For Her and For Him
Kategori Perfume
Perfume terbahagi kepada beberapa kategori yang mungkin kita keliru dengan istilah-istilah yang digunakan di dalam industri perfume ini. Jika dilihat di dalam pasaran terdapat pelbagai jenama dan jenis yang dikeluarkan. Contoh jenis-jenis perfume yang biasa kita dengar ialah seperti Eau De Perfume, Eau De Toilette , perfume, parfum, cologne dan pelbagai istilah lagi. Untuk memudahkan anda memilih jenis perfume yang sesuai, di sini dikongsikan jenis-jenis perfume yang terdapat di pasaran supaya tidak keliru lagi.
Sebenarnya hanya terdapat 4 tahap (kategori) perfume iaitu
1. Perfume (parfum)
2. EDP - Eau de Perfume (Eau de Parfum)
3. EDT - Eau de Toilette (disebut ‘o-do-twa-lay’)
4. Cologne
1. PERFUME (PARFUM)
Perfume atau parfum (dalam bahasa Perancis) mengandungi kepekatan minyak wangian yang tinggi iaitu 20% hingga 50%, menjadikannya tahan lebih lama jika dipakai. Oleh itu harganya juga adalah yang paling mahal.
2. EAU DE PERFUME (EAU DE PARFUM -EDP)
Eau de Parfume mengandungi kandungan minyak wangian di antara 10-15%. Ia adalah jenis wangian yang paling popular kerana lebih murah jika dibandingkan dengan perfume dan masih boleh bertahan agak lama (8 jam) jika dipakai.
3. EAU DE TOILETTE (EDT)
Eau de Toilette ialah campuran perfume di antara 3-8%. Ia tidak boleh bertahan terlalu lama. Tidak hairanlah ia hanya mampu bertahan di antara 3 hingga 4 jam bergantung kepada jenis kulit anda. Ramai orang menganggap Eau de Toilette sama seperti perfume atau eau de parfume. Cara paling baik untuk menyelesaikannya ialah bawanya ke mana-mana (di dalam botol kecil). Baunya juga tidaklah sehebat Perfume atau eau de perfume tadi.
Haruman yang nyaman dan perlahan ini juga boleh memberi kesan yang sangat bagus. Tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan. Sedang-sedang orang kata.
4. COLOGNE
Cologne mengandungi pati perfume yang paling sedikit iaitu sekitar 3% sahaja. Eau de Cologne ialah istilah yang digunakan hari ini untuk merujuk kepada kadar campuran perfume. Ia adalah wangian yang paling kurang kepekatannya dan sudah tentulah lebih murah jika dibandingkan dengan yang lain.
Diharap dengan penjelasan ini, bolehlah memberi sedikit info sebelum membeli sebarang jenis wangian.
sumber
No comments:
Post a Comment