Tahun 2016 ini selain tugas utama saya mengajar di sekolah, saya juga diberikan beberapa tugas sampingan antaranya guru kelas tingkatan 3 fatonah. Guru kelas adalah satu tugas yang bolehlah dikatakan agak rumit juga. Dari mengisi kehadiran pelajar setiap pagi, mengutip yuran, melengkapkan aplikasi pangkalan data online, menyusun atur kelas, mencetak slip2 peperiksaan seterusnya berkkomunikasi dengan ibu bapa tentang pencapaian anak-anak mereka di sekolah.
Pertama kali menatap buku rekod kedatangan pelajar tahun 2016 saya termenung panjang sambil berfikir bagaimana bisa saya melengkapkan buku ini dengan cara yang mudah. ada lebih kurang 22 maklumat bagi setiap pelajar yang perlu di isi oleh guru kelas. Maklumat ini mestilah betul dan tepat serta tulisan yang jelas dan difahami kerana ia akan menjadi rujukan utama sekiranya ada sebarang kecemasan melibatkan pelajar di sekolah. Jika tidak kena angin menulisnya pasti bermacam2 lentuk liuk tulisan yang keluar.
Allah memberikan saya idea, BORANG MAKLUMAT PELAJAR ONLINE perlu dibuat segera. Borang ini di buat menggunakan aplikasi google form. Contoh yang telah siap boleh di lihat di link berikut http://bit.ly/1ZEPtYR .
Apabila kita membina borang online menggunakan google form, satu data dari responden akan terbentuk secara automatik di dalam google sheets (seperti excel). Bererti kita dapat dua sekali iaitu borang online dan data2 yang siap tersusun apabila responden memasukkan maklumat di dalam borang itu tadi. Tak sampai satu hari saya telah dapat mengumpul data2 sebahagian pelajar kelas saya. Saya memanfaatkan group whatsapp 3 fatonah untuk menyebarkan link borang online tadi kepada pelajar kelas saya. Dibawah ini saya kongsikan bagaimana hendak membuat borang tersebut.

Jika login dengan yes mail.. atau frog vle.
Sekiranya login menggunakan gmail, langkahnya seperti di bawah..
setelah berjaya memasuki drive dan memilih google form, bermulalah langkah merangka borang yang di inginkan.
----
sambung lagi sikit..
sambung lagi sikit..
Dibawh ini adalah contoh data yang telah tersusun dalam google sheet apabila responden mengisi borang tersebut.
klik untuk paparan besar |
No comments:
Post a Comment