Sunday, March 22, 2009

Family day 2009

13 Mac 2009 jam 11 malam bertolak ke langkawi dengan bas yang disewa oleh family sebelah suamiku. semua pergi, mak abah naik kapal terbang esok dengan hanim. kul 2.28 bus stop kat hentian simpang pulai, bebudak ramai turun nak kencing. lepas tu bas sambung jalan.

subuh berhenti lagi kat masjid kat kedah, sembahyang subuh, lebih kurang pukul 8 sampai ke jeti dapat ticket pukul 8:30, alhamdulillah. on the way dalam boat syatrah demam, panas badan dia, letih agaknya, maklumlah tak pernah naik bas, sekali naik bas terus demam.

alhamdulillah pukul 9 lebih sampai ke langkawi, kali pertama menjejakkan kaki ke pulau langkawi, ehehehe...macam batak sangat lah tu. kedatangan kami disambut oleh seorang mamat ni, kawan salim, dia sediakan van 2 bijik dan sebuah kereta, so drive sendiri2lah pergi ke kondo istana di pekan kuah. sampai2 sana mak dan abah dah sampai dulu mak bawak nasi lemak, apalagi membedal lah bebudak yang kebuluran ni. licin....

lepas relax2 petang tu bermulalah aktiviti keluarga merende'2.... begitulah ceritanya.


No comments: