Saturday, June 19, 2010

3 hari 2 malam di Tiara Beach Resort Port Dickson.

Cuti kali ni banyak sikit berjalan, lepas ke Kuala minggu lepas berjalan pula ke Tiara Beach Resort. First time datang sini . Tau-tau ajelah TBR ni memang terkenal dengan taman tema air. Budak-budak memang tak tahan lah kalau dah nampak kolam tu mesti lompat-lompat nak mandi. Datang dengan family Jabar (adik). Khamis sampai sabtu. Kami ambil apartment 2 bilik dan studio.

Hari pertama sampai, sudah petang. Lepas check in saja, masuk bilik, terus anak-anak tukar baju, dah tak sabarnya nak terjun kolam tu. Ikut kan ajelah, baba lah yang kena jaga, umi tak turun, tengok dari tingkap saja, kebetulan dapat blok E1-20 (tingkat 1 apartment no.20) mengadap ke kolam. Akhirnya umi turun juga sebab geram dengar bunyi air. Punyalah ramai orang.



Malamnya pula kami makan di Nasreen Seafood di Teluk Kemang, 3 meja sekali cantum. Makan semua RM150, mak ai! Makan 2 ekor ikan siakap 3 rasa, telur bungkus, kerabu mangga, udang goreng tepung, tomyam campur, air sirap, nasi semua untuk 2 family. Terimakasihlah siapa yang belanja ni :)

Khawarizmi dah letih giler tu, tunggu makanan tak sampai2.
Ayah belanja malam ni..huhu, tak pasai je.

Esoknya pulak, pepagi buta lepas subuh, orang yang ketagih memanciing awal2 dah siap2 nak turun ke jeti. Umi malaslah lebih baik layan mata dari duk tunggu ikan :) kita yang perempuan semua kat rumah je. sampai pukul 9 baba, muadz dan akmal balik, bawak roti canai. Ikan mana??
Mancing molek ye..

fuyoo, yang penting gaya..



Lepas breakfast , mandi2 siap2 jalan2 kat bawah santai2 gi room games, cycling, karaoke (tertutup)..layanlah.



Pukul 12 ke Teluk Kemang, lokasinya di tapak perkhemahan pantai Sri Ratu, camping, dan BBQ. Tapak perkhemahan ni memang lengkap dengan bilik mandi, setiap bilik mandi ada kolah kecil dan tandas. Ada juga meja2 kecil. Kebetulan time tu ada camping satu kumpulan dari Giat MARA. Kat sinilah dulu umi pernah datang ber BIG(Bina insan guru MPI) tahun 2004 . Berkhemah, berkayak dari Teluk Kemang ke pantai Port Dickson, kemudian patah balik. Jungle tracking ke hutan simpan dan mendaki rumah api Tanjung Tuan. Balik dari BIG umi demam. Tapi memang best.



Hari tu kami bakar Udang, kepah, kambing.. jadi karnivor semua hari ni.. dari pukul 12-5 petang duk tepi pantai tu, siap pasang khemah lagi. Letih gila, umi tak mandi tapi rasanya umi yang paling letih, sebabnya umi siapkan budak2, lepas budak2 mandi umi yang bilaskan pulak, tukarkan baju, kutip baju2 mandi, kemas2 terbongkok2 sana-sini. Macam acik Za jugak, letih apa, the guys pun letih jugak, tau tu..



Lamb & Puyuh

kerja memanggang jadi lebih mudah dan cepat.

Penat baby..




Malam pulak, lepas maghrib keluar makan durian kat tepi jalan dan tengok show kat pavillion stage. Main flying saucer kat dataran Tiara tu, ramainya orang beli, mau ribu agaknya orang tu dapat duit satu malam, umi pun main jugak, bestlah..Happening betul malam tu, kalau Khawarizmi dapat join mesti lagi riuh, tapi izmi dah pengsan kat bilik agaknya dengan wardah dan wafa. Last sekali sebelum balik bilik round tepi kolam sambil masing2 bawak button yang berlampu kelip2 tu..

durian..sodap!








flying saucer




Last day Muadz akmal dah turun kolam pukul 8 pagi. Cepat2 mandi umi nak kemas, pukul 12 nak check out. sape lambat naik, tinggal. Pagi ahad nak balik kampung Rawang pulak, nak ambik note book yang hantar repair kat Nanang hari tu. Isnin sekolah nak present kerja kumpulan Syariah, umi tak de laptop. Aduhaii..sekolah ke Isnin?? merait tak siap lagi ni satu sampul lagi tinggal..

Overall, percutian ke Tiara Beach resort memang seronok. Oh lupa nak cakap kat sini, terimakasih kepada tuan punya studio apartment Tn. Fauzi Abu Yamin yang sudi memberi ruang kepada kami sekeluarga. Tambah hari lagi tu.. Terimakasih daun keladi, lain kali nak tumpang lagi. Alhamdulillah.

Sekian dulu catatan saya kali ni.

3 comments:

abu razeen said...

Alhamdulillah, nikmat berkeluarga, itulah untung kerja cikgu cutinya panjang... saya pun tumpang cuti latipah.. permata hijjaz baru dah keluar dah beli lum?

saf said...

dah beli dah,ok. 'Engkau Insan Sempurna' utk Rasulullah. kalau dengar permata Hijjaz nak dengar lagu tu je.. suka kat suara Munif tu.. :)

Khawarizmi said...

Lama betul rizmi tak bukak tenet, tapi rasa mcm baru semalam je pergi Tiara Beach ni dengan Cik Nina. Best laa gi tempat tu. Tima kasih Cik Nina sponser kitorang bilik.. Lain kali bole pegi lagi.. (lain kali bole sponser lagi..)