Sunday, January 3, 2016

Panduan Borang Maklumat Kelas Online (untuk guru kelas)

Assalamualaikum wbth, kembali bersua.

Tahun 2016 ini selain tugas utama saya mengajar di sekolah, saya juga diberikan beberapa tugas sampingan antaranya guru kelas tingkatan 3 fatonah. Guru kelas adalah satu tugas yang bolehlah dikatakan agak rumit juga. Dari mengisi kehadiran pelajar setiap pagi, mengutip yuran, melengkapkan aplikasi pangkalan data online, menyusun atur kelas, mencetak slip2 peperiksaan seterusnya berkkomunikasi dengan ibu bapa tentang pencapaian anak-anak mereka di sekolah.

Pertama kali menatap buku rekod kedatangan pelajar tahun 2016 saya termenung panjang sambil berfikir bagaimana bisa saya melengkapkan buku ini dengan cara yang mudah. ada lebih kurang 22 maklumat bagi setiap pelajar yang perlu di isi oleh guru kelas. Maklumat ini mestilah betul dan tepat serta tulisan yang jelas dan difahami kerana ia akan menjadi rujukan utama sekiranya ada sebarang kecemasan melibatkan pelajar di sekolah.  Jika tidak kena angin menulisnya pasti bermacam2 lentuk liuk tulisan yang keluar. 
 

Allah memberikan saya idea, BORANG MAKLUMAT PELAJAR ONLINE perlu dibuat segera. Borang ini di buat menggunakan aplikasi google form. Contoh yang telah siap boleh di lihat di link berikut http://bit.ly/1ZEPtYR .


Apabila kita membina borang online menggunakan google form, satu data dari responden akan terbentuk secara automatik di dalam google sheets (seperti excel). Bererti kita dapat dua sekali iaitu borang online dan data2 yang siap tersusun apabila responden memasukkan maklumat di dalam borang itu tadi. Tak sampai satu hari saya telah dapat mengumpul data2 sebahagian pelajar kelas saya. Saya memanfaatkan group whatsapp 3 fatonah untuk menyebarkan link borang online tadi kepada pelajar kelas saya. Dibawah ini saya kongsikan bagaimana hendak  membuat borang tersebut.

Jika login dengan yes mail.. atau frog vle.
  


Selepas login, pergi ke quick launch dan pilih drive seperti yang saya bulatkan dalam gambar.

Sekiranya login menggunakan gmail, langkahnya seperti di bawah..


setelah berjaya memasuki drive dan memilih google form, bermulalah langkah merangka borang yang di inginkan.
klik pada gambar untuk lebih jelas

----
sambung lagi sikit..


Dibawh ini adalah contoh data yang telah tersusun dalam google sheet apabila responden mengisi borang tersebut.

klik untuk paparan besar


Wednesday, November 18, 2015

Minggu2 akhir persekolahan.. 2015

Assalamualaikum pembaca budiman..( jika masih ada yg sudi baca atau terbaca)
Lama sungguh tak menulis2 di blog ni, satu ketika dulu boleh lah dikatakan saya ni agak mahir juga berblogspot (masuk bakul angkat sendiri)  namun sekarang blog ni tak kurang seperti arkib catatan perjalanan suka duka kehidupan saya.
Malah ketika beberapa org rakan bertanya dan meminta saya mengajarkan mereka berblog,  saya tak berapa yakin kerana sudah lama skil ber bloging ini ditinggalkan.
Entah kenapa tiba2 hari ini saya terasa nak berblog pula. Jadi saya install app. blog dari android.  Harap ini bukanlah catatan terakhir dlm hidup saya..
Minggu ini adalah minggu2 akhir persekolahan 2015. Banyak agenda yg hendak dikejar. Antaranya, menghadiri penyampaian hadiah hari kecemerlangan sekolah anak2.
Tahun ini alhamdulillah Allah memberikan kami rezeki yg menggembirakan. Dari situ saya terfikir, kadang kala untuk mendapat banyak perlu memberi banyak. The more we give the more we get back. Kesenangan, kejayaan, kegembiraan itu bukan dtg bergolek, ia perlu diusahakan dengan sedaya mungkin. Apapun syukur alhamdulillah diatas segala nikmat tuhan yg tidak terhitung banyaknya buat kita semua hambaNya. Dari celik mata hingga tutup mata semula. Terrrrlalu banyak. Subhanallah. 
Rasanya cukiplah smapai di siNi dulu. Sehingga berjumpa lagi insyaallah.Wassalam.
Tahniah kepada anak2 yg berjaya dalam peperiksaan 2015.

Friday, March 27, 2015

Seronok cuti sekolah 2015

Tahun 2015 ini saya menjalani cuti sekolah dengan mengisi masa lapang dgn pelbagai aktiviti sekitar rumah saja. Terasa seperti cuti akhir tahun ini tidak mencukupi kerana banyak perkara yg hendak dilakukan. Jom tengok gambar apa saya buat cuti ni...
kitar semula

Monday, May 26, 2014

Pergi tak kembali

Assalamualaikum,
Hari ini tanggal 26/5/2014, isnin, bersamaan rejab 1435hijrah perginya bapa mertua hamba Haji Khailani Bin Mangon  67 tahun kerahmatullah, pergi yg tak kembali lagi.
Untuk kali keduanya hamba merasakan kehilangan insan yg dipanggil ayah/bapa. Kali pertama sewaktu usia hamba 10 tahun, iaitu 30 tahun lalu.
Sudah pasti yg pergi ditangisi. Semoga ayahanda berdua dicucuri rahmat dan diampunkan segala dosa.
Alfatihah.

Saturday, December 21, 2013

Persiapan Sekolah 2014

Malam ini lepas solat maghrib kami sekeluarga telah keluar ke pekan untuk shopping keperluan sekolah anak2 seperti baju, kasut, tudung, cadar untuk yang akan tinggal di asrama dan macam2 lagi. Pada awalnya kami bercadang hendak terus ke pasaraya The Store kerana dengarnya ada YES (year end sale) berdasarkan dari katalog/flyer yang di edar ke rumah-rumah, tetapi nampaknya tak jadi ke The Store sebab dah tersangkut di kedai pakcik Chin Cheong. Suami kata "kita singgah dulu kedai ni, harga dia murah berganda2 dari tempat lain" oklah kita stop kat kedai ni dulu, so, aku terpaksa melupakan bayangan 'kemeriahan' the store, selain keperluan sekolah, ada macam2 lagi untuk menjamu mata. :)

Sebaik saja melangkah masuk ke kedai Chin Cheong : bayangkan deretan kedai yang kecil keadaan dalamnya yang padat dengan pakaian sekolah dan kasut yang pelbagai serta beg2 yang bergantungan. di dinding kedai pula penuh dengan barang jualan seperti kain ela, kapur kasut, stokin dan lain2, ruangan untuk berjalan pun agak sempit, namun pelanggannya sangat ramai. Tidak kira melayu, india ataupun cina, 1Malaysia lah katakan.. Kedai ini mula diperkenalkan kepada aku oleh seorang rakan guru iaitu Pn. Norlida Hayon beberapa tahun yang lalu, katanya murah di situ dan macam2 jenama baju ada, Canggih tak canggih pun ada. Sejak itu suami bila cari baju sekolah suka kesana sebab tokeh tu dah kenal, cuma susah sikit nak park kereta. 


Dalam kesibukan melayan pelanggan sempat juga tokeh kedai tu menyapa kami bertanya nak cari apa. Bila kami bagitahu cari itu cari ini, diapun dengan cepat, cergas dan pantas mencari barang, dan menghulurkan kepada kami untuk di cuba, sementara kami mencuba dia melayan pula pelanggan yang lain, mulutnya tak berhenti bertanya itu ini, mencadangkan begitu begini kepada pelanggan sekejap2 dalam bahasa cina, sekejap2 dalam bahasa melayu, sekejap2 campur inggeris..Bila dia dah ambikkan tudung sekolah yang aku nak, dia tanya pula serkop dah ada??? hadoooiii, kalau macam ni memang tak boleh larilah dari kedai ni. bila aku tanya nak kasut, dia tanya stokin sekali ye kak... tengok, pandainya diaorang berniaga, manis mulut betul..  





sepanjang aku terpacak kat kedai tu, aku tak nampak pun baik tokeh, pekerja, anak2 dia, malah mungkin perempuan tua tu ialah emak dia, berdiri saja2 tanpa berbuat apa2. Serius! mereka bekerja dengan bersungguh2, dengan sepenuh hati, melayan pelanggan yang pelbagai kerenah dengan cekap dan pantas.

Kami belikan baju sekolah anak yang agak besar sikit saiznya untuk di pakai, anggaran boleh sampai dua tahun, kecuali jika ada pakaian yang rosak, koyak dan tidak boleh dipakai lagi dipertengahan tahun atau hujung tahun baru lah diganti baru. Selain itu baju abang kakak akan turun kepada adik selagi muat.. dan untuk tahun ini semua keperluan anak bertambah, sebab saiz pun dah bertambah, yang duduk di asrama pun masuk dua orang.. Jadi, malam ini melabur di kedai Pakcik Chin Cheong sebanyak RM775.. termasuk kasut2, baju2, cadar2, t-shirt2, singlet2, tudung2, dan entah segala mak nenek lagi. Setiap item, kami mendapat diskaun dalam RM3-5 ringgit. Boleh kata semua keperluan sekolah ada di kedai ini. Dahlah harga dia murah, dapat lagi diskaun. manalah tak ramai orang..


Sesungguhnya dalam hati aku merasa sangat tidak senang dan cemburu kerana terpaksa menghabiskan duit di kedai itu, semoga mereka semua diberikan hidayah oleh Allah dengan iman dan Islam.. Ameeen. 

Habis cerita di kedai Chin Cheong. Kami pun keluar membawa barang2 yang dah dibeli untuk balik ke kereta, sambil berjalan kami melalui sebuah kedai Aneka. Tiba2 ternampak hanger dan penyedok sampah, terus aku berhenti dan masuk ke kedai tu.

Kedai lengang, tak ada orang. kaunter kosong, tak ada orang jaga. Aku cakap Hello.., hello.., hello, senyap tak ada orang jawap. ok, tak pelah, aku pun pilih2 lagi barang, belek2 itu ini dan letak atas kaunter, masih tiada orang. Aku cakap lagi "hello..., hello..., hello..., nak bayar ni" tiba2 bangunlah seorang pekerjanya dengan perlahan dari belakang rak2 barang menuju ke kaunter dan mengira, tanpa sepatah kata. Sementara tu anak2 aku kebelakang rak tu untuk ambik sepit kain untuk kegunaan di asrama. rupanya ada seorang lagi pekerja sedang duduk di lantai belakang rak tu sambil menghadap hp, tanpa sebarang reaksi, kot2 ada rasa malu ke, customer nampak dia curi tulang ke. oklah tak pe, aku sangka baik, dia penat seharian mungkin, pagi tadi pelanggan ramai. lepas bayar kami pun balik. 

Begitulah kisah persiapan persekolahan utk tahun 2014 dan kisah sampingan yang selalu menjadi perbandingan, persoalan di kalangan pelanggan selain isu harga barang yang semakin naik. Eloklah buat persiapan awal, kerana pengalaman sudah,banyak saiz tak ada bila beli hujung2..Setakat ini saja untuk kali ini

Sekian, terimakasih sudi membaca.




Pertandingan menulis Esei Jawi

Assalamualaikum wbth.

Pada hari sabtu 14 Disember 2013 yang lalu, kami sekeluarga telah ke Panggung Bandaraya Kuala Lumpur kerana salah seorang anak saya iaitu  Nur Syatrah telah diundang untuk menerima hadiah tempat pertama dalam Pertandingan Menulis Esei Jawi 2013 (Kategori C : Sekolah Rendah) anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama beberapa agensi lain seperti Kementerian Pelancongan, Kementerian Pendidikan, DBP, Perpustakaan negara, JAKIM, IKIM, DBKL,  Utusan Melayu Mingguan dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah, dan terimakasih kepada pihak penganjur, Ustazah SKSL yang menggalakkan anak saya masuk dan sekaligus membimbing anak saya, Jazakillahu Khoir, rakan-rakan Nur Syatrah serta semua yang terlibat. Pertandingan ini telah diadakan sejak tahun 2012 dan tahun ini adalah tahun kedua dengan penyertaan seramai seribu peserta yang bertanding serta 5 peserta bukan melayu. Dibahagikan kepada 3 kategori (rujuk poster). Setiap kategori ada 10 pemenang. johan, naib johan, tempat ketiga dan tujuh saguhati. Johan untuk kategori C : Sekolah rendah, menerima wang tunai RM1,000 ringgit, Laptop 1 Malaysia sumbangan SKMM, Sijil dan hadiah iringan berupa Tafsir Ar-Rahman, kamus Jawi & buku2 cerita dalam 10 buah terbitan Perpustakaan negara, JKKN.

Objektif Pertandingan ini ialah :
  1. menggemilangkan dan memperkasakan kembali penggunaan tulisan jawi sebagai seni warisan budaya bangsa.
  2. memupuk minat dan kecintaan ke arah penyemarakan tulisan jawi
  3. menggalakkan generasi muda untuk menguasai tulisan jawi agar ianya terus menjadi lambang ketamadunan dan keperibadian bangsa melayu.

Kalau tak salah saya semua sekolah di seluruh negara terutama di bawah KPM mendapat makluman & edaran penyertaan ini. Bergantung kepada sekolah hendak menyertai dan menghantar wakil atau tidak. Pada masa yang sama sekolah-sekolah menengah ketika itu sedang sibuk menghadapi musim peperiksaan. 

Semoga ia menjadi penggalak untuk anak2 mengasah bakat dalam bidang penulisan lebih2 lagi dengan penulisan jawi yang nampaknya kebelakagnan ini minat dan penguasaan masyarakat terhadap tulisan jawi semakin berkurang. Akhir kata, Alhamdulillah kesyukuran tidak terhingga.

Selanjutnya boleh tengok gambar...





TAHNIAH.


Monday, December 2, 2013

Le tour du Langkawi


26/11/2013 (Selasa)
Assalamualaikum.

Kali ni nak bercerita tentang rehlah ke Langkawi bersama keluarga. Pemilihan tempat kali ini adalah kerana empat tahun lepas kami telah sampai ke Pulau ini, entrinya di sini tetapi tidak dapat berjalan sangat kerana bergegas pulang. Satu lagi, tahun lepas tidak sempat bercuti2 kerana urusan pindah rumah. Perjalanan kali ini bermula dengan penerbangan ke Langkwi seramai 6 org menaiki pesawat tambang murah Air Asia pada 26/11/2013, jam750 malam. Kapal terbang yg sepatutnya berlepas 725, ditangguhkan kerana lewat tiba. Beberapa minggu dalam bulan Nov dan Disember, tiket Air Asia agak murah juga. RM50 seorang untuk one way ticket.

Flight penuh dengan mat saleh, arab dan rakyat malaysia. Jam 9 malam selamat mendarat di Pulau Langkawi.
Di airport kami diambil oleh pemilik Homestay D'padi ke tempat penginapan lebih kurang 7-8 minit perjalanan dari airport. Alhamdulillah rumahnya elok, selesa. waktu kami sampai dah malam, jadi tak nampak pemandangan sekitarnya. nampak rumah sebelah kanan kiri depan saja.
Bila bangun pagi buka pintu dapuq, subhanallah masyaallah, cantiknya,sawah padi menghijau, sayup-sayup kebiruan bukit dan gunung ganang, sekawan lembu sdg meragut rumput, bangau berterbangan beriringan, sang suria pula mula memancarkan sinarnya dibalik kepulan awan, udara yang sungguh nyaman sekali.
patutlah nama d'padi, memang duk tengah bendang rupanya.



 27/11/2013 (Rabu)
(KOTA MAHSURI, CABLE CAR, 6D, PANTAI CHENANG)
8,45-10,30 Destinasi pertama pagi ini ialah ke Makam  Mahsuri the lagend  dan kawasan sekitarnya.

Replika rumah Panglima Hitam
Dikisahkan serba sedikit tentang Panglima Hitam yang digeruni akan namanya dan siapakah MEREKA... 
Seringkali diceritakan kepada semua tentang Panglima Hitam yang mana pergerakan silatnya amat pantas dan licik serta mampu menghapuskan musuh dengan sekelip mata sahaja. Ada yang terkeliru mengatakan bahawa Panglima Hitam itu adalah namanya dan hanya ada satu sahaja di Tanah Melayu. Akan tetapi jika tuan hamba beranggapan begitu, ternyata tanggapan tuan hamba tidak tepat kerana Panglima Hitam ini hanyalah GELARAN bagi Pahlawan Di-Raja yang diberikan oleh Sultan kepada hulubalangnya yang terpilih kerana sifat kependekarannya yang hebat dan sifat amanahnya.  
Tiada siapa yang mengetahui siapakah gerangan Panglima Hitam yang bertindak sebagai pengawal keselamatan istana atau dengan erti kata lain, "Pembunuh Suruhan Raja." seraya bolehlah digelarkan "Ninja Melayu." Hanya Raja dan Panglima Hitam sahaja yang mengetahui rahsia ini. Setiap Istana ada Panglima Hitam yang tersendiri dan empunya bandannya adalah berbeza-beza. Raja-raja akan menyediakan sepersalinan lengkap buat Panglima Hitam tersebut ketika dalam pelantikannya untuk dipakai ketika pertempuran sulit. Sepersalinan lengkap buat Panglima Hitam adalah serba hitam dari kepala hingga ke kaki, baik bajunya, tanjaknya, seluarnya, selempangya, bengkungnya, dan sampinnya. 
Penulis : Saudagar Tekua
~ al-Kisah yang hilang ratusan tahun dahulu ~
Untuk keterangan dan pelbagai jenis Busana Melayu Purba sila lawati blog :-
http://saudagar-tekua.blogspot.com

 

11,30- 2,00 ptg. menaiki cable car dan pengembaraan 6D. tengok gambar je lah, malaih nak cerita.. :-)



Sebaik turun dari cable car, sakit kepala berdenyut-denyut, terasa mual pun ada. selepas mengembara di alam 6D terus cari kedai makan. Kemudian balik, solat dan rehat. tidur sampai 5,30 Kepala pun ada kurang sikit alhamdulillah.

Pukul 6,00 ptg keluar lagi ke pantai chenang & jalan2, beli tshirt. 
Pantai Cenang terletak 18.4 kilometer dari pekan Kuah dan ia merupakan lokasi paling ramai dikunjungi kerana segala kemudahan seperti restoran, hotel serta chalet bajet, pusat hiburan dan kedai cenderamata mudah ditemui di sepanjang lokasi ini.
Pantainya pula berpasir halus umpama kristal berkerlipan ketika disinari cahaya matahari dan dikelilingi oleh pokok kelapa. Pantai Cenang juga terkenal dengan keindahan matahari terbenam.


Singgah masjid solat maghrib jamak qasar isyak. Alhamdulillah, nyaman masjid, sejuk beraircond rasa nak duduk lama lagi,  ada pengajian hadith, tapi apakan daya. perjalanan harus diteruskan lagi. Kul 9 malam baru sampai rumah.

28/11/2013 (Khamis)
(ISLAND HOPPING, TANJUNG RHU, MANGROVE TOUR, KOLAM AIR HANGAT, HIG)
jam 8pagi, dah keluar ke pantai cenang utk menaiki bot ke beberapa pulau. singgah makan di Warung Kita. roti canai,nasi lemak ler. Sedap dan cepat.
menunggu boat utk Island hopping Langkawi

9,30 mula menaiki bot di jeti untuk ke Pulau Dayang Bunting. Kami diberikan masa untuk berjalan dan aktiviti air selama sejam. Pulau ini kira-kira 20 km dari pekan Kuah, memiliki populasi sederhana di sebahagian pulau dan tidak berpenghuni di bahagian sebelah lagi di mana tasik ini berada. Sesetengah orang percaya bahawa wanita yang mandul, mandi di tasik ini akan dikurniakan anak. AWAS! Baca dan dengar boleh, percaya jangan!
dayang bunting
gambar diambil dari Majlis Perbandaran Langkawi


cuba perhatikan bentuk bukit di sanan tu.. katanya seperti bentuk perempuan hamil.


 tasik dayang bunting

 Bagi yang ada sakit jantung, lelah, darah tinggi, sakit kaki, lutut, lemah semangat, dinasihatkan duduk kat jeti je, sebab nak sampai ke tasik tu kena mendaki tangga yang tinggi dan curam, mengah gak lah aku.. tapi alang2 dah sampai jauh2 tak kan nak duduk je kan.. 

Eagle feeding, ralit tengok helang terbang dan menyambar ikan di air. Diberitakan kepada kami terdapat dua jenis helang : Helang laut dan Helang Bukit. Helang yang ada putih di bahagian lehernya ialah lang kawi.

Dari pulau lagenda dayang bunting kami dibawa pula ketempat bagi makan helang, banyak lah helang. Oklah, tengok helang menyambar2, then ke Pulau Beras Basah untuk mandi dan berehat selama sejam.

jam 12,30 mula bertolak balik ke jeti. Masing2 dah kelaparan, singgah makan kemudian meneruskan perjalanan pula ke Tanjung Rhu. di Tanjung Rhu terpesona dengan tawaran dari travel agency yang menawarkan pakej Mangrove Tour. satu boat utk satu family, ke beberapa lokasi seperti :

kolam ternakan ikan, Gua kelawar, Gua Cerita dan Gua Buaya, menyusuri hutan paya bakau dan menikmati alam semulajadi yang indah Subhanallah, selain itu kami juga ada beri helang makan sama macam Island hopping sebelumnya. Banyak helang sini. Serius, dekat gua kelawar aku tak nampak satu haram, gelap aje, pengunjung tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam gua kerana boleh mengganggu kelawar yang sedang tidur. Satu kumpulan pengunjung dibekalkan dengan satu lampu suluh, teraba-raba berjalan. gambar dibawah ni diambil dari website MPL. Ini gua batu kapur beratus tahun usianya. Mesti ada Jin duk sini kan.. so pesan ngan budak-budak mulut jangan cabul sangat, tempat ni kita tak biasa, jangan jerit2, baca ayat kursi banyak2.. :-)



 agent dari Mangrove tour sedang bersungguh2 meyakinkan kami supaya mengambil pakej yang disediakan.

gua kelawar
Gua Kelawar
Gua Buaya.. tapi sekarang dah tak ada buaya dalam air tu, sebab buaya sekarang banyak duduk luar air kat darat.
boat2 dari luarnegara berlabuh di sini atas pelbagai urusan.
Bentuk Kura-kura 
 Jeti Gua Cherita
menyusuri hutan paya bakau


 Eagle feeding lagi.. ok tak pe..

restoran atas laut
kolam ternakan pelbagai jenis ikan

ikan buntal mula mengembungkan dirinya bila rasa terancam, awas! jangan pegang bahagian mulut, beracun.

belangkas yang pandai mengurut kepala katanya.. :-)

ikan pari dan udang ketak/ lipan. 
Banyak lagi sebenanrya, ada ikan yu, baracuda, jerung bintang, kura2 dll.




Baliknya pula kami singgah di telaga ayer hangat yang terletak di Kampung Ayer hangat.

 29/11/2013 (Jumaat)
bersiap2 untuk pulang,, jam 10  keluar ke dataran Lang, jalan2 sampi pukul 12.30, makan tengahari


Rumahku syurgaku..

dan terus menuju ke airport,sementara suami dan anak2 solat jumaat,aku pergi timbang dan check in barang.
Jam 330 kapal terbang berlepas. pukul 5,30 alhamdulillah selamat sampai.

Alhamdulillah untuk perjalanan kali ini tidak banyak halangan dan kesukaran yang dihadapi, alhamdulillah syukur. Selalu beringat2 kemana jua kita berada terutama ditempat2 baru yang belum pernah sampai, perbetulkan niat, sekalipun kita hanya datang untuk melawat2, niatkan untuk melihat kebesaran Allah SWT dan mengambil iktibar dari nya. Amalkan bacaan ma'thurat bersama keluarga pagi dan petang/ maghrib di tempat mana kita menginap, amalkan juga ayatul kursi, Alfatihah dan 3 Qul sebagai pendinding, solat dhuha minta dimurah rezeki, dimudahkan urusan.  Singgah lah dibeberapa masjid untuk bersolat dan berdoa di dalamnya. InsyaAllah perjalanan kita akan jadi lebih bermakna. 

Sekian dulu catatan untuk kali ini.
Wassalam.