Monday, November 12, 2012

Hari Anugerah Cemerlang Tadika Islam Bistari

11/11/2012 menghadiri hari anugerah cemerlang Husna. Tahun ini adalah tahun terakhir Husna di Tadika. Tahun depan insyaAllah akan naik darjah satu. 800 pagi sudah penuh d dewan Telok Datok. Ibubapa pelbagai gaya dan fashion. Terutama ibu ibu dan kakak kakak. Husna dapat hadiah Tokoh Pelajar dan Akhlak Terpuji. Subhanallah, tingginya umi rasa anugerah tu, mengenangkan kenakalan dan ragam Husna di rumah. Apapun Tahniah dan alhamdulillah. Terimakasih cikgu kerana mendidik anak saya. Selamat melangkah ke tahun satu sesi 2013. Sekolah rendah agama integrasi (SRAI) sg. Manggis. Panorama HAC, SUKAN yang biasa di sekolah tadika terutama tadika di pekan, perumahan. Duhai, semoga anak2 Tadika Islam menjadi asbab ibubapa untuk sama2 menghayati islam dan mematuhi perintah Allah. Ameen. 3org anak keluaran dari tadika yang sama. Ini yg terakhir mungkin. Mungkin dilain masa pihak pengurusan tadika kena letakkan syarat pada surat jemputan berbunyi IBU BAPA MESTI BERPAKAIAN MENUTUP AURAT YANG SEMPURNA, BERBAJU KURUNG @ BERBAJU LENGAN PANJANG MELEPASI PARAS PUNGGUNG(bagiperempuan) Sesi persekolahan 2012 telah berlabuh. Sekali lagi terimakasih tidak terhingga kepada pengurusan Tadika Islam Bestari. Tn Hj. Shabuddin dan guru2. Allah saja yg membalas segala budi dan jasa bakti yg dicurahkan.

No comments: