Suami isteri itu hidup tenteram mula-mula. Meskipun melarat, mereka taat kepada perintah Tuhan. Segala yang dilarang Allah dihindari, dan ibadah mereka tekun sekali. Si Suami adalah seorang yang alim yang taqwa dan tawakkal. Tetapi sudah beberapa lama isterinya mengeluh terhadap kemiskinan yang tiada habis-habisnya itu. Ia memaksa suaminya agar mencari jalan keluar. Ia membayangkan alangkah senangnya hidup jika segala-galanya serba cukup. Friday, May 7, 2010
Kisah Perlawanan Suami vs Iblis
Suami isteri itu hidup tenteram mula-mula. Meskipun melarat, mereka taat kepada perintah Tuhan. Segala yang dilarang Allah dihindari, dan ibadah mereka tekun sekali. Si Suami adalah seorang yang alim yang taqwa dan tawakkal. Tetapi sudah beberapa lama isterinya mengeluh terhadap kemiskinan yang tiada habis-habisnya itu. Ia memaksa suaminya agar mencari jalan keluar. Ia membayangkan alangkah senangnya hidup jika segala-galanya serba cukup. Friday, April 30, 2010
5 keadilan buat Allahyarham Aminurrasyid
Hadis Rasulullah mengenai wanita
- Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak sia-sia"
- Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah swt mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.
- Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.
- Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
- Apabila telah lahir anak lalui disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
- Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
- Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
Thursday, April 29, 2010
Aminulrashid ditembak semasa memandu?
Kerana takut, panic mereka memandu dengan laju dan akhirnya kereta terjunam ke dalam sungai. seorang dari 4 orang pelajar saya terselamat, sebaik dapat keluar dari kereta yang tenggelam di dalam sungai dan naik kedarat beliau dipukul polis di dada dan badannya. Manakala orang kampung yang datang untuk memberikan pertolongan kepada mangsa yang masih berada di dalam kereta di dasar sungai telah dihalang oleh pihak polis untuk berbuat demikian, sehinggalah kereta ditarik keluar pada keesokan paginya..
Sungguh menyayat hati dari cerita bapa kepada salah seorang Allahyarham pelajar saya, bahawa laporan doktor mengatakan anaknya mati kerana lemas. Berkemungkinan jika orang kampung dibenarkan membantu, mangsa dapat diselamatkan. Saya ada bercerita secara ringkas tentang ke empat2 pelajar ini di dalam blog saya ini. Klik sini
Kita melihat incident ini dalam pelbagai sudut dan peranan pelbagai pihak. Peranan pihak polis menjaga keamanan negara tidak dapat dinafikan namun begitu bertindaklah dengan waras dan adil yang lebih utama bertindak mengikut peraturan bukan mengikut nafsu. (sememangnya pihak polis mempunyai hujah2 mereka dalam sebarang tindakan mereka, siapa yang boleh menyangkal?? lawan kat court dulu baru tahu siapa betul siapa salah!) Ini bukanlah bermakna pihak lain boleh berlepas tangan dalam usaha membenteras jenayah dan melanggar undang2. Peranan ibu bapa dan keluarga sangatlah penting dengan memastikan serta memperingatkan anak2 apa yang mereka boleh dan tidak boleh lakukan. Masyarakat harus lebih peka dengan apa pun yang berlaku di sekeliling kita. Semoga segala yang baik dapat kita jadikan teladan dan yang buruk kita jadikan sempadan dan iktibar.
Alfatihah kepada mereka semua yang telah pergi mendahului kita...
-----------------------------------------------------------------------
Pada 26/04/2010 jam lebih kurang 12:00 pagi saya keluar menaiki kereta kawan saya bernama AMINUL RASHID BIN HAMZAH pergi ke sek 7 Shah Alam kedai mamak Ali Corner untuk berjumpa dengan kawan saya bernama Mohd Basir yang mengalami masalah motor pancit. Semasa hendak pergi ke tempat kawan saya, kami telah tergesel dengan sebuah kereta nombor pendaftar dan jenis kereta tersebut tidak ingat menyebabkan AMINUL RASHID menjadi takut dan melarikan diri untuk balik ke rumah di Sek 11 Shah Alam.
Selepas keluar dari kedai mamak, kami dikejar oleh beberapa buah m/sikal no. tidak ingat kemungkinan kawan-kawan kepada kereta yang kami gesel tadi.
Sampai berhampiran Bulatan Kayangan di Sek 12 Shah Alam, salah sebuah m/sikal tadi hendak memotong kereta kami tetapi terlanggar bahagian belakang kereta menyebabkan penunggang m/sikal terjatuh.
Oleh kerana terlaku takut, AMINUL RASHID memandu ereta dengan laju dan memotong sebuah kereta Polis MPV menyebabkan kereta polis tersebut mengejar kami.
AMINUL RASHID menjadi bertambah takut dan membawa kereta dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan kami dan juga orang awam.
Kereta polis terus mengejar kami sehingga ke Stesyen Minyak Caltex Sek 11 dan saya terdengar tembakan bertubi-tubi mengenai tayar belakang kereta menyebabkan kereta yang dipandu AMINRUL RASHID terhoyong-hayang dan tergelincir dan masih dapat dikawal.
Dan semasa saya terdengar tembakan kali terakhir terkena pada kepala AMIRUL RASHID menyebabkan beliau jatuh diatas riba saya dan saya nampak bahagian belakang kepala AMINUL RASHID berlubang dan berdarah.
Kereta kemudiannya tidak dapat dikawal lalu terlanggar tembok rumah orang lalu berhenti.
Saya keluar dari kereta untuk menyerah diri saya dan salah seorang daripada anggota Polis menendang saya dan belakang dan kemudiannya Polis yang lain terus terus memukul dan memijak saya beramai-ramai.
Saya meronta-ronta dan dapat melarikan diri daripada anggota Polis tersebut lalu balik kerumah. Saya mendapat cedera di tangan kanan, kaki dan sakit kepala.
Tujuan saya buat laporan adalah untuk menceritakan semula perkara sebenar yang berlaku ke atas diri saya dan kawan saya yang… ..
sumber: perisik-rakyat / Laporan Polis Sahabat Arwah Aminulrashid
Berita asal
----------------------------------------------------
Ini pula berita yang dimuatkan dalam Berita Harian
Remaja maut ditembak polisOleh Rafidah Mat
Ruzkifidahruzki@bharian.com.my2010/04/27
Mangsa dipercayai undur kenderaan elak disekat peronda
SHAH ALAM: Seorang remaja maut selepas terkena tembakan yang dilepaskan anggota polis peronda apabila remaja itu dipercayai cuba mengundurkan kenderaannya untuk melarikan diri ketika disekat dalam satu kejadian di sini, awal pagi semalam.
Sehubungan itu, empat anggota peronda dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, kini diarah melakukan kerja di pejabat bagi membolehkan siasatan terperinci kes itu dijalankan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, anggota peronda berkenaan terserempak dengan sebuah kereta Proton Iswara di Seksyen 11, di sini.
Katanya, anggota terbabit cuba menjalankan pemeriksaan terhadap kereta itu dan mengarahkan pemandunya berhenti, namun dia memecut, menyebabkan anggota peronda mengejarnya.
"Setiba di tempat kejadian di Jalan 11/2G, Seksyen 11, anggota peronda berjaya menghalang kereta itu. "Penumpang kereta berkenaan, seorang lelaki, keluar dan melarikan diri, manakala pemandu kereta, cuba mengundurkan keretanya, menyebabkan anggota peronda terpaksa melepaskan beberapa tembakan," katanya di sini, semalam.
Khalid berkata, satu daripada tembakan itu mengenai pemandu kereta berkenaan yang kemudian mati akibat tembakan itu, manakala rakannya dapat melarikan diri. Katanya, pemeriksaan terhadap pemandu berkenaan mendapati, dia adalah remaja lelaki berusia 15 tahun.
Polis juga menemui parang dipercayai digunakan untuk kegiatan samun dalam kereta berkenaan.
Khalid berkata, beliau sedih dengan kejadian itu dan sudah mengarahkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Katanya, beliau akan melantik seorang pegawai di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) menjalankan siasatan penuh mengenai kejadian itu.
Beliau berkata, siasatan akan dijalankan terhadap keempat-empat anggota berkenaan, walaupun hanya seorang daripada mereka yang melepaskan tembakan berkenaan bagi mengetahui punca sebenar kejadian.
Saturday, April 24, 2010
Tetamu Membawa Tuah. Pintu Gerbang Sekolah Runtuh!
Ini ialah pintu gerbang sekolah. Pagi tadi (sabtu 24/4/2010) lebih kurang pukul 7.30 dah selamat menyembah bumi. lepas ni boleh ganti yang baru. alhamdulillah tiada sebarang kemalangan jiwa.
Inilah puncanya! eh, bukan pakcik yang tengah menyapu tu , tapi bas yang saya petak kan warna kuning tu. Orang dah kata tak lepas, degil! lain kali dengarlah cakap tuan rumah, tuan rumah lebih tahu keadaan rumah sendiri dari tetamu. Apa susah, bayar ajelah ganti rugi kan. Free2 je dapat pintu gerbang baru. Amal Islami peringkat negeri di SAMTTAR memang membawa tuah. Benarlah kata2.. " tetamu membawa rezeki" Alhamdulillah.. Setiap yang terjadi ada hikmahnya.
Jumaat dan Sabtu daerah Kuala Langat menjadi tuan rumah Program Amal islami peringkat negeri bagi sekolah2 menengah Agama (SAM & SAMT) negeri Selangor. Acara2 berlangsung di dua lokasi berasingan iaitu di SAMTTAR dan MITIB . Ramai perserta dan guru pengiring dari 4 buah zon telah sampai pada hari Jumaat dan bermalam di asrama sekolah saya kerana acara nasyid di adakan di dewan besar sekolah sebelah malam selepas isyak. Acara penutup pula semua berlangsung di MITIB (Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Istana Bandar) di Jugra pada pagi sabtu.
Pagi Sabtu bas datang hendak mengangkut para perserta ke MITIB. Bas nak masuk sampai perkarangan sekolah, kalau setakat bas sekolah memang boleh lepas, tapi bas persiaran yang ada pintu kecemasan atas bumbung bas tu agak tinggi dari bas2 biasa. Baru masuk sikit je, kemudian undur balik.... gedebummm, runtuh..!!! pagi tadi parking kereta kat masjid lah jawabnya..
Itulah ibaratnya. Tidak ada yang kekal di dunia ini. Yang kekal hanyalah Tuhan semesta Alam. yang patah kan tumbuh yang hilang berganti. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Terimakasih juga kepada driver bas JAIS.. :))
Tuesday, April 20, 2010
Solat Subuh di Masjid

Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid .
ditengah jalan menuju masjid, pemuda tersebut jatuh dan pakaiannya kotor.
Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah. Di rumah, dia berganti baju , berwudhu, dan, LAGI, berjalan menuju masjid .
Dlm perjalanan kembali ke masjid , dia jatuh lagi di tempat yg sama ! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah, dia, sekali lagi , berganti baju , berwudhu dan berjalan menuju masjid .
Di tengah jalan menuju masjid , dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu . Dia menanyakan identiti lelaki tsb, dan menjawab "Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid , jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda..' Pemuda pertama mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid .
Saat sampai di masjid , pemuda pertama bertanya kepada lelaki yang membawa lampu untuk masuk dan sholat subuh bersamanya. lelaki itu menolak.
Aku adalah IBLIS (setan)
Pemuda itu terkejut dgn jawapan lelaki itu.
Jadi, jangan biarkan Setan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya. Jangan melepaskan sebuah niat baik yg hendak kamu lakukan karena kamu tidak pernah tahu ganjaran yg akan kamu dapat dari segala kesulitan yg kamu temui dalam usahamu utk melaksanakan niat baik tersebut .
Monday, April 12, 2010
Lagi Buang Bayi (kali ni di Sg. Choh)

Dia dibungkus dengan kertas surat khabar, kemudian dimasukkan ke dalam beg plastik sebelum dibuang dalam timbunan sampah.
Sekali lagi, penemuan mayat bayi dalam keadaan tragis ini - tiga hari selepas kempen Kami Prihatin dilancarkan - memperlihatkan masih ada orang yang sanggup bertindak kejam terhadap bayi tidak berdosa.
Mayat bayi lelaki malang yang masih bertali pusat itu ditemui oleh pekerja Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) di tempat pembuangan sampah di Sungai Choh di sini kira-kira pukul 8 pagi ini.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, mayat bayi itu ditemui dalam timbunan sampah di sebelah kedai nasi ayam berhampiran lampu isyarat di pekan Sungai Choh.Beliau berkata, seorang pekerja MDHS yang sedang mengutip sampah di kawasan itu menemui mayat itu dalam bungkusan plastik.
"Pekerja terbabit tergerak untuk memeriksa bungkusan plastik yang ditemuinya dalam timbunan sampah itu kerana berasa curiga dengan isi kandungannya.
"Dia terkejut apabila mendapati bungkusan itu mengandungi mayat seorang bayi dan segera memaklumkan perkara itu kepada orang ramai yang berada di kedai berhampiran sebelum menghubungi polis," katanya di sini hari ini.
Norel Azmi memberitahu, siasatan mendapati bayi lelaki itu baru dilahirkan dan dibuang dalam timbunan sampah sarap di situ.Bagaimanapun, beliau berkata, bayi itu sudah mati ketika ditemui pekerja terbabit.
Berdasarkan maklumat awal pakar perubatan, katanya, bayi itu mungkin dilahirkan tidak cukup bulan tetapi sempurna sifat dan dipercayai akibat keguguran. Tambahnya, mayat bayi malang itu dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baharu untuk bedah siasat.
"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kematian.
"Polis sedang berusaha mengesan ibu mangsa dan mengharapkan bantuan orang ramai untuk menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan," katanya.
Khamis lalu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melancarkan kempen Kami Prihatin yang bertujuan menangani gejala penderaan kanak-kanak dan buang bayi.
Kempen anjuran Utusan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Astro dan Karyawan itu turut disokong oleh artis popular tanah air yang menyanyikan lagu Harapan Tanpa Suara.
Monday, April 5, 2010
Kisah 'Temenggung berbaju biru'
5/4/2010 Cerita ni berlaku minggu lepas, diceritakan oleh Amy (bukan nama sebenar) kepada aku . Masa tu budak Amy ni sedang memandu seorang diri hendak pulang ke rumahnya. dalam perjalanan tu keretanya ditahan oleh seorang 'temenggung berbaju biru'. Cermin kereta pun diturunkan.."Ini roadtax sudah mati" kata 'temenggung berbaju biru'
"Sorrylah encik, saya tak perasan"
" kita selesai kat sini aje.. " serius je temenggung baju biru tu cakap.
Untuk beberapa saat Amy menyangka yang dia akan diberi surat saman. Ternyata tanggapan dia salah, kerana tidak ada buku saman pun pada lelaki tu. Fahamlah dia apa makna 'selesai' tu. Malas nak pikir panjang, lagipun hari dah malam, so, Amy tu pun tanya " berapa?" haiyaa lagi mau tanya ka.... Lelaki tu jawab "tiga puluh"
cari punya cari dalam handbag, adalah lima puluh, so dia pun bagi. Lelaki tu ambil duit tu dan terus masuk dalam pocket seluar dia. Eh, budak Amy tu jadi peliklah pulak, tadi kata tiga puluh je, bila kita bagi lima puluh dia ambik semuanya. "mana lagi dua puluh??" peduli apa, janji dapat balik baki. Dahlah mintak rasuah, penipu pulak tu, mencuri lagi..ish2 macam mana orang macam ni nak jaga keamanan negara??? Yang lagi peliknya macam mana orang macam ni boleh sarung uniform biru dan usung slogan "Anti rasuah" sana-sini? Chewah, yang dia tu bersubahat sama huloq tu, tak berdosa ke??
Temenggung berbaju biru pun seluk balik pocket dia, seluk sana, seluk sini, seluk kanan, seluk kiri akhirnya dia keluarkan sepuluh ringgit, "nah, ada sepuluh je"
Budak Amy tu pun ambik duit tu dah terus blaa...
----------------------
Kalau kita ditempat Amy apa tindakan kita? Kalau saya, mungkin saya lebih rela diberi saman. Tapi kalau polis tu pun tak bawa buku saman, memang saja 'cari makan' nak buat macam mana?? adus susah juga macam ni..Entahlah, sebenarnya saya sendiri pun tak pernah mengalami situasi begitu. Takut2 lepas ni terkena pula.. Minta dijauhkan Tuhan. Dalam heboh2 periuk nasi mereka akan ditambah besarkan, masih ada lagi segelintir mereka yang suka sangat minta suap. Dah jadi tabiat agaknya, paling tidak pun buat duit ngeteh, bayar minyak motor ke, beli rokok ke, beli lauk kat pasar untuk anak bini kat rumah ke.. hee nauzubillah, takut tau mengata orang ni, silap haribulan Allah balikkan pada orang yang mengata tu pulak. Mengumpat tu ada yang dibenarkan syarak dalam beberapa keadaan. Kita ambillah pengajaran sekiranya ada.
Menunggu gunung timpa diri.
Baru bangun rioh senegeri.
Semua Panglima rioh berperi.
Rasuah tetap menjadi-jadi.
Moralnya : Lu pikirlah sendiri..


Saturday, April 3, 2010
Penyakit dan Penyembuhan
Tulisan DR Musthafa Umar
“dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku,”[Q.S. Asy-Syu’araa : 80]
Ayat ini menerangkan keimanan nabi Ibrahim ‘Alaihissalaam bahawasanya yang menyembuhkan penyakit adalah Allah Subhanahu wata’ala. Keimanan yang seperti itu patutlah kita miliki pula sehingga hidup menjadi lurus dan benar. Bekalan ini adalah penting kerana tidak ada diantara kita yang memiliki jaminan dapat terlepas daripada penyakit.
Makna dan Jenis Penyakit.
Penyakit maknanya apa sahaja perkara yang boleh mendatangkan rasa sakit kepada kita. Ada diantara penyakit itu yang mendatangkan rasa sakit kepada badan kita ; seperti penyakit jantung, paru-paru, kulit dan lain sebagainya. Ada pula penyakit yang mendatangkan rasa sakit kepada akal kita ; seperti lupa dan kurang ingatan. Dan ada pula yang mendatangkan rasa sakit kepada hati atau jiwa kita ; seperti penyakit dengki, sombong, tamak dan lain sebagainya.
Penyakit Adalah Taqdir Allah.
Apapun jenis penyakit yang diderita manusia tidak lepas daripada taqdir Allah Subhanahu wata’ala. Ertinya, Allah-lah yang menetapkan seseorang itu terkena penyakit.
Ada diantara penyakit itu yang bersebab dan ada pula yang tidak bersebab. Daripada sini nampaklah kuasa Allah yang mutlak dalam mentaqdirkan penyakit.
Meskipun penyakit itu datangnya daripada Allah namun kita tidak boleh mengatakan bahawa Allah telah membuat kita sakit, tetapi hendaklah kita mengatakan dengan menyandarkan kepada diri kita sendiri ; seperti ungkapan kita ‘saya sakit’, bukan ‘saya disakitkan oleh Allah’. Ungkapan ini adalah pernyataan sopan santun yang menunjukkan kerendahan hati seperti yang dicontohkan oleh nabi Ibrahim di dalam ayat diatas :”Dan apabila aku sakit, Dia lah (Allah) Yang Menyembuhkan ku”.
Kemudian penyakit yang dijalani oleh manusia dapat pula dibahagikan kepada dua macam : ada penyakit yang ditetapkan sebagai ujian dan adapula sebagai siksaan.
Macam yang pertama bertujuan untuk mengangkat kedudukan orang yang diuji tersebut ; semakin sabar ia dalam ujian menjalani sakit itu maka semakin mulia-lah kedudukannya disisi Allah Subhanahu wata’ala. Umpamanya seperti nabi Ayyuub ‘Alaihissalaam ; bagaimanapun dahsyatnya penyakit yang ditanggung namun tidak sedikitpun melemahkan keimanannya kepada Allah.
Adapun penyakit sebagai siksaan bertujuan untuk menyengsarakan orang yang tengah menjalaninya. Hal itu disebabkan kerana perbuatan dosa yang telah dilakukan. Allah berfirman : ”Dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah menambahkan penyakit mereka, dan bagi mereka siksaan yang pedih disebabkan mereka berdusta”. [Q.S. Al-Baqoroh : 10]
Perbezaan penyakit sebagai ujian dengan penyakit sebagai siksaan terletak pada diri orang yang menjalaninya ; ia bukan terletak pada penyakitnya. Boleh sahaja penyakit jantung itu sebagai ujian bagi si A dan sebagai siksaan bagi si B. Penyakitnya sama, namun berbeza dalam menjalaninya. Si A tidak akan sengsara dengan penyakit itu, ia tenang dan penuh keredhoan. Namun si B akan menderita menanggung susah, ia gelisah, takut dan meronta-ronta.
Sama halnya dengan pelajar dan peperiksaan ; pelajar yang rajin tidak akan sengsara dengan peperiksaan yang dihadapi, namun bagi pelajar yang malas tentu peperiksaan itu membuatnya tertekan dan menderita.
Penyembuhan Penyakit Daripada Allah
Apapun jenis penyakit yang diderita manusia ; samada penyakit badan, akal ataupun jiwa, dan apapun macam penyakit tersebut ; samada sebagai ujian ataupun sebagai siksaan, yang akan menyembuhkannya hanyalah Allah, tidak ada yang lainnya.
Ayat diatas menyebutkan dengan jelas : “Dan apabila aku sakit, Dia-lah (Allah) Yang Menyembuhkan-ku”.Maka daripada sini sesiapa yang diuji dengan penyakit maka hendaklah ia berdo’a supaya Allah cepat mengangkat penyakit daripadanya. Seperti berdo’a dengan membaca Ayat Al-Quran :"(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang". [Q.S Al-Anbiyaa : 83]
Dan sesiapa yang merasa disiksa dengan penyakit maka hendaklah ia bertaubat sehingga Allah mengampuni dosanya dan terselamatlah ia daripada ‘penyakit siksaan’ itu. Seperti bertaubat dengan mengucapkan :"Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim." [Q.S. Al-Anbiyaa : 87]
Bagi kita, langkah kedua hendaklah sentiasa dilakukan meskipun kita tidak merasa melakukan dosa, kerana boleh jadi kita telah melakukannya sementara kita tidak menyedarinya.Sikap keimanan ini mestilah ditunjukkan dikala mengharapkan penyembuhan daripada penyakit.
Disinilah nilai hidup yang menentukan siapa kita ; hamba-hamba Allah-kah kita atau hamba-hamba yang angkuh dan sombong. Dan sikap keimanan ini sahaja tidak cukup, ia mestilah diiringi pula dengan usaha mencari sebab penyembuhan ; pergi berjumpa dokter, makan obat dan lain sebagainya yang sesuai dengan nilai Tauhid. Apabila penyakit itu berhubungan dengan akal fikiran maka bacalah buku-buku yang betul dan bermanfa’at, bukan buku-buku novel yang penuh dengan hayalan dan cerita kosong. Apabila penyakit itu berhubungan dengan jiwa maka bacalah Al-Quran dan perbanyaklah zikir kepada Allah.
Sesungguhnya penyakit adalah salah satu perkara hidup yang mesti dijalani oleh manusia, maka pastikan penyakit itu yang akan memuliakan kita, bukan yang akan menghinakan kita. Wallahu A’lam.
Disediakan oleh: Al-Faqiir Ilaa Rabbih : Musthafa Umar
http://www.tafaqquh.com/new/
Friday, April 2, 2010
Keputusan Ujian Makmal
Semalam (Jumaat 2/4/2010) appointment @KPJ Selangor Specialist Shah Alam, with Dr. Siti Esah, untuk keputusan D&C. Keputusannya ialah -Endometrial Hyperplasia
ia bermaksud suatu peningkatan dalam jumlah sel-sel lapisan bahagian dalam uterus tetapi ia bukan kanser (Alhamdulillah leganya). Ini menjadikan uterus tebal. Heavy menstrual bleeding adalah antara gejala umum dari hyperplasia. Sesiapa pun boleh kena, ia nasib-nasib, sudah ketentuan Allah.
Treatment : Doktor Beri ubat - PROVERA 10MG TAB (MEDROXYPROGES) 60 biji untuk menstabilkan semula hormon , makan tanpa henti sehingga appointment akan daatang 4/6/2010 (Friday). Appointment akan datang untuk pastikan perkembangan hyperplasia dan uterus kembali normal.
Mahasuci Allah yang memberikan kita sihat dan sakit.
*وَإِذَا مَرِضتُ فَهُوَ يَشفِينِ *
“Dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku,”[Q.S. Asy-Syu’araa : 80]
WA

macam mana boleh roboh???