Thursday, February 18, 2010
Maid sudah lari..
Ini sekadar untuk merekodkan peristiwa yang berlaku. berkenaan maid Indonesia yang sudah kuhantar pulang ke agennya dan pada malam yang sama dia melarikan diri dari agen tersebut. Bulan Jun 2009 sampai Feb 2010 saja perkhidmatannya dengan ku. Ini adalah maid yang ke tiga. Hari Ahad 17 Feb 2010, balik dari mesyuarat agung PIBG aku dan suami singgah memenuhi undangan perkahwinan saudara di Kundang. Lebih kurang pukul 3ptg baru sampai ke rumah. Kami berdua saja, anak2 tinggal di rumah dengan pembantu rumah.
Sebaik menjejakkan kaki ke anak tangga yang pertama (ada 23 anak tangga semuanya) aku dah terbau sesuatu, macam ada bau masakan datang dari atas. Siapa pula memasak ni?? takkan maid? maid aku memang tak pernah memasak, setakat masak air dan nasi saja, lauk pauk tak pernah dan aku pun tak benarkan. Buatlah kerja2 rumah yang lain cuma memasak tak payah.
Tapi rasanya macam dah dapat agak ni, betul! tak salah lagi, sebaik pintu aku buka, aku terus ke dapur senyap2, rupanya 4 orang anak-anak ku umur 10,9,7 dan 4 tahun sedang bersuka ria memasak di dapur dengan asap memenuhi ruang dapur, yang si adik perempuan sedang menjulang botol sunquick smbil bersorak2 nak buat air sebab abang yang sulung dah siap masak telur untuk mereka makan..(Dah makan tengahari kat rumah neneknya pun!)
Ya Allah..apa dah jadi ni..asap penuh kat dapur, anak2 aku memasak sendiri, bukak api sendiri, bukak gas sendiri. "Acik mana???" dah tinggi suara ni.. "Acik kat bilik dia telefon gelak2 dari tadi" masyaAllah..! apa lagi nak aku kata, sebenarnya sudah berkali2 aku perhatikan sikap acuh tak acuh dia pada anak2 ku, kalau di rumah nenek waktu sekolah anak2 ku dibiarkan saja makan, mandi, pakai, bersiap hendak ke sekolah semua dia buat tak peduli, anak iparku yang dilayan beriya2 konon, tapi aku diamkan aje, sebab bila aku cuba nak buka cerita ada saja macam2 alasan orang tak nak dengar cerita aku. Nah sekarang Allah tunjukkan, tak payah dah aku bukak mulut lagi.
Geram teramat2 geram, macam mana kalau meletup gas? terbakar baju? tertumpah minyak? telecur tangan, badan semua?? katanya dah ditegur tapi anak2 ku tak mahu dengar! sepatah aku cakap 10 patah dijawabnya..Kali ini umi memang dah tak dapat kawal diri dah..selebihnya tak payahlah aku cerita kerana memalukan diri aku sendiri, rasanya suami pun dah macam terpukau tengok aku yang kerasukan..Astaghfirullah..
Kesudahannya.."Bungkus semua kain baju, baba hantar kau ke agen balik, cukup dah umi dah tak nak, terimakasih" sehingga saat ini aku seperti trauma nak ambik maid lain, berkali2 dioffer tapi aku kata nanti dululah..
Pesan ku kalau maid belum ada fon jangan sekali2 offer, kalau dia dah sedia ada letakkan syarat2 yang ketat semenjak hari pertama dia menjejakkan kaki ke rumah majikannya.
Biarlah penat, tapi hati senang..daripada senang tapi sakit hati. Esok paginya aku dapat sms dari suamiku "maid sudah lari dari rumah agen".
wallahu a'lam.
Labels:
Dalam Kenangan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment