Monday, December 20, 2010

Ke Negeri di Bawah Bayu

Assalamualaikum.
Ok, banyak benda nak cerita ni.. Penuh satu note book kecil. Cuti kali ni kami sekeluarga 6 orang + ibu dan bapa mertuaku 2 orang, jumlah semua 8 orang ke Sabah dari 16Dec-19Dec 2010 (khamis-Ahad). Menaiki penerbangan Air Asia dari KLIA (6.45petang) dan mendarat di airport Kota Kinabalu jam 9 malam. K/terbang tu bukannya exactly terbang jam tu, pukul 7.17 baru dia betul2 sedia berlepas. Cuaca tak berapa elok sepanjang penerbangan, gegar kuat kapal tu..
16/12/2010
Satu peristiwa tak boleh lupa mesti catat dalam blog ni, sepanjang sejarah menaiki kapal terbang, kali ni memang hampeh betul!!.. IC aku tertinggal beb..! masa check in tu baru aku sedar, suami mintak ic, aku seluk sana, seluk sini..dengan muka dah menggelabah pucat takut lagi.. aku pun cakap IC teritnggal dalam hand bag masa tukar beg tadi. Last keluarkan nak fotostate lepas tu tak masukkan dalam purse balik sebab nak cepat2..
Aku pun cuba nak kawal keadaan, hulur driving license kat suami, cubalah mana tau boleh ke, dah tak sempat nak suruh sape2 tolong hantarkan, dah pukul 5.30 masa tu. Nasib baiklah suami aku tu tenang dan baik macam malaikat. Urusan yang sepatutunya boleh cepat dah jadi lambat, tapi mak dan abah tak tau langsung pasal ni sampailah balik ke Semenanjung balik, kecuali ada ipar2 aku yang kat rumah tu yang terpacul tanya "kak Yati macam mana hari tu, kata tinggal IC" mampus pak mertua aku bising nanti.. :( Hari tu memang Allah nak mudahkan urusan kamilah, berkat agaknya kami bawa mak dan abah jalan2, imegresen kat KLIA direct call ke Sabah tanya boleh lepas ke? Diaorang kata ok, guna main Driving license. NEXT TIME JANGAN BUAT LAGI, SEPATUTNYA TAK BOLEH LEPAS NI!!!!! Terimakasih Puan, Terimakasih.. Syukur.
Itu cerita pasal IC. Bila dah dapat boarding pass semua, kena masukkan beg dan lalu scan tu sorang2, masa time aku, kena tahan pulak. Polis tu tanya " ada bawak gunting ke dalam beg ni?" aku jawab mana ada! sebenanrya dia dah nampak dah kat TV tu, dia korek2 beg ada sewing kit aku memang ada gunting.eee malunya, lain kali masukkan kargo pisau2 ke gunting2 ke, apa2 benda yang tajam, tak boleh bawak naik. Nasib baiklah aku tak letak dalam napsack tu benda yang bukan2, kalau tak lagi malu aku..huhuhu.
Ok, bila dah landed kat KK kami disambut oleh kawan kepada suami, namanya Zul Amali, 8 tahuun dah duduk KK. Kawan satu sekolah kat Sains Selangor dulu. Kira jejak kasihlah ni. Dialah yang bawak kami kemana2 dan explain macam2, carikan apartment dll. Sampai2 terus gi makan, semua kelaparan, lagipun mak dan abah puasa masa nak datang tu, berbuka minum air je masa dlm k/terbang tu.
Sajian pertama di kedai orang kelantan, ikan bakar. Kat sabah ni memang dah terkenal ikan dia besar2 dan fresh2.. melahap lah semua apa lagi. Ada satu sayur yang dihidangkan kpd kami iaitu rumpai laut, rasanya mcm telur ikan, meletup2 bila dikunyah tapi warna hijau. rasa macam biasa je, tawar.
Telur dadar org sabah tak sama mcm semenanjung :)
Siap2 makan dah pukul 11 malam lebih. Lepas tu terus ke Promenade hotel apartment tingkat 3, 3 bilik. Oklah, fully furnished, aircond semua tip top. Harga?? entah tak tau, bayar lump sum semua dengan van, dan servis2 lain. Betul2 mengadap central point Sabah, tengah2 town KK. Sebelah kirinya laut. Ok, esok baru start jalan.
17/12/2010
Sabah ialah negeri yang mula2 di Malaysia mendapat pancaran matahari seawal 5.30 pagi. tetapi waktunya sering berubah2 namun tidak lari antara 5.30-600 pagi. lepas solat subuh buat sarapan, ala makan lah apa2 yang ada. Masa jalan2 kat kedai bawah rumah tu ternampak paper Borneo, orang sini masih menggunakan lagi perkataan Borneo, seingat aku perkataan Borneo tu masa belajar sejarah sekolah menengah nama lama bagi Sabah & Sarawak
Destinasi pertama pagi tu ialah ke Gunung Kinabalu. Pukul 745 sudah gerak. Perjalanan mengambil masa 2 jam. Singgah bergambar di bangunan Yayasan Sabah,
Kompleks Pentadbiran Persekutuan Sabah (mini Putrajaya)
dan Universiti Malaysia Sabah. Melalui beberapa kawasan seperti Telipok, Tuaran, Tamparuli. Kami berhenti di jambatan gantung tamparuli dan berjalan kaki sampai ke hujung, beralun2 jambatan tu, gayat ooo.. bawahnya sungai Tuaran luas. Jambatan gantung terpanjang di KK. Dulu masa kecil lagu Tamparuli ni memang terkenal.
Dari Tamparuli terus lagi ke destinasi seterusnya. semakain tinggi semakin sejuk, Patutlah dilaqob kan (gelar)Sabah ni Negeri dibawah bayu.. rupanya kita memang meredah awan, Subhanallah.. Cantik weyy.. nyaman sungguh udara.
Sepanjang perjalanan ke kaki gunung kinabalu tu aku dapati banyak gereja2 kecil. Ada lebih kurang 11 gereja yang sempat aku kira, belum lagi yang kat dalam2 tu. Ternyata penduduknya ramai kristian.
Kami singgah di Pekan Nabalu, bergambar dan shopping sikit2. Pemandangan gunugn dari sinii pun cantik, waktu tu pandangan ke Gunung kinabalu masih jelas dan belum lagi diselaputi awan. Keindahan alam semula jadi ciptaan Allah yang sungguh mengasyikkan. Terus, kami melalui lagi satu kawasan bernama Bundu Tuhan. Awan tebal, bukan naik K/terbang saja menempuh awan tapi naik van pun boleh tempuh awan. Sejuk...
Sampai di Kinabalu Park jam 10.45 pagi. Bayaran masuk RM3 (dewasa) RM1(kanak2). waktu sampai di sini gunung kinabalu sudah penuh diselaputi awan tebal, dah tak nampak apa2 dah. Bergambar di Timpohon gate- pintu masuk para pendaki gunung. Kali pertama dan mungkin terakhir aku mendaki gunung ialah di Jabal Musa Semenanjung Sinai Mesir. waktu tu masih bujang2. Kami tak ambil masa lama disitu, dah bergambar turun balik. Jam 11.25 muula bergerak turun.
Destinasi seterusnya ialah ke Kg. Luanti Ranau-terkenal dengan 'fish spa' ikan dia besar2. sebelum tu singgah makan tengahari di Fantastica Restaurant. Yang specialnya makan di sabah ni, dihidangkan sup kosong secara percuma. Mula2 tu confius juga, aku kata "saya tak order sup" pelayan tu jawab " kita memang bagi percuma" kellasss.... sup panas bah!.
Ikan-ikan seperti kelah, lampam dll ni semuanya telah dilatih. Bila ada orang jejakkan kaki disungai tu ikan2 tu akan datang kerumun sambil gigit-gigit manja di kaki. Geli. Dilarang memancing, boleh mandi, tapi awas! bimbang digigit tempat2 yang sensitif.
18/12/2010
Destinasi hari seterusnya ke Pulau-pulau dan Tip of Borneo Simpang Menggayau. 7.50 pagi kami sudah berada di Jeti Jesselton Point. Seorang lelaki datang sambil menunjukkan pakej ke pulau-pulau berkenaan RM300 sehari unutk ke 5 buah pulau, ikut suka berapa jam nak sewa. 5 buah pulau tu dikenali Taman Laut Tunku Abdul Rahman. Only 20 minutes from KK. Kata orang kalau ke sabah tak pergi ke Pulau tak sah.
5 buah pulau itu ialah Pulau Manukan, Mamutik, Sulug, Gaya dan Sapi. Mempunyai pantai yang putih dan perairan dipenuhi pelbagai jenis ikan dan terumbu karang. Sesuai bagi mereka yang ingin menyelam dan melihat keindahan dasar laut.
Mount Kinabalu pandangan dari arah laut
perkampungan atas air orang Bajau. Semua Muslim.
bersambung lagi daaaa... panjang benor!
Di atas permintaan yang tak putus2 (ceewah) maka saya menyambung semula penulisan tentang percutian saya. Hari ini 11/1/11 saya mula meributkan otak mengarang ayat2 untuk menyudahkan entry ini..
Okay, lepas ke pulau2 tu, kami kembali semula ke jesselton point dan pukul 10pagi bersedia untuk bertolak ke Tip of Borneo Tanjung Simpang Menggayau Kudat. Encik Zul sudah sedia menunggu kami dan bermulalah perjalanan yang mengambil masa 3 jam itu. Perjalanan okay, cuaca pun cerah dan panas. Tip of Borneo terletak paling utara di Borneo dan menjadi pertemuan Laut China Selatan dan laut Sulu. Dari situ kita boleh nampak garisan sempadan laut yang menemukan antara 2 laut ini. Subhanallah..alangkah hebat dan indahnya ciptaan Allah.. Bagi mereka yang berpeluang ke Sabah jangan lupa ke Tip of Borneo untuk merakamkan pemandangan yang cantik2

otw ke Tip of Borneo tu, kami melalui kota Belud dimaklumkan ramai orang Bajau. Mereka menjalankan aktiviti pertanian bersawah padi, majoriti orang Bajau adalah beragama Islam. Perjalanan melalui Kg. Kukut agak teruk, jalan tanah merah berbatu sepanjang -+2km manakala di kiri kanan pula hutan tebal. Kata En. Zul 'kawasan keras' . Tepat 1.20tghari kami sampai di Tip of Borneo.

Pukul 350 sudah bergerak menuju ke KK.... di Kudat singgah Pasar ikan Kudat beli ikan dan lain2 untuk dimasak buat makan malam nanti.
gambar pertama : ikan bilis giant size. besar kan. best, fresh. kalau datang dgn family eloklah makan masak sendiri je, nasi putih beli je kat kedai mamak banyak, lauk masak, puas makan. Esoknya tinggal nak shopping lagi sikit2.
blink-blink, mutiara serendah RM5 . geram tuu.
antara ole2 yang dibeli ; dalam kotak brooch mutiara, rantai dan gelang untuk anak-anak buah Rm5 saja, beli banyak dapat Rm4, dalam kotak kecik2 tu butang baju melayu mutiara juga.
Pashmina shawl, kesejukan masa kat gunung tu, so beli buat gebar kelubung. senang tak payah pakai baju sejuk.
ketip kuku pun sapu..
t-shirt untuk anak-anak buah. Sumpit kiriman anak sedara, dah dicerai2 kan sebab panjang susah nak masuk bag, nanti disambung balik jadi panjang.. apa ajalah nak dibuat dgn benda tu.
Hobi saya kalau ke tempat orang suka beli teh keluaran tempatan. Berkotak2 juga kami beli, untuk sedekah pada saudara mara, sahabat handai. kotak kecil sekotak RM3.20.
ikan masin terubuk memang tak boleh dilupakan kalau ke Sabah.
Kueh cincin kebasaran orang sabah, sedap kueh ni. kami bawa balik banyak juga untuk ole2.
okay, inilah hasil yang akan dibawa balik. datang 4 bag, balik 8 bag termasuk kotak2. biasalah kan.. ;-) Kotak2 tu disediakan oleh penjual2 ikan masin & kueh cincin, siap ikatkan lagi, kemas diaorang buat, servis FOC. tinggal masuk kargo je.
Tengahari pula kami diundang makan tengahari di rumah Encik Zul kawan suami yang bawa kami jalan2, sebelum tu kami singgah di Muzium.
Bersama anak-anak En. Zul.
Susah2 jelah Puan Fatimah Adila memasak.. Alhamdulillah Jazakumullahu khair.
semua sibuk nak pegang bb En. Zul. alalala.. comey banget..
Ucapan Terimakasih kepada En. Zul sekeluarga. Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan khidmat travelers guide boleh hubungi En. Zul Amali di talian :
Van milik persendirian En. Zul sedia menanti anda ke mana $ahaja. Pakej Penginapan & Pelancungan pun akan diaturkan oleh beliau. Kami berpuas hati.

Sunday, November 21, 2010

Kenduri Akikah anak saudara, agenda pertama sempena cuti sekolah

Jumaat malam sabtu baru ni - 19/11 kami balik ke Kg. Sg Choh Rawang kerana emak mengadakan kenduri akikah untuk cucu2 nya. 3 orang cucu perempuan sekali serentak. Wafa 1 tahun, Nur Amani 1 tahun, Asrina Zaira sebulan lebih. Pagi Sabtu ada acara berzanji dari kumpulan berzanji Kg. Sg. Choh. Kalau di kampung saya ini kebiasaan berzanji dibawa oleh orang perempuan, mencukur rambut bayi pun dilakukan oleh perempuan juga. Berbeza jika di kampung sebelah suami saya akan di bawa oleh orang lelaki, dari berzanji, cukur rambut, mengendong anak semuanya orang lelaki. Sememangnya orang jawa meletakkan peranan seorang bapa itu sangat penting. Sesuai dengan tuntutan syariat. Bapa adalah ketua keluarga. Oleh itu wahai para bapa, laksanakanlah tanggungjawab dengan sebaik2nya, jangan diabai anak isteri anugerah Allah itu.




Cucu yang masih baby dimasukkan dalam buai yang dihias comel loteh. Berbuai biar jgn menangis. Saya pun turut serta dalam acara berzanji walaupun saya ni sebenarnya tak pandai langsung berzanji. ikut2 aje kumat kamit. Alhamdulillah ada buku beerzanji di rumah emak saya tu, dapat jugalah memahami masud yang dilagukan tu. Kisah kelahiran nabi junjungan SAW. Teringin sangat nak menghantar anak2 saya ni belajar berzanji sempena cuti hujung2 tahun. tapi mencari ustaznya tak ketemu lagi hingga kini.




Wafa Bt Ahmad Jabar.. demam pulak kesian..



Asrina Zaira Bt Ahmad Fahmi

Nur Amani Bt Ahmad Farith

Daging kambing dimasak kari. Sungguh saya memang kurang lalu hendak makan daging dalam seminggu ni. Tengahari selepas zohor pula jemaah surau diundang ke rumah. Sehingga hampir maghrib pun masih ada saudara mara yang datang berziarah. Comel2 semua anak saudara, semoga menjadi muslimah yang berguna uuntuk agama, bangsa dan negara.


Kesian tengok emak yang penat memasak sampai sakit2 kaki dan badan, pukul 4 pagi sudah bangun. Hari sebelumnya sudah mula merendang. Mujurlah ada adik beradik lain yang menolong. Harapkan saya ni pun Jumaat malam baru balik, sebab khamis jumaat lagi sekolah, anak2 cuti cuma sehari saja sempena hari raya aidiladha. Itupun pagi sabtu suami bergegas pulang ke Banting kerana ada appointment dengan patient. Maaflah tak dapat menolong sangat. Untung juga punya cucu yang ramai, walaupun masih bersekolah rendah tapi sudah boleh diharap membasuh pinggan, mengutip pinggan2 kotor dan mengemas sikit2. Cucu nenek semuanya rajin2..

setakat ini dulu, jumpa lagi.
Wassalam.

Thursday, November 18, 2010

Korban Aidil adha

Ada 6 ekor lembu dan seekor kambing tahun ni. ramai orang korban. Alhamdulillah. Start lepas solat raya selesai korban lebih kurang pukul 12.30. Aku datang tengok bawak anak2 sekali.




Wednesday, November 17, 2010

Andai Kau Jodohku


Buku ini hadiah daripada seorang kawan sempena ulangtahun kelahiran saya pada 27 oktober yang lalu, Terimakasih daun keladi. Penulisnya Liza Zahira, terbitan karangkraf. Ini kali pertama saya membaca novel karya penulis ni. Tanggapan pertama pada kulit luar buku ini.. "Ini mesti kisah2 cinta remaja, hish, masakan umur seperti aku ini lagi membaca kisah2 cinta?" Tapi tak apa, nanti ada kelapangan aku akan baca sebagai menghargai pemberian rakan. Katanya ini novel terkini di pasaran.

dan semalam 16Nov (pagi selasa) aku mula membaca buku ini disekolah kerana masa agak lapang, jangan tak percaya..aku menyudahkan bacaanku pada hari yang sama jam 4.00 pagi..gila! :) Sekali aku sudah mula membacanya sudah tak mampu lagi untuk aku melepaskannya dan keinginan untk mengetahui kesudahan cerita ini yang memaksa aku berjaga hingga ke pagi.

Waktu pembacaan tu ada juga menyelak ke muka akhir sebab tak sabar nak tahu apa ending cerita ni. Tapi tengok eh, macam tak ada kaitan pulak. Tak apa bersabar sikit. Baca satu2. Novel setebal 510 muka surat ini sangat menarik, sebenarnya ia lebih banyak suspen dan mendebarkan. Jarang jumpa penulis perempuan yang dapat menghasilakn karya2 seperti ini, atau sebenarnya aku yang terlalu taksub dengan RAM?..ah apa2lah.

1.Watak utama dalam novel ini ialah Riana Syuhada Adam manakala watak2 sampingan yang lain ialah Ezani, Syed Aminul, Danish, Maria, Jamsari, Zaharah, Harun, Tini, Hasril, Zana dan beberapa orang lagi. Anda percaya dengan cinta monyet waktu kecil2 dulu? Inilah yang cuba diceritakan dalam novel ini. Pencarian, penantian dan harapan agar dapat bertemu semula teman sewaktu kecil dalam masa yang sama halangan, cubaan dan dugaan yang datang silih berganti.

2. Apa yang menjadikan saya lebih menghayati novel ini kerana latar tempatnya sekitar di Kuala Selangor, Sg. Haji Dorani dan Sg. Besar. Dulu saya sekeluarga pernah menetap di Sekinchan. Jadi, daerah Sabak Bernam dan tempat2 yang disebutkan di dalam buku ini memang saya tahu di mana letaknya, suasananya, pemandanganya terutama sewaktu musim padi menguning, musim menuai yang hingga saat ini pun kami selalu ingin kesana walau hanya untuk berjalan2. Saya ada mencatatkan kenangan itu dalam blog saya ini.

3. Perkaitan wataknya mudah, tak perlu susah2 fikir, sambil membaca sudah boleh mengagak pertalian antara satu watak dengan watak yang lain. Jalan ceritanya jelas. Konflik2 dalam masyarakat diketengahkan antaranya amalan ajaran sesat seperti Ayah Ku Din cuba di bawakan penulis dlam buku ini. Gambaran2 dialam jin dan syaitan yang mempengaruhi minda dan jiwa manusia sehingga sanggup mensyirikkan Allah dan amalan minyak pengasih untuk menundukkan orang lain. Pergolakkan rumahtangga Syed Aminul dan Maria semenjak kehadiran Riana, kecurangan, percaturan politik ditempat kerja dan macam2 lagi..

4. Penulis juga berjaya menggambarkan betapa indahnya Taubat apabila hati yang keras berjaya ditundukkan dengan izin Allah. Kepentingan ilmu pengetahuan terutama ilmu agama sewaktu muda, dengan ilmu hidup seseorang itu lebih bermakna.

5. Berjayakah cinta monyet mereka disatukan? Bahagiakah? untuk mengetahui kesudahan kisah ini apa kata anda beli dan baca sendiri. Teruja untuk mengetahui sedikit latar belakang penulis Liza Zahira maka saya menemukan infonya di sebuah laman web. Baca di sini