Monday, June 22, 2009

Daerah yang telah ku tinggalkan.

Pada hari ahad lepas, 21/6/2009 kami sekeluarga telah ke tanjung karang kerana menghadiri undangan perkahwinan seorang kenalan kepada suamiku Dr. Hamid di Jalan Bomba Tanjung karang. Disitu aku telah berjumpa dengan guru sekolah ku sewaktu di SAM rawang, Cikgu Saadiah. Sempatlah aku bergambar. Cikgu masih cantik seperti dulu, tapi agak berisi sikit.


Selepas ke sana, kami menuju pula ke Parit 11 Pasir Panjang iaitu ke rumah seorang rakan lamaku sewaktu aku mengajar di Sekinchan, Rasidah Hussin. Ziarah mahabbah ini sedikit sebanyak menghilangkan kerinduan ku pada daerah yang pernah ku jejaki selama lebih kurang 5 tahun dulu. Waktu sampai di sana kebetulan tengah musim menuai dan jentera penuai betul2 di halaman rumahnya sedang menuai padi,, waduuhhh...aku yang sememangnya dah lama tak merasai suasana sebegini tidak melepaskan peluang meramkan gambar2 kenangan bersama anak-anaku di sawah itu. Anginnya yang sepoi2 bertiup, sawah padi menguning, memang sungguh membuat ingatan ku pada daerah ini terimbau kembali..Terimakasih Syidah atas layanan yang sungguh istimewa daripada kalian sekeluarga.

Kemudian dari rumah Rasidah, kami menuju pula ke Restoran Terapung Sg. Nibong, sempat minum2 disana, makan agar2 jelly kelapa muda, minum air tembikai.


Kebetulan air tengah pasang, banyak pula ikan tembakul bertenggek2 kat atas batu2 tembok laut tu..lepas minum2 kami mula bertolak untuk pulang, tapi sampai di sekinchan kami singgah lagi di pekannya terutama di Quaters klinik tempat kami sekeluarga pernah menginap. Cantik, dah dicat baru, bersih,pokok2 longan, bunga kipas, kelapa pandan, mangga.


Pokok2 yang kami tanam dulu dan masih kecil waktu kami meninggalkan quaters itu, sekarang sudah besar tinggi, pokok kelapa berbuah lebat, longan pun rendang, pandan gemuk nye..sampai ke depan2 dah.




Kesempatan ini tidak dilepaskan oleh suamiku untuk berjumpa staff2 kk sekinchan yang masih ada di situ, MA Zanil sekeluarga,
Staff nurse Azrin sekeluarga (sempat lalu depan rumah saja). Klinik tak banyak perubahan, pekan Sekinchan pun adalah sikit2 tambahan.


Tak lupa ambik gambar di supermarket paling glamer di sana iaitu pasaraya Aik Heng.






Sesungguhnya Daerah ini memang banyak meninggalakan kenangan pada kami sekeluarga kerana inilah daerah pertama bagi suamiku dan kedua bagiku bertugas. Pertama kali mengharungi rumahtangga sendiri setelah berpindah dari rumah mertuaku.. "Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain... " macam tulah lebih kurang. Sekian.

Monday, June 8, 2009

Jalan-jalan ke Bagan Lalang Sepang...

Pada hari jumaat yang lepas 5 Jun 2009 aku telah membawa anak2 ku jalan-jalan ke pantai Bagan Lalang Sepang. Lebih kurang pukul 5 petang sampai di Bagan Lalang. Sebenarnya aku tak berapa nak suka pergi ke sini sebab pantainya tak berapa cantik pada mataku, airnya pun keruh, bau pantainya agak kurang menyenangkan. Pantai2 disebelah sini memang terkenal dengan pantai berlumpur dan keruh sebab itu banyak kepah, lala, pahat-pahat dan yang sewaktu dengan nnya. Di kawasan yang seperti ini juga terkenal dengan ikan-ikan segar yang dijual di bagan. Tempat2 lain contohnya di Pasir Penambang Kuala selangor, Sekinchan, Pasir panjang, Bagan Nakhoda Omar, memang senang nak dapat ikan2 fresh. Itu pula satu kelebihan..


Oleh kerana desakan dari anak-aanak ku begitu kuat sekali nak mandi laut, jadi aku bawaklah. Kat sana kami transit di 'chalet' milik bapa mertuaku di belakang hotel sri malaysia hehehe...Sebenarnya bukan chalet tapi pondok buruk yang dibina di dalam kebun mertuaku, tempat untuk meletakkan barang2 kebun, jimatlah tak payah sewa2. Sambil2 tu dapatlah mengutip durian belanda dan minum air kelapa pandan yang banyak ditanam dalam kebun tu berselang seli dengan kelapa sawit.











Lepas rehat2 kejap , turunlah ke pantai. Hmmm...pertama sekali yang menarik pandangan ku ialah keadaan pantainya ketika air surut. Bukan banyak kepah, lala atau pahat2 tapi banyak obor2 mati :)) , sana-sini bersepah2 sampaikan anak2 buat main baling2.











Lagi apa yang menarik pandangan mataku? Lihat sajalah pemandangan di bawah ni. Sepanjang pantai sampah dan botol2 mineral water bertaburan. Nun jauh disana ada projek membina chalet atas laut oleh GoldCoast sepang, sudah hampir siap pembinaannya.










Lain kali kalau aku datang lagi ke Bagan lalang ni aku pasti akan membawa plastik sampah besar dan akan ku ajak anak-anak ku kutip botol2 dan sampah2 disepanjang pantai ni. InsyaAllah.



Tak kiralah sampah ke, obor-oboir ke apa ke kalau dah namanya laut tak mandi memang tak sah... :))








<----orang hanyut :))

Percutian ke Pantai Linggi

Sebenarnya percutian ni pada akhir tahun lepas 2008. tapi kerana lambaian nya yang selalu menggamit dimataku dengan keindahan laut dan pantainya maka aku nak uploadkan gambar2 tu untuk simpanan blog ku ini. Pertengahan dan hujung tahun kami sekeluarga memang selalu pergi mandi2 laut. PD, Pangkor, Linggi, Bagan Lalang, Morib, yang dekat2 ajelah memandangkan masa rehat suamiku yang sangat terhad jadi dapatlah pergi 2hari 1 malam ke, atau 3 hari 2 malam itu pun dah cukup baik dapat pergi alhamdulillah. Di Linggi kami menginap di KM Chalet agak terkenal juga chalet ni. Keluar je pintu terus mengadap laut, kebetulan kami dapat chalet yang paling hujung.

Puas mandi manda..Rasanya inilah kali pertama aku mandi dengan sepuas2nya setelah aku membeli slimming suit khas untuk muslimah siap dengan tudungnya sekali. Baju mandi muslimah ni aku beli online dari D'safa Muslimah Swimming Suit. Sebelum ni memang aku bermaslah nak mandi, bila baju basah jadi berat, tudung pulak tertanggal2 ish, sudahnya aku tengok ajelah anak2 dan suami bersuka ria membelah samudera luas cewah hehehehe... Baju renang ni ringan, ada macam2 color, pilih jelah mana suka, kat pasaran pun banyak jual dah, tepi2 jalan kat PD tu memang berlambak, bermacam2 jenama ada. untuk anak2 pun ada. Terimakasihlah siapa yang mencipta baju mandi muslimah ni, banyak dapat pahala..





punyalah seronok mandi sampai tak nak naik ke darat rasanya...

Ombak memukul batu... banyak ikan celah2 batu tu..

"Indahnya ciptaan Tuhan...SubhanAllah"..

" Peace...Baba tahun depan datang lagi ye.."

Thursday, June 4, 2009

Tips memilih perfume.

For Her and For Him



Kategori Perfume

Perfume terbahagi kepada beberapa kategori yang mungkin kita keliru dengan istilah-istilah yang digunakan di dalam industri perfume ini. Jika dilihat di dalam pasaran terdapat pelbagai jenama dan jenis yang dikeluarkan. Contoh jenis-jenis perfume yang biasa kita dengar ialah seperti Eau De Perfume, Eau De Toilette , perfume, parfum, cologne dan pelbagai istilah lagi. Untuk memudahkan anda memilih jenis perfume yang sesuai, di sini dikongsikan jenis-jenis perfume yang terdapat di pasaran supaya tidak keliru lagi.

Sebenarnya hanya terdapat 4 tahap (kategori) perfume iaitu
1. Perfume (parfum)
2. EDP - Eau de Perfume (Eau de Parfum)
3. EDT - Eau de Toilette (disebut ‘o-do-twa-lay’)
4. Cologne

1. PERFUME (PARFUM)

Perfume atau parfum (dalam bahasa Perancis) mengandungi kepekatan minyak wangian yang tinggi iaitu 20% hingga 50%, menjadikannya tahan lebih lama jika dipakai. Oleh itu harganya juga adalah yang paling mahal.

2. EAU DE PERFUME (EAU DE PARFUM -EDP)

Eau de Parfume mengandungi kandungan minyak wangian di antara 10-15%. Ia adalah jenis wangian yang paling popular kerana lebih murah jika dibandingkan dengan perfume dan masih boleh bertahan agak lama (8 jam) jika dipakai.

3. EAU DE TOILETTE (EDT)

Eau de Toilette ialah campuran perfume di antara 3-8%. Ia tidak boleh bertahan terlalu lama. Tidak hairanlah ia hanya mampu bertahan di antara 3 hingga 4 jam bergantung kepada jenis kulit anda. Ramai orang menganggap Eau de Toilette sama seperti perfume atau eau de parfume. Cara paling baik untuk menyelesaikannya ialah bawanya ke mana-mana (di dalam botol kecil). Baunya juga tidaklah sehebat Perfume atau eau de perfume tadi.

Haruman yang nyaman dan perlahan ini juga boleh memberi kesan yang sangat bagus. Tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan. Sedang-sedang orang kata.

4. COLOGNE

Cologne mengandungi pati perfume yang paling sedikit iaitu sekitar 3% sahaja. Eau de Cologne ialah istilah yang digunakan hari ini untuk merujuk kepada kadar campuran perfume. Ia adalah wangian yang paling kurang kepekatannya dan sudah tentulah lebih murah jika dibandingkan dengan yang lain.

Diharap dengan penjelasan ini, bolehlah memberi sedikit info sebelum membeli sebarang jenis wangian.

sumber

Wednesday, June 3, 2009

Stadium Runtuh

TINJAUAN udara menunjukkan runtuhan sebahagian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu, semalam.


Bumbung tempat duduk utama termasuk Pentas Diraja ranap

KUALA TERENGGANU: Sebahagian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kompleks Sukan Gong Badak di sini, runtuh semalam menyebabkan timbul pelbagai persoalan kerana stadium bernilai RM292 juta itu baru setahun digunakan.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, struktur bahagian bumbung di tempat duduk utama termasuk Pentas Diraja ranap dan menimpa sebuah kereta, tiga motosikal serta sebuah jentera berat yang diletak berhampiran kawasan itu, tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika mengulas kejadian itu, mengarahkan kerajaan Terengganu melakukan siasatan segera kerana ia tidak sepatutnya berlaku berikutan stadium itu baru disiapkan dan digunakan pada Sukan Malaysia (Sukma), tahun lalu.

“Hal-hal sebegini yang menyebabkan kita tidak berpuas hati... adakah kejadian itu kerana kontraktor, perunding yang tidak melakukannya dengan betul atau pihak yang mengesahkan kerja akhir tidak membuatnya secara teratur.

“Ia mungkin juga disebabkan hal-hal di luar jangkaan yang kita tidak tahu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Titian Gemilang kelima di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Stadium yang boleh memuatkan 50,000 orang itu, dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei tahun lalu dan yang pertama di Asia dibina menggunakan sistem bumbung tanpa sokongan tiang.

Muhyiddin berkata, beliau memahami jika kerosakan hanya berlaku sedikit dan bukannya membabitkan keruntuhan yang teruk.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said, berkata kejadian itu dianggar membabitkan kerugian kira-kira RM25 juta. "Memang kita dukacita dengan kejadian ini, tetapi saya bersyukur kerana tidak ada yang cedera. Kebetulan tidak ada sebarang majlis berlangsung dan pekerja yang sedang melakukan kerja pembersihan stadium juga selamat," katanya.

Insiden itu berlaku sehari sebelum Kejohanan Sukan Staff IPTA ke-34 yang sepatutnya bermula hari ini hingga 13 Jun. Berikutan kejadian itu, kejohanan yang dijadual disempurnakan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada 5 Jun, dipindahkan ke beberapa lokasi lain.

Sementara itu, seorang jurutera sebuah syarikat kejuruteraan tempatan yang mahu dikenali sebagai A Mohamed, mendakwa beliau sudah memaklumkan kepada beberapa agensi berkaitan mengenai keadaan struktur bumbung itu yang melengkung.
“Keadaannya semakin ketara sejak beberapa minggu lalu dan saya sudah membuat aduan yang disertakan gambar mengenai keadaan struktur bumbung yang terdedah kepada bahaya, tetapi tiada tindakan diambil.

"Lengkungan pada struktur bumbung tanpa sokongan tiang itu dapat dilihat dari jauh dan setiap kali melihatnya saya bimbang sesuatu yang buruk akan terjadi dan kebimbangan saya menjadi kenyataan hari ini (semalam)," katanya.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Penguasa Kanan Bomba 1, Pauzan Ahmad, berkata runtuhan itu membabitkan bumbung sepanjang 80 meter daripada keseluruhan 134 meter di kawasan tempat duduk utama termasuk Pentas Diraja. “Kami mendapat maklumat pada jam 9.45 pagi dan tiga jentera yang bergegas ke tempat kejadian sampai tujuh minit kemudian dan terus membuat penilaian bagi memastikan tiada mangsa terperangkap dan menentukan adakah akan berlaku lagi runtuhan," katanya ditemui di tempat kejadian.

Seorang juruteknik elektrik, Hanafiah Osman, 27, pula berkata dia sedang membaiki lampu jalan di luar stadium itu apabila mendengar bunyi besi berkeriut sebelum struktur bumbung berkenaan runtuh.

"Keadaan ketika itu sungguh mengerikan. Walaupun sedang dalam ketakutan, saya turun dari tiang untuk cuba menyelamatkan kereta saya tetapi sudah terlambat. Rakan saya juga terpaku melihat kemusnahan itu," katanya. Kereta Perodua Kancil milik Hanafiah yang diletak berhampiran kawasan itu ranap apabila ditimpa runtuhan bumbung itu.

INFO Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Dibina Mei 2006; siap 2008
Kos RM292 juta
Sebahagian daripada Kompleks Sukan Gong Badak bernilai RM500 juta
Kapasiti 50,000 orang
Mempunyai prasarana sukan bowling dan skuasy
Dimajukan beberapa kontraktor tempatan; kerja pemasangan bumbung dilakukan syarikat Korea Selatan
Stadium pertama di Asia guna sistem bumbung tanpa sokongan tiang

Monday, June 1, 2009

...من لا يَرحَم لا يُرحَم

anak-anak adalah cermin diri kita sendiri. Apabila kita melihat tingkah laku anak-anak sedikit sebanyak kita melihat gambaran diri kita sendiri...