Monday, April 5, 2010

Kisah 'Temenggung berbaju biru'

5/4/2010 Cerita ni berlaku minggu lepas, diceritakan oleh Amy (bukan nama sebenar) kepada aku . Masa tu budak Amy ni sedang memandu seorang diri hendak pulang ke rumahnya. dalam perjalanan tu keretanya ditahan oleh seorang 'temenggung berbaju biru'. Cermin kereta pun diturunkan..

"Ini roadtax sudah mati" kata 'temenggung berbaju biru'
"Sorrylah encik, saya tak perasan"
" kita selesai kat sini aje.. " serius je temenggung baju biru tu cakap.

Untuk beberapa saat Amy menyangka yang dia akan diberi surat saman. Ternyata tanggapan dia salah, kerana tidak ada buku saman pun pada lelaki tu. Fahamlah dia apa makna 'selesai' tu. Malas nak pikir panjang, lagipun hari dah malam, so, Amy tu pun tanya " berapa?" haiyaa lagi mau tanya ka.... Lelaki tu jawab "tiga puluh"

cari punya cari dalam handbag, adalah lima puluh, so dia pun bagi. Lelaki tu ambil duit tu dan terus masuk dalam pocket seluar dia. Eh, budak Amy tu jadi peliklah pulak, tadi kata tiga puluh je, bila kita bagi lima puluh dia ambik semuanya. "mana lagi dua puluh??" peduli apa, janji dapat balik baki. Dahlah mintak rasuah, penipu pulak tu, mencuri lagi..ish2 macam mana orang macam ni nak jaga keamanan negara??? Yang lagi peliknya macam mana orang macam ni boleh sarung uniform biru dan usung slogan "Anti rasuah" sana-sini? Chewah, yang dia tu bersubahat sama huloq tu, tak berdosa ke??


Temenggung berbaju biru pun seluk balik pocket dia, seluk sana, seluk sini, seluk kanan, seluk kiri akhirnya dia keluarkan sepuluh ringgit, "nah, ada sepuluh je"
Budak Amy tu pun ambik duit tu dah terus blaa...


----------------------
Kalau kita ditempat Amy apa tindakan kita? Kalau saya, mungkin saya lebih rela diberi saman. Tapi kalau polis tu pun tak bawa buku saman, memang saja 'cari makan' nak buat macam mana?? adus susah juga macam ni..Entahlah, sebenarnya saya sendiri pun tak pernah mengalami situasi begitu. Takut2 lepas ni terkena pula.. Minta dijauhkan Tuhan. Dalam heboh2 periuk nasi mereka akan ditambah besarkan, masih ada lagi segelintir mereka yang suka sangat minta suap. Dah jadi tabiat agaknya, paling tidak pun buat duit ngeteh, bayar minyak motor ke, beli rokok ke, beli lauk kat pasar untuk anak bini kat rumah ke.. hee nauzubillah, takut tau mengata orang ni, silap haribulan Allah balikkan pada orang yang mengata tu pulak. Mengumpat tu ada yang dibenarkan syarak dalam beberapa keadaan. Kita ambillah pengajaran sekiranya ada.

Menunggu gunung timpa diri.
Baru bangun rioh senegeri.
Semua Panglima rioh berperi.
Rasuah tetap menjadi-jadi.

Moralnya : Lu pikirlah sendiri..




Saturday, April 3, 2010

Penyakit dan Penyembuhan

3/4/2010 (sabtu)
Tulisan DR Musthafa Umar

“dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku,”[Q.S. Asy-Syu’araa : 80]

Ayat ini menerangkan keimanan nabi Ibrahim ‘Alaihissalaam bahawasanya yang menyembuhkan penyakit adalah Allah Subhanahu wata’ala. Keimanan yang seperti itu patutlah kita miliki pula sehingga hidup menjadi lurus dan benar. Bekalan ini adalah penting kerana tidak ada diantara kita yang memiliki jaminan dapat terlepas daripada penyakit.


Makna dan Jenis Penyakit.
Penyakit maknanya apa sahaja perkara yang boleh mendatangkan rasa sakit kepada kita. Ada diantara penyakit itu yang mendatangkan rasa sakit kepada badan kita ; seperti penyakit jantung, paru-paru, kulit dan lain sebagainya. Ada pula penyakit yang mendatangkan rasa sakit kepada akal kita ; seperti lupa dan kurang ingatan. Dan ada pula yang mendatangkan rasa sakit kepada hati atau jiwa kita ; seperti penyakit dengki, sombong, tamak dan lain sebagainya.

Penyakit Adalah Taqdir Allah.
Apapun jenis penyakit yang diderita manusia tidak lepas daripada taqdir Allah Subhanahu wata’ala. Ertinya, Allah-lah yang menetapkan seseorang itu terkena penyakit.

Ada diantara penyakit itu yang bersebab dan ada pula yang tidak bersebab. Daripada sini nampaklah kuasa Allah yang mutlak dalam mentaqdirkan penyakit.

Meskipun penyakit itu datangnya daripada Allah namun kita tidak boleh mengatakan bahawa Allah telah membuat kita sakit, tetapi hendaklah kita mengatakan dengan menyandarkan kepada diri kita sendiri ; seperti ungkapan kita ‘saya sakit’, bukan ‘saya disakitkan oleh Allah’. Ungkapan ini adalah pernyataan sopan santun yang menunjukkan kerendahan hati seperti yang dicontohkan oleh nabi Ibrahim di dalam ayat diatas :”Dan apabila aku sakit, Dia lah (Allah) Yang Menyembuhkan ku”.

Kemudian penyakit yang dijalani oleh manusia dapat pula dibahagikan kepada dua macam : ada penyakit yang ditetapkan sebagai ujian dan adapula sebagai siksaan.

Macam yang pertama bertujuan untuk mengangkat kedudukan orang yang diuji tersebut ; semakin sabar ia dalam ujian menjalani sakit itu maka semakin mulia-lah kedudukannya disisi Allah Subhanahu wata’ala. Umpamanya seperti nabi Ayyuub ‘Alaihissalaam ; bagaimanapun dahsyatnya penyakit yang ditanggung namun tidak sedikitpun melemahkan keimanannya kepada Allah.

Adapun penyakit sebagai siksaan bertujuan untuk menyengsarakan orang yang tengah menjalaninya. Hal itu disebabkan kerana perbuatan dosa yang telah dilakukan. Allah berfirman : ”Dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah menambahkan penyakit mereka, dan bagi mereka siksaan yang pedih disebabkan mereka berdusta”. [Q.S. Al-Baqoroh : 10]

Perbezaan penyakit sebagai ujian dengan penyakit sebagai siksaan terletak pada diri orang yang menjalaninya ; ia bukan terletak pada penyakitnya. Boleh sahaja penyakit jantung itu sebagai ujian bagi si A dan sebagai siksaan bagi si B. Penyakitnya sama, namun berbeza dalam menjalaninya. Si A tidak akan sengsara dengan penyakit itu, ia tenang dan penuh keredhoan. Namun si B akan menderita menanggung susah, ia gelisah, takut dan meronta-ronta.

Sama halnya dengan pelajar dan peperiksaan ; pelajar yang rajin tidak akan sengsara dengan peperiksaan yang dihadapi, namun bagi pelajar yang malas tentu peperiksaan itu membuatnya tertekan dan menderita.

Penyembuhan Penyakit Daripada Allah
Apapun jenis penyakit yang diderita manusia ; samada penyakit badan, akal ataupun jiwa, dan apapun macam penyakit tersebut ; samada sebagai ujian ataupun sebagai siksaan, yang akan menyembuhkannya hanyalah Allah, tidak ada yang lainnya.

Ayat diatas menyebutkan dengan jelas : “Dan apabila aku sakit, Dia-lah (Allah) Yang Menyembuhkan-ku”.Maka daripada sini sesiapa yang diuji dengan penyakit maka hendaklah ia berdo’a supaya Allah cepat mengangkat penyakit daripadanya. Seperti berdo’a dengan membaca Ayat Al-Quran :"(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang". [Q.S Al-Anbiyaa : 83]

Dan sesiapa yang merasa disiksa dengan penyakit maka hendaklah ia bertaubat sehingga Allah mengampuni dosanya dan terselamatlah ia daripada ‘penyakit siksaan’ itu. Seperti bertaubat dengan mengucapkan :"Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim." [Q.S. Al-Anbiyaa : 87]

Bagi kita, langkah kedua hendaklah sentiasa dilakukan meskipun kita tidak merasa melakukan dosa, kerana boleh jadi kita telah melakukannya sementara kita tidak menyedarinya.Sikap keimanan ini mestilah ditunjukkan dikala mengharapkan penyembuhan daripada penyakit.

Disinilah nilai hidup yang menentukan siapa kita ; hamba-hamba Allah-kah kita atau hamba-hamba yang angkuh dan sombong. Dan sikap keimanan ini sahaja tidak cukup, ia mestilah diiringi pula dengan usaha mencari sebab penyembuhan ; pergi berjumpa dokter, makan obat dan lain sebagainya yang sesuai dengan nilai Tauhid. Apabila penyakit itu berhubungan dengan akal fikiran maka bacalah buku-buku yang betul dan bermanfa’at, bukan buku-buku novel yang penuh dengan hayalan dan cerita kosong. Apabila penyakit itu berhubungan dengan jiwa maka bacalah Al-Quran dan perbanyaklah zikir kepada Allah.

Sesungguhnya penyakit adalah salah satu perkara hidup yang mesti dijalani oleh manusia, maka pastikan penyakit itu yang akan memuliakan kita, bukan yang akan menghinakan kita. Wallahu A’lam.

Disediakan oleh: Al-Faqiir Ilaa Rabbih : Musthafa Umar
http://www.tafaqquh.com/new/

Friday, April 2, 2010

Keputusan Ujian Makmal

Untuk Record

Semalam (Jumaat 2/4/2010) appointment @KPJ Selangor Specialist Shah Alam, with Dr. Siti Esah, untuk keputusan D&C. Keputusannya ialah -Endometrial Hyperplasia


ia bermaksud suatu peningkatan dalam jumlah sel-sel lapisan bahagian dalam uterus tetapi ia bukan kanser (Alhamdulillah leganya). Ini menjadikan uterus tebal. Heavy menstrual bleeding adalah antara gejala umum dari hyperplasia. Sesiapa pun boleh kena, ia nasib-nasib, sudah ketentuan Allah.

Treatment : Doktor Beri ubat - PROVERA 10MG TAB (MEDROXYPROGES) 60 biji untuk menstabilkan semula hormon , makan tanpa henti sehingga appointment akan daatang 4/6/2010 (Friday). Appointment akan datang untuk pastikan perkembangan hyperplasia dan uterus kembali normal.

Mahasuci Allah yang memberikan kita sihat dan sakit.

*وَإِذَا مَرِضتُ فَهُوَ يَشفِينِ *

“Dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku,”[Q.S. Asy-Syu’araa : 80]

WA

Wednesday, March 31, 2010

Kaki katak dalam mi goreng

KUALA LUMPUR 19 Mac Sanggupkah anda menikmati hidangan mi goreng berlaukkan kaki katak seperti insiden yang menimpa seorang pelajar lelaki ketika dia sedang menjamu selera bersama ahli keluarganya di sebuah kopitiam di Bukit Tinggi, Klang baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam pada 11 Mac lalu, Aliff Shanaz, 23, terkejut apabila mendapati terdapat kaki katak dalam menu mi goreng yang dinikmatinya selepas tiga kali dia menyuap hidangan itu.




Sejurus selepas kejadian itu, dia terus mengadu kepada juruwang di kopitiam berkenaan yang kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada pengurus kedai makan tersebut.
Katanya, beberapa pekerja kopitiam berkenaan telah mengambil gambar kaki katak dalam hidangan mi goreng itu selepas dia bertegas tidak akan memulangkan hidangan tersebut.
Pengurus itu cuba pujuk saya dengan berjanji untuk menggantikan menu lain dan tidak mengenakan bayaran ke atas hidangan tersebut.
Saya rasa tidak berpuas hati kerana pengurus tersebut gagal memberi penjelasan bagaimana kaki katak berkenaan boleh dimasukkan dalam menu makanan yang saya pesan.
Malah, saya turut meminta pengurus itu menandatangani laporan yang telah saya buat untuk tindakan selanjutnya, bagaimanapun dia menolak dengan alasan arahan daripada pihak atasan, katanya di sini hari ini

---------------------------
yang pi kopitiam tu buat apa? banyak lagi kedai orang islam yang confirm halal.. Heran orang islam malaysia sekarang berpusu2 masuk ke OTWC or also known as kopitiam. Mungkin sebab ada kemudahan wireless itu yang suka sangat duk situ.

Tuesday, March 30, 2010

Pameran 'Seni'??

Pameran 'Seni' di Sepanyol



Gambar ini di kirim oleh seorang rakan melalui email. Saya tidak tahu apa cerita sebenar disebalik gambar-gambar ini. Biar saya buat tanggapan saya sendiri...

Lihat seorang 'muslim' sedang sujud di atas sejadah dan disisinya ada sebuah kitab, diatasnya pula sedang berteleku seorang nasrani (kristian) sambil memeluk kitab sucinya dan di atas sekali satu bangsa yang angkuh dan sombong di atas muka bumi ini tak lain ialah Yahudi. Mereka kata ini seni.

Inikah yang dikatakan 'Seni'?? Sungguh biadap golongan Yahudi dan Nasrani ini!. Pada mereka Islam harus diinjak-injak dan ditindas untuk mereka naik ke atas. Angkuh dan bongkaknya mereka ini!. Sudah habis agaknya seni lain yang boleh dipamerkan. Tak sudah2 menyentuh sensitiviti umat Islam.
Lihat terjemahan ayat Al-Quran dibawah dan ambillah iktibar darinya.


Firman Allah SWT di dalam Al Quran : (5) Al Maa’idah : Ayat 51

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. (QS. 5:51)

Al Quran : (2) Al Baqarah : Ayat 120

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamumengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. (QS. 2:120)





sama-sama kita renungkan. Wallahu A'lam.

Sunday, March 28, 2010

Apa itu D&C

Assalamualaikum wbth dan selamat berhujung minggu.

Di sini saya ingin berkongsi sedikit pengetahuan kesihatan terutama kepada para wanita berkenaan dengan pembedahan D&C (baca dengan DnC). Sila klik pada link dibawah, selamat membaca dan menambah pengetahuan. klik Apa itu D&C

Friday, March 26, 2010

Game bunuh 'malaikat maut' -Awasi Dakyah Kristian!

Bunuh ‘malaikat maut’
Posted on the March 24th, 2010 under
Berita, Tempatan, Warning by johnjimat

KUALA LUMPUR: Elemen kepercayaan terhadap alam ghaib termasuk membabitkan malaikat yang menjadi perisian terkini permainan konsol PS3 dan Xbox 360 dikesan semakin diminati generasi muda kerana memberikan keseronokan ekstrem kepada pemainnya.

PERSENDA AGAMA…dua permainan konsol yang memerlukan pemain berinteraksi dengan perkara ghaib.


Melalui permainan itu, sesiapa saja boleh menikmati pengalaman baru dengan menatap wajah malaikat maut sambil meneroka syurga, malah mengalami situasi mencemaskan apabila menjelajah sembilan lapisan neraka.Namun, ia mempunyai unsur mempersendakan agama apabila permainan dibangunkan syarikat antarabangsa seperti Darksiders itu menggambarkan malaikat seperti manusia yang bersenjata, bersayap dan berbaju perisai, malah boleh dibunuh sesuka hati, sekali gus bertentangan prinsip kepercayaan Islam.

Dantes Inferno pula berkaitan misinya yang dilakukan dalam neraka membolehkan pemain membuat pilihan sama ada mahu memusnah atau menyucikan roh manusia dikutuk menggunakan cahaya salib untuk dihantar ke syurga.

Permainan konsol yang menceritakan era Perang Salib itu juga dikesan berunsur lucah kerana turut memaparkan karakter musuh wanita separuh bogel melakukan gerakan tarian lucah sebelum menyerang watak pemain.

Tinjauan Harian Metro mendapati cakera video digital (DVD) permainan konsol terbabit dijual secara bebas di kedai permainan video, malah tanpa sekatan untuk dibeli remaja dan kanak-kanak.

----------------------------------

**Awasi anak-anak kita dari terjebak dengan perkara karut-marut ini, lebih-lebih lagi perkara yang boleh memesongkan aqidah mereka sekalipun dengan permainan yang dianggap hanya untuk suka-suka. Allah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud :
"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani (kristian)sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Al Baqarah: 120)

Semoga cepat sembuh dan sihat semula..

Alhamdulillah, semalam petang 25/3/2010 selamat menjalani pembedahan D&C kerana uterus bulky. Bermula pukul 1 tengahari ditolak ke dewan bedah. Oh, first time dalam sejarah hidupku menjalani pembedahan dan dibius. Begitu ke rasanya.. dengan 6 lampu di atas siling yang boleh digerakkan ke kiri ke kanan, ke atas ke bawah, gunting, pisau dan pengepit serta peralatan lain yang disusun rapi di atas troli, oksigen di hujung kepalaku dan entah apa2 mesin lagi..Pakar bius-Dr. Hussin Bin Hj. Ahmad dan Pakar Sakit Puan-Dr. Siti Esah Bahari, serta kakitangan bilik bedah yang sangat prihatin dan baik hati.. Alhamdulillah terimakasih semua.

Rasanya macam baru beberapa minit selepas aku dibius penuh oleh pakar Anaesthetic tiba2 aku sudah dikejut bangun, "Puan bangun ye, dah selesai" eh, tak rasa apa2 pun, entah macam mana rupalah aku dikerjakan masa tu. Sedar2 aku sudah dibilik lain sudah jam 2.45 petang, pembedahan selama sejam agaknya. Apapun syukur Alhamdulilllah semuanya selamat.

Kesan bius tu memang kuat, sampai hari ke dua ni pun masih ada lagi pening2, alhamdulillah tak ada muntah2. Sebelum dibius tu aku diserahkan satu surat untuk dibaca kemudian ditandangan sebagai persetujuan bahawa aku telah diberikan keterangan dan bahawa aku faham akan kesan2 sampingan setelah dibius. Pening, loya, muntah2, pandangan kabur, itu antaranya. Lagi pesan Doktor, tidak dibenarkan memandu dalam tempoh 24jam! Aku diberikan cuti rehat selama seminggu dari 26Mac-1 April 2010. Selepas seminggu pergi lagi utk folo up dan discuss tentang result operation semalam.

Dan hari ini aku sendiri saja di rumah, bersantai2..lebih baik di rumah daripada di wad.. Alhamdulillah :) Selamat berehat untuk diriku, semoga cepat sembuh.

Wallahu a'lam.

Friday, March 19, 2010

Garis-garis Deja Vu

'Segala-galanya ganjil. Tidak ada lagi logik dan kronologi Normal'(potongan ayat dari dalam buku GGDV). Nah, itulah kata-kata pertama tentang novel ini.. :)

Novel setebal 636 muka surat yang membuatkan aku bingung di awal dan pertengahan jalan ceritanya. Sebab apa tau, sebabnya dah baca sampai muka 500 pun belum dapat mengaitkan kesemua watak dalam novel tu. Selalu kalau baca novel, separuh buku atau tiga suku dah dapat agak sikit2 dan nampaklah gambaran pertalian antara watak. tapi yang ni memang lain.. memang bijak penulis novel ni membiarkan aku dalam teka-teki (tak puas hati betul!)

Sebuah perjalanan yang panjang.Ya betul seperti yang dicatatkan di belakang buku ini.. 'Inilah sebuah cerita cinta yang ditulis dalam nada yang berbeza. Dua benua. Tiga negara. Empat nyawa dan satu takdir yang tersimpul mati!'


Ia sebuah pengembaraan mencari cinta terhadap Tuhan dan cinta terhadap manusia, ulas penulisnya. Jika anda inginkan kelainan dalam pembacaan anda, novel ini adalah pilihan yang dicadangkan.

Memamng sebelum ini tak pernah dengarpun nama John Norafizan ni, tapi sekarang dah kenal pun orangnya. Dah tahu gaya penulisannya dan dah boleh baca sikit2 rentak jalan ceritanya. Anda yang lain pun harus cuba juga.. Dan Novel ini menutup tirai cuti pertengahan penggal pertama ku..

Jumpa di pesta buku 27-28 mac nanti. minggu ni tak dapat pergi.
Selamat membaca.

Saturday, March 13, 2010

Cuti Pertengahan Penggal 1 2010.

Semalam 12 Mac 2010 (Jumaat) berakhirnya sesi persekolahan untuk pertengahan penggal pertama untuk semua warga sekolah. Hari yang dinanti-nanti.. Macam biasa, walaupun cuti bukanlah bermakna tidur saja di rumah, tapi banyak juga kerja sekolah yang dibawa balik terutama kertas2 ujian prestasi yang harus di siapkan rite. Nanti kena listkan lagi apa yang nak di buat sepanjang cuti ni, kalau tak di listkan takut diri kita sendiri tak berdisiplin melaksanankan kerja2 yang dah tergambar dalam kepala ni, so memang kena catat bila kita ada sesuatu benda yang nak kita capai untuk satu tempoh tertentu.