Hari Khamis yang lalu 10/6/2010 kami ke Kuala Kangsar. Sebenarnya bukanlah hendak berjalan2 sangat, tetapi ada urusan rasmi yang lain. sambil2 tu berjalan jugalah, anak2 pun tak pernah kemari, selalu umi dan baba saja ke Kuala Kangsar, kalau baba boleh kata setiap bulan atau paling kurang 2 bulan sekali akan ke KK.
Tinggal satu malam di Rest house Kuala Kangsar. Satu malam RM170 tapi dapat diskaun untuk kakitangan kerajaan, alhamdulillah umi bawa kad NUTP yang memang sentiasa ada dalam purse umi.
Istana ni kami panggil Istana Adabi (ikut sedap mulut je panggil) sebab dalam iklan Adabi selalu nampak Istana lama ni. Tapi namanya ISTANA KENANGAN ia juga di kenali sebagai Istana Lembah dan Istana Tepas. Istana ni tempat persemayaman sementara DYMM sultan Iskandar Shah sementara menantikan siapnya Istana Iskandariah. Kini Bangunan ini dijadikan Muzium Di Raja Perak.
Istana Iskandariah sekarang.
Jalan-jalan waktu petang di Jeti Sungai Kuala Kangsar.
Makan Laksa dan cendol pulut di Medan Laksa dan Cendol tepi sungai KK. Yang specialnya laksa Kuala ni dibuat dari tepung gamdum, warnanya perang sikit dan rasanya agak berat dari laksa tepung beras.
Tepi Sungai berdekatan dengan Medan Laksa dan cendol banyak kedai kraftangan dan rotan. Umi beli set congkak siap gulu RM22 saja. suka lah pulak budak2 ni main, maklumlah baru kenal permainan tradisional selalu main game komputer dan entah apa2 game yang moden tu. Biar dia kenal permainan traditional pula. Nak mainnya pun kena bersopan santun, duduk bersila, bersimpuh tak boleh jerit2 gaduh2 kena sopan santun macam orang Melayu dulu kala.. Layanlah congkak tu, entah berapa puluh kali round dah main..
2 comments:
Pn. Saf lupa beli labu sayung.. untuk lelaki, parang atau golok banyak dijual di jeti, kuala juga banyak pandai besi buat keris. Suami bertugas kat Kuala? ..ate organg pegi kuale nape tak singgah tepen, buleh pi zoo dan muzium tepen ...
Labu sayung dah selalu benor, sampai pecah2 kat rumah, yang besar warna hitam pun ada. Lagipun tak cadang nak beli apa2. Nampak juga parang2 tu. memang banyak.
Tepen (Taiping kan?) tak singgah lah pulak, Zoo dah selalu sangat pergi, Muzium pun rasanya dah pergi kot tahun 2003 dulu :) Nanti cuti hujung tahun kami cadang nak travel ke utara Penang, kedah, Perlis, Pahang,Perak, nak singgah zoo tepen waktu malam.
Post a Comment