
Sebenarnya percutian ni pada akhir tahun lepas 2008. tapi kerana lambaian nya yang selalu menggamit dimataku dengan keindahan laut dan pantainya maka aku nak uploadkan gambar2 tu untuk simpanan blog ku ini. Pertengahan dan hujung tahun kami sekeluarga memang selalu pergi mandi2 laut. PD, Pangkor, Linggi, Bagan Lalang, Morib, yang dekat2 ajelah memandangkan masa rehat suamiku yang sangat terhad jadi dapatlah pergi 2hari 1 malam ke, atau 3 hari 2 malam itu pun dah cukup baik dapat pergi alhamdulillah. Di Linggi kami menginap di
KM Chalet agak terkenal juga chalet ni. Keluar je pintu terus mengadap laut, kebetulan kami dapat chalet yang paling hujung.
Puas mandi manda..Rasanya inilah kali pertama aku mandi dengan sepuas2nya

setelah aku membeli slimming suit khas untuk muslimah siap dengan tudungnya sekali. Baju mandi muslimah ni aku beli online dari
D'safa Muslimah Swimming Suit. Sebelum ni memang aku bermaslah nak mandi, bila baju basah jadi berat, tudung pulak tertanggal2 ish, sudahnya aku tengok ajelah anak2 dan suami bersuka ria membelah samudera luas cewah hehehehe... Baju renang ni ringan, ada macam2 color, pilih jelah mana suka, kat pasaran pun banyak jual dah, tepi2 jalan kat PD tu memang berlambak, bermacam2 jenama ada. untuk anak2 pun ada. Terimakasihlah siapa yang mencipta baju mandi muslimah ni, banyak dapat pahala..

punyalah seronok mandi sampai tak nak naik ke darat rasanya...
Ombak memukul batu... banyak ikan celah2 batu tu..
"Indahnya ciptaan Tuhan...SubhanAllah"..
" Peace...Baba tahun depan datang lagi ye.."

No comments:
Post a Comment