Hari ini di sekolah jam 9.00-10.00 pagi ialah masa P&P Syariah untuk kelas 5K. Sayangnya selama sejam itu sessi pembelajaran tidak dapat diteruskan ekoran dari gangguan histeria di dalam kelas itu. Sebelum ini saya hanya mendengar saja cerita dari rakan-rakan guru yang lain, yang pernah mengalami situasi yang agak cemas itu. Ditakdirkan hari ini saya sendiri yang mengalaminya. Pucat lesi juga saya menghadapnya..
Sebenarnya saya bersimpati dan kagum dengan semua pelajar di dalam kelas itu. Kagum kerana mereka saling tolong menolong ketika seorang rakan mereka diserang histeria. Tidak ada seorang pelajar pun yang lari meninggalkan kelas, sebaliknya mereka beramai2 memegang pelajar yang mengamuk itu dan serentak membacakan ayatul Kursi tidak henti-henti. Simpati pula kerana Sesi pembelajaran hari ini tidak dapat diteruskan seperti biasa, apabila keadaan seperti ini berlaku sudah pasti PnP akan tergendala, sedangkan tahun ini mereka akan menduduki peperiksaan penting iaitu SPM, lebih2 lagi lah pelajar yang sakit. Simpati juga pada pelajar yang sakit itu, kerana berat mata kami yang memandang berat lagi bahu yang memikul. Semoga beliau redha dan tidak berputus asa dengan ujian ini.
Amat jarang sekali kejadian histeria berlaku di sekolah saya. Kalau ada pun yang dibawa dari luar bukan dari dalam sekolah sendiri. Nauzubillah. Walaubagaimanapun tidak mustahil jika saya katakan kemungkinan pelajar tersebut mengalami gangguan emosi atau tekanan, mungkin juga kerana akan menduduki pepeeriksaan SPM pada tahun ini. Bermacam2 teori diutarakan, dari kepercayaan mistik sehinggalah kepada masalah psikiatri.. Apapun, penawarnya mesti dicari, samaada perubatan tradisional, alternatif mahupun perubatan moden.
saya mendoakan semoga yang sakit akan sembuh seperti sediakala. Justeru itu segala ujian daripada Allah S.W.T ini haruslah kita tempuhi dengan penuh kesabaran agar ianya dapat mendekatkan kita kepada-Nya dan menerima segala limpah rahmat-Nya. Wallahu a'lam.
4 comments:
kak safi;
kadang2 budak2 kita ni lebih tenang dan sabar hadapi keadaan camtu. saya pernah hadapi gak perkara camni. budak2 tu la yang mangadap, bacakan yasin, dan tunggu sampai budak tu ok.
bagus kan diorang??
assalamua'laikum kak, sihat yer.
saya pernah sekali berhadapan dgn situasi ni masa kerja di tempat lama dulu.ada pelajar yg kena rasuk.
masa belajar2 dulu di sekolah mmg ada masa tu nak amik exam penting pulak tu.7 org kena untuk selama 4 bulan.tiap2 mlm study jam 10mlm je mula jeritan kedengaran.mmg takut,letih,risau dan mcm2 lagi perasaan lagi2 kena jaga depa2 ni ada yg lari panjat pagar sekolah nak lintas ke jalan raya, ada yg nak terjun dr balkoni.
mpga pelajar yg sakit di sekolah akak tu cepat sembuh.
p.c.
Histeria memang sinonim di sekolah dan pusat pengajian di Malaysia.
nasihat agar dikesan dari mana puncanya..stress atau benar2 ada gangguan..Pihak pentadbiran WAJAR mengambil serius persoalan bagi memastikan pejalan persiapan menuju SPM berjalan lancartanpa gangguna dari mana-mana pihak.
Post a Comment