Jumaat malam sabtu baru ni - 19/11 kami balik ke Kg. Sg Choh Rawang kerana emak mengadakan kenduri akikah untuk cucu2 nya. 3 orang cucu perempuan sekali serentak. Wafa 1 tahun, Nur Amani 1 tahun, Asrina Zaira sebulan lebih. Pagi Sabtu ada acara berzanji dari kumpulan berzanji Kg. Sg. Choh. Kalau di kampung saya ini kebiasaan berzanji dibawa oleh orang perempuan, mencukur rambut bayi pun dilakukan oleh perempuan juga. Berbeza jika di kampung sebelah suami saya akan di bawa oleh orang lelaki, dari berzanji, cukur rambut, mengendong anak semuanya orang lelaki. Sememangnya orang jawa meletakkan peranan seorang bapa itu sangat penting. Sesuai dengan tuntutan syariat. Bapa adalah ketua keluarga. Oleh itu wahai para bapa, laksanakanlah tanggungjawab dengan sebaik2nya, jangan diabai anak isteri anugerah Allah itu.
Cucu yang masih baby dimasukkan dalam buai yang dihias comel loteh. Berbuai biar jgn menangis. Saya pun turut serta dalam acara berzanji walaupun saya ni sebenarnya tak pandai langsung berzanji. ikut2 aje kumat kamit. Alhamdulillah ada buku beerzanji di rumah emak saya tu, dapat jugalah memahami masud yang dilagukan tu. Kisah kelahiran nabi junjungan SAW. Teringin sangat nak menghantar anak2 saya ni belajar berzanji sempena cuti hujung2 tahun. tapi mencari ustaznya tak ketemu lagi hingga kini.
Wafa Bt Ahmad Jabar.. demam pulak kesian..
Asrina Zaira Bt Ahmad Fahmi
Nur Amani Bt Ahmad Farith
Daging kambing dimasak kari. Sungguh saya memang kurang lalu hendak makan daging dalam seminggu ni. Tengahari selepas zohor pula jemaah surau diundang ke rumah. Sehingga hampir maghrib pun masih ada saudara mara yang datang berziarah. Comel2 semua anak saudara, semoga menjadi muslimah yang berguna uuntuk agama, bangsa dan negara.
Kesian tengok emak yang penat memasak sampai sakit2 kaki dan badan, pukul 4 pagi sudah bangun. Hari sebelumnya sudah mula merendang. Mujurlah ada adik beradik lain yang menolong. Harapkan saya ni pun Jumaat malam baru balik, sebab khamis jumaat lagi sekolah, anak2 cuti cuma sehari saja sempena hari raya aidiladha. Itupun pagi sabtu suami bergegas pulang ke Banting kerana ada appointment dengan patient. Maaflah tak dapat menolong sangat. Untung juga punya cucu yang ramai, walaupun masih bersekolah rendah tapi sudah boleh diharap membasuh pinggan, mengutip pinggan2 kotor dan mengemas sikit2. Cucu nenek semuanya rajin2..
setakat ini dulu, jumpa lagi.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment