Monday, November 12, 2012

Update blog guna tab

Assalamualaikum.

Kali ni nak cerita tentang samsung tab galaxy 7.0. Tab ni saya beli dari seseorang, 2nd hand. Actually 3rd hand maybe. Harga Rm7++. Kalau check kat mudah utk 2nd hen rata2 harga dalam lingkungan itu jugaklah. Inipun dah cukup baik pada saya. Alhamdulillah, masih elok, cantik. Saya menggunakan tab ini semaksimum habis. Dari facebooking, meeting,surfing, email, sms, whatsapp, gambar, mengaji, hadith matan arbain, data pelajar online, aplikasi online KPM (SPPBS, APDM,SAPS, dll tak ingat, banyak sgt app. online kpm skrg ni). Jika ada taklimat2 ringkas, saya jrg membawa buku note dah skrg ni, hanya bawa tab, kecuali meeting yg besar dan lama. Pendek kata tab ni segala maklumat ada di sini..

Satu saja saya tidak berjaya buat dgn tab ini iaitu update new post utk blog saya ni. Beberapa kali saya cuba mengunakan browser dolphine, dlm mood compose tetapi keyboard tak berfungsi, sebaliknya bila pergi ke mood html boleh taip tapi tulisan jadi bersambung tak boleh buat perenggan. Lama2stlh beberapa kali mencuba, saya pun fadeup dan berhenti mencuba utk sekian ketika.

Sehingga semalam saya terfikir, mesti ada app android utk blogger. Saya pun search di android memang ada!. Lambat juga kesedaran saya ni, kenapa tak terpikir dari dulu. Tunggu apa lagi, teruslah install, free je. Saya just nak share app. blogger yg saya install tu rupanya sprt dlm gambar tu.

Bermula hari ini saya dapat mengupdate blog saya dengan mudah sekali. Sama seperti duduk mengadap laptop. Kalaulah laptop tu ada suara tentu dia menangis kerana tuannya telah menganak tirikannya. Oh, whatever lah. Asalkan bahagia. Alhamdulillah. Semangat sikit nak update blog. <3 ;-)

Oh ya, skrg saya pun sudah pandai sikit screen capture dari tab ni, iaitu dgn tekan butang back dan power serentak, nanti ada bunyi klik dan gambar pun telah di simpan dlm gallery. Wow hebat kan teknologi. Alhamdulillah. :-D jadi pada anda yang berkira2 nak beli tak beli, nak beli tak beli, saya kata beli! Pada saya ia sgt berguna.

Cukup dulu. Jumpa lagi. Wassalam.


No comments: