Wednesday, March 31, 2010

Kaki katak dalam mi goreng

KUALA LUMPUR 19 Mac Sanggupkah anda menikmati hidangan mi goreng berlaukkan kaki katak seperti insiden yang menimpa seorang pelajar lelaki ketika dia sedang menjamu selera bersama ahli keluarganya di sebuah kopitiam di Bukit Tinggi, Klang baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam pada 11 Mac lalu, Aliff Shanaz, 23, terkejut apabila mendapati terdapat kaki katak dalam menu mi goreng yang dinikmatinya selepas tiga kali dia menyuap hidangan itu.




Sejurus selepas kejadian itu, dia terus mengadu kepada juruwang di kopitiam berkenaan yang kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada pengurus kedai makan tersebut.
Katanya, beberapa pekerja kopitiam berkenaan telah mengambil gambar kaki katak dalam hidangan mi goreng itu selepas dia bertegas tidak akan memulangkan hidangan tersebut.
Pengurus itu cuba pujuk saya dengan berjanji untuk menggantikan menu lain dan tidak mengenakan bayaran ke atas hidangan tersebut.
Saya rasa tidak berpuas hati kerana pengurus tersebut gagal memberi penjelasan bagaimana kaki katak berkenaan boleh dimasukkan dalam menu makanan yang saya pesan.
Malah, saya turut meminta pengurus itu menandatangani laporan yang telah saya buat untuk tindakan selanjutnya, bagaimanapun dia menolak dengan alasan arahan daripada pihak atasan, katanya di sini hari ini

---------------------------
yang pi kopitiam tu buat apa? banyak lagi kedai orang islam yang confirm halal.. Heran orang islam malaysia sekarang berpusu2 masuk ke OTWC or also known as kopitiam. Mungkin sebab ada kemudahan wireless itu yang suka sangat duk situ.

Tuesday, March 30, 2010

Pameran 'Seni'??

Pameran 'Seni' di Sepanyol



Gambar ini di kirim oleh seorang rakan melalui email. Saya tidak tahu apa cerita sebenar disebalik gambar-gambar ini. Biar saya buat tanggapan saya sendiri...

Lihat seorang 'muslim' sedang sujud di atas sejadah dan disisinya ada sebuah kitab, diatasnya pula sedang berteleku seorang nasrani (kristian) sambil memeluk kitab sucinya dan di atas sekali satu bangsa yang angkuh dan sombong di atas muka bumi ini tak lain ialah Yahudi. Mereka kata ini seni.

Inikah yang dikatakan 'Seni'?? Sungguh biadap golongan Yahudi dan Nasrani ini!. Pada mereka Islam harus diinjak-injak dan ditindas untuk mereka naik ke atas. Angkuh dan bongkaknya mereka ini!. Sudah habis agaknya seni lain yang boleh dipamerkan. Tak sudah2 menyentuh sensitiviti umat Islam.
Lihat terjemahan ayat Al-Quran dibawah dan ambillah iktibar darinya.


Firman Allah SWT di dalam Al Quran : (5) Al Maa’idah : Ayat 51

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. (QS. 5:51)

Al Quran : (2) Al Baqarah : Ayat 120

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamumengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. (QS. 2:120)





sama-sama kita renungkan. Wallahu A'lam.

Sunday, March 28, 2010

Apa itu D&C

Assalamualaikum wbth dan selamat berhujung minggu.

Di sini saya ingin berkongsi sedikit pengetahuan kesihatan terutama kepada para wanita berkenaan dengan pembedahan D&C (baca dengan DnC). Sila klik pada link dibawah, selamat membaca dan menambah pengetahuan. klik Apa itu D&C

Friday, March 26, 2010

Game bunuh 'malaikat maut' -Awasi Dakyah Kristian!

Bunuh ‘malaikat maut’
Posted on the March 24th, 2010 under
Berita, Tempatan, Warning by johnjimat

KUALA LUMPUR: Elemen kepercayaan terhadap alam ghaib termasuk membabitkan malaikat yang menjadi perisian terkini permainan konsol PS3 dan Xbox 360 dikesan semakin diminati generasi muda kerana memberikan keseronokan ekstrem kepada pemainnya.

PERSENDA AGAMA…dua permainan konsol yang memerlukan pemain berinteraksi dengan perkara ghaib.


Melalui permainan itu, sesiapa saja boleh menikmati pengalaman baru dengan menatap wajah malaikat maut sambil meneroka syurga, malah mengalami situasi mencemaskan apabila menjelajah sembilan lapisan neraka.Namun, ia mempunyai unsur mempersendakan agama apabila permainan dibangunkan syarikat antarabangsa seperti Darksiders itu menggambarkan malaikat seperti manusia yang bersenjata, bersayap dan berbaju perisai, malah boleh dibunuh sesuka hati, sekali gus bertentangan prinsip kepercayaan Islam.

Dantes Inferno pula berkaitan misinya yang dilakukan dalam neraka membolehkan pemain membuat pilihan sama ada mahu memusnah atau menyucikan roh manusia dikutuk menggunakan cahaya salib untuk dihantar ke syurga.

Permainan konsol yang menceritakan era Perang Salib itu juga dikesan berunsur lucah kerana turut memaparkan karakter musuh wanita separuh bogel melakukan gerakan tarian lucah sebelum menyerang watak pemain.

Tinjauan Harian Metro mendapati cakera video digital (DVD) permainan konsol terbabit dijual secara bebas di kedai permainan video, malah tanpa sekatan untuk dibeli remaja dan kanak-kanak.

----------------------------------

**Awasi anak-anak kita dari terjebak dengan perkara karut-marut ini, lebih-lebih lagi perkara yang boleh memesongkan aqidah mereka sekalipun dengan permainan yang dianggap hanya untuk suka-suka. Allah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud :
"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani (kristian)sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Al Baqarah: 120)

Semoga cepat sembuh dan sihat semula..

Alhamdulillah, semalam petang 25/3/2010 selamat menjalani pembedahan D&C kerana uterus bulky. Bermula pukul 1 tengahari ditolak ke dewan bedah. Oh, first time dalam sejarah hidupku menjalani pembedahan dan dibius. Begitu ke rasanya.. dengan 6 lampu di atas siling yang boleh digerakkan ke kiri ke kanan, ke atas ke bawah, gunting, pisau dan pengepit serta peralatan lain yang disusun rapi di atas troli, oksigen di hujung kepalaku dan entah apa2 mesin lagi..Pakar bius-Dr. Hussin Bin Hj. Ahmad dan Pakar Sakit Puan-Dr. Siti Esah Bahari, serta kakitangan bilik bedah yang sangat prihatin dan baik hati.. Alhamdulillah terimakasih semua.

Rasanya macam baru beberapa minit selepas aku dibius penuh oleh pakar Anaesthetic tiba2 aku sudah dikejut bangun, "Puan bangun ye, dah selesai" eh, tak rasa apa2 pun, entah macam mana rupalah aku dikerjakan masa tu. Sedar2 aku sudah dibilik lain sudah jam 2.45 petang, pembedahan selama sejam agaknya. Apapun syukur Alhamdulilllah semuanya selamat.

Kesan bius tu memang kuat, sampai hari ke dua ni pun masih ada lagi pening2, alhamdulillah tak ada muntah2. Sebelum dibius tu aku diserahkan satu surat untuk dibaca kemudian ditandangan sebagai persetujuan bahawa aku telah diberikan keterangan dan bahawa aku faham akan kesan2 sampingan setelah dibius. Pening, loya, muntah2, pandangan kabur, itu antaranya. Lagi pesan Doktor, tidak dibenarkan memandu dalam tempoh 24jam! Aku diberikan cuti rehat selama seminggu dari 26Mac-1 April 2010. Selepas seminggu pergi lagi utk folo up dan discuss tentang result operation semalam.

Dan hari ini aku sendiri saja di rumah, bersantai2..lebih baik di rumah daripada di wad.. Alhamdulillah :) Selamat berehat untuk diriku, semoga cepat sembuh.

Wallahu a'lam.

Friday, March 19, 2010

Garis-garis Deja Vu

'Segala-galanya ganjil. Tidak ada lagi logik dan kronologi Normal'(potongan ayat dari dalam buku GGDV). Nah, itulah kata-kata pertama tentang novel ini.. :)

Novel setebal 636 muka surat yang membuatkan aku bingung di awal dan pertengahan jalan ceritanya. Sebab apa tau, sebabnya dah baca sampai muka 500 pun belum dapat mengaitkan kesemua watak dalam novel tu. Selalu kalau baca novel, separuh buku atau tiga suku dah dapat agak sikit2 dan nampaklah gambaran pertalian antara watak. tapi yang ni memang lain.. memang bijak penulis novel ni membiarkan aku dalam teka-teki (tak puas hati betul!)

Sebuah perjalanan yang panjang.Ya betul seperti yang dicatatkan di belakang buku ini.. 'Inilah sebuah cerita cinta yang ditulis dalam nada yang berbeza. Dua benua. Tiga negara. Empat nyawa dan satu takdir yang tersimpul mati!'


Ia sebuah pengembaraan mencari cinta terhadap Tuhan dan cinta terhadap manusia, ulas penulisnya. Jika anda inginkan kelainan dalam pembacaan anda, novel ini adalah pilihan yang dicadangkan.

Memamng sebelum ini tak pernah dengarpun nama John Norafizan ni, tapi sekarang dah kenal pun orangnya. Dah tahu gaya penulisannya dan dah boleh baca sikit2 rentak jalan ceritanya. Anda yang lain pun harus cuba juga.. Dan Novel ini menutup tirai cuti pertengahan penggal pertama ku..

Jumpa di pesta buku 27-28 mac nanti. minggu ni tak dapat pergi.
Selamat membaca.

Saturday, March 13, 2010

Cuti Pertengahan Penggal 1 2010.

Semalam 12 Mac 2010 (Jumaat) berakhirnya sesi persekolahan untuk pertengahan penggal pertama untuk semua warga sekolah. Hari yang dinanti-nanti.. Macam biasa, walaupun cuti bukanlah bermakna tidur saja di rumah, tapi banyak juga kerja sekolah yang dibawa balik terutama kertas2 ujian prestasi yang harus di siapkan rite. Nanti kena listkan lagi apa yang nak di buat sepanjang cuti ni, kalau tak di listkan takut diri kita sendiri tak berdisiplin melaksanankan kerja2 yang dah tergambar dalam kepala ni, so memang kena catat bila kita ada sesuatu benda yang nak kita capai untuk satu tempoh tertentu.

Wednesday, March 10, 2010

Jaja & Din


Ini sebuah novel terbitan Jemari Seni hasil karya Noor Suraya. Inilah kali pertama saya membaca sebuah novel terbitan JS. Jangan nak tergelak pula..Selalunya novel-novel yang saya baca dari Alaf21 dan Buku Prima, PTS Publictn ataupun Telaga biru. Selain tu novel2 Indonesia karya Habiburrahmah El Shirazy. Sehinggalah seorang kenalan blogger memperkenalkan buku ini di blog beliau dan saya terus saja tertarik dan ingin membacanya. start baca 8/3 jam 10 pagi selesai baca 9/3 jam 1150mlm. Buku ini saya beli secara online dari Kedai Buku.com Bukit Changgang. (http://www.kedai-buku.com/ )

1. Melihat kulit depannya tidaklah memberi apa2 tanggapan pada saya kerana saya telah pun membaca beberapa komen dari beberapa blog tentang kulit depan Jaja & Din.

Sunday, March 7, 2010

Air Mata Falestin (Palestin)

Ya Allah, tak terzahir dengan kata-kata, tatkala mereka ditindas kita hanya menyaksikan di kaca tv tanpa melakukan apa2.. Wahai Umat Islam sedarlah, ingatlah saudara kita yang dibunuh kejam di falestin angkara Yahudi laknatuLLah... Jangan lupa panjatkan doa buat mereka saudara seaqidah kita..

Bersyukurlah dengan nikmat Tuhan yang tidak terhingga di bumi Malaysia kita yang tercinta ini.

Terimakasih kepada Nur farhana kerana sudi berkongsi video ini untuk simpanan blog saya. Jazakillahu Khairu Jaza'

Monday, March 1, 2010

Lagi kisah anak ku..

Semalam Ahad 28 Febuari, lepas solat asar berjemaah, umi ajar Muadz, Akmal dan Syatrah mengaji di ruang depan, macam biasa adik Husna duduk kat ruang tengah sambil tengok tv. Lepas habis umi ajar mengaji abang dan kakak semua ke ruang tengah tengok cerita upin ipin kalau tak salah, dan umi masih di depan menyiapkan nota untuk kelas umi esok. Sedang umi menaip, tiba2 terdengar suara Husna di dapur menangis, bunyinya macam menangis kena sakat dengan abang Akmal selalu tu. Sambil menaip umi pun tanya.."kenapa adik tuuu" tapi hati umi rasa macam tak sedap pulak, sebab abang kakak semua kat tengah, Abang Muadz kata..Husna main air kat dapur"..

Tiba-tiba abang Akmal menjerit ..UMI TANGAN HUSNA BERDARAH!!!!! , dalam keadaan masih bertelekung umi pun berlari ke dapur. Dari ruang tengah umi nampak air paip yang mengalir tu warna merah darah..Ya Allah!! umi pun bukak telekung campak tepi takut terkena darah nanti, darah menitik penuh kat lantai sana sini, umi pergi dekat sinki tengok adik Husna tengah tekup celah ibu jari dengan tangan satu lagi sambil tadah bawah air. Umi pegang perlahan2 dan buka tangan yang menutup luka tu, bila dialihkan saja tangan yang satu tu, tak semena2 darah memancut!!! bukan mengalir, tapi memancut macam air pancut tu..Allah! umi memang panic kalau tengok darah banyak2, umi pun apa lagii.."Panggil babaaaa..!!!" abang Muadz dan Akmal berlari turun panggil baba..

Tak lama baba naik dengan penuh tenang, sambil senyum manis bawa kain gauze. "Kenapa?" itu je baba tanya, "sini baba tengok"..."oooo sikit je..belum putus lagi, mari turun klinik baba jahitkan" dan kami satu beranak semua turun ke klinik menyaksikan adengan jahit menjahit dan jeritan adik Husna yang menyayat hat..

Rupanya waktu semua di depan, adik Husna kedapur nak makan, ada cakar ayam dalam plastik dia nak buka, adik ambil pisau dan nak buka sendiri, entah macam tersalah potong agaknya terpotong tangan..pisau tu pulak baba baru asah setajam2nya.. ngeri sungguh umi..

Dalam blog ni umi rekodkan untuk tatapan Husna bila dah pandai baca nanti boleh baca buat kenangan dan pengajaran. Lain kali jangan main pisau, kalau nak apa2 minta dari orang yang lebih dewasa..Sayang anak umi, alhamdulillah umi dan semua ada di rumah waktu tu.. Tapi lepas baba jahit adik Husna pun melasak lagi, umi senyum dalam geram.. :)




Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah 2010

Pada hari khamis 25 Febuari 2010 SAMTTAR telah mengadakan sambuatan maulidur rasul peringkat sekolah bermula dari jam 10.30 pagi hingga 2.00 petang. Tema pada tahun ini ialah : IBADAH MEMPERKASA SYAKHSIAH UMMAH. Program ini adalah anjuran BADAR sempena memperingati Bulan kelahiran Rasul junjungan s.a.w. Pelbagai acara diadakan antaranya :..