

kak, bagan lalang tu sya g 2 kali, satu masa program BTN lama dulu then gi mkn ikan bakar dgn kwn2.rasanya skg ni lagi menarik kut dp dulu.

sf said...

tahun bila tu? sekarang ada chalet atas laut, banyak projek baru, ikan bakar tu yang kat tepi padang kan? memang famous kat situ.. :)